Wednesday, October 31, 2012

Family Time @ Sunway Pyramid



Berkurun sudah tidak menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid nie. Bila last sampai ke sini pun dah tak boleh recall (ciri-ciri orang yang semakin berumur sudah jelas kelihatan..huhuhu). 2 minggu lepas sebelum bertolak ke Sg. Petani saya ajak suami ke Sunway Pyramid. Asalnya nak ajak dia ke Berjaya Times Square tapi cadanganku ditolak mentah-mentah sebab kalau nak ke KL lagi elok pegi KL dari semalam and tidur rumah MIL. Huhu....macam tue pulak ye. Ok la tak nak pegi sudah!!!!

Iolls tak putus asa, terus ajak pegi Sunway Pymarid dengan alasan dah berkurun tak pegi sana and the kids pun tak pernah sampai ke sana lagi. Setuju la pulak dia. Rasa macam sama je kot kesesakan yang bakal diharungi kalau ke KL. Nak-nak pulak malam Sabtu tu Final Piala Malaysia kat Stadium Shah Alam. Ada tendency jalan jam. 

Tapi kalau hubby dah kata ye tu kita terus siap je. Banyak tanya nanti langsung tak jadi dan terperap la kita kat rumah je. Alhamdulillah walaupun banyak kereta, sampai gak kiteorang ke Sunway Pyramid. Tapi punya hazab nak cari parking. Dari atas turun ke bawah tak dapat parking. Orang dah style parking kat tepi-tepi tembok dah cuz tak jumpa parking. Weolls gigih lagi mencari. Nasib baiklah ada si isteri yang cekap nie, ternampak ada 1 lampu hijau nun di hujung kawasan parking. terus laju je hubby ke situ. Memang menongkah arus la gamaknya. Kereta takde takpe la...boleh buat macam tue. Kalau nak ikut jalan yang betul kompem la orang belakang rembat parking yang kiteorang dah aim tu. Sorry, this is ours. Sila gigihkan diri cari parking lain.

Tujuan utama hari tu adalah untuk spend masa dengan anak-anak je. Takde agenda nak shopping-shopping nie. For the past few weeks asyik sibuk je n tak sempat nak bawa diaorang jenjalan. Kesian kat budak-budak tue terperuk kat rumah je. So sampai-sampai je terus ke reception/information kaunter tanya ada tak tempat untuk budak-budak main.

They have T n T Kidzpark kat LG2 Centre Court. Laju je la kiteorang menghala ke sana. It's like small theme park. Sesuailah untuk budak2 kecik umur sekitar 2-6 tahun. Ada fews ride untuk budak-budak macam ferris wheel, merry-go-round, mini train, and bumper car. Untuk naik all this rides, kena beli prepaid card yang ada dijual di kaunter. So boleh beli berapa banyak kredit yang uolls nak. Min amount yang uolls kena tinggalkan dalam card adalah RM3 dan u can always top-up kalau nak main lagi.

Price untuk setiap permainan tue berbeza. Can't remember the details tapi dalam range dalam RM4-RM6/person. Hari tu kiteroang beli 2 card sebab ada 2 orang budakkan.But kalau beli 1 card pun tak apa yang penting ada value dalam card. Kalau ada 2 orang yang nak main, they will juz scan the card twice. Same concept. At the end, bila uolls pulangkan semula the prepaid card uolls akan dapat refund balance yang ada dalam card tu.




Ferris Wheel


Free playground area next to the ferris wheel








Cartoon Aeroplane. Amsyar confident je naik benda nie sensorang. Tapi Aimery punyalah penakut. Penat dipaksa...hehehe...Memang dia tak nak naik.








Mini train ride




Amsyar memang enjoy la main kat sini dan kalau boleh tak nak balik. Ride yang dah naik pun dia nak naik lagi. Pening pulak nak memujuknya. As for Aimery pulak, budak nie memang penakut sikit. Berbeza dengan perangai kat rumah. Kalau kat rumah tue dia la hero. Sikit-sikit pukul and kacau abang dia sampai si Abang tue menangis. Otai la kononnya. Tapi bila kat sini, sissy la pulak. Semua benda pun takut. Ape la Anye nie? Tak macho langsung!!!

Lepas penat bermain tue, we all lepaking kat Secret Recipe for late lunch. I had mozzarella baked fish, hubby makan vietnamese beef noodle soup, Bibik makan mushroom sup dan spring rolls. Amsyar n Aimery share kid's burger. Semua kekenyangan lepas tue. Best gila dapat lepak-lepak macam ni. Wish we have more time to this often.




No comments: