Saturday, September 22, 2012

Audition



Masa kat London dulu, suka tengok game game show The Million Pound Drop kat Channel 4. Masa tue  memang excited la terus cakap dalam hati kalau kat Malaysia ada rancangan macam nie kan best. Sesenang je boleh dapat RM1 juta (konfiden je senang?). Tapi masa tengok yang version mat salleh nie boleh tahan jugak susah nye sebab banyak tanya general knowledge pasal negara dioarang n dunia. Tapi kalau bawa rancangan nie ke Malaysia sure akan di'Malaysianize'kan, betul tak? So mungkin senang sikit kot. Sepanjang yang kiteorang tengok tue takde sapa pun lagi yang berjaya bawa pulang duit 1 million pound tue. Ada yang dah hampir ke soalan ke 8 tapi akhirnya gagal jugak. Kesian la pulakkan....

Tup tup bila balik Malaysia ada la pulak rancangan nie. Kat Malaysia depa panggil RM1,000,000 Money Drop la pulak. Masa yang 1st season tue ada la jugak sekali sekala tertengok rancangan tue. Maklumlah dah start kerja balik, takde masa nak melanguk sangat kat depan TV. Masa kat London tue kan kite jadi suri rumah berjaya maka banyak la masa kat depan TV. Masa tengok tue biasalah, siap kutuk-kutuk lagi peserta yang tengah bertanding tu.

"Eleh..soalan senang pun tak tau nak jawap ke? Bagi aku je la masuk...". Tu antara ayat kutukan standard yang biasa keluar dari mulut.

"Hah tue la...tamak sangat. Kalau kau divide dua duit tue boleh main seround dua lagi. Takde akai punya orang". Nie pun selalu gak kena.

Tak berapa ingat sangat berapa nilai max yg peserta dapat bawa balik dalam 1st season tue. Tapi tak kisah la sebab dah jadi sejarah pun kan. And this year diaorang buat lagi untuk season ke2. Memula tue x tau pun ada audition Money Drop tue, but then my family kata pegi la audition Money Drop. Diaorang dah start auditon untuk musim ke2.

Me n hubby pun macam...why not? Saje je la kan...nak mencuba nasib orang kata. So last weekend (15 Sept) kiteorang pun gigih la bersiap untuk ke The Garden. Niat di hati nak pergi awal tapi managed to be there @ 8.00am. Masa sampai tu terus terkagum sebentar sebab manusia dah beratur panjang nak mamps...Ololo...Pukul berapa korang datang nie?????

Mau tak mau terpaksa la beratur sama. Masa kiteorang masuk line tue, dah sampai ke area belakang The Garden (yang berhadapan dengan Mid Valley tue). Rasa-rasa ada dekat satu 1km dah kot daripada pintu masuk Gardens tue. Audition start pukul 9am. Nie baru kol 8am orang dah gila vavis punya ramai.

Sementara beratur tue sempat plak nak buang air. So saya suruh hubby queue sementara cari pi cari ladies. Nasib toilet kt MV dah buka. Masa lalu kat Gardens tadi toilet depa masih tutup. Kalau tak mati mak encik nak mencari toilet.

Dah settle semua menyinggah plak kat Starbuck beli kopi secawan. Then cari la benda-benda bacaan yang boleh menghilangkan kebosanan masa dalam queue nanti. Settled semua cari balik hubby kat dlm queue. Tapi nampak macam orang yang kat depan barisan tue dah lain plak. Saya tanya hubby :

"Nie apa citer diaorang nie kat depan kite?"

"Entah la chyang, diaorang kata tadi dah ada orang tolong beratur kat sini. Perempuan kat belakang kite nie tadi dah bertekak dah diaorang. I malas dah nak cakap."

Boleh pulak macam tue kan???? Memang korang potong queue la namanya tue. Takde manenye ada orang beratur kat depan kiteorang tadi. Muka je elok tapi perangai langsung tak. Geram je tengok muka diaorang.

Aktiviti seterusnya dalam queue tue adalah membaca magazine, surat kabar, makan, sembang dan segala macam aktiviti yang boleh difikirkan. Queue still panjang lagi. I suspect kt depan tue pun sure ada juga org potong queue macam orang sengal depan kiteorang nie sebab tue queue nie gerak slow macam siput vavis.

Yang tak berapa nak bestnye crew-crew dari audition nie langsung takde bagi update or any instruction. Semua orang macam tertanya-tanya dan pasrah beratur dalam panas/hujan gerimis. Personally saya rasa diaorang patut bagi sedikit arahan/taklimat pasal perjalanan audition tue. Gunalah sistem nombor ke apa. So that orang taula kalau takde no. tue maknanya anda tak sempat untuk di'audition' hari nie. Sila datang lagi esok kalau masih gigih nak menang duit RM1 juta. Takdelah kiteorang nie semua menunggu macam buah tak jatuh.

Me n hubby walaupun begitu masih lagi tak berputus asa untuk beratur walaupun tau by the time pukul 2pm memang x sempat nak sampai turn kiteorang untuk menunjukkan kehebatan (cakap tak nak kalahkan...berlagak tak ingat...hehehe). Bukan apa, seronok bersembang dengan kwn2 baru yang sama-sama beratur dengan kiteorang. Apparently, one of them adalah ex-senior dalam service yang pernah berkhidmat di Wisma Putra. And she quit from service masa dia di Gred JUSA C as she found out she didn't have the passion anymore. She wanted to do something else. Tue yang seronok sembang dengan dia. Maklumlah orang lama kan...banyak pengalaman yang dikongsikan.


Some of the crowd


Dan lagi..


Nie 1st group yang potong queue tadi. Lepas tue dah lama-lama bosan beratur diaorang lepak main monopoly plak

Pastu ada satu masa tue, ada lagi orang potong queue depan kiteorang. Taktik dia...memula dia sembang dengan sorang yang memang dah ada dalam queue (member dia la agaknya tue). Pastu kebetulan queue tue macam break sekejap pasal perlu beri laluan pada kereta yang nak masuk ke area parking. Bila kiteorang nak sambung balik queue tue tengok diaorang sesedap rasa je dah beratur kt depan kiteorang. Bukan masuk sorang je ok. Sampai  3-4 kaum kerabat dia dibawa sekali. 

Tak kuasa nak gaduh dan tak berbaloi pun nak bertekak dengan orang yang tak de otak macam diaorang nie. Kiteorang sambil sembang-sembang tue sempatlah jugak perli-perli depa tue semua. Tak tau la depa terasa ke tak. Nasib korang la kan.


Nie group perempuan-perempuan yang selamba potong barisan. Nasib dapat amik belakang je kalau tak merasa la gambar korang terpampang kat blog nie. Shame on you!!!


At last dah pukul 2.30pm macam tue, crowd yang ramai kat depan kiteorang dah start bersurai. Mungkin dah ada orang suruh bersurai kat depan tue sebab masa audition dah abis kot. Tu yang saya cakap tadi, pengurusan untuk audition nie kurang kemas. At least have the courtesy to inform kiteorang nie semua apa yang berlaku. Kalau dah bagi nombor awal-awal, orang tak perlu membuang masa beratur sampai 6 jam.

Me n hubby terus cari tempat makan lepas tu sebab dah lapar sesangat. Wal hal kol 11am tadi dah belasah makan double cheese burger. Tapi rasanya semua tenaga dah digunakan untuk berdiri selama 6 jam tadi. Tue yang lapar lagi. Decide nak makan something yang sedap. Maka ke Delicious la kite. I ordered seafood spaggetti n hubby go for some burger. Surprisingly saya habis makan dulu daripada En. Suami. Nampak sangat la kebuluran kan. Kalau tak terkemut-kemut nak habiskan makan sambil buat muka kesian bila tak habis.

Our friend yang baru kenal tadi tu kata nak datang lagi for audition the next day. Kiteorang??? Memang tak la jawapnya. Takde la beria sangat nak duit tue kan. Tak sanggup I nak beratur lagi 6 jam uolls.... Dengar citer orang yang dapat beratur betul-betul kat depan pintu masuk tue datang pukul 5 pagi.

Uolls sanggup?

Ahkak tak sanggup. Lagi baik tidur sambil peluk laki dan anak....

Bye...itu je nak citer.










No comments: