Monday, October 29, 2012

Kembali Jua


Assalammualaikum uolls. Selamat bekerja bagi yang bekerja hari ini. Sure ada yang sambung cuti lagi nie. Bestnya bercuti panjang kan. Terlanjur dah ada cuti Hari Raya Haji Jumaat lepas kan.... tambah 2-3 hari lagi dah boleh dapat cuti panjang dah.

Macamana raya korang kali nie? Me was not good. Kalau ikut perancangan awalnya, malam raya tue balik ke Kuala Lumpur (eh...orang balik kampung kite masuk bandar pulak....). Nak temankan FIL beraya cuz dia sengsorang je kat KL nun. MIL dah berangkat ke London seminggu sebelum raya. Ada kerja kat sana then terus beraya dengan SIL di Dublin pulak.

So dah siap-siap nak bertolak ke KL tetiba dapat SMS dari my sister beritahu Pak Ibik baru meninggal (my mom punya kakak punya suami....ape ye kita panggil.... biras eh???). Terus beritahu hubby dan terus tukar plan balik ke Melaka terus malam tue.

Perjalanan balik ke Melaka yang dekat tue menjadi sangat la lama sebab traffic adalah sesak. Banyak gila kereta menuju ke selatan malam tue. Terpaksa redha je la sebab orang semua nak balik beraya dan bercuti panjang. Nasib la dah berhenti hujan. Kalau tak lagi lama la kat highway tu. 2 jam tue pun dah rasa keras bontot dah. Nasib la Aimery dan Amsyar tido je sepanjang perjalanan tue.

Sampai Melaka 11pm lebih. Tinggalkan budak-budak kat rumah my mum dengan Bibik n my lil sister. Me and hubby terus je pegi rumah arwah. Masa kiteorang sampai tue, arwah dah dibawa balik ke rumah. Masa tue yang ada hanya ahli keluarga yang terdekat je. Jiran-jiran semua dah takde. Semua sibuk sebab esok nak raya. Me n hubby pun gunakan kesempatan yang ada untuk bacakan Yassin untuk arwah.

Arwah nie ada sakit kencing manis. 2 hari sebelum meninggal arwah masuk hospital sebab nak buat operation kat kaki dia. Tapi malangnya tak sempat nak buat operation tue. Lepas kena bius, tekanan darah arwah jadi semakin rendah dan akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah masa tue ahli keluarga dia semua ada di sisi. Disebabkan dah malam, keluarga arwah decide bawa balik mayat ke rumah dan kebumikan lepas sembahyang raya.

Malam tue saya stay di rumah arwah sampai pukul 2 pagi. Lepas tue minta diri nak balik rumah sebab budak-budak ada kat rumah. My mum dan my brother stay kat rumah arwah untuk temankan the family untuk jaga mayat. Kiteorang pulak balik rumah terus mandi pukul 2 pagi tue sebab ada budak kecik kat rumah dan takut kot-kot ada benda yang mengikut kiteorang.

Disebabkan kejadian tersebut tak la kami semua beraya. No rendang...no ketupat...no nothing. Lepas selesai semua urusan pengebumian jenazah tue adalah masak sikit kari ayam dan ikan goreng kat rumah my aunt. Kiteorang makan kat situ je. Malam tue ada buat tahlil sikit kat rumah arwah. So hari tue mamang makan kat rumah my aunt. Makan apa yang ada saja.

Takziah kepada keluarga arwah.

Semoga Pak Ibik ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.


No comments: