Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Friday Activities



Hari Jumaat waktu rehat adalah panjang. Bila break lama tue macam-macam benda boleh buat. Selalunya kalau hari Jumaat tusaya amik kesempatan berdating dengan BFF Cik Puan Azua untuk lepak-lepak sambil makan, sambil gossip, sambil jual handbag kat Alamanda. Banyak gak tempat makan yang dah menjadi tempat kami berdating. Tapi Jumaat minggu nie takde temujanji apa-apa dengan sapa-sapa pun sebab ada benda nak cari kat Alamanda.

Saya kalau ada urusan nie malas sikit nak pergi beramai-ramai or bawa rombongan Cik Kiah. Lebih senang kalau jalan sendiri dan settledkan apa yang nak dibuat tue seorang diri. Rasa lebih cepat dan effective. Takdelah rasa bersalah mengheret kawan-kawan sekali kalau urusan tue lama ke or tak jumpa benda yang dicari tue. So tak payahlah pelik sangat kalau ternampak saya jalan sorang diri tue. Ada la benda yang tengah dicari or tengah diuruskan.

Macam tadi, sibuk mencari baju anak-anak untuk attend birthday party hari Ahad nie. Nasib adalah sungguh baik sebab kat Alamanda ada jual barang-barang yang dicari. Lap peluh!!!! Kalau tak pengsan nak merayap lagi esok nak mencari baju untuk mengikut tema yang telah dipilih oleh tuan rumah. Nanti kalau Amsyar dan Aimery tak pakai ikut tema nampak macam awkward pulak. Iolls pun nanti akan rasa malu kalau anak iolls je yang dressed up lain dari tema yang dipilih. Very the no-no ok..... Kita support la sikit inisiatif host kan. Tak nak citer dulu kite pilih baju apa sebab nanti takde modal nak buat entry yang seterusnye...Dasar orang kekeringan story!!!!! Yang lelebih tu nanti kite citer kemudian k.

Pastu 'tershopping' pulak untuk diri sendiri. Ternampak pulak dress yang gorjes so terpaksalah beli. Kalau tak nanti tak lena tido malam nie terkenang baju yang tergantung tu. Huhu!!!! Nie tak makan pun xpe nie pasal dah kenyang shopping. Macam banyak je kan bunyinya padahal 2 helai je pung.

Wednesday, June 27, 2012

Dr. Sini....Prof. Sana



Hari tue kan ada bengkel dekat Pullman Putrajaya. Actually sangat seronok pergi ke bengkel tue sebab untuk pertama kalinya dapat berjumpa muka-muka baru yang saya tak pernah kenal sebelum nie. Selalunya kalau kena bengkel asyik muka itew je yang saya jumpa. I is boring uolls. Sesekali tue nak gaks jumpa kawan-kawan baru, barulah berkembang networking kita, tak gitu?

Bengkel hari tu rata-ratanya melibatkan pensyarah dan dekan dari pelbagai IPT di seluruh Malaysia. Most of them adalah tenaga pengajar dalam bidang ICT. Sekali lagi rasa seronok sebab dapat kenal orang-orang dari skim perkhidmatan yang different dari diri ini. If not asyiklah bincang isu-isu pegawai-pegawai gunasama je. Nie pun I dah bosan uolls.

Yang tak berapa nak best adalah satu benda nie je. Bukan tak best la pun sebenarnya. Cuma rasa macam alien pulak apabila bila kalih sini ada Dr. Amalina, bila kalih ke kanan ada Dr. Faaizah. Kat kiri pulak ada Prof. Zaki...depan dia Prof. Shahrul. 

Do you get what I mean????

Kiri kanan depan belakang semua orang bijak pandai  oii.... Now, I am so tension!!! Saya nie Master pun tak dan nak buat lagi ok. Bila berada dalam situasi di atas, tetiba je rasa nak sambung belajar time tu jugak. Nape la dari dulu tak sambung belajar, kalau tak entah-entah dah ada PhD dah sekarang (Wah...berangan ke langit nampaknya. Xpelah pun bukan kena bayar kalau berangan kan).

Monday, March 5, 2012

Kisah Bibik



Saya dah dapat Bibik since awal Januari lepas. Bibik nie asal dari Lumajang, Surabaya. Makan masa jugak nak dapat Bibik nie. Kena la memilih sikit sebab Bibik nie nak kena jaga hero berdua tue. Kalau dapat yang tak ngam dengan budak berdua tue haru jugak dibuatnya.

Urusan untuk dapatkan Bibik nie  dibuat melalui agen di Indonesia. Ada kenalan yang bagi contact no. dia. The rest tue semua kena buat sendiri. Banyak jugak dugaan dengan Bibik nie. Dengan budak-budak nampaknya tak ada masalah. Rajin jugak dia melayan Amsyar dan Aimery. Cakap pun lembut je. Kadang-kadang tue Amsyar dengan Aimery yang pijak kepala Bibik.

Masalah dengan Bibik nie ialah nak dapatkan permit dia. Masa hubby nak pergi buat permit kat JIM, apparently nama Bibik nie telah diblacklist oleh JIM sebab ada laporan dibuat ke atas dia mengatakan dia lari daripada rumah majikan dia sebelum nie.

Mula-mula tanya Bibik dia tak cerita perkara yang sebenar. Tapi lepas hubby dah psiko and slow talk barulah dia cerita apa yang berlaku. Berdasarkan cerita dia (takde la teman nak sahkan sama ada betul ke tak cerita ni), majikan dia sebelum nie keluarga India yang tinggal di Ipoh. Selalu pukul dia. Lepas sebulan lebih kerja dan tak tahan kat situ dia minta nak balik ke Lumajang. Dia kata majikan dia bagi passport and halau dia dari rumah tengah-tengah malam. Nasib dia ada kakak sepupu kat Malaysia. Kakak sepupu dia yang belikan tiket utk balik ke Lumajang.

So berdasarkan citer Bibik tue, kiteorang pun cubalah buat rayuan kat JIM. Bukan apa, kalau boleh Bibik tue stay lagi bagus sebab budak-budak pun dah boleh terima dia. Masa awal-awal tue teruk jugaklah penerimaan Amsyar and Aimery terhadap Bibik. Langsung  tak nak dengan Bibik. Semua nak berkepit dengan nenek je (masa tue suruh Bibik duduk dengan Mak kat Melaka utk belajar apa yang patut). But after few weeks nampaknya dia orang dah boleh main-main dengan Bibik. Pandai jugak Bibik tu amik hati budak-budak nie. Tapi kalau hero berdua tue nampak Mummy, semua pakat teriak nak kat Mummy (PENGSAN!!!!!). Kalau Ayah dia balik semua macam tak kisah je..huhuhu!!!

Monday, February 27, 2012

I Is Malu



Ok dah lama tak mengupdate blog sehingga dah nampak habuk-habuk yang sudah mula bersarang di blog ini. Ada masa tapi takde mood. Daripada cakap yang bukan-bukan moleklah dibiarkan blog ini sunyi seketika. 

Tapi hari nie telah menggagahkan dan merajinkan diri untuk menulis sesuatu di sini supaya kewujudan blog nie kekal releven...hehehe (ayat adalah poyo).

Ok kita terus kepada perkara yang nak diciter tadi. 

Dalam dua minggu lepas ada seorang staff kt opis nie datang kat bilik saya.

" Selamat pagi Puan. Saya nak minta tandatangan puan boleh tak?"

Saya pun macam heran sikit la naper tiba-tiba dia datang jumpa saya sebab saya bukan penyelia dia. Tapi kalau setakat nak sign tue apa ada kisahkan. Bukan susah sangat pun.

" Boleh....apa salahnya".

Wednesday, December 28, 2011

Orang Malaysia



Dah lama tak update apa-apa kat blog. Sebab utama adalah malas. Masuk blog tapi macam takde mood nak tulis apa-apa. Ada jugak cerita yang nak dikongsi tapi lepas tue tak jadi nak tulis sebab kemalasan yang teramat.

Tapi hari nie nak citer sikit tabiat orang kita nie. Mungkin uolls semua pun pernah melalui situasi yang macam nie. So mari kita kongsi pengalaman bersama-sama. Basically nak share pasal perangai sesetengah daripada kita yang selalu ambil endah tak endah tentang sesuatu perkara or dalam erti kata lain tak peka. Di bawah nie adalah beberapa situasi yang pernah saya lalui/saya dengar dari orang-orang yang dikenali.

Melintas jalan sesuka hati

Ok fine. Tak salah melintas kalau keadaan jalan tue selamat. Tapi kalau dah jalan tue kereta semua pakat laju-laju yang korang tue pakat berani mati nak melintas jugak sebab malas nak guna jejantas yang 250 meter kat depan tue, apa cerita??? Dah kita yang bawa kereta nie pulak kena fikirkan tentang keselamatan dia. Dah terpaksa emergency break bila tiba-tiba muncul makhluk yang entah dari mana tiba-tiba melintas jalan. Kalau terkena langgar kan ke susah. Kalau langgar mati pun susah...tak mati pun susah.

Pastu ada pulak jenis kedua nie. Dah kita bagi jalan kat dia walaupun lampu pejalan kaki tue masih merah, dia pulak boleh belenggang kangkung bajet cun macam Miss World melintas jalan. Come on lah.... Bila orang dah bagi chance tue, jalan la cepat sikit. Tak payah lah nak bergurau senda kat tengah jalan tue. Kadang-kadang bila berdepan situasi macam nie tetiba je rasa nak langgar je diaorang nie. Tak guna akai langsung.

Wednesday, September 14, 2011

Very the Dangerous



Sekarang nie tengah busy mengemas, mem'packing', menyisih dan segala macam mem..... Dah tak sabar nak pulang ke Malaysia. Stok-stok makanan pun dah semakin berkurang. Dah hujung-hujung nie pun dah rasa kemalasan untuk memasak. Masak pun kerana ingin menghabiskan saki-baki makanan yang ada kat dalam fridge tue. Hari nie masak nasi goreng je. Letak segala isi ayam dan udang yang banyak kat dalam fridge tue. Ada 3 ketul ayam yang dah dibersihkan so gigih la menggoreng.

Bila nak terbalikkan ayam tue to the other side boleh plak minyak tue meletup. Apa lagi, terkenalah kat muka nie. Gila punya sakit. Nasib masa tue pakai spec sebab minyak tue turut naik ke mata. So terkena kat cermin spec je la. Cubalah kalau pakai lens masa tue...huh...tak berani nak cakap apa yang akan berlaku. Bukannya tak pernah kena minyak panas nie..ada la jugak tapi setakat kena kat tangan sikit je. Kali nie dah naik ke muka la pulak. Scary ok?

Lepas dah kena tue terus je cari Colgate and terus sapu kat tempat yang kena minyak panas tue. Lega sikit rasanya sebab rasa macam sejuk sikit pipi nie bila kena Colgate tue. Hopefully takdelah berbekas ke apa nanti. Pasni kena lebih berhati-hati lagi bila memasak di dapur. Malang tidak berbaukan.....

Bercerita tentang mengemas barang nie, alhamdulillah almost 80% dah siap packing. Some of our stuffs akan dihantar pulang naik kapal sebab barang adalah banyak. Toys Amsyar je dah dekat 3 kotak. Some of the stuffs hantar ke apartment MIL di Acton. Nasib ada tempat nak transfer barang-barang tue, kalau tak bertambah-tambahlah kotak yang perlu dihantar pulang ke Malaysia.

Sudah tidak sabar nak balik. Kalau boleh sekarang jugak mau terbang pulang ke Malaysia. Tapi tak apa..tiket semua dah confirm. Kalau takde apa aral, hari Rabu depan sampailah ke Malaysia. Syawal ada lagikan? Misi balik nanti nak beraya ke rumah saudara mara, nak makan puas-puas, nak bawa kereta (dah lama ooo tak bawa kereta), dan lain-lain lagi.

Yahoo...I'm coming home!!!!!




Saturday, May 14, 2011

Our Love Nest


Back in 2007, me n my colleague sibuk menguruskan pinjaman perumahan masing-masing dengan Bahagian Pinjaman Perumahan. I really wanted to buy a house. Not that I’m going to stay in that house but more to investment I guess. So I asked my dad to find one in Melaka. After sometimes, dad called me and asked me to comeback to look at the house that he had found. I went to look at it and just say YES to it. It was a semi-detached in Tanjong Minyak. I wanted my parent to live in that house. I always wanted to give something to my parents before I get married and Alhamdulillah I manage to fulfil my dream.

My colleague is buying a house in Kota Warisan. Noted. After kawin, me n hubby selalu bincang pasal nak beli rumah. Hubby is more keen on buying an apartment in KL. Yours truly of course la tidak setuju dengan cadangan untuk membeli apartment. Dari segi lokasi tu masih boleh dipertimbangkan. Bila x setuju tu perlulah beri justifikasi yang bernas ye tak?!. Maka berikut adalah justifikasi yang telah diberikan untuk menyakinkan hubby supaya tidak membeli apartment.

1. Bila pegi shopping sorang-sorang dengan anak2 susah nak angkat barang naik lift sebab kena pegang anak

2. Kat apartment tak ada kawasan untuk anak-anak main

3. Parking pun susah. Satu rumah satu lot parking kalau ada 2 kereta nak kena byr kalau nak lot parking. Kalau tak kena parking kereta kt luar kawasan apartment

4. Kalau duduk apartment susah sedara nak datang. Nak kena lepas security la, nak kena cari parking la

But of course hubby pun ada argument dia sendiri. Then, isu pasal rumah nie senyap begitu sahaja. Out of sudden, hubby kata elok jugak kalau duduk landed house. OMG!!! Saya adalah super happy. Bolehlah nak berangan nak bercucuk tanam dekat rumah (ini hanya angan2, belum tentu ada pokoknya atau tidak). Makanya sesi house hunting perlulah dimulakan. Kami mula mencari rumah sekitar hujung tahun 2009.

Tak banyak lokasi yang kami pergi sebab tak ada byk masa. Mula-mula kami ke Bandar Seri Putra. Tengok contoh2 rumah yang ada kat office developer. Dah janji dengan one of the staff utk bawa kami lihat rumah contoh tapi sampai ke sudah x muncul. Macam x minat jer nak jual rumah. After half an hour waiting we decided to leave.

Our next destination is Kota Warisan. We went to the developer office and looked at all the houses they had to offer. Menarik jugak rumah-rumah yang ada. The design pun ok. Reccee pun kena tgk dengan budget. Nak beli yang besar-besar x mampu. Jadi haruslah mengukur baju pada badan sendiri. After berpuas hati dengan apa yg dipamer kat di situ, kami dibawa oleh salah seorang staff di situ ke salah satu projek yg telah siap. I can’t remember what was her name. Dan kalau x silap rumah contoh dah dibeli or something so dia bawa ke salah satu rumah yang telah siap.

Setelah berbincang dengan keluarga akhirnya kami telah sepakat untuk membeli rumah di Kota Warisan. Tak sangka pulak yang saya akan duduk di situ nanti. Ramai jugak rakan-rakan seangkatan yang tinggal di situ. Senang jugak kalau ada jiran tetangga yang kita dah kenal. Kalau ada apa-apa masalah harapnya bolehnya minta bantuan mereka. As for now, rumah dah siap cuma belum dapat kunci. Memandangkan kami masih di kota London maka MIL lah yang membantu menguruskan apa2 yang berkaitan dengan rumah tersebut.

Tak sabar rasanya nak duduk di rumah sendiri. Dalam kepala dah fikir macam-macam utk tujuan dekorasi rumah. Sekarang asyik sibuk surf web berkaitan home deco. Kalau ada banyak duit kan best. Tak payah nak susah-susah fikir mcm mana nak hias rumah. Cari jer mana-mana ID dan beritahu konsep yg kita nak then biar dia yg pecah kepala fikir deko yg sesuai dengan kemahuan kita (berangan jer la nampaknya).

Here are some piccas of our house taken last Julai.





Wednesday, May 5, 2010

Live N Learn


Dah lama tak post apa2 di blog ni. Masa memang ada cuma tiada keinginan untuk menulis apa-apa.... Daripada cerita benda yang merapu, lebih baik biarkan jer blog ini sunyi seketika.

Dalam tempoh tiga bulan yang lepas mcm2 berlaku. Untuk cerita semuanya mungkin memakan masa dan membosankan korang. Tapi apa yang telah berlaku sedikit sebanyak menyedarkan dan mematangkan saya sebagai seorang individu, isteri dan ibu.

Paling menggabrakan ketika terpilih untuk menduduki PTK TK3 pada 24 Mac hingga 1 April 2010 yg lalu. Hubby pun sepatutnya join sama, tp disebabkan tengah mengikuti QA so terpaksa tangguh untuk siri yang berikutnya. Lama dah tak dok exam nie. Genggelabah jugak dibuatnya. PTK format baru nie agak menarik jugak. Nak compare dengan yang lama rasanya tak adil cuz tak penah ambil PTK ikut format lama. Alhamdulillah, walaupun banyak benda yang perlu disediakan dan dijawab, akhirnya berjaya jugak mengikuti PTK tersebut. Keputusannya tak tau la mcm mane. Mudah2an luluslah...amin.

Ada satu benda jer yang best pasal PTK nie. Nak tau ape dia...PTK nie seumpama reunion batch 2/2004. Boleh dikatakan almost 80% peserta dari batch 2/2204. Tu yang best...senang sangat nak communicate. Buat group discussion pun senang cuz everyone gave their 100%.

A week after that, berlaku pulak insiden patah kaki suami tercinta ketika bermain futsal pada 7 April lepas. Training untuk sukan MITI katanya. Jatuh sendiri....Pukul 1 pagi (8 April) terus operate. Tibia and fibula dua2 patah.....Alhamdulillah, operation went well...tp kaki hubby allegic to the plaster so ada banyak blisters yg menyebabkan dia ditahan di ward seminggu lebih. Dan untuk pertama kalinya jugak saya sambut birthday di hospital...Best jugak cuz dapat spend the whole day with him. And the hospital's staffs was kind enuff, they did bring cake for me. Thank u very much.

Ada jugak yg kelakar pasal birthday nie. Hubby dah cadang nak buat surpise for me. He sent a bouquet of flowers for me at the office on my birthday. Unluckily, I was not around cuz dah lepak dengan dia kat hospital.....So after 3 hari barulah saya masuk office n got the flowers. Thank u dear...I love u...

Sekarang hubby masih on crutches... Doc kata ambil masa 2 hingga 3 bulan untuk dia jalan semula. Pity him.... So sekarang saya kena beri perhatian yang lebih kepada Amsyar and hubby. Saya terasa sedikit tekanan buat masa nie. Ada banyak perkara yang perlu diuruskan sendiri. Kadang-kadang terasa sangat penat. Mood pun berubah-rubah. Orang melihat memang mudah tapi yang menanggungnya belum tentu.

Saya rasa saya memang tak kuat untuk hidup seorang. My husband did help me a lot in our marriage. Dalam keadaan sekarang terasa sangat kehilangan. Semua kejadian nie menyedarkan saya yang saya perlu lebih berdikari, lebih menghargai apa yang saya ada dan sentiasa berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai suami seperti dia...

Thank God for giving me him....