Hari kedua raya haji ayah saya ada nak jemput kawan dia datang makan kat rumah. Dah plan awal-awal nak buat mee rebus Singapore version Jee (Jee adalah my aunt, merangkap kakak ayah saya). Lepas korban ada banyak daging kat rumah so sesuai sangat la menu tu. Kalau tak buat entah berapa lama la daging tue dok terperap dalam fridge.
Disebab kita nak buat version Jee maka kita kena angkut tukang masaknya dari kampung. My mum tak pandai buat mee rebus ni. Mee rebus nie sama macam mee rebus yang iolls cerita masa raya Aidilfitri tue. Memang terbaik la mee rebus tue. Iolls pun excited nak belajar macam mana nak buat. Pasni kalau nak buat makan-makan kat rumah sendiri boleh la try mee rebus pulak. Bagi up la sikit kan. Kalau tak asyik-asyik nak masak spaggetti bolognese or carbonara yang sangat tak mencabar akal dan mindaku......lalalala...eh, ternyanyi plak!!!!!!
So back to our story mory.... Pagi tue cergas la singgah mini market beli barang-barang nak masak. Pegi dengan Angah (my sista) n Amsyar. Iolls tunggu dalam kereta je. Biar Angah jer cari apa yang patut. Kalau semua keluar sekali jadi lagi lambat. So Amsyar n Mummy stayed in the car. Let Mak Ngah handle everything. Belajar beli barang dapur sebelum kawin, nanti dah kawin senang. Wah...citer macam diri sendiri dah power beli barang sedangkan ikan pun tak dapat beza yang mana satu ikan selar yang mana ikan sardin. Ada hati mau suruh orang belajar!!!! Dasar......
Lepas beli barang terus shoot balik ke kampung saya kat Jasin. Lebih kurang 45 minit kiteorang sampai dah. Sempat bergosip-gosip dengan Jee sebelum kiteorang angkut Jee bawa balik rumah. Sampai rumah makan dulu. Dah settle makan baru la kite mulakan kerja-kerja memasak.
Dari kaca mata ku yang rabun nie, idoklah susah sangat nak buat mee rebus nie. Tapi banyak preparation nak kena buat, banyak benda nak kena potong dan hiris. Nasib la ada si Bibik maka kita serahkan semua kerja menghiris kepada dia. Dia pun asyik dok tanya ada apa kerja nak buat Mummy? Nah..ambil ko...sila potong dan hiris benda nie molek-molek. Kalau tidak AWAS ye kamu!!!!
So sebelum hilang daya ingatan terhadap resepi mee rebus nie, iolls nak abadikan resepi nie siap-siap kat sini supaya bila nak buat nanti bolehlah kita search resepinya. Bila nak buat usah ditanya kerana nanti anda menyesal dengan jawapannya. Yang penting resepi ok!!!!
Here we go :
Bahan-bahan untuk kuah
Bawang kecil
Bawang besar
Bawang putih
Halia (dititik)
Serai (dititk)
Cili kering (dikisar)
Gula Melaka (1 buku)
Daging
Taucu (1 tin - ditumbuk sedikit sehingga pecah kacang tersebut)
Air
Air asam jawa
Garam
Tepung gandum
Bahan-bahan hiasan
Telur rebus
Daun bawang
Daun Sup
Lada Hijau
Bawang Goreng
Tahu putih (digoreng)
Taugeh
Asam Limau
Cara-cara :
Tumiskan bawang besar, bawang kecil dan bawang putih yang telah dihiris halus sampai naik bau.
Masukkan serai dan halia.
Kemudian masukkan cili kering dan masak sehingga garing (cili masak).
Selepas semuanya sebati masukkan daging dan kemudian taucu.
Kemudian masukkan air.
Masak sehingga daging tadi empuk.
Selepas tu bolehlah masukkan gula melaka tadi.
Akhir sekali masukkan air asam jawa dan kemudian garam secukup rasa.
Kalau nak bagi kuah pekat, boleh banduhkan sedikit tempung gandum bersama air dan masukkan dalam kuah.
Dah siap.
Nampak senangkan?!! Tapi uolls perasan tak, takde resepi khusus nak buat kuah tue. Maksud saya, kat resepi tu tak letak berapa biji bawang besar, berapa batang serai nak masuk, and whatnot. Jee kata ikut suka hati kita je. Kalau rasa nak buat kuah banyak lebihkan bahan-bahan. Oh itu macam kah????
Tapi bila jadi memang marvelous I tell u. Kena pulak dengan bahan-bahan yang dah dihiris tue memang terangkatlah. Saya suka letak daun bawang, bawang goreng dan asam limau lebih....bila makan macam ternampak syurga dunia je (oh...itu memang ter"over" expression).
Dah sedap sangat makan sampai terlupa nak ambil gambar mee rebus. Teruk punya orang. Sorry ye terpaksa la uolls menggunakan daya imaginasi masing-masing untuk menggambarkan mee rebus yang saya gebang-gebung nie. No worries nanti kalau berjaya menghasilkan mee rebus hasil air tangan sendiri iolls share la gambarnya. Nie nak post gambar pun macam sogan jer sebab iolls tolong sikit-sikit je.
Selamat mencuba.
P.s. : Jap jap...uolls jangan lupa pulak beli mee sebab iolls tak tulis mee dalam resepi kat atas. Apakah ertinya kuah itew tanpa mee? Beli mee ye kawan-kawan....;p
No comments:
Post a Comment