Friday, September 21, 2012

Lookalike



Sekarang nie kalau ternampak apa2 je  yang ada kaitan dengan Duchess of Cambrigde nie laju scroll page tu. Macam suka je tengok dia tue. Nampak macam sempurna kehidupan dia (tue yang kita nampak la...yang lain tue tak tau la kan). Dia ada pakej lengkap sebagai puteri raja.

Beauty - Checked!
Brain - Checked!
Poise - Checked!

Pendek kata semuanya ada pada dia. Jeleskan???? Mesti kite semua pernah berangan nak jadi macam dia at least masa kecik-kecik dulu la. Tapi bila dah jadi femes macam dia nie dah tentu ada harga yang perlu dibayar. Semua cerita dia orang nak tau. Dia pakai apa semua nak tiru. Dia buat apa pun semuanya diperhati. So memang dah takde privacy bila anda bernama Catherine Middleton, Duchess of Cambridge. Sampaikan masa peribadi dia pun paparazi sibuk amik gambar sehingga tersebar gambar half naked si Kate nie. Pity her. 

And tadi terbaca kat Yahoo pasal sorang waiter yang berhenti kerja untuk jadi Kate Middleton lookalike. Nama dia Heidi Agan (32 y.o). Ada anak dua dah dia nie. Memang patut pun dia berhenti jadi waiter tu sebab bayaran yang dia dapat untuk setiap penampilan adalah 100 kali lebih baik daripada gaji jadi waiter. Korang pun mesti nak kan kalau dibayar macam tue punya banyak. Dah la dapat pakai baju yang lawa-lawa ala-ala style Kate Middleton. Memang bertuah la si Heidi nie. Senang-senang je dia buat duit. Memang rejeki dia la tue.

Sekali pandang memang rupa Kate la. Kalau tak percaya mari kita tengok gambar-gambar perbandingan yang diaorang tunjukkan. So what say u?








For me, part rambut tue memang sebijik la. Tapi yang lain tue boleh nampak sangat perbezaannya. I would say dagu Kate adalah lebih runcing. Pinggang Kate adalah sangat tiny berbanding Heidi dan of course Kate lagi kurus dari dia. And yang paling obvious sekali tang mata dia la. Heidi tue matanya biru. Kate punya mata kaler hazel kan. Hazel tue nampak tua sikit sebab umur dia pun 2 tahun lebih tua dari Kate kan. So bila Kate dah 32 nanti agaknya macam tue la rupa dia kot...hehehe!!!!

Mungkin lepas nie akan lahir lebih ramai lagi Kate Lookalike sebab semua berangan nak jadi puteri raja kan. Bertuah la sesapa yang ada muka macam Kate....Murah rezeki lepas nie.....


Happy weekend peeps!!!!

No comments: