Guys macam mana dengan weekends korang? Eh...korang tengah cuti lagi ke nie? Huhuhu..kalau korang cuti lagi pi main jauh-jauh, tak nak kawan pasal iolls kena kerja. Bestlah korangkan, kalau ambik cuti 3 hari extra dah dapat cuti panjang seminggu dah. Boleh pi holiday n cuti-cuti dengan family. Erm...jeles!!!!!
Tapi takpe korang, walau pun cuti hanya Sabtu dan Ahad saja tapi saya sangat gumbira kerana cuti 2 hari tu telah diisi dengan benda-benda yang berfaedah. Nak tau apa yang berfaedah kena la baca sampai habis. Nanti baru uolls paham apa faedahnye (sila jangan percaya perkataan 'berfaedah' yang digunakan kerana ia sebenarnya lebih kepada kepentingan diri sendiri).
Anyhoo, weekend lepas balik KL macam biasa. Siangnya spend masa pegi wedding je. Iolls pegi wedding solo je. En. Suami ada urusan nak kena settle. Bila dia tak pegi secara tak langsung budak2 pun tinggal je la dengan Bibik. Jemputan wedding dari orang kat opis. Sebenarnya ada 3 jemputan tapi termampu pegi 2 sajork di Putrajaya. Masa sampai Putrajaya, nampak banyak betul signage majlis perkahwinan. Erm....mentang-mentang dah start cuti sekolah, masing-masing berebut nak buat majlis. Tapi bila dok telek kalender tue tetiba terfikir patutlah banyak betul wedding hari Sabtu lepas, rupanya tarikh hari tu boleh tahan cun...10.11.12....deret-deret gitu! Tak kisahlah yang penting mudah-mudahan mereka yang baru memasuki alam rumah tangga nie berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin!!!!
Pastu malamnye gi tengok teater Tribute Tun Siti Hasmah kat IB bersama ibu mertuaku. Will write about it later. Balik rumah the kids dah tido. Terima kasih kepada En. Suami yang telah sudi menemankan anak-anak sementara saya bersantai menonton teater walaupun dengar citer dari Bibik ada budak kena marah teruk dengan Ayah sebab noti sangat.
Sunday pulak telah berjaya menghasut suami ke Pavillion dengan alasan nak beli kasut untuk untuk wedding adik dia. Tapi nie memang betul nak beli kasut sebab takde high heel yang cocok dengan baju yang nak dipakai tu. Bertiga je ke sana sebab Aimery tido masa kiteorang nak keluar. So sorry Aimery sebab terpaksa tinggalkan kamu. Nak tunggu kamu bangun memang tak dapatlah kasut mummy tu nanti.
Masuk la 2-3 kedai kat situ. Pastu singgah Nine West, kot-kot ada yang berkenaan. Sekali hubby buka mulut.
"Kalau ada yang berkenan kat sini amik la...I belanja".
Mari kita lompat bintang 88x sebab tak payah keluar duit sendiri. Memang niat nak beli sendiri je cuma nak minta hubby approve tapi bila dah dia dah buka mulut...ayuh jangan buang masa, lancarkan operasi mencari sekarang.
Memang ada yang berkenan tapi bila pakai macam tak berapa nak selesa. Tapi dalam hati masih lagi berusaha untuk mendapatkan tawaran istimewa hubby tadi. But bila pikir balik kalau beli tapi pakainya sekali n pastu nak buat harta karun baik tak payah. Better cari something yang selesa dan akan dipakai selalu. Makanya berlalulah kita dari kedai itu tanpa sebarang hasil. Tu la...gembira sangat tadi sudahnya habuk pun tak dapat. Huhuhu....takpe pasni musti jumpa yang berkenan di hati.
Gorgeous heels....
Then lepas tue saje try test masuk Michael Kors nak usha handbag. Saje nak tengok berapa riban dia jual. Kebetulan pakai handbag MK hari tu so kira boleh cover line di situ. Masuklah kami anak beranak ke dalam kedai. Ada segerombolan salesperson kat dalam tue (segerombolan tu boleh diistilahkan ramai kan...???!!!!.) Tapi semua perangai macam h@*#m.... Semua buat tak nampak dan pandang orang macam takde mata. Eksen gila vavis!!!!! Lepas dah round-round tue iolls pun keluar. Kesimpulan yang boleh saya buat adalah :
- Diaorang buat tak tahu kat kiteorang sebab dia rasa kita takde duit.
- Mungkin sebab hubby hanya pakai selipar je masuk kedai tu.
- Sebab diorang memang suka bersikap double standand. Kalau Mat Salleh pakai selipar masuk dia akan ikut bontot, kalau orang Malaysia pakai selipar masuk kedai bolayan sajork
Eksen eh korang.....Patutlah korang jadi salesperson je!!!! Akal ada tapi tak tau pikir apa yang betul dan apa yang tidak. Orang Indon yang kerja bersih toilet kat Pavi tue lagi elok perangai dari korang. Iolss masuk toilet je diaorang dah senyum dan siap wish lagi. Iolls rasa kalau Indon tue keje kat butik lagi banyak sales diaorang dapat buat dari korang tau. Period.
At last iolls dapat jugak cari kasut pujaan hati. Dapat Zang Toi yang harganya tak berapa nak cekik darah and siap ada discount lagi. Selamat la sikit duit di situ. Dah la melepas nak dapat belanja dari hubby tadi. Then shopping some stuff for the kids sebab kat Parkson tue ada sale. Gila la pegi sana semalam. Semua pun ada sales. Tergugat iman iolls yang tak berapa nak kuat bila tiba part SALE nie.
End up our weekends dengan late lunch dekat Dome. Sepanjang bershopping tu anak bujang saya adalah tido. Aman mak ayah dia nak bershopping. Elok tiba waktu makan dia pun bangun. Belasah makan fish n fish sampai kenyang. Me n hubs share vegetarian bruschetta and scones.The scone sangat yummeh!!!! Tak puas pulak rasanya.
Eh....nanti kejap ada satu lagi benda nak citer. Gossip di petang hari temanya. Masa shopping semalam tetiba hubby cakap,
" Hah, tengok tu sapa lalu?"
Iolls yang tak tau hujung pangkal nie terus melirik ke arah yang hubby maksudkan ittew. Nasib kenal sapa yang dimaksudkan kalau tak terpaksa buat muka seposen tanya hubby siapakah gerangan si dia. Orang kenamaan ittew pun berlalulah melintasi iolss. Iolls buat muka tak tahu je. And yang menariknya, ramai yang mengikut dari belakang. Erm...menarik. Siapakah mereka-mereka itu??? Ramai bangsa Cina pulak tue. Iolls tak nak speku apa-apa. Saje je nak suruh uolls berfikir sendiri di petang yang hening nie. Hehehehe!!!!!
Muka baru bangun tido
Try maintain posing untuk mummy
Esok cuti plan nak kemas rumah je. Kotak-kotak yang diangkut ke rumah tue masih elok je terletak kat atas tu. Tak sempat nak jengok lagi. I can see me sitting all day sorting things out. So boring!!!!
Tata for now......
No comments:
Post a Comment