Hari Jumaat waktu rehat adalah panjang. Bila break lama tue macam-macam benda boleh buat. Selalunya kalau hari Jumaat tusaya amik kesempatan berdating dengan BFF Cik Puan Azua untuk lepak-lepak sambil makan, sambil gossip, sambil jual handbag kat Alamanda. Banyak gak tempat makan yang dah menjadi tempat kami berdating. Tapi Jumaat minggu nie takde temujanji apa-apa dengan sapa-sapa pun sebab ada benda nak cari kat Alamanda.
Saya kalau ada urusan nie malas sikit nak pergi beramai-ramai or bawa rombongan Cik Kiah. Lebih senang kalau jalan sendiri dan settledkan apa yang nak dibuat tue seorang diri. Rasa lebih cepat dan effective. Takdelah rasa bersalah mengheret kawan-kawan sekali kalau urusan tue lama ke or tak jumpa benda yang dicari tue. So tak payahlah pelik sangat kalau ternampak saya jalan sorang diri tue. Ada la benda yang tengah dicari or tengah diuruskan.
Macam tadi, sibuk mencari baju anak-anak untuk attend birthday party hari Ahad nie. Nasib adalah sungguh baik sebab kat Alamanda ada jual barang-barang yang dicari. Lap peluh!!!! Kalau tak pengsan nak merayap lagi esok nak mencari baju untuk mengikut tema yang telah dipilih oleh tuan rumah. Nanti kalau Amsyar dan Aimery tak pakai ikut tema nampak macam awkward pulak. Iolls pun nanti akan rasa malu kalau anak iolls je yang dressed up lain dari tema yang dipilih. Very the no-no ok..... Kita support la sikit inisiatif host kan. Tak nak citer dulu kite pilih baju apa sebab nanti takde modal nak buat entry yang seterusnye...Dasar orang kekeringan story!!!!! Yang lelebih tu nanti kite citer kemudian k.
Pastu 'tershopping' pulak untuk diri sendiri. Ternampak pulak dress yang gorjes so terpaksalah beli. Kalau tak nanti tak lena tido malam nie terkenang baju yang tergantung tu. Huhu!!!! Nie tak makan pun xpe nie pasal dah kenyang shopping. Macam banyak je kan bunyinya padahal 2 helai je pung.
Disebabkan sorang je kat Alamanda tadi, xde mood sangat nak lunch (erm 2x...kenyang dapat shopping baju sebenarnya). For lunch hanya tapau almond pretzels dari kedai Auntie Anne's dan pearl milk tea dari Little Taiwan. Buat alas perut katanya. Erm....malam nie tak tau nak masak/makan apa? Tapi walaupun hanya menjamu pretzel tengah hari nie surprisingly perut adalah sangat behave dan tanda-tanda kelaparan masih belum dirasai walaupun dah pun jam pukul 5pm nie. Pat shoulder!!!!! Biasanya kalau dah time cenggini dah bergangnam dah weyh!!!! Mungkin sebab cuaca hari nie yang sangatlah meriah dengan hujan. Eh...nanti kejap, bukan kalau sejuk-sejuk nie lagi lapar ke???? Whatever!!!!!
Apparently Alamanda minggu nie ada event yang dipanggil Pink Weekend sebagai tanda sokongan kepada kempen kesedaran barah payudara. Patutlah semua benda pun pink. Tadi pun sempak gak menanguk jap kat centre court tue tengok fashion show from shop yang ada kat Alamanda such as Nichii and Carlo Rino. Tapi takdelah tengok sampai habis...jengah kejap je. But guys, check this out. They have a lot of activities going on this weekend, so bolehlah uolls datang sini untuk berikan sokongan. Activity ape? Malas nak cari lettew...Meh saya tepek kat sini siap-siap.
Pastu tadi ada booth dari KKM pasal Mammogram. Baca la jugak kat situ sebab kitekan perempuan so benda-benda nie semua memang ada kena mengenai dengan kita. Kena la amik tau jugak. Salah satu ayat yang saya baca tue berkaitan sapa yang patut melakukan mammogram tue. Yang ditulis adalah wanita yang berusia 40 tahun ke atas. Eh macam terpelik kat situ, nape ek yang 40 ke atas? Macam I yang muda remaja nie tak perlu ke? Bukan apa uolls, iolls risau jugaklah sebab kedua-dua keluarga mak dan ayah saya ada history berkaitan breast cancer nie. Maunye iolls tak risau. Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati. So pi la ringankan mulut bertanya kemusykilan tadi kat misi yang ada kat kaunter tue. Dia kata kalau kat hospital kerajaan memang dia buat untuk umur 40 ke atas dan mereka yang berisiko. Contohnya untuk yang ada rasa lump dah... Tapi kalau nak buat jugak boleh lah pergi kat klinik or hospital swasta untuk tujuan tue. Oh macam itu kah??!!! Ok nanti saya check berapa nak kena byr kalau nak buat di hospital/klinik swasta. Nanti boleh share dengan uolls semua.
Sila ambil berat kalau anda wanita ye
FYI
Teringat pulak masa saya join event Race For Life kat London dulu. Seronok uolls lari ramai-ramai kat Hyde Park tue. Creative sungguh cara depa kumpulkan dana untuk buat penyelidikan berkaitan cancer nie. Kat Malaysia nie memang la ada activiti kesedaran nie tapi takde jumpa lagi yang melibatkan pengumpulan dana secara besar-besaran untuk tujuan penyelidikan untuk mencari cure penyakit cancer. Hopefully adalah org terfikir nak buat benda nie nanti. Ke dah ada tapi saya tau? Oh saya tau...MAKNA ada buat kot benda-benda tue semua tapi I think they all kena buat benda tu in a fun way supaya orang tak rasa terpaksa untuk menderma. Just my 2 cents.
Happy weekends lovelies!!!!
No comments:
Post a Comment