Thursday, October 25, 2012

D'King...Terbaik Wok!!!!



Minggu lepas adalah super busy. Weekends pun terpaksa kerja. Dah la 2-3 minggu lepas asyik berselisih je dengan hubby. Bukan gaduh ye.......Bertukar ganti outstation dengan hubby maksud saya. Dia pegi Bangladesh seminggu, iolls melanguk kat rumah jaga anak-anak. Dia balik.....2 3 hari pastu gi outstation Penang pulak. Plan asalnya saya nak ikut dia pegi Penang. Dia kerja...iolls cuti-cuti Malaysia dengan anak-anak la kat Penang. 

Tapi terbantut plak niat nak follow sebab saya terpaksa berkursus kat INTAN. Huhu....takkan tak pergi kan? Dah la apply punya la lama....since bulan May lepas. La nie baru tau dapat pulak pergi kursus tue. Rasa rugi pun ada kalau tak pergi coz ramai yang apply n kira lucky la kalau terpilih kan. So terpaksala dilupakan niat suci murni nak cuti-cuti Malaysia tu.

Then hubby balik saya pulak kena ke Sg. Petani cuz my Unit ada buat training kat sana. Dah dekat hujung tahun nie program agak pack sebab nak habiskan duit kan. Tapi nie bukan sebab tak planning awal. Kalau buat training kat INTAN nie memang kena tunggu la sikit cuz diaorang pun ada kursus sendiri yang diaorang kena handle. So mana yang ada kosong tue kite selit-selit la. Kalau bajet banyak iolls pun nak buat kat hotel je. Bagi la peserta merasa best sikit berkursus kan. Tapi bajetnye ciput so terpaksa guna kemudahan sedia ada a.k.a INTAN......huhuh....

Nie bukan nak share pasal kursus tue tapi nak share pasal tempat makan best yang saya pegi masa ke Sg. Petani hari tu. Tempat nie driver opis yang perkenalkan. Dia tau pun sebab sehari sebelum tue dia ikut bawa penceramah makan kat situ. And dia kata sedap. So saya pun ajak la pegawai saya gi situ. Dah 2 hari makan makanan kat INTAN boring jugak rasanya. So kiteorang ke sini.....



Nama restoran nie D'KING. Jangan tanya la pasai apa depa letak D'KING pasai cheq memang tak tau. Tapi memang terangkat makan kat sini. And dia punya specialty of course seperti yang korang baca tue...Mee Udang Banjir dan Ikan Bakar Power


Banyak pilihan makanan yang ada kat sini...sampai rambang mata dibuatnya






Nah...ini dia yang kita orang order. Mee udang banjir, ketam dan kerang bakar. Tengok je dah nampak sedap kan?! Rasanya memang takde tolok bandingannya. Semua senyap je bila makan sebab terlalu menghayati kelazatan mee udang, ketam dan kerang bakar. Nie semua fresh uolls... Memang baru dibawa naik. Harga yang fresh dengan tak berapa nak fresh memang lain. Tapi sangat puas hati beli yang fresh sebab boleh rasa kemanisan udang dia. Huuhuhu...cerita nie pun dah buat iolls terliur dah. Ketam tu minta 2 ekor je..tapi bila dah dimasak tue rasa macam banyak gila. Siap main tolak-tolak sapa nak abiskan. Kiteorang tak pasti ketam tue masak apa..tapi rasanya sangatlah terangkat. Ada rasa penas, manis, masam...Pendek kata...PERFECTO!!!! Kerang bakar pulak ada sekali dengan sos/sambal yang awesome jugak.



Memula order tue kiteorang cakap nak mee udang. Pastu baca balik ternampak pulak mee udang banjir. Apakah???? Terus tanya waiter apa beza yang banjir dengan yang tak banjir. Rupanya yang tak banjir tue macam mee goreng je pastu letak udang. No...no...no...no....we don't want that. Kasi banjir baik punya. Apa kelas makan mee goreng letak udang. Kat Putrajaya melambak (eksyen tak ingat kan!!!) Tips untuk order kat sini, kalau uolls datang bertiga macam kiteorang, order mee tu yang untuk 2 orang makan je sebab portion dia besar gila. Kami bertiga nie makan pun terkial-kial nak menghabiskan mee tue. Yang menariknya jugak, walaupun lama berendam(kata banjirkan...hehehe), mee dia tak kembang uolls. Kalau mee kembang, kembang tekak uolls nak makan kan. Tapi yang nie tetap maintain slim...hahaha!!!! Tak muak dimakan.

Ada pulak minah berdua ni duduk dekat dengan meja kitaorang. Diaorang order mee udang banjir untuk 2 orang makan. Bila sampai je mee tue...masing-masing dah berpandangan sesama sendiri sebab terkejut dog tengok portion mee udang tue. Hahahaha!!! Mesti dalam kepala pikir macam mana nak abiskan. Tapi memang boleh abis punya la sebab mee udang tu...sedap tak hengat.

Makan semua nie tak samapai RM100 pun. Memang terkejut la sebab murah gila. Dah lah udang besar-besar n fresh. Ketam pun boleh tahan besar. Alhamdulillah...kenyang kiteorang malam tue..Tak payah makan nasi pun. Kalau uolls datang sini dari pukul 4-7pm, diaorang akan bagi diskaun antara 10%-15%. Kiteorang datang dalam pukul 5pm lebih so dapatlah diskaun kat situ.... I loike!!!!!


So macam mana nak pegi sini? Senang saja...Dari Lebuhraya Utara - Selatan tue, masuk ke Exit Sg. Petani (Selatan). Keluar tol uolls akan jumpa traffic light. Terus lagi sampai traffic light kedua. Kat traffic light kedua tu sila susur ke kiri. Lebih kurang 80-100 meter dari traffic light uools akan nampak kedai nie di sebelah kanan uolls. Tapi uolls kenalah buat u-turn sikit kat depan tu untuk sampai ke restoran nie.

Sila try ok...then sharelah pandangan uolls pulak macam mana.

Good luck!!!!

P.s. : Baru pandai letak watermark setelah membaca tutorial dari Filla. Hi Filla..I'm your silent reader. Tq sebab ajar macam mana nak buat watermark tu.

No comments: