Monday, September 3, 2012

Raya Oh Raya



Raya hari hari tue memang heaven sebab dapat beraya di Melaka seminggu lamanya. Hatie mana yang tak gembira kalau dapat berkepit dengan mak sendiri, betul tak (ok terlupa dah ada laki sekarang so sila sedar diri sikit)?

Masa MIL kata dia n FIL kata nak beraya kat London/Dublin, iolls dah tepuk bintang lapan puluh kali dah (kurang asam punya menantu kan???). Itu makna I have all weekends with my family. Maunye tak happy. Tahun lepas dah sedih gila beraya kat Dublin tanpa family terchenta. Tak seronok je rasanya raya kalau tak balik Melaka dan beraya kat rumah sedara-mara.

Tapi tetiba plak MIL buka mulut ajak kiteorang 1 family beraya sekali kat Dublin. Wo pu yau....Nehi...Nehi..Nehi.... Semua keluhan itu bermain kat dalam kepala je. Ayat sebenar yang keluar dari mulat adalah.." Erm..nanti Miza bincang dengan Jimmy macam mana? Kalau dia kata ok boleh gak beraya kat sana"....Drama sangatkan. Padahal memang tak mahu ke sana tapi takut pulak kecik hati orang tua tue nanti.

So malam tue pun buat muka sedih mengadap En. Suami menyatakan hasrat hati si Ibu yang mengajak beraya di Dublin. Cakap sejibik macam apa yang MIL cakap, takde ayat yang ditokok tambah. Dalam hati berdoa sesangat agar En. Suami tak memilih untuk ke Dublin. Seakan dapat membaca kepala otak si Isteri, hubby cakap tak payah la pegi Dublin. Tahun lepas kan dah beraya kat sana. Kesian kat mak ayah Melaka tahun lepas dah la tak dapat beraya dengan budak-budak.

Oh yes la...Kali nie boleh terjun tiruk sekali I tell you sebab gumbira sesangat. Tu yang buat saya sayang laki saya tue. Sangat bertimbang rasa orangnya dan pandai menjaga hati saya. Erk...ke dia cakap macam tu sebab kesian tengok muka tak semengah bini dia nie. Oh...makcik tak kisah la..Yang penting raya di Melaka uolls...

So beraya sakan la kite tahun nie. Alhamdulllah banyak jugak rumah sedara mara yang dapat kiteorang singgah. Sampai dah tak larat nak makan dibuat je. Datang sembang je pastu beraya di rumah yang lain pulak. Raya pertama beraya di Jasin dan Cheng. Jasin keluarga belah Ayah...Cheng pulak family belah mak. Best betul dapat berkumpul ramai-ramai nie. Sampai tak kenal dah anak sedara yang tetiba je dah jadi besar panjang. Hari kedua ke Tampin dan sambung rumah sedara belah mak dekat-dekat rumah kiteorang. Malam lepak kat rumah sebab ada tetamu pulak nak datang beraya kat rumah. Hari ketiga jalan raya lagi. Rabu kiteorang beraya ke Johor Baru dan Benut. Melawat sedara mara belah mak hubby pulak. Balik hari je. Kesian jugak kat Aimery n Amsyar, berjalan dari pagi sampai ke tengah malam baru sampai ke Melaka. Tapi alhamdulillah sepanjang perjalanan tue diaorang sangat behave dan takde merengek.

The next day beraya ke Muar pulak. Nie family belah ayah hubby. Lepas menziarah kubur kat Bakri baru melawat keluarga yang ada kat sana. FYI, sejak dah kawin empat tahun inilah kali pertama saya melawat family hubby yang kat area Muar nie. Selalunye jumpa-jumpa kat majlis perkahwinan atau kenduri je. Tak sure la kenapa sebelum nie hubby tak ajak plak beraya kat sana. Tapi tak kisah lah kan..sekarang dah sampai pun rumah depa semua.

Ok dah penat nak citer nie. Layan gambar la pulak ye.


Chyang..maafkan I ye..Selalu I buat u marah....(tapi muka masih tersenyum walaupun tgh minta maaf)


Budak nie lagi bertuah. Suruh minta maaf dengan Ayah dia sibuk nak main angry bird


Anye minta maaf ye Ayah. Anye selalu nangis. Pastu selalu kacau Ayah dengan Mummy tido...



Our little family...



The Husband n Wife


Tekun dengan angry bird kat iPhone Mak Ngah. Bangun pagi terus cari handbag mak ngah sebab nak ambil iPhone


Cheeky Anye






My lil' hero



Siblings with budak kenit Anye



Tengah melantak mee rebus sedap kat kampung. Iolls tambah 2 pinggan



Masa raya kat rumah nie dah tak mampu nak makan. Hanya mampu mengambil gambar sajork!!!



Day 2 : Bersedia untuk memulakan perjalanan ke Tampin



Dah sampai ..... Jom camwhore dulu...



Mak saya...Sapa tak muka????









Cucu with Atok Maarof



Anye n Nenek


Raya ke-3 : Ready nak pergi open house. Entah apa yang kiteorang tengah tgk tue...dah lupa lak




Dah raya ke 4 nie dah malas nak pakai baju kurung. Jadi kita pakai apa yang ada sajork. Di Johor..beraya rumah Amiteh...













Itu je citer raya. Tak sempat nak tulis panjang-panjang. Tapi memang enjoy sangat raya tahun nie. Dapat spent quality time dengan family semua. Makan pun boleh tahan banyak. hari tue bulan puasa turun 2kg tapi lepas raya nie tak mau tengok scale tue. Takut tak boleh terima kenyataan berat bertambah...Ahakkssssss...

Till then!!!!



2 comments:

LavenderGal08 said...

sker baju hari raya ketiga...canteksss

missaries82 said...

tq effi.my sis yg beli..tu kain sari.