Tak sangka dlm kecanggihan teknologi nie ada gak orang nak bg kite kad raya. Tapi rasa happy gila kot bila dpt kad raya.Barulah ada feel nak sambut raya.Kalau dedulu tu ada la jugak terima kad dr kwn2 dan kenalan kerja. But now memang dah jarang dh orang nak kirim kad raya. Semua prefer guna teknologi je sekarang. Lebih mudah dan effective.Sekali tekan send, 50 orang boleh terima kiriman elektronik kite tu. Sangat cost n energy saving temanya.
Pastu yang lebih menarik, kalau kita hantar e-card macam tue melalui FB ke apa, ia sangat interaktif kan. Siap ada lagu raya la, ada orang gerak-gerak la dan macam-macam lagi. Kreatif sungguh depa nie design those e-cards in such a way. Berkesan ok. Contohnya masa saya beraya di perantauan tahun lepas. Bila dapat kiriman e-card dari kengkawan tue, gembiranya tak terhingga pasal bila buka je boleh dengar macam-macam lagu raya. Barulah ada feeling-feeling nak raya. Pasal kat London tue mana ada orang deco apa-apa kalau hari raya kan. Lagu raya memang jauh sekali la. Lainlah kalau nak Christmas tue. Memang meriahlah jalan dengan lampu lip-lap lip-lap. So dapat dengar lagu raya memang berbunga-bunga la kita.
On the negative side, terbit plak perasaan membuak-buak rindu nak menyambut Aidilfitri di kampung halaman. Mengada lettew, baru je setahun dah nak meratapi nasib beraya di perantauan. Orang lain dok sambut raya kat London dah 20 tahun tahun pun rileks je. Ye lah uolls...diaorang dah biasa. Iolss tak biasa, iolss orang kampung, tetap raya nak balik ke kampung jugak.
Tapi apsal tahun nie takde lagi eh kad raya tue? Nie pun macam dah tinggal tak berapa hari je nak puasa. Masih belum terima plak e-card raya yang lagu-lagu tue. Tak sabar pulak rasanya nak dapat satu. So kalau uolls baca nie, bolehlah hantar kad saya satu (boleh plak paksa orang bagi kad raya?...peduli...nak jugak...huhuhu!!!!)
Tapi bila dah hantar bebanyak tue dah takde personal touch dah. Semua ucapan lebih kurang sama je untuk semua orang. Kalau kite reply pun main copy paste je dari ucapan/pantun orang lain. Eerk..ke saya jer yang buat macam nie? Korang pun buat kan? Jangan nak tipu.
Bila kita tulis sendiri ucapan tue rasa macam lebih mesra dan ucapan tu macam lahir ikhlas dari hati. Nampaklah sikit effort yang kita luangkan untuk menulis card-card tue. Kalau e-card tue kite copy paste je, tak gitu?!!!
Tapi tak kisah lah macam mane bentuk ucapannya yang penting kita menghulur dan memberikan kemaapan pada bulan yang mulia nie. Itu yang lebih penting kan. Kalau yang teringin nak kirimkan kad ucapan tue rasanya sempat lagi.
Raya nak dekat, uolls dah habis shopping? Kalau nak shopping handbag sila-sila kan ye. Jangan malu dan segan (sempat promo lagi...hehehe).
Tata for now.
No comments:
Post a Comment