Thursday, December 27, 2012

Beg Baru



Ada sesapa yang minat Michael Kors tak?



Seperti yang ini?

More Y.E.S




Just a quick update...

In case u want to grab something nice but at affordable prize for yourself or your loved one.

Please click  here and here.

Hurry up, while stock last!!!!

TQ for your support.

Hotel Vendôme




Pic from Google


Yeah..dah habis baca buku nie. Sempat jugak khatam 1 lagi buku before end of the year. Masa baca synopsis buku nie, terus rasa tertarik nak beli. And after reading it, rasa macam this book is so sweet. Normally, iolls tak berapa suka sangat benda-benda yang happy ending nie. Tapi kali nie macam exceptional sikit kot.

Buku nie banyak berkongsi tentang kasih sayang antara keluarga. Walau apa pun berlaku keluarga tetap menjadi keutamaan. Conflicts do come along the way but we have to be rational and alway keep calm in order to overcome it.

And another important point is just do what you love to do and don't do something just to pleased other people. When you choose do it,  do at your level best. Success don't come easily. It takes a lot of determination, sacrifices and sometime tears. But it's worth it in the end.

Tetiba je rasa sangat bermotivasi sekarang. Hehehehe!!!

I still have a few books on the shelf. Hasil daripada borongan di BBW hari tu. Sayang tak dapat cari buku from Danielle Steel kat BBW. Semua dah kena borong. Next time have to go early.

Till then. I want to start reading my new book...;p

Wednesday, December 26, 2012

Wedding BIL



Hubby's lil brother got married on 30th November. So memang agak sibuk la jugak. Mana ada wedding yang tak sibuk kan? Saya amik cuti 4 hari untuk majlis nie. Sampai 4 hari macam dia pulak yang kawin. But I have reasons ok!!! 30th memang dah sah-sah kena cuti untuk majlis akad nikah sebab 30 tu hari Jumaat. 1st Dec adalah majlis di rumah pihak perempuan. Nasib hari Sabtu kan, so takde la nak kena cuti sebab memang tak keje hari Sabtu.

Majlis menyambut menantu (our side) dibuat pada hari Rabu (5 Dec) malam @ 8.00pm di Dewan Perdana FELDA. Nape buat hari Rabu? Sebab weekends dewan adalah fully booked. Oleh sebab nak buat jugak majlis tahun 2012 makanya kena la pilih weekdays. Weekdays malam confirm free. Jarang orang nak buat wedding tengah-tangah minggu, tak gitu? Maka disebabkan ittew terpaksalah iolls amik cuti 3 hari lagi, iaitu 1 hari sebelum majlis, 1 hari untuk majlis dan 1 hari lagi selepas majlis.

Tapi Encik Suami saya tue rileks je keje macam takde apa berlaku. Dia hanya cuti pada hari nikah dan pada hari majlis belah lelaki je. Bukannya takde cuti tapi dia yang tak nak cuti. Dia kata bukan ada kerja nak buat pun. Eh..eh..senang betul jadi lelaki nie kan.... Yang kite nie dok pikir masa tue sure ramai sedara-mara datang rumah. Nie lah masa dia nak tolong melayan sedara-mara yang datang or tolong apa yang patut. Bila sedara-mara tanya mana Jimmy? Iolls pulak yang kena 'cover' untuk dia. Nie la masa nak jumpa-jumpa sedara. Dia pulak menghilangkan diri kat opis.

Anyhow, the majlis went well. Merasa la sakit kaki untuk 3 hari sebab tak nak kalah bergaya pakai kasut tinggi 5 inci. Walau pun sakit ku tetap mantain cun. Tapi bila dah habis wedding malam rasa tue memang dah tak peduli apa, terus junjung kasut. Surrender dah time tu.

Penat nak citer banyak-banyak. Layan gambar jom.

BBW



Dah berhari-hari jugak la berzikir kat telinga En. Suami nak pergi ke BBW kat MIECC nun. Akhirnya dapat jugak sampai ke sana. Kejadian berlaku pada Jummat yang lepas (dah lama dah event start weolls baru terkedek-kedek nak pergi). Last Friday hubby bawa kereta ke opis. Makanya bila hari Jumaat memandu di Kota Metropolitan Kuala Lumpur ittew memang susah la nak keluar sebab jammed yang amat. Si isteri nie pun gigih la menunggu di Putrajaya sampai si suami tiba.

The planned was, tinggalkan satu kereta di Putrajaya dan bawa 1 kereta je ke MIECC. Lepas dah settled nanti balik semula ke Putrajaya, ambil kereta dan balik ke rumah. Tak tau la idea nie bernas ke tak tapi it worked for us.

Hanya dapat sampai ke sana around 8.30pm. Masa kiteorang sampai tue orang tak ramai sangat. Memang cun la...masa terbaik untuk memilih. The place was huge n terasa sengal jugak kaki nie tawaf kawasan tue. Tapi semua tue tak bisa diluahkan sebab kalau sebut je nanti sure kena modal balik dengan hubby. So layankan je sakit kaki tue.

For 1st timer ke BBW saya rasa ok la kot. In term of price memang tak dapat nak cari kat tempat lain harga yang depa tawarkan. But due to dah sampai ke penghujung acara baru nak datang, banyak jugak buku-buku yang dah disenaraikan tidak dijumpai. Dah habis orang rembat agaknya. Next time should come early.

So this is what we got for ourselves. Semua sekali ada 34 books and the amazing part was it only cost us RM295. Berbaloi-baloi kan??? I just love BBW!!!!! As you can see, there are 3 types of book here.


Hasil Tangkapan

Monday, December 24, 2012

Sungguh Syiok



Walau pun ramai orang bercuti hari nie dan diriku terpaksa bekerja tatkala mereka sedang seronok berehat bersama keluarga tetapi tidak mengapa kerana berada di opis waktu semua orang cuti termasuk boss adalah sama seperti bercuti jugak.

Pegi kerja pagi tapi pun traffic lancar je I tell u. Memang terbaik la untuk memulakan hari Isnin yang biasanya sangat la lemau untuk semua orang. Parking kat opis nie kosong uolls. Apakah???? Macam ..eh...ehh..betul ke hari nie hari kerja? Kalau tak parking tu sampai berdouble-double parking dibuatnya. Hari nie kalau nak baring atas jalan pun takde hal. Luas-seluasnya kawasan parking tue.

Dari pagi tadi macam tak tau dah nak buat ape kat opis nie. Tadi ada satu emel dah settlekan dengan boss yang besar sikit. Dah settle tu kematu kepala fikir nak buat apa. Hari Jumaat tue dah pulun settledkan apa yang patut coz tau boss cuti hari Isnin. Makanya takde apa la yang nak dibuat. Phone kat opis nie sepatah haram pun tak bunyi. Rasanya majority gomen servant cuti hari nie, tu yang sunyi je phone kat opis nie. Kalau tak kejap-kejap dia berbunyi. Bila dah takde orang call tu double sunyi la suasana kat opis nie.

Ada separuh hari lagi nak kena bertahan di opis nie. 

Tabah la wahai hati.

Just enjoy the day. Bukan selalu dapat bersenang-lenang macam nie.

Friday, December 21, 2012

Just in Case



Tak sempat nak update citer lain, kite update yang ini dulu...

Jangan marah ha..............

Stylizta Shoppe tengah buat Y.E.S.

Some items are on SALE.

Mungkin ada yang uolls berminat. Sila terjah supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Ok tu je nak cakap.

Buy....eh, silap plak BYE !!!!!!



P.s. Singgah jangan tak singgah ye. TQ uolls!!!!


Thursday, December 13, 2012

Maidless


Tuan tanah masih ada tapi sudah lama tidak bersiaran di sini. Banyak citer yang nak dikongsi tapi takde kerajinan nak menghadap page nie. Jengah-jengah blog orang rajin tapi bila tiba blog sendiri memang xde feel nak berkarya (kemain karya lagi walhal byk meraban je).

So nie kira feel dah mari sikit-sikit. Tu yang terhasilnya entry pertama untuk bulan Disember ni. Semalam ingat nak update sumthing kat sini sebab tarikh semalam macam cun je. Nak buat kenang-kenangan la kononnya. Tapi nan ado. Berangan je lebih (berangan tak kena bayar tue yg seronok berangan macam-macam).

As a start, nak mengadu domba yang sekarang diriku sedang dalam tidak berbibik. Bibik saya tak lari uolls. Iolls je yang baik hatie bagi dia balik bercuti nak uruskan hal dia kat Surabaya tu. Memula tue berbelah bagi gak. Ye la maunye tak berbelah bagi. Buatnya dia balik dan terus tak kembali ke Malaysia, acaner??? Menangis iolls. Dahlah banyak keluar duit nak bawa dia masuk, pastu lesap pulak bila iolls bagi balik. 

Tapi bila fikir balik kalau dia lari sebab kiteorang x bagi balik, satu hal pulak. Makanya, bertawakal saje la. Doa banyak-banyak supaya dia nampak jalan pulang ke Malaysia semula. Tiket balik Indon kite bagi dua. Bibik bayar separuh, boss bayar separuh. Rasa dah cukup baik dah bayarkan separuh tiket dia. Ye la..patutnya dia tak balik tahun nie. Dah gatal sangat nak balik maka sila keluar duit jugak. Gaji bulan 11 pun tak bayar dulu. Kalau balik nanti baru bayar.

Tuesday, November 20, 2012

Tribute Tun Siti Hasmah



Nie nak citer pasal teater Tun Siti Hasmah pulak. Saya pegi tengok teater nie dengan MIL. Hari kedua tayangan kalau tak silap. Sebelum beli ticket hari tue tanya la hubby dia nak tengok ke tak? Dah boleh agak dah jawapan dia tapi kita saje je tanya. Bila dah confirm dia tak nak ikut makanya iolls dengan ibu mertuaku saja la yang pergi menonton di IB malam tue.

Sampai agak awal sebab nak collect tiket dulu. Sambil-sambil tu MIL pun meronda kawasan sekeliling tengok-tengok kot ada apa-apa souvenir yang menarik. Takde apa sangat. At last MIL bought the programme book sajork.

Bila dah dapat masuk and sementara menunggu teater start saya pun belek la buku program tue. Selai demi selai sehingga ke kulit belakang. Apa yang saya nak cakap adalah....KECEWA. Untuk harga RM15 (kalau tak silap) rasa macam tak berbaloi je beli. Ucapan penghargaan je entah berapa muka surat, meh kita sesama kira - Dato' Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Datin Rosmah Mansor, Tun Dr Mahathir, Dato' Mukhriz, Datin Paduka Marina, Dato' Seri Ahmad Said (MB Terengganu), Dato' Mohammed Juhari (KP Istana Budaya)...tu yang saya ingat. Kesimpulannya hampir 1/3 buku dah penuh dengan ucapan. 

Ye, iolls pahamlah ucapan penghargaan tu perlu tapi pilih-pilihlah sikit. Yang tak berkaitan tak perlu la masuk. Rasa macam baca koleksi ucapan penghargaan pulak. Then takde apa yang menarik selain daripada ulasan pelakon utama tentang watak yang didukung. For me, at least selitlah sikit sejarah atau biogafi ringkas Tun Siti Hasmah. Buku program nie kan macam buku kenang-kenangan so kalau isinya tak memberi makna macam tak berbaloi je menyemak kat rak buku kita. Sekurang-kurangnya kalau ada selitan info berkaitan Tun Siti Hasmah, orang akan lebih mengenali siapa dia sebenarnya. Iols juga sedar maklumat tersebut boleh diperolehi dari Mr. Google tapi lebih molek kalau ada maklumat yang tercetak rapi. Tak gitu??? Hope diaorang boleh ambil kira benda-benda macam nie dalam menghasilkan sesuatu produk. Bukan sekadar print dan buat untung saja.

Naza Citra


Ada sesapa tengah cari MPV second hand tak? Meh sini tengok kalau korang berkenan dengan Naza Citra (A) GS 2.0 nie. Nie kereta En. Suami. Dia dah start pakai kereta nie sebelum kiteorang kawin lagi. Banyak jasa kereta nie kat weoll. 

Kenapa nak jual? Takde sebab yang spesific tapi hubby plan nak cari kereta lain yang lebih sesuai untuk family kiteroang nie yang dah semakin berkembang. Nak try kereta lain pulak katanya. Tak pernah accident and in a good condition.

For further details, plz click here. Tapi kalau nak tanya personally boleh contact no. En. Suami seperti yang diiklankan ye.

And can u do me a favor, tolong war-warkan kepada rakan-rakan uolls jugak ye or kepada sesiapa yang berminat. Tq in advance!!!!!


Price: RM 33 000Type: MPVsMake: Naza
Model: CitraReg. year: 2005Mileage: 100 000 - 109 999
Transmission: AutoEngine Capacity: 2000 ccColor Type: Metalic
Color:
Accessories: Leather seats, Airbag driver, Airbag passenger, ABS Brakes, Sport rims, Central lock


Year Make 2005, Purchased 2006
One owner
100% accident free
Puspakom approved
Koni adjustable absorber
18" sport rims offset original Japan
Fuza Design Custom Body Kit
Colour 3K metalic dunhill red
Rimus exhaust tip
To view the car, contact Aszmy 0193842494

One Hundred Names


Kite ada buku baru dan dah abis baca uolls. Tak sia-sia letak azam nak baca buku lebih tahun nie sebab nampaknya ada peningkatan dari tahun-tahun sebelumnya. Tapi nie part buku-buku yang tak berapa nak serius sangatlah. Bolehlah tak daripada tak baca langsung. Cuz at least I can improve my vocab thru these books.

One Hundred Names is my third book from Cecelia Ahern after The Time of My Life and The Gift. I dunno why tapi setiap kali lalu book store memang tercari-cari buku dia. And I bought this book masa nak ke Sarawak minggu lepas. Gigih membaca masa kat sana. Almost separuh dapat cover sebab takde orang kacau. Bila balik rumah pulak pantang ada masa free or bila the boys dah tidur terus capai buku nie. Tak sabar nak tahu kesudahan cerita.

At first baca buku nie macam boring sikit but bila dah sampai part 100 names tue memang teruja nak tahu how it ends.Very interesting. 


Monday, November 12, 2012

Oroton's Lover


It's Oroton time. If you are a big fan of this Australian brand then you should check these out..........

I Lvoe Weekends



Guys macam mana dengan weekends korang? Eh...korang tengah cuti lagi ke nie? Huhuhu..kalau korang cuti lagi pi main jauh-jauh, tak nak kawan pasal iolls kena kerja. Bestlah korangkan, kalau ambik cuti 3 hari extra dah dapat cuti panjang seminggu dah. Boleh pi holiday n cuti-cuti dengan family. Erm...jeles!!!!!

Tapi takpe korang, walau pun cuti hanya Sabtu dan Ahad saja tapi saya sangat gumbira kerana cuti 2 hari tu telah diisi dengan benda-benda yang berfaedah. Nak tau apa yang berfaedah kena la baca sampai habis. Nanti baru uolls paham apa faedahnye (sila jangan percaya perkataan 'berfaedah' yang digunakan kerana ia sebenarnya lebih kepada kepentingan diri sendiri).

Anyhoo, weekend lepas balik KL macam biasa. Siangnya spend masa pegi wedding je. Iolls pegi wedding solo je. En. Suami ada urusan nak kena settle. Bila dia tak pegi secara tak langsung budak2 pun tinggal je la dengan Bibik. Jemputan wedding dari orang kat opis. Sebenarnya ada 3 jemputan tapi termampu pegi 2 sajork di Putrajaya. Masa sampai Putrajaya, nampak banyak betul signage majlis perkahwinan. Erm....mentang-mentang dah start cuti sekolah, masing-masing berebut nak buat majlis. Tapi bila dok telek kalender tue tetiba terfikir patutlah banyak betul wedding hari Sabtu lepas, rupanya tarikh hari tu boleh tahan cun...10.11.12....deret-deret gitu! Tak kisahlah yang penting mudah-mudahan mereka yang baru memasuki alam rumah tangga nie berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin!!!!

Pastu malamnye gi tengok teater Tribute Tun Siti Hasmah kat IB bersama ibu mertuaku. Will write about it later. Balik rumah the kids dah tido. Terima kasih kepada En. Suami yang telah sudi menemankan anak-anak sementara saya bersantai menonton teater walaupun dengar citer dari Bibik ada budak kena marah teruk dengan Ayah sebab noti sangat.

Sunday, November 11, 2012

At Highland



Last week saya kena kerja during weekends. Sob...sob..sob.....Tapi-tapi...untuk menjadikan kita lebih gumbira bekerja di hujung minggu, mari kita angkut kaum kerabat sekali. Lagi pun tempat saya nak buat kerja nie pun boleh dikatakan menarik jugak and ada jugak aktiviti or tempat yang diaorang boleh visit while I'm working.

So weekend lepas kite semua telah ke Cameron Highlands. Besides my small family n Bibik, saya bawa sekali my parents, my sis n my aunt. The more the merrier, betul tak? We stayed at Heritage Hotel, Tanah Rata. Sekali amik sampai 3 bilik. I myself opis dah sediakan satu bilik so hanya perlu tambah 2 bilik lagi for my family. My nie kena la bayar sendiri ....jgn la mengada nak masukkan sekali bawa LO Jabatan. Pastu boleh request untuk dapatkan bilik yang ada connecting door. Senang sikit Amsyar and Aimery nak berlari-lari dalam bilik tue. I quite like the room sebab bilik adalah luas dan sangat selesa. Kalau nak masuk dalam 4 orang dewasa tue senang-senang je. Cuma perlu bawa extra toto la kot untuk tidur. Kalau tak silap for the extra room I paid RM250 untuk bilik deluxe  2 orang dan RM330 untuk bilik deluxe 3 person. Sangat puas hati.

The 1st day (Jumaat) sampai tue dah pukul 3pm, Semua kepenatan. Lepas check in hotel terus pergi cari makan sebab dah pukul 4 lebih pun belum lunch lagi. Makan dekat je dengan area hotel. So nie kira jamak sekali untuk dinner. Lepas makan semua nak berehat sebab dah kepenatan. The next day barulah bersemangant nak berjalan kat situ. So sementara iolls sibuk bekerja, hubby take charged untuk bawa the whole family berjalan-jalan. 

They visited the BOH Tea Plantation, pick strawberries at EQ Strawberry Farm and went to the Cactus Point. Nampak macam seronok je bila tengok piccas yang my sis ambik. Rugi tak dapat joint but nonetheless I'm  glad they enjoyed themselves. Iolls juga yang perlu berkhidmat untuk negara di hujung minggu!!!! Malam tue hubby bawa my sis n mum to Pasar Malam Brinchang. Yang lain semua tak ikut coz dah kepenatan berjalan di siang hari. So jom layan gambar.


Jom bergambar sebelum bertolak

Thursday, November 1, 2012

High Tea Set


Semalam after office hour singgah ke Alamanda sekejap. Ada beberapa benda yang nak dibeli. Ingat tak lama la sebab sikit je barang yang nak dibeli tue. So 1st sekali ke Nichii sebab nak beli some pants. Pants yang sedia ada macam tak berapa sesuai. Ada yang terlampau ketat, ada yang kemain longgar sampai nak terlonder bila pakai.

Kalau pakai yang ketat2 untuk casual outfit for kerja sangat tak sesuai. Lagi pun dah lama tak beli pants so rasanya memang about time to get a new one (see...perempuan nie sentiasa ada reason untuk bershopping). Bila dah masuk Nichii tu macam rambang mata pulak. Benda yang tak patut dibeli pun diangkut sekali bawa ke fitting room. Ikut hati memang banyak la yang nak dirembat petang semalam. Tapi nasib masih ada kewarasan so pilih yang betul-betul nak pakai je. At last, I got 2 pants n 2 blouses for me. And I'm one happy woman (sangat senang nak pleased iolls...dapat shopping baju pun dah happy).

Settled cari seluar nak ke Carefour pulak beli some food. Masa lalu kat centre court to saya telah ternampak ini.

Wednesday, October 31, 2012

Family Time @ Sunway Pyramid



Berkurun sudah tidak menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid nie. Bila last sampai ke sini pun dah tak boleh recall (ciri-ciri orang yang semakin berumur sudah jelas kelihatan..huhuhu). 2 minggu lepas sebelum bertolak ke Sg. Petani saya ajak suami ke Sunway Pyramid. Asalnya nak ajak dia ke Berjaya Times Square tapi cadanganku ditolak mentah-mentah sebab kalau nak ke KL lagi elok pegi KL dari semalam and tidur rumah MIL. Huhu....macam tue pulak ye. Ok la tak nak pegi sudah!!!!

Iolls tak putus asa, terus ajak pegi Sunway Pymarid dengan alasan dah berkurun tak pegi sana and the kids pun tak pernah sampai ke sana lagi. Setuju la pulak dia. Rasa macam sama je kot kesesakan yang bakal diharungi kalau ke KL. Nak-nak pulak malam Sabtu tu Final Piala Malaysia kat Stadium Shah Alam. Ada tendency jalan jam. 

Tapi kalau hubby dah kata ye tu kita terus siap je. Banyak tanya nanti langsung tak jadi dan terperap la kita kat rumah je. Alhamdulillah walaupun banyak kereta, sampai gak kiteorang ke Sunway Pyramid. Tapi punya hazab nak cari parking. Dari atas turun ke bawah tak dapat parking. Orang dah style parking kat tepi-tepi tembok dah cuz tak jumpa parking. Weolls gigih lagi mencari. Nasib baiklah ada si isteri yang cekap nie, ternampak ada 1 lampu hijau nun di hujung kawasan parking. terus laju je hubby ke situ. Memang menongkah arus la gamaknya. Kereta takde takpe la...boleh buat macam tue. Kalau nak ikut jalan yang betul kompem la orang belakang rembat parking yang kiteorang dah aim tu. Sorry, this is ours. Sila gigihkan diri cari parking lain.

Tujuan utama hari tu adalah untuk spend masa dengan anak-anak je. Takde agenda nak shopping-shopping nie. For the past few weeks asyik sibuk je n tak sempat nak bawa diaorang jenjalan. Kesian kat budak-budak tue terperuk kat rumah je. So sampai-sampai je terus ke reception/information kaunter tanya ada tak tempat untuk budak-budak main.

Nak Try


Hari kedua raya haji ayah saya ada nak jemput kawan dia datang makan kat rumah. Dah plan awal-awal nak buat mee rebus Singapore version Jee (Jee adalah my aunt, merangkap kakak ayah saya). Lepas korban ada banyak daging kat rumah so sesuai sangat la menu tu. Kalau tak buat entah berapa lama la daging tue dok terperap dalam fridge. 

Disebab kita nak buat version Jee maka kita kena angkut tukang masaknya dari kampung. My mum tak pandai buat mee rebus ni. Mee rebus nie sama macam mee rebus yang iolls cerita masa raya Aidilfitri tue. Memang terbaik la mee rebus tue. Iolls pun excited nak belajar macam mana nak buat. Pasni kalau nak buat makan-makan kat rumah sendiri boleh la try mee rebus pulak. Bagi up la sikit kan. Kalau tak asyik-asyik nak masak spaggetti bolognese or carbonara yang sangat tak mencabar akal dan mindaku......lalalala...eh, ternyanyi plak!!!!!!

Kusyuk menghayati mee rebus di Hari Raya Pertama yang lepas

Monday, October 29, 2012

Kembali Jua


Assalammualaikum uolls. Selamat bekerja bagi yang bekerja hari ini. Sure ada yang sambung cuti lagi nie. Bestnya bercuti panjang kan. Terlanjur dah ada cuti Hari Raya Haji Jumaat lepas kan.... tambah 2-3 hari lagi dah boleh dapat cuti panjang dah.

Macamana raya korang kali nie? Me was not good. Kalau ikut perancangan awalnya, malam raya tue balik ke Kuala Lumpur (eh...orang balik kampung kite masuk bandar pulak....). Nak temankan FIL beraya cuz dia sengsorang je kat KL nun. MIL dah berangkat ke London seminggu sebelum raya. Ada kerja kat sana then terus beraya dengan SIL di Dublin pulak.

So dah siap-siap nak bertolak ke KL tetiba dapat SMS dari my sister beritahu Pak Ibik baru meninggal (my mom punya kakak punya suami....ape ye kita panggil.... biras eh???). Terus beritahu hubby dan terus tukar plan balik ke Melaka terus malam tue.

Perjalanan balik ke Melaka yang dekat tue menjadi sangat la lama sebab traffic adalah sesak. Banyak gila kereta menuju ke selatan malam tue. Terpaksa redha je la sebab orang semua nak balik beraya dan bercuti panjang. Nasib la dah berhenti hujan. Kalau tak lagi lama la kat highway tu. 2 jam tue pun dah rasa keras bontot dah. Nasib la Aimery dan Amsyar tido je sepanjang perjalanan tue.

Sampai Melaka 11pm lebih. Tinggalkan budak-budak kat rumah my mum dengan Bibik n my lil sister. Me and hubby terus je pegi rumah arwah. Masa kiteorang sampai tue, arwah dah dibawa balik ke rumah. Masa tue yang ada hanya ahli keluarga yang terdekat je. Jiran-jiran semua dah takde. Semua sibuk sebab esok nak raya. Me n hubby pun gunakan kesempatan yang ada untuk bacakan Yassin untuk arwah.

Arwah nie ada sakit kencing manis. 2 hari sebelum meninggal arwah masuk hospital sebab nak buat operation kat kaki dia. Tapi malangnya tak sempat nak buat operation tue. Lepas kena bius, tekanan darah arwah jadi semakin rendah dan akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah masa tue ahli keluarga dia semua ada di sisi. Disebabkan dah malam, keluarga arwah decide bawa balik mayat ke rumah dan kebumikan lepas sembahyang raya.

Thursday, October 25, 2012

D'King...Terbaik Wok!!!!



Minggu lepas adalah super busy. Weekends pun terpaksa kerja. Dah la 2-3 minggu lepas asyik berselisih je dengan hubby. Bukan gaduh ye.......Bertukar ganti outstation dengan hubby maksud saya. Dia pegi Bangladesh seminggu, iolls melanguk kat rumah jaga anak-anak. Dia balik.....2 3 hari pastu gi outstation Penang pulak. Plan asalnya saya nak ikut dia pegi Penang. Dia kerja...iolls cuti-cuti Malaysia dengan anak-anak la kat Penang. 

Tapi terbantut plak niat nak follow sebab saya terpaksa berkursus kat INTAN. Huhu....takkan tak pergi kan? Dah la apply punya la lama....since bulan May lepas. La nie baru tau dapat pulak pergi kursus tue. Rasa rugi pun ada kalau tak pergi coz ramai yang apply n kira lucky la kalau terpilih kan. So terpaksala dilupakan niat suci murni nak cuti-cuti Malaysia tu.

Then hubby balik saya pulak kena ke Sg. Petani cuz my Unit ada buat training kat sana. Dah dekat hujung tahun nie program agak pack sebab nak habiskan duit kan. Tapi nie bukan sebab tak planning awal. Kalau buat training kat INTAN nie memang kena tunggu la sikit cuz diaorang pun ada kursus sendiri yang diaorang kena handle. So mana yang ada kosong tue kite selit-selit la. Kalau bajet banyak iolls pun nak buat kat hotel je. Bagi la peserta merasa best sikit berkursus kan. Tapi bajetnye ciput so terpaksa guna kemudahan sedia ada a.k.a INTAN......huhuh....

Nie bukan nak share pasal kursus tue tapi nak share pasal tempat makan best yang saya pegi masa ke Sg. Petani hari tu. Tempat nie driver opis yang perkenalkan. Dia tau pun sebab sehari sebelum tue dia ikut bawa penceramah makan kat situ. And dia kata sedap. So saya pun ajak la pegawai saya gi situ. Dah 2 hari makan makanan kat INTAN boring jugak rasanya. So kiteorang ke sini.....

More JURULATIH



For more info, plz check this out :


HAPPY SHOPPING!!!!!

Selamat Hari Raya Aidiladha and Happy Holiday!!!!!


Wednesday, October 24, 2012

Icon



Hi...blog!!!!! Lama sudah kita tidak berjumpa. Kesian kat blog nie dah lama tak berhapdet. Maaplah...saya kesuntukan masa. Banyak je benda-benda yang happening berlaku tapi takdan tak dikongsi kat sini. Nanti kalau ada masa saya hapdet la citer2 tu semua. If not..abaikan je cite lama yang dah basi tu. We move on...

Nie nak citer pasal kisah hari nie. Pagi tadi sempat gi dengar Bicara Eksekutif dengan YABhg. Tun Dr Mahathir kat Plenary Hall, PICC. Full house I tell u. Kapisiti hall tue lebih kurang dalam 3000 seats tapi yang datang tadi rasanya lebih daripada tu. Gila tak pegi???!!!! Tun Mahathir kot yang nak berucap, bukan calang-calang orang. This event is hosted by JPA and those who are in the public sector are invited. Tapi memang tak dapatlah semua nak pergi, sapa pulak yang nak melayan pelanggan di opis tu. Kang semua hilang ke PICC, semua komplen xde pegawai yang layan diaorang di pejabat keraajan. Panjang pulak nak bagi jawapan maklum balas ke Unit Komunikasi Korporat...huhuhu!!!!!. So sesapa yang dapat hadir pagi tadi tue memang bertuah la sebab dapat berkongsi pandangan dan pengalaman dengan Tun.

And I felt lucky too. Memang bersemangat dengar ucapan Tun. Sempoi sangat cara penyampaian Tun. Walau ucapan Tunsangat bersahaja, memang terkesan di hati saya. Very proud to have him as our Prime Minister before.

In his late 80's, dia masih lagi kuat dan bersemangat dalam berkongsi pengalaman dan pendapat. Jawapan-jawapan yang diberikan kepada soklan-soklan yang ditanyakan sangat memuaskan hati dan membuka mata dan minda iolls. Rasa sekejap sangat masa berlalu dan tak puas mendengar Tun berkongsi pengalaman mentadbir negara tercinta nie selama 22 tahun. 


Friday, October 12, 2012

Friday Activities



Hari Jumaat waktu rehat adalah panjang. Bila break lama tue macam-macam benda boleh buat. Selalunya kalau hari Jumaat tusaya amik kesempatan berdating dengan BFF Cik Puan Azua untuk lepak-lepak sambil makan, sambil gossip, sambil jual handbag kat Alamanda. Banyak gak tempat makan yang dah menjadi tempat kami berdating. Tapi Jumaat minggu nie takde temujanji apa-apa dengan sapa-sapa pun sebab ada benda nak cari kat Alamanda.

Saya kalau ada urusan nie malas sikit nak pergi beramai-ramai or bawa rombongan Cik Kiah. Lebih senang kalau jalan sendiri dan settledkan apa yang nak dibuat tue seorang diri. Rasa lebih cepat dan effective. Takdelah rasa bersalah mengheret kawan-kawan sekali kalau urusan tue lama ke or tak jumpa benda yang dicari tue. So tak payahlah pelik sangat kalau ternampak saya jalan sorang diri tue. Ada la benda yang tengah dicari or tengah diuruskan.

Macam tadi, sibuk mencari baju anak-anak untuk attend birthday party hari Ahad nie. Nasib adalah sungguh baik sebab kat Alamanda ada jual barang-barang yang dicari. Lap peluh!!!! Kalau tak pengsan nak merayap lagi esok nak mencari baju untuk mengikut tema yang telah dipilih oleh tuan rumah. Nanti kalau Amsyar dan Aimery tak pakai ikut tema nampak macam awkward pulak. Iolls pun nanti akan rasa malu kalau anak iolls je yang dressed up lain dari tema yang dipilih. Very the no-no ok..... Kita support la sikit inisiatif host kan. Tak nak citer dulu kite pilih baju apa sebab nanti takde modal nak buat entry yang seterusnye...Dasar orang kekeringan story!!!!! Yang lelebih tu nanti kite citer kemudian k.

Pastu 'tershopping' pulak untuk diri sendiri. Ternampak pulak dress yang gorjes so terpaksalah beli. Kalau tak nanti tak lena tido malam nie terkenang baju yang tergantung tu. Huhu!!!! Nie tak makan pun xpe nie pasal dah kenyang shopping. Macam banyak je kan bunyinya padahal 2 helai je pung.

Coming Soon




Akan tiba...

Untuk ready stock boleh terus bershoppink di :




Wednesday, October 10, 2012

1 Tahun



Bila check-check balik tarikh nie ...10 Oktober..rupa-rupanya dah setahun dah saya start bekerja semula setelah setahun bercuti. Oh...sungguh cepat masa berlalu. Setahun dah duduk kat desk nie rupanya. Dalam tempoh setahun nie banyak jugaklah benda yang dapat dibuat.

Dari segi kerjanya takdelah berapa susah sangat sebab more or less bidang tugasnya sama seperti kerja-kerja yang saya buat sebelum bercuti panjang dulu. Makanya proses pembelajaran adalah singkat. Kalau nak cakap pasal benda baru pun tak berapa nak ada sebab kebanyakkannya masih sama seperti sebelumnya. Cuma berkesempatan jugak menanggung kerja rakan sejawat yang cuti bersalin selama 3 bulan. Yang tu memang lain sikit kerjanya. Menarik jugak sebab ada melibatkan pihak-pihak luar seperti Talent Corp dan Razak School of Government. Sekarang dia pun dah balik dari cuti bersalin so saya tumpukan sepenuhnya pada kerja saya.

Kalau diberi peluang rasanya nak buat sesuatu yang lain dari kerja yang ada sekarang. Bila dah lama sangat buat benda yang sama rasa macam dah tak berapa nak interesting lagi kerjanya. Tapi risau jugak kalau dihantar ke tempat lain masih jugak diberi tugas yang sama seperti apa yang dibuat sekarang. Tak tercapai la objektif nak buat benda baru tue.

Walau pun begitu masih ada gak rasa takut nak berhijrah. Ye la...dah complesant dengan keadaaan sedia ada. Kalau berubah angin sure ada banyak benda baru yang nak kena belajar. Dalam keadaan sekarang nie proses pembelajaran tue kena cepat. Kalau tersengguk-sengguk nanti ada orang kata tak boleh deliver pulak. Huhu...dilemma di situ.

We'll wait n see....

Tuesday, October 9, 2012

Sama Jer Susah


Minggu lepas berkampung (Khamis-Sabtu) sekejap kat PD atas urusan kerja. Bawa kereta sendiri ke PD. Iolls nie bukannye terer sangat part nak travel dan cari jalan sendiri nie. Nak ke PD pun kena minta bantuan si Google Map. Bila dah masukkan direction dalam phone tue, dia terus tunjuk jalan ke PD tue ikut jalan belakang (tak guna highway). Selalunya kalau nak gi PD iolss guna highway sebab jalan lurus n banyak kereta. Kalau jadi apa-apa senang nak minta tolong (kantoi..dah banyak kali gi PD masih nak guna google...)

Tapi kali nie rasa macam nak try je ikut jalan belakang nie. Nie kira macam tindakan berani mati la nie, nak meredah jalan yang tak pernah lalu (berani la sangat kan...). Dari Putrajaya kita lalu Kota Warisan...lalu pekan Sepang....and at last selamat sampai ke PD. Alhamdulillah...takdelah teruk or susah sangat jalan ke PD tue. Cumanya banyak cabaran sikit. Jalan dia obviously xdelah sampai 3 lanes macam kat highway tu. Dahlah jalan kecik pastu macam ular melingkau atas pagar. Punyala banyak corner....So memang meter tue takat 80km/j je la jawabnya. Tapi bila nasib tak baik kena belakang punggung lori, amik ko...30km/j kekdahnya. 

Around pukul 2.30pm sampai dah PD. Terus check in dan dengar taklimat perjalanan program selama 3 hari kat PD tu. Iolls datang sorang je sebab En. Suami pun busy. Kalau bawa Bibik dengan budak-budak je takut diaorang pun tak tau nak buat apa kat sana sebab iolls kan kena kerja. Takut tak dapat nak layan diaorang. So untuk tidak memeningkan kepala duduk saja di rumah. Ada rezeki kita holiday together-gether nanti.

Happy Weekends



Nie cerita Sabtu 2 minggu yang lepas. Huhu...Plz bear with me!!! Sabtu tu memang tercongok ke kat rumah sebab menunggu orang Unifi menyiapkan kerja-kerja pasang peralatan kat rumah tue. Janji pukul 10.30am tapi dalam pukul 11am baru depa sampai. Sementara diaorang buat kerja tue, kite pun sama la buat kerja. Mengemas apa yang patut. Then masak sikit dan bagi the kids makan.

Walaupun xde lah buat kerja berat sangat dah terasa penat yang amat. Nampak sangat takde stamina kan? So lepas tu lepak-lepak je supaya boleh recharge balik energy. Dah petang sikit hubby tanya :

"Nak bawa budak-budak keluar tak?"

"Erm..boleh jugak. kesian diaorang terperap je kat rumah seminggu." Saya pun suka jugak sebenarnya sebab boring jugak lepak macam nie tak buat apa.

"Kita nak pergi mana?"

Oh, ini adalah soklan yang sudah dijangka dan yang paling saya tak suka. Nape saya je yang selalu kena pikir mana nak pergi, mana nak makan, nak buat apa, nak bertolak pukul berapa ....dan lain-lain soklan yang sewaktu dengannya. Tak boleh ke kalau saya ikut je apa yang suami decide. huhu...Ini tidak adil!!!!!

Tapi terpaksa jugak pikir la sebab tak nak tersadai je kat rumah tak buat apa. Hari tue dah bawa budak-budak main kat taman Perdana Putra kat Shangri La Putrajaya nun. Tak kan la nak pergi situ lagi kan? Bosan la pulak nanti. Saya ajak jugak hubby pegi Putrajaya tapi kat area yang lain pulak. Ada satu tempat yang macam ada playground area dekat-dekat PICC. Seriouslah tak tau nama dia apa tapi tempat tu sangat meriah masa kiteorang sampai tu. Ramai jugak rupanya orang melepak kat sini waktu petang. Ada yang siap berpicnic bagai kat situ. So nice.

Wednesday, October 3, 2012

Family Day @ Taman Botani, Putrajaya



Ini ada la entry tertangguh yang telah lama diperam dalam draft folder. Kalau peram mangga pun dah masak dah rasanya. Huhu... Tapi sebab dah ada kita habiskan dan publish la cepat-cepat. Actually ini adalah event MIL. Tapi sebab Family Day kan..so jemputan telah dipanjangkan kepada anak, menantu dan cucu-cucu jugak. Apahal kalau datang family day tak bawa keluarga sekali kan?! So orang dah bagi jemputan tue, moh le kita meriahkan majlis.

Family Day KPJ nie diaorang buat kat Taman Botani, Putrajaya sehari selepas Hari Malaysia. Erm..erm...nie nak buat pengakuan sikit. Walaupun dah hampir 6 tahun dok berulang alik kat Putrajaya nie sukacita dimaklumkan saya tak pernah sampai sini (eh..patut ke kita rasa bangga tak pernah sampai sini, macam silap je expression tu....hahaha!!!!)

Memang selalu dengar pasal Taman Botani ni tapi tak pernah pulak teman gi menengok apa yang ada kat situ selain daripada Putrajaya Seafood yang mahal tue (tau mahal sebab orang cakap, sendiri belum pernah try test lagi sebab jangan jadi bodoh kalau dah mahal buat apa nak pegi ken?!!!)

Bertolak satu keluarga dari KL and around 8.30am dah sampai. Rasanya on time kot (kalau lambat pun bukan ada orang marah kan sebab kite datang dengan Managing Director....hehehe!!!). Once, VVIP dah sampai, majlis terus bermula. Macam-macam ada. Bila ada bajet memang best la buat family day macam nie. Bebudak la yang paling happy sekali sebab banyak benda diaorang dapat. Ada bungee castle, ada games, ada hadiah, ada goodies. Orang dewasa pun banyak gak option. Ada goodies bag yang sangat meriah...siap ada kuih raya dalam beg tu. Ada face painting, ada games  jatuhkan barang macam kat fun fair, ada tempat untuk lukis karikatur potret, dan macam-macam lagi. Hadiah games pun meriah jugak. Pendek kata, kalau participate je memang dah sure dapat hadiah.

Sunday, September 30, 2012

Lega




Yeay... kat rumah dah ada Unifi (tu pun nak citer kan???!!). Masa belum ada Unifi kat rumah nie terseksa hidup zahir dan batin uolls. Memang la boleh akses internet dengan 3G kat phone tue. Tapi kena berebut dengan anak-anak la pulak. Diaorang sibuk nak main game plak kat phone tue. Nasib baik tak download banyak game kat situ. Kalau tak memang jadi hak milik diaorang la jawapnya. Terpaksa redha la sebab takde sumber lain yang boleh diberi untuk memastikan diaorang senyap dan tak mengganggu kita untuk merehatkan diri untuk sejenak.

Bebudak zaman sekarang nie semua IT savvy. Sekali je tengok kita buat, pastu dah pandai buat sendiri. Tak payah kita ajar. Tapi tu la time kite nak guna phone tu terpaksa merayu pulak. Memang payah nak dapat balik kalau diaorang dah start pegang phone tue. 

Part main phone tu for me takde hal sangat. Cuma yang menjadi halnye tue kekadang segala macam setting kat phone tue jadi haru biru. Sampai kekadang tue saya jadi kelam-kabut sebab tak tau macam mane nak dapatkan setting yang lama tue. Maklumlah saya nie bukan yang jenis rajin sangat nak meng'explore' phone nie sangat. Tau yang penting-penting je. Bila dah lari setting, tu yang menggelabah tanya semua orang. Masa tue baru la tau.

"Oh! Macam nie rupanya nak buat. Senang je rupanya."

Kalau pasal apps yang gempak-gempak nie orang semua dah berjaman tau baru la iolls terhegeh-hegeh nak belajar. Tapi bak kata orang London, "Better late then never". Asyik la guna ayat nie nak mengcover ke'slow'an diri sendiri. Huhuhu!!!!

Saturday, September 22, 2012

Audition



Masa kat London dulu, suka tengok game game show The Million Pound Drop kat Channel 4. Masa tue  memang excited la terus cakap dalam hati kalau kat Malaysia ada rancangan macam nie kan best. Sesenang je boleh dapat RM1 juta (konfiden je senang?). Tapi masa tengok yang version mat salleh nie boleh tahan jugak susah nye sebab banyak tanya general knowledge pasal negara dioarang n dunia. Tapi kalau bawa rancangan nie ke Malaysia sure akan di'Malaysianize'kan, betul tak? So mungkin senang sikit kot. Sepanjang yang kiteorang tengok tue takde sapa pun lagi yang berjaya bawa pulang duit 1 million pound tue. Ada yang dah hampir ke soalan ke 8 tapi akhirnya gagal jugak. Kesian la pulakkan....

Tup tup bila balik Malaysia ada la pulak rancangan nie. Kat Malaysia depa panggil RM1,000,000 Money Drop la pulak. Masa yang 1st season tue ada la jugak sekali sekala tertengok rancangan tue. Maklumlah dah start kerja balik, takde masa nak melanguk sangat kat depan TV. Masa kat London tue kan kite jadi suri rumah berjaya maka banyak la masa kat depan TV. Masa tengok tue biasalah, siap kutuk-kutuk lagi peserta yang tengah bertanding tu.

"Eleh..soalan senang pun tak tau nak jawap ke? Bagi aku je la masuk...". Tu antara ayat kutukan standard yang biasa keluar dari mulut.

"Hah tue la...tamak sangat. Kalau kau divide dua duit tue boleh main seround dua lagi. Takde akai punya orang". Nie pun selalu gak kena.

Tak berapa ingat sangat berapa nilai max yg peserta dapat bawa balik dalam 1st season tue. Tapi tak kisah la sebab dah jadi sejarah pun kan. And this year diaorang buat lagi untuk season ke2. Memula tue x tau pun ada audition Money Drop tue, but then my family kata pegi la audition Money Drop. Diaorang dah start auditon untuk musim ke2.

Me n hubby pun macam...why not? Saje je la kan...nak mencuba nasib orang kata. So last weekend (15 Sept) kiteorang pun gigih la bersiap untuk ke The Garden. Niat di hati nak pergi awal tapi managed to be there @ 8.00am. Masa sampai tu terus terkagum sebentar sebab manusia dah beratur panjang nak mamps...Ololo...Pukul berapa korang datang nie?????

Friday, September 21, 2012

Lookalike



Sekarang nie kalau ternampak apa2 je  yang ada kaitan dengan Duchess of Cambrigde nie laju scroll page tu. Macam suka je tengok dia tue. Nampak macam sempurna kehidupan dia (tue yang kita nampak la...yang lain tue tak tau la kan). Dia ada pakej lengkap sebagai puteri raja.

Beauty - Checked!
Brain - Checked!
Poise - Checked!

Pendek kata semuanya ada pada dia. Jeleskan???? Mesti kite semua pernah berangan nak jadi macam dia at least masa kecik-kecik dulu la. Tapi bila dah jadi femes macam dia nie dah tentu ada harga yang perlu dibayar. Semua cerita dia orang nak tau. Dia pakai apa semua nak tiru. Dia buat apa pun semuanya diperhati. So memang dah takde privacy bila anda bernama Catherine Middleton, Duchess of Cambridge. Sampaikan masa peribadi dia pun paparazi sibuk amik gambar sehingga tersebar gambar half naked si Kate nie. Pity her. 

And tadi terbaca kat Yahoo pasal sorang waiter yang berhenti kerja untuk jadi Kate Middleton lookalike. Nama dia Heidi Agan (32 y.o). Ada anak dua dah dia nie. Memang patut pun dia berhenti jadi waiter tu sebab bayaran yang dia dapat untuk setiap penampilan adalah 100 kali lebih baik daripada gaji jadi waiter. Korang pun mesti nak kan kalau dibayar macam tue punya banyak. Dah la dapat pakai baju yang lawa-lawa ala-ala style Kate Middleton. Memang bertuah la si Heidi nie. Senang-senang je dia buat duit. Memang rejeki dia la tue.

Sekali pandang memang rupa Kate la. Kalau tak percaya mari kita tengok gambar-gambar perbandingan yang diaorang tunjukkan. So what say u?

Thursday, September 20, 2012

Blogshop



Oleh sebab orang dah ramai ada blogshop kite pun nak ada blogshop jugak. Tak nak kalah kan!!!!! Eh..eh..bukan tak nak kalah cuma nak memudahkan uolls semua bershoppink. Takde lah uolls semua nak kena mengadap cerita/celoteh saya sebelum nak bershopping. Buang sama uolls yang semua nie busy-busy belaka. So hal-hal peribadi kita letak satu tempat dan urusan bisnes satu tempat. Barulah aman rumah tangga (tetiba je rumah tangga kan..SILA ABAIKAN!!)

Makanya saya pun telah cuba la membuat blogshop yang simple untuk memudahkan uolls semua untuk browse barang-barang yang uolls minat. At the same time cuba gak cari orang yang boleh tolong designkan blogshop nie supaya lebih customer friendly dan sebagainya. Uolls boleh suggest tak designer yang berkebolehan untuk laksanakan impian saya nie??? Plz leave your comment kalau ada ya. Thank you in advance. Lagi satu sebab saya buat blogshop nie sebab nak jadikan bisnes ni lebih serius daripada yang sebelum nie.

Dulu masa mula berjinak-jinak nak jual barang-barang nie semua, saya beli ikut kemampuan je. Kalau ada duit lebih beli banyak sikit, kalau takde duit dok perati je la barang-barang yang berkenan tue sambil meleleh air liur sebab xde duit nak beli. Tapi sekarang alhamdulillah, usaha nak berbisnes nie mendapat sokongan penuh ahli keluarga termasuk hubby, MIL, SIL, my sister (yang dok selalu belikan handbag kt US nun) dan ramai lagi. So boleh lah display lebih banyak barang/handbag untuk uolls pilih.

As for now, we focused on handbag dulu. Kalau ada rezeki dan permintaan bolehlah diperluas kepada barang-barang yang lain. If uolls ada cadangan/permintaan boleh bagi comment di sini ye. All comments are gift n we love gifts!!!!

So plz visit this blogshop untuk dapatkan barang-barang/handbags berjenama dan berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. Insyallah, kami akan berusaha memberikan produk-produk yang memenuhi citarasa uolls semua dari masa ke masa. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan padu pada saya selama ini dan pohon teruskan sokongan anda ya. Lvoe you all so much!!!!!!







Saturday, September 15, 2012

COACH ON SALE, GIRLS!!!!!



-Sticky post-
-Scroll down for new entry-


Tak puas dengan sale dan design yang telah diupload sebelum nie? Hah...nie peluang uolls untuk dapatkan Coach yang original dengan color-color yang sangat vibrant dan menarik. Kalau pakai nie sure orang sekeliling jeling-jeling tengok handbag uolls yang marvellous tue. 

Sempena  musim raya nie sesuai sangat uolss gayakan ketika mengunjungi rumah sanak saudara. Mesti diaorang tertanya-tanya mane uolls dapat hangbag yang gorjes nie. Masa tue bolehlah promote blog nie (eh..sempat lagikan selingan blog sendiri). Kalau nak dijadikan hadiah kepada yang tersayang pun sangat sesuai. Sure lepas nie lagi sayang lah si dia kat korang.

Kali nie saya dah bagi diskaun siap-siap sebab tau uolls nie semua suka je kalau barang-barang yang ada diskaun nie. Nak-nak kalau yang sampai 70%  tu kan. Tapi maap la saya tak dapat nak bagi diskaun sampai banyak macam tue sebab belum begitu kaya lagi. Hahaha!!!!! Nanti kalau murah rezeki bolehlah share-share dengan korang semua.

Enuf said! So sila la jamu mata korang dengan batch yang terbaru nie. Hopefully uolls suka. Kalau dah suka tue jangan lupa reserve cepat-cepat. Takut nanti disambar orang.

Enjoy!!!!!!!

Tuesday, September 11, 2012

Pity Me



Nie tengah lapar tahap tak ingat nie. Normally memang tak breakfast yang berat pun masa in the morning. Sebelum bertolak ke office, I'll take a mug of Milo and 2 slices of bread/biscuit. Biasanya boleh tahan la sampai lunch hour. Nie kalau waktu busy tak ingat dan sedar-sedar je dah pukul 1pm. Tetiba buat muka pelik.

 "Oh dah lunch time rupanya". 

Gigih saya bekerja sampai tak sedar dah waktu rehat. 

Tapi kalau waktu melepak takde kerja kadang-kadang tue aroung kol 10.30am tue berkeriut jugak perut nie. Hari nie adalah salah satu daripada hari-hari tersebut. But if that happens, takde hal sangat sebab memang ada spare biskut n Milo kotak kat bilik. Bebila terasa lapar tue memang itu la benda yang ditala sementara nak menunggu waktu lunch or waktu nak balik.

Tadi around kol 10ish dah belasah 2 packets biskut oat crunch Munchy. Pastu dalam hati dah pasang angan-angan nak makan nasi tengah hari nanti sebab lapar tahap gaban dah nie.Tak tau la nasi apa yang ada jual kat cafe tue sebab since bulan puasa lepas memang takde jejakkan kaki kat cafe. Tak tau whether orang-orang yang berniaga kat situ ada lagi ke tak. Cafe kat office nie macam nak tak nak je berniaga. Masak makanan bajet gila. Kalau kau turun lambat, memang ada chance la nampak periuk belanga je sebab lauk semua elek. Kalau ada lauk pun macam nak tak nak je dia masak. Takde variety dan tak menyelerakan. But bila dah takde pilihan tue memang terpaksa beli la kan. Or else kenalah kau start enjin cari makanan kat kawasan sekitar. Dengan waktu break yang sejam je tue memang terkejar-kejar dibuatnya. Silap-silap bila sampai opis dah lapar balik.

Friday, September 7, 2012

Nomad



Semenjak dah duduk sendiri nie rasa macam bebas sikit. Maklumlah rumah sendirikan. Suka hati mak bapak kite la kita nak buat apa. Kalau duduk dengan orang tua kena la ikut cara dan peraturan dioarang. Janganlah feeling-feeling nak buat macam rumah sendiri.

Oleh sebab KL dan Kota Warisan xdelah jauh bebenor (walaupun sebenarnya jauh dekat 50km sehala tapi ikut MEX ape ada hal kan. Kalau bawa 130km/jam....berdesup je dah sampai) maka selalu gak kiteorang berulang alik between the two places apabila diperlukan oleh MIL or FIL. Kesian pulak Atok dengan Ummi tue kalau tengok bebudak tue rindu la pulak.

Almaklum je la, laki I tue adik beradiknye tak ramai. Kakak dia dah la nun jauh kat Dublin. Adik dia pulak bujang lagi (as for now la..lagi 2 bulan dah ladi laki orang plak). Orang bujang biasanya ikut masa dengan timing diaorang sendirikan. So kira yang ada pun family kiteorang je. Kalau ada kiteorang (read : Amsyar + Aimery) meriah la sikit rumah tue.Pastu suara mummy pun meriah gak sebab terpekik terlolong bila bebudak tue bergaduh or berebut toys. Mau tak bising!!!!!!

Baju semua memang ada spare je kat rumah KL. Senang kalau tetiba je nak kena balik KL tak payah pening-pening nak fikir takde baju ke apa. Selagi boleh simpan kat situ kite biar je. Esok-esok bila MIL dah tak duduk rumah tue barula kite hangkut barang-barang semua ke Sepang. Rumah baru MIL tue xde bilik sebanyak rumah sekarang so x bolehlah sorang nak book satu bilik kan. So setiap kali nak datang kena la hangkut kain baju pas nie..Huhuhu..Malasnya. Tu la dah biasa senang, semua dah ada bila kena mengemas sikit dah jadi lemau...No good!!!!

Monday, September 3, 2012

Raya Oh Raya



Raya hari hari tue memang heaven sebab dapat beraya di Melaka seminggu lamanya. Hatie mana yang tak gembira kalau dapat berkepit dengan mak sendiri, betul tak (ok terlupa dah ada laki sekarang so sila sedar diri sikit)?

Masa MIL kata dia n FIL kata nak beraya kat London/Dublin, iolls dah tepuk bintang lapan puluh kali dah (kurang asam punya menantu kan???). Itu makna I have all weekends with my family. Maunye tak happy. Tahun lepas dah sedih gila beraya kat Dublin tanpa family terchenta. Tak seronok je rasanya raya kalau tak balik Melaka dan beraya kat rumah sedara-mara.

Tapi tetiba plak MIL buka mulut ajak kiteorang 1 family beraya sekali kat Dublin. Wo pu yau....Nehi...Nehi..Nehi.... Semua keluhan itu bermain kat dalam kepala je. Ayat sebenar yang keluar dari mulat adalah.." Erm..nanti Miza bincang dengan Jimmy macam mana? Kalau dia kata ok boleh gak beraya kat sana"....Drama sangatkan. Padahal memang tak mahu ke sana tapi takut pulak kecik hati orang tua tue nanti.

So malam tue pun buat muka sedih mengadap En. Suami menyatakan hasrat hati si Ibu yang mengajak beraya di Dublin. Cakap sejibik macam apa yang MIL cakap, takde ayat yang ditokok tambah. Dalam hati berdoa sesangat agar En. Suami tak memilih untuk ke Dublin. Seakan dapat membaca kepala otak si Isteri, hubby cakap tak payah la pegi Dublin. Tahun lepas kan dah beraya kat sana. Kesian kat mak ayah Melaka tahun lepas dah la tak dapat beraya dengan budak-budak.

Oh yes la...Kali nie boleh terjun tiruk sekali I tell you sebab gumbira sesangat. Tu yang buat saya sayang laki saya tue. Sangat bertimbang rasa orangnya dan pandai menjaga hati saya. Erk...ke dia cakap macam tu sebab kesian tengok muka tak semengah bini dia nie. Oh...makcik tak kisah la..Yang penting raya di Melaka uolls...

Wednesday, August 29, 2012

Kopipes Punya Hal



Kopipes tue memang la baguskan sebab mudah dan cepat kerja kita selesai. Tapi sila la semak balik ape yang awak kopipes tue. Betul tak faktanya. Nak nak kalau benda benda yang serius macam bab-bab agama tu. Jangan pulak awak kopipes benda yang awak sendiri kurang arif then sebarkan kat orang. Niat tue baiklah tapi cara tue tak betul kot. Nanti dengan kite-kite sekali tanggung dosa sebab menyebarkan amalan songsang.

Pagi nie jugak saya telah menjadi mangsa kopipes. Sebelum cuti raya dah apply for tiket flight nak pi Sabah untuk urusan rasmi. Masa tue pun dah banyak tiket yang sold out. Makanya daripada naik MAS saya terpaksa guna perkhidmatan AirAsia. Not that AirAsia tak bagus cuma kalau nak MAS tue senang sikit la nak ke KLIA tu. Tapi tak kisah la kan. Janji sampai ke Kota Kinabalu sudah. Masa tue rasanya semua orang dah tak concentrate nak buat kerja kot sebab mood raya dah sampai. Kalau kat opis nie saya tengok bebudak kat depan nie dok sibuk bercerita tentang balik kampung dan juadah raya. Memang dah takde hati nak buat kerja.

Booked tiket  untuk 29 Ogos 2012 kol 3.25pm. So saya minta CC booked kereta untuk ke LCCT pukul 1.30pm. Hal booked kereta nie pun dah settled sebelum raya lagi. So hari nie datang opis gigihlah menyiapkan kerja-kerja yang penting sebelum tinggalkan pejabat sehingga Isnin depan. Lepas dah siap kerja semua baru nak sibuk nak print tiket flight segala. Masa print tadi dok belek balik e-ticket nie. Apsal nampak macam pelik je tiket nie? Dah nampak macam ada masalah di situ. Kenapakah tiket nie menunjukkan departing @ 1245pm????? Kenapa tetiba muncul waktu nie plak?

Monday, August 27, 2012

Sebelum Habis


Gaji dah lama dapat. Raya pun dah raya. Hutang-hutang semua jangan lupa bayar ye kawan-kawan. Nanti tak pasal-pasal nanti orang semua cari kita sebab kita tak bayar hutang lagi. Nie nak mengingatkan diri sendiri jugak. Nanti seronok jalan beraya tak perasan duit makin susut dan hutang semua still tak settled lagi. No good ok.

Oleh sebab itu, hari nie laju je saya membayar bill-bill dan hutang piutang yang berkaitan. Nasib duit kereta dan duit rumah potong terus dari gaji. Kalau tidak disaster namanya bulan-bulan raya nie. Duit mengalir macam air. Tau-tau je dah susut je. Gaji bulan 9 lambat lagi pulak tu. Bahana mendapat gaji awal.

Alhamdulillah...semua dah selesai. Kalau tak rasa bersalah je dalam hati nak belanja duit. Oh yang hutang PTPTN tue patut dah lama habis tapi entah macam mana diaorang hantar surat ada balance lebih kurang RM1 lebih cost pentadbiran yang tak settled lagi. WTH??? Pastu bila saya hantar emel kt PTPTN dah dekat sebulan kot tak jawab. Tang minta duit laju plak dia hantar surat. Tension makcik. So sengaja bayar lebih dengan harapan takde lagi benda-benda tertunggak nie. Saya dah tak nak terlibat dah dengan PTPTN nie. Sudah cukup cukup sudah...cukup sampai di sini saja.....(feeling-feeling artis kejap!!). Kalau ada lebih sila pulangkan balik duit saya ye...jangan nak buat harta pulak.

Selamat Hari Raya


Aci tak kalau nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kat uolls semua. Raya sebulan kan so kira ok la kan walaupun sekarang nie dah masuk raya ke-9. Yang penting kite masih dalam bulan Syawal kan.

So sebelum update citer-citer pasal raya (yang takdelah gempak apa pun) molek la kite up dulu entry nie. Simple entry je untuk hari pertama bekerja setelah seminggu bercuti. Happy Monday peeps!!!!


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga

Thursday, August 16, 2012

So Many Yet So Little


Bulan Ramadhan dah semakin sampai ke penghujung. Dalam 3 hari je lagi kita akan bertemu Syawal pulak. So uols semua dah ready ke nak beraya? Baju raya, kasut raya, kuih raya semua dah settle? As for myself, tu la dia benda-benda yang cuba dilangsaikan for the pass few weeks. Minggu nie beli sikit, esok beli sikit dengan harapan semuanya selesai secepat mungkin. Tapi macam takde kesudahannya. Ada je benda yang tak cukup lagi. Takdelah nak beria sangat beraya tapi macam tak complete pulak kalau takde benda-benda tue. For the past few weeks banyak benda yang berlaku, tapi tak sempat nak dikongsi kat sini. No time oso to write. Very busy I must say.

Untuk itu, weekends lepas memang telah diperuntukkan untuk tujuan shopping which I have mixed feeling 'bout it. Of coz la excited kan bila sebut perkataan shopping tue. Gila ke apa kalau orang pompuan tak suka perkataan shopping nie. Sapa yang tak suka shopping tu saya tabik spring tilam Vono la kat diaorang. Impress gila kot iolls kat spesis uolls nie. 

But at the same time, terbayang jugak kesesakan dan lautan manusia yang terpaksa dihadapi untuk tujuan bershopping tue. Ye la, ingat ko sorang je nak shopping. Orang lain pun semangat gaks nak beraya. Nak pakai baju meletops-letop. Pasrah je la dengan yang itu. Nak buat macam mana kan, nak raya punya pasal kita layan je.

Tapi yang paling tak boleh blah nanti adalah lepas dah bersesak-sesak dan berpeluk ketiak, takde apa barang yang dibawa pulang. Alasannya takde baju yang meletops kebaboom !!!!! (yang letop-letop kat butik la, lagi nak cerita). Tu yang paling tak best tue. Buang karan je nanti. Tapi kalau tak pergi tak tahu pula..Entah-entah banyak je pilihan. Banyak sangat speku kan. Pergi je la. Byk pulak alasannya.

From My Kitchen Presenting : Cornflakes Madu


Dah lama tak mem'baking' segala. Teringit plak zaman dok di London (ceh...macam la dah lama sangat walhal baru je tahun lepas). Semangat gila nak buat itu, nak buat ini. Bila dah ada oven sendiri hubby belikan takde plak ko nak bake biscuit ke... kek ke....Itu bukan barang perhiasan untuk ditonton. Sila gunakan sebelum suami anda bertanya pasal oven yang masih bersih keadaaannya itew. 

Baiklah, demi menyahut cabaran untuk mengotorkan oven untuk pertama kalinya, kite mulakan dengan buat benda yang paling senang dulu. Nie semua strategi uolls. Kalau dah buat yang susah-susah dulu nanti expectation adalah tinggi. No good...hehehehe!! So jgn letak pressure kat diri sendiri kalau mahu selamat.

Oleh itu, Sabtu lepas saya telah cuba membuat cornflakes madu sebab setelah di'google' saya rasa benda nie paling mudah nak dikerjakan sebab tak payah nak pakai mixer segala. Pakai senduk kayu untuk kacau je. Tak ke senang namamya tue.

Mudah je membuatnya dan cepat je boleh siap. Akan tetapi walaupun mudah saya terkantoi jugak masa first round membakar cornflakes tue. Sekali tengok dah terhangus la pulak. Tapi takpe jangan putus asa, teruskan je dengan round kedua. Belajar dari kegagalan di pusingan pertama, saya pendekkan sikit masa bakar tue n it turned out to be ok dan sedang elok je warna yang kita inginkan.


It's Here!!!!



New stocks have arrived and some are on the way!!!! I'm excited. What 'bout u???

Wednesday, August 15, 2012

For Sale -----> Meriah Raya !!!!!


Sticky Post
Scroll down for new entry!!!!

 Nie la dia projek yang saya cakap tue. Mengadakan...ingatkan projek apa la sangat. Gimik je uolls. Oleh sebab itu moleklah kalau kita pergi straight to the point saja. This items is from UK. Insyallah semuanya original.

Kalau ada yang uolls minat, prosesnya macam biasalah.


Sekiranya ada yang berkenaan bolehlah maklumkan details product yang uolls berkenan tue ke bluepansy32@yahoo.com  dengan tajuk COACH/ LK BENNETT/ RUSSELL n BROMLEY / MITCH n MARC (salah satu ye pilihan tajuknya bergantung pada apa yang uolls berkenan). Saya akan berikan details pembayaran kepada uolls melalui emel. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan comments di sini ya.

Shipping to Semenanjung adalah FREE dan plz add RM10 kepada yang berada di luar dari Semenanjung Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk bergaya di hari raya nanti.

TQVM.

Friday, August 10, 2012

Dapat Satu



Tak sangka dlm kecanggihan teknologi nie ada gak orang nak bg kite kad raya. Tapi rasa happy gila kot bila dpt kad raya.Barulah ada feel nak sambut raya.Kalau dedulu tu ada la jugak terima kad dr kwn2 dan kenalan kerja. But now memang dah jarang dh orang nak kirim kad raya. Semua prefer guna teknologi je sekarang. Lebih mudah dan effective.Sekali tekan send, 50 orang boleh terima kiriman elektronik kite tu. Sangat cost n energy saving temanya.

Pastu yang lebih menarik, kalau kita hantar e-card macam tue melalui FB ke apa, ia sangat interaktif kan. Siap ada lagu raya la, ada orang gerak-gerak la dan macam-macam lagi. Kreatif sungguh depa nie design those e-cards in such a way. Berkesan ok. Contohnya masa saya beraya di perantauan tahun lepas. Bila dapat kiriman e-card dari kengkawan tue, gembiranya tak terhingga pasal bila buka je boleh dengar macam-macam lagu raya. Barulah ada feeling-feeling nak raya. Pasal kat London tue mana ada orang deco apa-apa kalau hari raya kan. Lagu raya memang jauh sekali la. Lainlah kalau nak Christmas tue. Memang meriahlah jalan dengan lampu lip-lap lip-lap. So dapat dengar lagu raya memang berbunga-bunga la kita. 

On the negative side,  terbit plak perasaan membuak-buak rindu nak menyambut Aidilfitri di kampung halaman. Mengada lettew, baru je setahun dah nak meratapi nasib beraya di perantauan. Orang lain dok  sambut raya kat London dah 20 tahun tahun pun rileks je. Ye lah uolls...diaorang dah biasa. Iolss tak biasa, iolss orang kampung, tetap raya nak balik ke kampung jugak.

Wednesday, August 8, 2012

Cerita Bulan Ramadan 2


Dah masuk hari ke-19 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan. Seriously tak terasa sangat berpuasa tahun nie. Nak-nak lagi kalau hari kerja. Tau-tau je dah pukul 5. Hooyeh!!!!! Mari kita pulang beramai-ramai. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan olehNya. Macam tahun lepas, hampir 2 minggu jugak tak puasa sebab demam panas. Memang tak larat gila. Tido je kerjanya. Makan pun tak berapa sangat sebab tak de selera.

Yang paling best puasa kali nie tak perlu menempuh jammed kat KL. Minggu pertama je terpaksa harung sebab masa tu tak pindah rumah lagi. Lepas pindah rumah je rasa macam bahagia je dunia sebab tak payah bersesak-sesak balik rumah waktu nak buka puasa. Bila weekends je balik KL. I loike!!!!!

Akan tetapi, walaupun dah duduk sendiri masih belum memulakan momentum untuk memasak. Hahahaha.... Dulu bagi alasan duduk rumah MIL. La nie dah duduk rumah sendiri nak bagi alasan apa? Kantoi di situ. Yang sebenarnya memang pemalaskan.....?! Actually ada la jugak masuk dapur tue memasak untuk buka puasa. Sempat gak buat sambal sotong sikit, goreng asparagus n ayam untuk buka. Kira ok la kan...hehehe.
Hari-hari yang lain tue sama ada beli kat Alamanda or berbuka kat luar. Takpe, lepas nie kita akan tingkatkan prestasi masuk ke dapur.

Dah 19 hari puasa nie korang rasa macam mana? Dah rasa ringan sikit badan sebab puasa? For me rasa biasa je sebab memang jenis yang makan tak boleh nak masuk banyak. Sikit je dah kenyang wal hal hajat di hati memang besar. Kalau boleh nak makan macam-macam. Kadang-kadang tue bila buka puasa kat luar rasa rugi pulak makan sikit je. Masa balik rumah MIL hari tu, ternampak weight scale kat tepi tangga. Suruh Aimery naik sebab nak tengok budak tue dah berapa beratnya sekarang sebab bila dukung dia terasa jugaklah keberatannya.

Tuesday, July 31, 2012

RAYA SALE !!!!! Mari-mari.........



Sticky Post
Please scroll down for new entry


Walaupun kita baru berpuasa di hari yang ke-6 tapi kompem la korang dah sibuk dan rancak buat persiapan raya. Nak-nak bila dah masuk musim gaji nie. Semakin aktiflah kegiatan merancakkan ekonomi negara di seluruh tanah air. Yang kerja kerajaan pulak dapat rezeki tambahan bonus setengah bulan gaji untuk raya nie. Spend wisely ye kawan-kawan....

Oleh sebab itu jugak, tuan punya blog nak buat tawaran istimewa sempena bulan Ramadhan nie. Kite nak bagi discount kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan handbags Coach sempena hari raya nanti. Sudi-sudikan memilih ye.

 Happy shopping uolls!!!

24CM SIGNATURE DUFFLE
RM550
RM 380
(SOLD)

Signature fabric with leather trim
Inside zip, cellphone and multifunction pockets
Outside zip pocket
Convertible strap for double handle with 12" drop or longer strap for shoulder or crossbody wear
13"(L) x 11 1/2"(H) x 4"(W)

Important Assignment



Semalam MIL baru sampai dari London. Dengan itu, malam tadi kami anak beranak pun berangkat la ke KL lepas buka puasa. Around 9pm lebih macam tue dah selamat sampai KL. Masa sampai tu MIL, my BIL and tunang dia tengah sibuk-sibuk mengumbah barang tangkapan yang MIL bawa balik dari London.

MIL balik sorang so takde lah banyak barang yang dibawa balik. Kalau FIL ada sekali sure mau 3-4 bag barang-barang. Kite dapat T-shirt Olympic London 2012. I loike. MIL belikan for the whole family. Buat kenang-kenangan katanya. Ada shot glass jugak untuk saya... Lepas nie bolehlah show off t-shirt baru kitew (matikla..t-shirt pun nak tunjuk, lainlah kalau dapat LV seketul...hahahaha).

My bakal biras dapat barang-barang yang akan dijadikan hantaran untuk majlis pernikahan diaorang nanti. Sepasang dress, handbag and kasut daripada LK Bennett. Kelassss uolls dapat barang hantaran dari London kan. Oh jangan salah sangka ye uolls semua. Iolls bukannya jeles. Alhamdulillah, saya pun dah ada barang-barang tue semua. So memang takde apa nak jelesnya. MIL selalu belanja masa duduk kat London dulu. Almaklumlah pada masa itu sayakan surirumah tangga sepenuh masa. Nan ado duitnya nak bershopping segala. So MIL dengan baik hatinya belanja menantu dia nie. TQ Ma.... 

Oh di samping itu, MIL pulang dengan satu tugasan istimewa untuk saya. Uolls nak tau ke???? Nanti bila dah sampai masanya saya share dengan uolls semula. Dan sebenarnya penglibatan uolls semua sangat penting bagi memastikan kejayaan tugas yang diberikan oleh my MIL. Cakap nie pun dah rasa pressure. Apa jadi kalau saya gagal melakukannya. 

Die oooo......Tapi dah tak boleh lari. Benda semua dah ada, tinggal nak on jer!!!

Bukannya tak pernah buat benda tue. Before this buat semua tue suka-suka je dan takdelah meletakkan sebarang harapan. Tapi kali nie macam dah jadi serious je sebab melibatkan dah melibatkan MIL. Nak kena ada strategi yang betul dan mantap nie, kalau tak telungkup gue....

Ok tu je nak membebel. Korang buka puasa makan apa hari nie???

Selamat berbuka puasa. 




Monday, July 30, 2012

Testing


Baru pandai guna phone utk update blog. Syabas kepada diri sendiri kerana telah pandai menggodek telepon sendiri.Kalau x asyik guna apps yg sama je. Boring punya orang.
Hopefully lepas nie lebih rajinlah saya meng'update' blog.

Ok tu je.Bye!!!