Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

SPS @ Janda Baik, Pahang



Last week, on Friday saya ke Janda Baik, Pahang. Ada Seminar Perancangan Strategik (SPS) untuk opis. Pergi Jumaat, balik Sabtu. Nasib sehari je...walaupun terpaksa mengorbankan sedikit hari Sabtu untuk bersama family. Buatnya 2 3 hari lagi kejung kat atas tu.

Kiteorang menginap di Cheringin Hills Convention & Spa Resort. Untuk maklumat lanjut pasal tempat nie uolls boleh la semak kat sini. X pernah tau pun pasal tempat nie until dibawa ke sini oleh pihak opis. For me, boleh tahan jugak la tempat nie. Nampak macam baru lagi. Everything looks neat and clean. udara pun terasa segar sikit kat atas tu.

Bilik pun semua ok tapi saya tak berapa suka sangat dengan pencahayaan kat bilik tue. Sangat-sangat la suram. Nak bersiap pun rasa terseksa sangat. Dah la dapat bilik kat bawah..lagi la susah nak buka langsir tu. Kalau bilik kat tingkat atas tue jawapnya memang kutarik langsir itu seluas-luasnya.

Ok la malas nak citer pepanjang. Nak share gambar je...boley?????



Morning in Janda Baik. Sangat menenangkan.

Sunday, November 11, 2012

At Highland



Last week saya kena kerja during weekends. Sob...sob..sob.....Tapi-tapi...untuk menjadikan kita lebih gumbira bekerja di hujung minggu, mari kita angkut kaum kerabat sekali. Lagi pun tempat saya nak buat kerja nie pun boleh dikatakan menarik jugak and ada jugak aktiviti or tempat yang diaorang boleh visit while I'm working.

So weekend lepas kite semua telah ke Cameron Highlands. Besides my small family n Bibik, saya bawa sekali my parents, my sis n my aunt. The more the merrier, betul tak? We stayed at Heritage Hotel, Tanah Rata. Sekali amik sampai 3 bilik. I myself opis dah sediakan satu bilik so hanya perlu tambah 2 bilik lagi for my family. My nie kena la bayar sendiri ....jgn la mengada nak masukkan sekali bawa LO Jabatan. Pastu boleh request untuk dapatkan bilik yang ada connecting door. Senang sikit Amsyar and Aimery nak berlari-lari dalam bilik tue. I quite like the room sebab bilik adalah luas dan sangat selesa. Kalau nak masuk dalam 4 orang dewasa tue senang-senang je. Cuma perlu bawa extra toto la kot untuk tidur. Kalau tak silap for the extra room I paid RM250 untuk bilik deluxe  2 orang dan RM330 untuk bilik deluxe 3 person. Sangat puas hati.

The 1st day (Jumaat) sampai tue dah pukul 3pm, Semua kepenatan. Lepas check in hotel terus pergi cari makan sebab dah pukul 4 lebih pun belum lunch lagi. Makan dekat je dengan area hotel. So nie kira jamak sekali untuk dinner. Lepas makan semua nak berehat sebab dah kepenatan. The next day barulah bersemangant nak berjalan kat situ. So sementara iolls sibuk bekerja, hubby take charged untuk bawa the whole family berjalan-jalan. 

They visited the BOH Tea Plantation, pick strawberries at EQ Strawberry Farm and went to the Cactus Point. Nampak macam seronok je bila tengok piccas yang my sis ambik. Rugi tak dapat joint but nonetheless I'm  glad they enjoyed themselves. Iolls juga yang perlu berkhidmat untuk negara di hujung minggu!!!! Malam tue hubby bawa my sis n mum to Pasar Malam Brinchang. Yang lain semua tak ikut coz dah kepenatan berjalan di siang hari. So jom layan gambar.


Jom bergambar sebelum bertolak

Sunday, June 24, 2012

Work n Leisure



Hari Rabu dan Khamis lepas tak masuk office sebab ada jemputan untuk pergi bengkel. Tak jauh pun. Dari opis tue 10 minit dah sampai tempat bengkel. Bengkel kali nie di Pullman Putrajaya. Excited jugak nak pergi sebab tak pernah menginap kat Pullman nie. Kalau tengok dari luar memang nampak macam gempaklah la jugak.

Tapi saya tak nak menilai dari luaran je. So dah ada peluang nak melihat sendiri tempat nie, mohlah kita berbengkel (ayat cover sebenarnya pegi nak test hotel yang lebih). Pagi tue tak sempat check in lagi, terus je pergi dengar ceramah sebelum bengkel bermula. Around 12.30pm, dah abis ceramah dan sekarang adalah masa untuk makan.

Dari segi pilihan lauk tue boleh tahanlah. Kalau ayam tue, 3 empat jenis ayam ada...nak ayam kari ada, nak roasted chicken ada, nak gulai ayam pun ada. Pendek kata macam macam ada. Tapi bila dah nampak semua ayam tue macam boring pulak rasanya. Besides ayam, ada jugak lamb, beef, and fish.  Rasa nak jadi mat salleh pasta dan all types of salad semua disediakan. Sayur pulak dia hanya ada bendi je tengah hari tue.
Tengah hari tue x larat pulak nak makan bebanyak. As starter, saya makan mushroom soup and bread. Then jamah nasih n some pasta n pizza. Tue pun dah rasa kenyang sesangat. Akan tetapi still nak makan dessert. So amik la sikit fruit, apple crumble n some some choco moist cake. The crumble memang sedap tapi too sweet to my liking. Kalau dia tak manis sangat, sure dah pergi amik for second round.

Friday, April 6, 2012

Bukit Gambang Water Park (BGWP)



Ini entry tertangguh. Dah lama simpan niat nak tulis tapi tak tercapai-capai hasrat ini sehingga ke hari nie. Tapi alhamdulillah akhirnya terzahir jugak hasrat murni nak menulis entry ini. Saja jer nak share pengalaman dengan kawan-kawan  tentang BGWP. Mungkin ada antara uolls yang dah pergi pun.

Saya berkesempatan pergi ke sini atas urusan kerja bukan bercuti pun. So keseronokan itu adalah sangat berbeza sekiranya hadir ke sini bersama family sendiri. Walau apa pun, dah ada kesempatan nie moh la kita explore apa yang ada kat sini. Mana la tau kalau nak datang dengan family nanti, mudahlah urusannya. Sebelum lupa apa-apa maklumat yang penting maka eloklah kita semadikan maklumat tersebut di dalam blog ini untuk rujukan bersama. Saya datang ke sini pada bulan Disember tahun lepas.

Actually BGWP nie salah satu kemudahan yang disediakan oleh Bukit Gambang Resort City. Besides BGWP they also have Resort and Active Academy. Tapi kali nie nak focus pada BGWP sahaja dan serba sedikit pasal Resort. Yang satu lagi tue tak pernah pergi so macam x sesuai nak cerita pasal tempat yang kita sendiri pun tak pernah masuk, tak gitu????

Untuk makluman uolls, selama 3 hari 2 malam di sini, saya menginap di Resort yang dinamakan Caribbean Bay Suites. Secara keseluruhan ada 578 unit bilik yang disediakan untuk para pengunjung. Terdapat beberapa blok yang menempatkan pelbagai jenis bilik mengikut keperluan anda. Basically they have 3 types of room :

Thursday, December 1, 2011

RSOG Workshop @ Philea Resort & Spa



Minggu lepas adalah super busy sebab 1 hari pun tak masuk office. Isnin dan Selasa berada di PICC untuk berbengkel dan Rabu sehingga Jumaat di Melaka untuk berkursus. Punch untuk bulan ini secara amnya banyak yang kosong..huhu...

By the way workshop daripada Razak School Of Government (RSOG) nie adalah kesinambungan daripada workshop pertama yang telah diadakan pada 14-16 Oktober lepas. The 1st one was held at IOI Marriott. So basically peserta untuk workshop ini juga adalah peserta yang sama. Seronok pulak dapat jumpa balik geng-geng workshop yang lain. Eventhough kebanyakan mereka adalah senior-senior daripada saya tetapi we can mix up very well.

The best thing about the workshop adalah accommodations yang very the awesome possum dan trainers yang sangat cool. Tempat kursus setakat nie memang gempak. The 1st one as I mentioned earlier, IOI Marriott dan kali ni Philea Resort & Spa. The trainers iaitu Thiagi dan Sam memang the bestlah. Tak rasa mengantuk sepanjang workshop sebab setiap sesi pembelajaran diterjemahkan melalui aktiviti yang menarik dan sangat impromptu.

Hari ni bukanlah nak cerita sangat pasal workshop tue tapi nak share dengan uolls semua pasal Philea Resort & Spa nie. Manalah tau kalau ada sapa-sapa yang teringin nak mencari kelainan daripada hotel-hotel yang biasa anda pergi, mungkin boleh consider tempat nie. Tempatnya sangat mudah untuk dicari iaitu bersebelahan dengan Exit Ayer Keroh. Sebaik sahaja bayar tol, sila susur ke kiri dan masuk di simpang pertama dari Tol Ayer Keroh itu. Satu lagi landmark ialah ia bersebelahan dengan Taman Rama-Rama Melaka.