Thursday, August 16, 2012

So Many Yet So Little


Bulan Ramadhan dah semakin sampai ke penghujung. Dalam 3 hari je lagi kita akan bertemu Syawal pulak. So uols semua dah ready ke nak beraya? Baju raya, kasut raya, kuih raya semua dah settle? As for myself, tu la dia benda-benda yang cuba dilangsaikan for the pass few weeks. Minggu nie beli sikit, esok beli sikit dengan harapan semuanya selesai secepat mungkin. Tapi macam takde kesudahannya. Ada je benda yang tak cukup lagi. Takdelah nak beria sangat beraya tapi macam tak complete pulak kalau takde benda-benda tue. For the past few weeks banyak benda yang berlaku, tapi tak sempat nak dikongsi kat sini. No time oso to write. Very busy I must say.

Untuk itu, weekends lepas memang telah diperuntukkan untuk tujuan shopping which I have mixed feeling 'bout it. Of coz la excited kan bila sebut perkataan shopping tue. Gila ke apa kalau orang pompuan tak suka perkataan shopping nie. Sapa yang tak suka shopping tu saya tabik spring tilam Vono la kat diaorang. Impress gila kot iolls kat spesis uolls nie. 

But at the same time, terbayang jugak kesesakan dan lautan manusia yang terpaksa dihadapi untuk tujuan bershopping tue. Ye la, ingat ko sorang je nak shopping. Orang lain pun semangat gaks nak beraya. Nak pakai baju meletops-letop. Pasrah je la dengan yang itu. Nak buat macam mana kan, nak raya punya pasal kita layan je.

Tapi yang paling tak boleh blah nanti adalah lepas dah bersesak-sesak dan berpeluk ketiak, takde apa barang yang dibawa pulang. Alasannya takde baju yang meletops kebaboom !!!!! (yang letop-letop kat butik la, lagi nak cerita). Tu yang paling tak best tue. Buang karan je nanti. Tapi kalau tak pergi tak tahu pula..Entah-entah banyak je pilihan. Banyak sangat speku kan. Pergi je la. Byk pulak alasannya.

Malam Sabtu lepas buka puasa with MIL, Aunty Jan n family kat Cozy Corner, me n hubby berdua-duaan saja pergi ke Jalan TAR. Aktiviti nie memang dah dimulakan sejak berkahwin. Every year musti pergi and ada lah hasil tangkapan yang dibawa pulang walau pun tak banyak. Park kat tempat biasa. Tetiba je hubby cakap, "Wah naik lagi. Dulu RM5 je, tahun nie dah RM10." Me? "Oh ye ker???!!!!" Harus la dia perasan harga parking dah naik pasal dia yang bayar. Iolls tau shopping je...part keluar duit dia.

Pastu mula la meredah lautan manusia kat situ. Sesak gila. Diaorang nie semua tak tau sabar agaknya. Tau la nak shopping tapi shopping la dengan cara yang berhemah. Tak perlulah sampai nak bertolak-tolak. Dah memang jalan tue sempit dan orang ramai sure la jammed jalan. Tolong la sabar sikit dan tak payah nak marah-marah. Takde comman sense punya orang. Fikir diri sendiri je.

Dalam keadaan yang bersesak-sesak tue paling kesian tengok kat budak-budak kecik yang mungkin tak selesa dengan keadaaan bersesak macam tue. Macam-macam kerenah yang saya tengok. Ada yang menangis, ada yang mengamuk sebab kepanasan. Macam-macam lagi la. Pity them tapi saya paham mesti the parents tue takde choice n terpaksa bawa anak diaorang meredah kesesakan macam tue sebab nak belikan baju raya untuk diaorang or simply because takde orang yang nak tolong jaga anak diaorang.

Nasib la ada Bibik tolong jaga Aimery n Amsyar, kalau tak kesian jugak kat diaorang kalau terpaksa bersesak macam nie. And secara tak langsung nanti, Mummy pun jadi tension sebab tak boleh nak shopping coz anak-anak dah mula buat perangai bila dah tak selesa.

End up malam tue, kiteorang hanya beli baju melayu hubby, songkok for the kids, baju n tudung for Bibik dan some brooches. I didn't get anything for me simply because tak jumpa yang berkenan di hati. Lepas dah round semua kedai kat situ, kesimpulan yang boleh saya buat adalah semua design dia adalah sama dan bosan. Takde yang lain dari yang lain.  So baju raya for me mungkin cari kat Ampang Park je nanti.


Not this one!!!
Sekadar mencuba baju nie. Tengok macm lawa tapi bila try not so comfy. Saya rasa macam pakai baju tidur je walaupun ada beads segala

Masa jalan-jalan tadi sempat ajak hubby singgah butik Ariani nak survey tudung untuk mak. Oh dia ada sale la rupanya. So kita orang pun masuk la. Nie 1st time saya masuk Ariani and saja tanya harga tudung after discount berapa. SA tue pun jawablah, "yang nie after sale RM118". Pastu hubby terus buat buka pelik. Saya tanya dia kenapa. Rupa-rupanya dia tak percaya yang harga tudung begitu mahal sekali. Just forgive him. Memang dia tak pernah ambil tahu pasal harga tudung nie sebab tue tergezut bila dengar harga tudung biasa kat Ariani sampai ratus-ratus. Saya memang tau tudung nie mahal tapi saje je nak tengok kot-kot ada banyak discountnya.

Esoknya pulak, pagi-pagi dah keluar dari rumah MIL. Kali nie nak pergi Jalan TAR lagi but this time around dengan my sister. Misi hari nie adalah untuk mencari tudung untuk mak dan menukar songkok Amsyar yang terkecil size nya. Tapi hari nie pergi naik Putra je sebab je sebab tak sangggup nak drive sesak-sesak macam tu. Naik Putra senang gila kot. Sampai stesen Damai, elok je train sampai n terus naik. Around 9.30am dah ada kat Masjid Jamek. Dah janji dengan my sis nak jumpa kat situ. 

Sengaja ajak my sis cari tudung mak sekali sebab iolls tak pandai part-part tudung nie. Maksud saya, saya tak tau apa design or fashion terkini tudung yang orang pakai. Kalau pegi sendiri nanti takut terbeli tudung yang dah outdated. Kesian pulak kat my mum. Kata raya so mestilah nak pakai yang cantik dan yang terkini kan. Bila ada my sis nie boleh la minta pandangan dia sikit sebab dia pakai tudung.

Puas gak kiteorang meronda tapi tak berjumpa yang berkenan di hati. Tetiba sampai kat satu kedai nie n ternampak design baju kurung yang saya tak pernah perasan sepanjang jalan kat sini dari semalam. And the most important thing adalah ia berwarna hijau. Tahun nie dah plan nak pakai kaler hijau 1 family. Bila try tue macam elok pulak kat badan and my sis pun kata ok. Pastu start la sesi tawar-menawar dengan jurujual tue. Malas nak pikir banyak sangat hari tu. Bila dah dapat harga yang berpatutan terus je bayar. Yeah!!!! Dah ada satu baju raya. Cukup kot. Yang lain-lain tue pakai apa yang ada je la. Bila dah dapat baju tue rasa ringan sikit kepala sebab boleh fokus untuk cari tudung pulak. Kalau tak kacau bilau kepala berfikir di mana nak ku cari baju raya ku itew.

Jalan punya jalan akhirnya dapatlah cari tudung mak. Tapi ada juga peniaga yang sengal kat Jalan TAR tue. Saya ada berkenan satu tudung nie n dah kompem nak ambil. Tudung tu siap dah masuk dalam plastik. Bila nak bayar saya bg la duit RM50 kat orang kedai tu. Dia tanya takde duit kecil ke? Saya pun selongkar la purse n tanya my sis ada duit kecil tak. Ada la duitnya tapi amount tak cukup nak bayar harga tudung. So saya cakap "Takde la Bang. Kalau macam tue bagi la kurang sikit lagi. Kalau bg kurang sikit cukup la duit nie". Dia berkeras tak nak bagi. Dia kata "Takpe lah dik, saya memang takde duit kecil nak bagi balance. Mungkin bukan rezeki saya". Pastu saya jawap la " Kalau semua customer datang bawa RM50 semua tak nak jual ke?" Dia kata takpe....

Sengal punya orang. Kata nak berniaga, carila  alternatif. Nie dia boleh tolak je customer macam tue. Dah kaya la tue. Cina kalau meniaga memang dia suruh customer tunggu sampai dia dapat cari duit tukar. Orang Melayu nie punyalah sombong...main tolak je customer.

But after all, pulang dengan hati yang happy sebab basically MISSION ACCOMPLISHED. Tak perlu risau sangat sebab almost every thing dah settled. Tinggal nak cari sampin for the kids je. Yang tu cari kat Alamanda je nanti sebab hari tu Omar Ali ada jual sampin for kids. Hopefully ada size untuk Amsyar n Aimery.

I'm one happy woman now walaupun sebenarnya masih banyak kerja nak buat especially hal rumah. But at least part baju nie dah settle.

Nanti cerita lagi.Till then.


No comments: