Sunday, September 30, 2012

Lega




Yeay... kat rumah dah ada Unifi (tu pun nak citer kan???!!). Masa belum ada Unifi kat rumah nie terseksa hidup zahir dan batin uolls. Memang la boleh akses internet dengan 3G kat phone tue. Tapi kena berebut dengan anak-anak la pulak. Diaorang sibuk nak main game plak kat phone tue. Nasib baik tak download banyak game kat situ. Kalau tak memang jadi hak milik diaorang la jawapnya. Terpaksa redha la sebab takde sumber lain yang boleh diberi untuk memastikan diaorang senyap dan tak mengganggu kita untuk merehatkan diri untuk sejenak.

Bebudak zaman sekarang nie semua IT savvy. Sekali je tengok kita buat, pastu dah pandai buat sendiri. Tak payah kita ajar. Tapi tu la time kite nak guna phone tu terpaksa merayu pulak. Memang payah nak dapat balik kalau diaorang dah start pegang phone tue. 

Part main phone tu for me takde hal sangat. Cuma yang menjadi halnye tue kekadang segala macam setting kat phone tue jadi haru biru. Sampai kekadang tue saya jadi kelam-kabut sebab tak tau macam mane nak dapatkan setting yang lama tue. Maklumlah saya nie bukan yang jenis rajin sangat nak meng'explore' phone nie sangat. Tau yang penting-penting je. Bila dah lari setting, tu yang menggelabah tanya semua orang. Masa tue baru la tau.

"Oh! Macam nie rupanya nak buat. Senang je rupanya."

Kalau pasal apps yang gempak-gempak nie orang semua dah berjaman tau baru la iolls terhegeh-hegeh nak belajar. Tapi bak kata orang London, "Better late then never". Asyik la guna ayat nie nak mengcover ke'slow'an diri sendiri. Huhuhu!!!!

Ok pasal setting tue satu perkara, satu lagi bila bebudak nie dah rampas phone dari mak bapaknya...siaplah diaorang masuk entah apa-apa site la kat internet tue. Tak boleh salah kat diaorang jugak pasal diaorang mana tau tue semua kan. Main tekan je. Nak-nak yang pop-up web tue. Kalau kena website yang tak berapa nak sopan tue, mengucap iolls dibuatnya. Pastu tak pasal-pasal kena bayar internet excess secara tak langsung kan. Memang membazir betul. So tue yang terpaksa on-off 3G  tu selalu. Rasa leceh la pulak.

Lepas nie tak payah dah nak berebut phone dengan anak-anak. Mari kita mengucapkan syukur untuk itu. Kalau nak main game sila guna laptop ye. Lagi puas boleh tengok. Handphone mummy nie comel je, tak puas pun nak main game.

And yang lebih penting bolehlah meng'update' blog dari rumah. Tak payah la menunggu ada masa kat opis baru dapat hapdet. Bila bz memanjang memang memanjangla post lama je yang ada kat blog. Benda-benda yang nak diciter pun dah jadi citer basi. Apa kelas kan??? Kite nak berita yang terhangat di pasaran je. Kalau dah berkurun baru nak citer dah suap-suap je orang nak baca. Tapi iolls tetap gigih nak update atas dasar untuk kenang-kenangan. Almaklumlah, bila usia dah meningkat nie cepat benor lupanya. So kalau ada di  post kat blog nie senangla sikit nak me'recall' semula.

Ok..itu je siaran langsung dari Kota Warisan untuk malam nie.

Chow cin chow...


No comments: