Dah lama tak mem'baking' segala. Teringit plak zaman dok di London (ceh...macam la dah lama sangat walhal baru je tahun lepas). Semangat gila nak buat itu, nak buat ini. Bila dah ada oven sendiri hubby belikan takde plak ko nak bake biscuit ke... kek ke....Itu bukan barang perhiasan untuk ditonton. Sila gunakan sebelum suami anda bertanya pasal oven yang masih bersih keadaaannya itew.
Baiklah, demi menyahut cabaran untuk mengotorkan oven untuk pertama kalinya, kite mulakan dengan buat benda yang paling senang dulu. Nie semua strategi uolls. Kalau dah buat yang susah-susah dulu nanti expectation adalah tinggi. No good...hehehehe!! So jgn letak pressure kat diri sendiri kalau mahu selamat.
Oleh itu, Sabtu lepas saya telah cuba membuat cornflakes madu sebab setelah di'google' saya rasa benda nie paling mudah nak dikerjakan sebab tak payah nak pakai mixer segala. Pakai senduk kayu untuk kacau je. Tak ke senang namamya tue.
Mudah je membuatnya dan cepat je boleh siap. Akan tetapi walaupun mudah saya terkantoi jugak masa first round membakar cornflakes tue. Sekali tengok dah terhangus la pulak. Tapi takpe jangan putus asa, teruskan je dengan round kedua. Belajar dari kegagalan di pusingan pertama, saya pendekkan sikit masa bakar tue n it turned out to be ok dan sedang elok je warna yang kita inginkan.
Biskut Cornflakes Madu
Bahan A
125gram butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu
Bahan B
1 kotak cornflakes (500 gram)
1 cawan kismis
1 cawan badam sincang panggang/gajus
Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri hijau dan merah yang dipotong kecil
Cara Membuat
1. Panaskan Bahan A sehingga butter cair. Setelah cair masukkan Bahan B dan kacau sehingga rata.
2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3. Hias dengan hirisan ceri hijau dan merah.
4. bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 celcius untuk 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
So uolls pun boleh cuba resepi nie.
Good luck!!!!
No comments:
Post a Comment