Wednesday, August 29, 2012

Kopipes Punya Hal



Kopipes tue memang la baguskan sebab mudah dan cepat kerja kita selesai. Tapi sila la semak balik ape yang awak kopipes tue. Betul tak faktanya. Nak nak kalau benda benda yang serius macam bab-bab agama tu. Jangan pulak awak kopipes benda yang awak sendiri kurang arif then sebarkan kat orang. Niat tue baiklah tapi cara tue tak betul kot. Nanti dengan kite-kite sekali tanggung dosa sebab menyebarkan amalan songsang.

Pagi nie jugak saya telah menjadi mangsa kopipes. Sebelum cuti raya dah apply for tiket flight nak pi Sabah untuk urusan rasmi. Masa tue pun dah banyak tiket yang sold out. Makanya daripada naik MAS saya terpaksa guna perkhidmatan AirAsia. Not that AirAsia tak bagus cuma kalau nak MAS tue senang sikit la nak ke KLIA tu. Tapi tak kisah la kan. Janji sampai ke Kota Kinabalu sudah. Masa tue rasanya semua orang dah tak concentrate nak buat kerja kot sebab mood raya dah sampai. Kalau kat opis nie saya tengok bebudak kat depan nie dok sibuk bercerita tentang balik kampung dan juadah raya. Memang dah takde hati nak buat kerja.

Booked tiket  untuk 29 Ogos 2012 kol 3.25pm. So saya minta CC booked kereta untuk ke LCCT pukul 1.30pm. Hal booked kereta nie pun dah settled sebelum raya lagi. So hari nie datang opis gigihlah menyiapkan kerja-kerja yang penting sebelum tinggalkan pejabat sehingga Isnin depan. Lepas dah siap kerja semua baru nak sibuk nak print tiket flight segala. Masa print tadi dok belek balik e-ticket nie. Apsal nampak macam pelik je tiket nie? Dah nampak macam ada masalah di situ. Kenapakah tiket nie menunjukkan departing @ 1245pm????? Kenapa tetiba muncul waktu nie plak?

Terus cari CC masa tue. Maunya tak cari. Masa tue dah pukul 11.30am ok? Mana sempat nak pegi LCCT? Mana ada kereta? Macam mana nak pegi? Terus keluar 1000 soalan yang memang tau dah jawapannya. Tapi sebelum nak salahkan orang elok kita check dulu fakta. Nanti dah sedap-sedap maki orang pastu rupanya salah diri sendiri. Masa tue nak letak muka celah mana pulak kan?

Bila tgk balik permohonan memang tak salah. Saya apply utk tiket pukul 3.25pm bukan 12.45pm. CC pun dah kalut masa tue sebab tak pernah jadi kes macam tue sebelum nie. Dia terus call orang yang incharge pasal tiket kat Jabatan kiteorang nie. Yang bestnya budak tu cuti. Boleh???? So kite terus call agent. Memula agen tue macam tak sure je tapi lepas tue dia kata tak apa kalau tertinggal flight. Boleh terus pergi ke kaunter tiket AirAsia kat LCCT tue nanti dan minta naik flight yang berikutnya. Tapi kena bayar penalti RM50. Itu pun sebab guna waran kalau bayar cash diaorang akan kenakan penalti RM75 untuk kes-kes tertinggal flight nie. Tapi memang tertakluklah kalau flight tue ada kosong ke tak. Kalau tak uolss kenalah tunggu flight berikutnya yang ada kekosongan.

Tak ke hangin kau dibuatnya. Dah satu hal pulak nak kena bayar penalti semua. Pastu saya tanyalah kat CC sama ada boleh claim atau tak bayaran penalti nie sebab saya rasa ni bukan salah saya. Diaorang yang bagi tiket salah...saya tak minta pun tiket kol 12.45pm tau. Tapi orang yang incharge tue macam tak tau nak jawap apa. Nie bukan masalah duit tapi masalah kerja korang buat tak betul dan menyusahkan orang. Tu yang buat orang marah tau tak??!!!!

Lepas dah berdrama segala CC datang bilik saya untuk confirmkan balik yang kereta akan tunggu kat airport KK pukul 6pm. Pastu dia cerita tak pernah jadi benda macam nie. Dalam kepala saya kata there is always a first time. Dan nasib tak baik 1st time tu jadi kat saya. Tapi benda dah settle so malas nak kecoh. Cuma yang menarik CC cakap, pegawai saya yang dah bertolak ke Sabah dulu tue memang naik flight kol 12.45pm hari Isnin lepas.. Mungkin budak yang incharge tu ingat saya nak naik flight waktu yang sama.

Eh suka hati kau je main ingat-ingat ye??? Kalau kerja main ingat-ingat macam tue je baik tak payah isi form macam-macam. Kita cakap pakai mulut je senang dan boleh terus key in dalam computer. Buat penat tulis atas form je dan membazir tenaga saya je nak menulis. Nie dah sah-sahlah budak tue tak baca form yang saya isi tu dan main kopipes je dari permohonan orang yang sebelumnya. Tensi makcik dibuatnya.

So kawan-kawan, sila kopipes dengan berhemah ye. Jangan sampai menyusahkan orang lain. Dan peringatan kepada diri sendiri...Sila print tiket lebih awal dan semak tarikh dan waktu flight betul ke tak. Nasib baik gi KK je kan. Kalau la nak pi London jadi kes macam nie tak ke haru????

Sekian, bebelan untuk hari ini. Ada lagi benda nak bebel lepas nie tapi takde masa je. Stay tuned!!!!!


No comments: