Ini ada la entry tertangguh yang telah lama diperam dalam draft folder. Kalau peram mangga pun dah masak dah rasanya. Huhu... Tapi sebab dah ada kita habiskan dan publish la cepat-cepat. Actually ini adalah event MIL. Tapi sebab Family Day kan..so jemputan telah dipanjangkan kepada anak, menantu dan cucu-cucu jugak. Apahal kalau datang family day tak bawa keluarga sekali kan?! So orang dah bagi jemputan tue, moh le kita meriahkan majlis.
Family Day KPJ nie diaorang buat kat Taman Botani, Putrajaya sehari selepas Hari Malaysia. Erm..erm...nie nak buat pengakuan sikit. Walaupun dah hampir 6 tahun dok berulang alik kat Putrajaya nie sukacita dimaklumkan saya tak pernah sampai sini (eh..patut ke kita rasa bangga tak pernah sampai sini, macam silap je expression tu....hahaha!!!!)
Memang selalu dengar pasal Taman Botani ni tapi tak pernah pulak teman gi menengok apa yang ada kat situ selain daripada Putrajaya Seafood yang mahal tue (tau mahal sebab orang cakap, sendiri belum pernah try test lagi sebab jangan jadi bodoh kalau dah mahal buat apa nak pegi ken?!!!)
Bertolak satu keluarga dari KL and around 8.30am dah sampai. Rasanya on time kot (kalau lambat pun bukan ada orang marah kan sebab kite datang dengan Managing Director....hehehe!!!). Once, VVIP dah sampai, majlis terus bermula. Macam-macam ada. Bila ada bajet memang best la buat family day macam nie. Bebudak la yang paling happy sekali sebab banyak benda diaorang dapat. Ada bungee castle, ada games, ada hadiah, ada goodies. Orang dewasa pun banyak gak option. Ada goodies bag yang sangat meriah...siap ada kuih raya dalam beg tu. Ada face painting, ada games jatuhkan barang macam kat fun fair, ada tempat untuk lukis karikatur potret, dan macam-macam lagi. Hadiah games pun meriah jugak. Pendek kata, kalau participate je memang dah sure dapat hadiah.
Baru sampai, kita makan dulu before opening ceremony
Amsyar yang excited bila dapat balloon gun
Aimery merenung masa depan di depan tasik
Yang bertambah meriah and the kids suka sangat sebab ada maskot Upin dan Ipin. Tak payah cakap anak orang lain la, Amsyar bila nampak je Upin & Ipin mata adalah bersinar-sinar okey. Kekejap nak pegang, kekejap nak peluk. Masa senamrobik pun nak diri sebelah Upin & Ipin. Tapi budak sorang lagi tue...Aimery sangat kampung. Bila nampak Upin & Ipin bukan main ketat lagi dia peluk mummy. Takut dengan maskot budak nie. Bukan setakat Upin & Ipin je dia takut. Asal namanya maskot memang ko kena bersedia untuk dia menangis sebab takut. Cuba la jadi macam abang tue sikit adik. Bolehlah mummy bersenang lenang. Hahahaha......
Bukti yang budak nie memang tak mesra alam dengan maskot
MIL dapat a bouquet of balloon flowers. I loved it. Sangat warna-warni but dia macam tak tahan lama. Bukannye layu uolls, tu kompen tak terjadinye....But out of sudden je tetiba meletops...kejut iolss!!!! Bila dah ada yang meletop tue dah tak berapa nak gorjes sangat la bouquet nie
FIL yang sedang mencuba nasib untuk membuaat ketupat paling pantas. Kalau dah gaya relaks je macam nie memang payah la nak menang kan. Hahaha!!!!! Yang sebelah tue pula secretary MIL, Kak Masilah. Gigih dia nak buat ketupat tue. Iolss pun terjerit-jerit menyokong dia. Tapi takde rezeki sebab ada orang buat lagi cepat dari dia. Dalam 30 saat rasanya dia dah siap ...he@%#mfd??!!!! Iolss nie buat ketupat memang tak boleh harap la tapi tang makan tu insyallah
Eh..uolls nampak ke siapa kat dalam gambar tue? Cer teka? Kalau betul saya bagi handbag free....1..2...3....Tak nampak? Ok times up. X dapat la hadiah handbag. Meh bagi klu sikit. Seorang artis. Mempunyai 3 orang anak lelaki, orang Negeri Sembilan. Tu je cluenya. Still tak tahu lagi. Meh la manje-manje semua saya bagi tau siapakah orang yang dimaksudkan supaya kehidupan anda semua tidak diselubungi misteri.
Tara!!!!! Dato' Dr. Fazley in da house uolls!!!!
Ini adalah kejutan untuk family day pada kali nie. Iolss pun tak tau ada pulak diaorang jemput artis ke apa. Tup-tup mamat nie dah tercegat dah kat bawah tent tue. Apa yang dia nak buat tue? Well, semenjak dah bergelar Celebrity Masterchef Season I nie memang memasak je la kerjanya. Teringin gak la nak tengok kehebatan dia memasak seca live kan. Sib baik la dok dengan MD kan so boleh la tengok dari jarak dekat...heheheh!!!! So pada tengah hari yang panas terik tue, Dato' Fazley nak buat karipap pusing sardin uolls. Erm...tak tau la nak impress ke apa sebab iolss memang tak pandai buat karipap so memang looking forward la macam mane nak buat karipap putar tue. Lagi pun iolss suka karipap sardin so memang menu yang ditunggu-tunggu la.
Siap ada asssistant tue. Tapi jangan main-main tue dua orang kuat KPJ. Sorang CEO Tawakal Hospital sorang lagi CEO Selangor Specialist. Kelas Dato' Fazley dapat assistant CEO!!!! So daripada yang saya tengok macam remeh gak nak buat karipap putar nie. I mean banyak kerja menguli perlu dilakukan. Nanti ada masa (God knows when...) boleh la kita try kat dapur kita pulak.
Dato' Dr. Fazley in action!!!
Lepas dah siap masak, kiteorang berpeluang la merasa karipap putar sardin resepi Dato' Fazley. Verdict? For me I rasa so-so je (mati la kena marah dengan die hard fan Dato' kan!!!). Orang lain tak tahulah kan. I like my inti banyak dan pedas dan apparently ia tidak terdapat dalam resepi itu. So takpe nanti kalau buat kite akan improvise sendiri.
Lepas dah kenyang perut makan karipap, kiteorang dihiburkan pulak dengan nyanyian dari Dato' Fazley. Dia nyanyi 3 lagi. Satu lagu raya dia which I cant recall the title, pastu lagu berhantu Asrama Ini..ups...Asmara Ini. And lastly lagu baru dia dengan Altimet...Jaga-jaga (Yale..Yale..).Uolls dah dengar tak lagu baru dia. Kalau belum pergilah cari. Eh..terbagi promosi pulak. Oh jangan salah faham, saya bukan peminat dia, cuma nak berkongsi info je.
Abang Asmara Ini...
Nie gambar paling mahal untuk entry nie...Peace Uolls!!!
And of course apalah ertinya Family Day tanpa lucky draw kan. Ibarat lagu tanpa irama...Ibarat mandi tapi tak basah. Apa la yang kau mengarut nie Labu....Maafkan saya ye. Lucky draw nie memang yang ditunggu-tunggu la especially TV LCD 42" yang menjadi taruhan pada hari tu. The crowd memang tak berganjak and sanggup tunggu sehingga ke hujung event dengan harapan dapat bawa balik TV seketol.
Hadiah memang banyak, dari sekecil tupperware sehingga sebesar-besar TV. Yang bestnya dan boleh masuk dalam rekod Hari Bertuah Saya ialah untuk pertama dan julung-julung kalinya iolls dapat hadiah cabutan bertuah. Oh adakah daku bermimpi??? Sebelum nie memang tak bertuah sentiasa. Asyik dapat tengok orang je bawa balik hamper..huhuh!!!! Kali nie memang rasa bertuah sesangat walaupun x bawa balik TV 42" tue, iolls dapat vacuum Philip. Sapa nak bagi kan??? Syukur alhamdulillah ada rezeki yang tidak dijangka pada hari tue. And guess who is the happiest person bila tengok vacuum tue? Mestilah tidak lain dah tidak bukan si Aimery. Dia tue memang suka mengemas rumah dan peralatan yang paling diminati adalah vacuum. Nie rezeki dia la agaknya ni. Boleh pulak nak suruh mummy bukan time tu jugak. And besides me MIL dapat jugak lucky draw.. dapat hamper 1 and my BIL dapat notebok seketul (oh jelesnye!!! sempat lagi nak menjeles walaupun dah dapat sendiri punya).
All n all we had so much fun masa Family Day hari tue. Cuma cuaca agak panas dan the kids tak berasa selesa. Merah merah mula masing-masing. Cukup jugak baju depa dek peluh.
Kalau ada family day lagi haruslah join kan. Mana tau jadi insan bertuah lagi dan dapat bawa balik TV pulak lepas nie.
Till then.
No comments:
Post a Comment