Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

4 Syawal 2013



4 Syawal adalah bersamaan dengan hari Ahad.
Hari nie dah plan nak beraya ke Muar dan JB dengan keluarga SIL.
Kalau ikut plannya SIL will datang beraya at my parent's house around pukul 10am.
Dari Melaka nanti kite semua terus ke Muar.
Habiskan beraya rumah sedara mara hari Ahad.
Then overnight kat rumah MIl di Bandar Dato' Onn dan hari Isnin nak bawa budak2 bersuka ria di Puteri Harbour Family Theme Park yang ada Hello Kitty tue.
Memang looking forward nak bawa bebudak berjimba kat situ setelah SIL brought up the idea.

Tapi kite merancang sajork....at the end plan semua ke laut.
Kisahnya, hari Sabtu malam tue SIL found out yang alarm ADT kat rumah dia ada masalah.
And dia tak berani nak tinggalkan rumah selagi problem tue tak settled.
Orang ADT hanya datang rumah dia hari Ahad around 1pm macam tue.

Oleh sebab isu itu, SIL tak jadi nak beraya di Melaka.
Will meet her kat Muar terus.
Oleh sebab itu, kiteorang pun meneruskan sesi beraya rumah saudara mara di Melaka before ke Muar.
Sebab bajet mesti SIL sampai Muar dalam pukul 4pm macam tue.

So pagi tue kite beraya rumah Makcik Siti (adik mak).
Memang langkah kanan betul.
Makcik buat soto and pakcik pulak ada beli durian.
Memang terbaik la...pagi2 dah makan durian.
Durian tue pulak memang terbaik dari ladang.
Isi kuning giler..rasa pun manis n pahit sikit.
Sedap......

Friday, August 16, 2013

3 Syawal 1434H



Hari nie bangun lewat sikit.
Gue capek bangat!!!!!!
Tapi takde la lewat sangat.
Kol 8 am...tu pun pasal 2 hero tue dok asyik keluar masuk bilik jer.
Terganggu tido...dah alang2 tue bangun terus.
Pagi tue semua macam rileks2 je.
Takde plan nak berjalan ke apa....

After breakfast, tolong mak prepare bahan untuk buat soto...
Requested from Angah..
Minah tue memang pandai request...nak soto la..nak nasi lemak la....
Main order jer...
Mak pun rajin melayan...
Tapi makan je banyak....badan kerempeng gak...
Sorry Mak Angah, I kutuk u....
Peace no war!!!!!!

Dah penat kat dapur (penat la sangatkan..padahal potong daun sup dan potong bawang jer) kite ke depan.
Petang Sabtu tue ada filem Kuch Kuch Hota Hai...
Layan beb citer nie.
Tengok 10 kali pun feelingnya tetap sama.
Tup-tup...lepas tu tv yang tengok saya.
Boleh plak tertido depan tv tue.

Tapi sebab ada anakkan...memang syok la dia kacau.
Dah terjaga tue terus masuk bilik jap..sambung tidur...berat giler rasa mata nie.
Tido sampai kol 3.30 petang.

2 Syawal 1434H



Syabas kepada diri sendiri kerana dah berjaya update blog yang suam-suam kuku nie.
Dah masuk cerita hari raya ke-2 dah kita.
Moh kite teruskan dengan episod hari raya seterusnya.

Hari raya ke-2 masih bermalas-malasan lagi di rumah.
Semalam kan tak sempat nak bergossip dengan SIL sebab iolls dah tido.
So pagi tue la baru nak bergosip Mak Jemah kat dapur.
Meriah sikit rumah tue....
Maklumlah semua dah ada...anak SIL yang 5 orang tue je dah meriah.
Tambah Amsyar dengan Anyer...lagi la gamat dengan suara diaorang.
Suara ibu-ibu dan bapa-bapa di dapur pun boleh tahan jugak!!!

Lepak2 sambil bergossip tak sedar dah tengah hari.
Nak kena bersiap sebab nak balik Melaka.
Tu pun pukul 2.30pm baru bertolak.

Bukan boleh langsung terus ke Melaka.
Kiteorang ada beberapa tempat nak kena singgah sebelum balik Melaka.
Kena singgah rumah sendiri dulu sebab ada tertinggal a few barang.
Dari rumah pulak kena ke Tanjung Sepat sana amik si Bibik.
Masyaallh...punya la jauh....geram jugak rasanya.
Ye la...orang nak balik Melaka cepat.
Nak kena amik dia pulak kat ceruk sana...haiiiishhh!!!!
Masa hantar dia saya tak ikut...hubby gi sorang.
Hubby hantar sebab nak tengok kat mana tempat yg dia nak pergi tu.
Kalau lari ke apa..kite terjah la tempat tu.

Thursday, August 15, 2013

1 Syawal 1434H


Moh kite citer pasal raya pulak hari nie.
Tahun nie giliran beraya di rumah mertua.
I is ok....raya rumah in law pun boleh.
Raya rumah mak ayah lagi la terbaik!!!!
Disebabkan beraya di KL dulu tahun nie idoklah saya amik cuti awal.
Malam raya baru bertolak balik ke Jalan Gurney.
Sampai sana pun dah lewat around pukul 11 lebih sebab hubby dok mengantar Bibik ke Banting.
Kiteorang bagi dia cuti raya sampai petang raya ke-2.

Sampai sana, MIL dan FIL tengah sibuk vakum rumah.
Kesian la pulak tengok.....nak tolong tapi dah settled semua.
Huhuhu...
Elok kiteorang sampai BIL and wife dia pun sampai..
Dia tinggal opposite the road je dari rumah in law.
Tapi lambat sampai sebab kemas rumah sendiri dulu.

Malam tue takde buat apa pun..
Sembang2 dengan MIL sekejap pastu tidor.

Pagi raya tue, bersilat gak nak siapkan budak2 nie.
Dah la bangun lambat pastu tak nak mandi pulak.
Hubby ingat nak bawa Amsyar gi sembahyang raya tapi cancel sebab mamat tue bangun lambat.

Juadah raya semua dah sampai.
Lepas Suboh tadi diaorang hantar...masih panas lagi.
Entah pukul berapa la diaorang bangun masak semua tue??!!!!

Lepas hubby balik sembahyang raya baru kite semua sarapan dan makan sesama.
Banyak sangat makanan sampai tak tau nak makan mana dulu.
Semua nampak sedap...
Kalau tak berhati2 memang boleh naik 2kg raya nie.

Wednesday, August 14, 2013

Raya 2013 Preparation



Punyalah sembab dan lembab tuan tanah nak citer pasal preparation raya sampaikan dah masuk raya ke-8 dah nie.
Tapi tetap jugak nak citer kan...
Sebab tak banyak modal nak citer benda lain.
But dun worry...citer sesikit jer.
Sebab now semua teruja nak iter pasal hari raya jer kan..
I geddit!!!!

Preparation tahun nie memang sangatlah simple.
Rumah memang takde buat apalah sebab baru je duduk rumah tue.
Kiranya tahun nie tahun ke-2 kiteorang beraya kat Kota Warisan tue.
So basically semuanya elok lagi...takde apa yang nak ditukar.
Raya dengan apa yang ada saja.
Cuma hubby la dok sibuk dengan projek menggantung frame gambar yangh sudah berkurun dibeli tapi masih dok kat celah dinding instead of di dinding.
Tapi sampai la nie baru 3 frame je yang dah sampai ke dinding.
Yang lain masih di bawah lagi...

Takpe2...at least ada la 3 keping daripada takde langsungkan.
Gigih suami iolls menggrill dinding tue..
Siap berpeluh bagai.
Buat kerja sambil pasang air-cond coz peluh baik punya.
Manje sungguh laki iolls tue.

Tu baru buat kerja kat dalam rumah.
Kalau dia potong rumput kat laman tue lagi la tragis tau...
Macam baru lepas mandi gayanya.
Peluh mencurah-curah....
Pastu buat kerja pakai long sleeves sebab takut sunburn..
Seee.....manja sangat...takut hitam!!!!!

Monday, August 5, 2013

Kuih Raya Project 2013



Hello semua...
Masih di pejabat or dah bergumbira di kampung halaman??
Untungla kalau dah bercuti..
Boleh la feeling2 beraya dengan mengemas rumah, tukar langsir, shopping baju raya lagi...
Jeles tau dengan korang yang dah start bercuti nie...

Like my sister.
Hari Jumaat hari tue last keje...
Tau bila dia masuk kerja balik???
2 minggu lagi ko....
Memang melampau la minah tue....

Hah..dah cuti lelama tue sila ringan2 kan tangan dan kaki tolong mak kemas rumah ye...
I tak dapat tolong tahun nie....
I beraya rumah mak mertua i....

Ok la...teruskan bercuti untuk yang dah start cuti tu.
Untuk mereka yang masih berada di pejabat tu...
Bertabah je lah uolls...
Nie semua dugaan kecil je.....
Jangan difikirkan sangat kuih2 raya, rendang, ketupat tue semua....

Nampak tak ayat-ayat nak tenangkan diri sendiri dah keluar???!!!
Hahaha.....poyo nak cakap orang padahal diri sendiri yang tak sabar nak cuti.
Takpe...untuk hilangkan kegelisahan kerana terpaksa bekerja di saat orang lain dah balik kampung moh kite citer pasal kuih raya...
Eh..macam tak sesuai la pulak ek...
Nie lagi boleh menghangatkan gelora hati nak beraya..

Monday, September 3, 2012

Raya Oh Raya



Raya hari hari tue memang heaven sebab dapat beraya di Melaka seminggu lamanya. Hatie mana yang tak gembira kalau dapat berkepit dengan mak sendiri, betul tak (ok terlupa dah ada laki sekarang so sila sedar diri sikit)?

Masa MIL kata dia n FIL kata nak beraya kat London/Dublin, iolls dah tepuk bintang lapan puluh kali dah (kurang asam punya menantu kan???). Itu makna I have all weekends with my family. Maunye tak happy. Tahun lepas dah sedih gila beraya kat Dublin tanpa family terchenta. Tak seronok je rasanya raya kalau tak balik Melaka dan beraya kat rumah sedara-mara.

Tapi tetiba plak MIL buka mulut ajak kiteorang 1 family beraya sekali kat Dublin. Wo pu yau....Nehi...Nehi..Nehi.... Semua keluhan itu bermain kat dalam kepala je. Ayat sebenar yang keluar dari mulat adalah.." Erm..nanti Miza bincang dengan Jimmy macam mana? Kalau dia kata ok boleh gak beraya kat sana"....Drama sangatkan. Padahal memang tak mahu ke sana tapi takut pulak kecik hati orang tua tue nanti.

So malam tue pun buat muka sedih mengadap En. Suami menyatakan hasrat hati si Ibu yang mengajak beraya di Dublin. Cakap sejibik macam apa yang MIL cakap, takde ayat yang ditokok tambah. Dalam hati berdoa sesangat agar En. Suami tak memilih untuk ke Dublin. Seakan dapat membaca kepala otak si Isteri, hubby cakap tak payah la pegi Dublin. Tahun lepas kan dah beraya kat sana. Kesian kat mak ayah Melaka tahun lepas dah la tak dapat beraya dengan budak-budak.

Oh yes la...Kali nie boleh terjun tiruk sekali I tell you sebab gumbira sesangat. Tu yang buat saya sayang laki saya tue. Sangat bertimbang rasa orangnya dan pandai menjaga hati saya. Erk...ke dia cakap macam tu sebab kesian tengok muka tak semengah bini dia nie. Oh...makcik tak kisah la..Yang penting raya di Melaka uolls...

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya


Aci tak kalau nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kat uolls semua. Raya sebulan kan so kira ok la kan walaupun sekarang nie dah masuk raya ke-9. Yang penting kite masih dalam bulan Syawal kan.

So sebelum update citer-citer pasal raya (yang takdelah gempak apa pun) molek la kite up dulu entry nie. Simple entry je untuk hari pertama bekerja setelah seminggu bercuti. Happy Monday peeps!!!!


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga

Wednesday, September 14, 2011

Very the Dangerous



Sekarang nie tengah busy mengemas, mem'packing', menyisih dan segala macam mem..... Dah tak sabar nak pulang ke Malaysia. Stok-stok makanan pun dah semakin berkurang. Dah hujung-hujung nie pun dah rasa kemalasan untuk memasak. Masak pun kerana ingin menghabiskan saki-baki makanan yang ada kat dalam fridge tue. Hari nie masak nasi goreng je. Letak segala isi ayam dan udang yang banyak kat dalam fridge tue. Ada 3 ketul ayam yang dah dibersihkan so gigih la menggoreng.

Bila nak terbalikkan ayam tue to the other side boleh plak minyak tue meletup. Apa lagi, terkenalah kat muka nie. Gila punya sakit. Nasib masa tue pakai spec sebab minyak tue turut naik ke mata. So terkena kat cermin spec je la. Cubalah kalau pakai lens masa tue...huh...tak berani nak cakap apa yang akan berlaku. Bukannya tak pernah kena minyak panas nie..ada la jugak tapi setakat kena kat tangan sikit je. Kali nie dah naik ke muka la pulak. Scary ok?

Lepas dah kena tue terus je cari Colgate and terus sapu kat tempat yang kena minyak panas tue. Lega sikit rasanya sebab rasa macam sejuk sikit pipi nie bila kena Colgate tue. Hopefully takdelah berbekas ke apa nanti. Pasni kena lebih berhati-hati lagi bila memasak di dapur. Malang tidak berbaukan.....

Bercerita tentang mengemas barang nie, alhamdulillah almost 80% dah siap packing. Some of our stuffs akan dihantar pulang naik kapal sebab barang adalah banyak. Toys Amsyar je dah dekat 3 kotak. Some of the stuffs hantar ke apartment MIL di Acton. Nasib ada tempat nak transfer barang-barang tue, kalau tak bertambah-tambahlah kotak yang perlu dihantar pulang ke Malaysia.

Sudah tidak sabar nak balik. Kalau boleh sekarang jugak mau terbang pulang ke Malaysia. Tapi tak apa..tiket semua dah confirm. Kalau takde apa aral, hari Rabu depan sampailah ke Malaysia. Syawal ada lagikan? Misi balik nanti nak beraya ke rumah saudara mara, nak makan puas-puas, nak bawa kereta (dah lama ooo tak bawa kereta), dan lain-lain lagi.

Yahoo...I'm coming home!!!!!




Friday, September 9, 2011

Merdeka Baby



Nothing interesting to write about my raya in Dublin. Just a quiet one so tak payah ceritalah. Cuma yang menariknya on the second day of raya (31 Ogos), we got a new niece. Sebenarnya my SIL dah due on the 25 Ogos tapi baby tak mau keluar lagi. Nak raya dalam perut ibu dia dulu agaknya.

Pagi tue dalam pukul 2am pagi agaknya my SIL dah pegi hospital. Tau2 bangun pagi ML kata Kak Amy dah pi hospital. So kiteorang pun melepaklah di rumah sambil menunggu baby. Dah pukul 5pm lebih kot husband dia call and beritahu SIL terpaksa buat emergency c-sect sebab baby tak mau keluar. My SIL pun dah tak larat nak push sebab dah letih sangat. Dahlah dari pagi tak makan. Pity her.

Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan si comel dan gebu selamat dilahirkan. Baby girl yang comel nie dinamakan Catriona Camilla. Sweet giler nama dia. I loike. Berat dia 3.745kg. Malas nak cerita panjang, jom kita tengok baby.



Monday, August 29, 2011

Shopping Raya



Gigih plak mengupdate blog dekat-dekat nak raya nie. Sementara free nie bolehlah mengupdate segala. Nanti kalau dah sibuk mau makan bulan tak ada khabar berita di blog nie. Macam tak biasa plakkan.

Hari nie pagi-pagi lagi dah gigih membasuh baju, mengemas dapur, mengemas almari, mengasingkan baju dan macam-macam lagilah yang dibuat. Esok dah nak bertolak ke Dublin so kenalah start mengemas sikit-sikit. Nanti MIL datang rumah macam tongkang pecah pulak. Kat rumah nie kan ada tukang buat sepah yang paling hebat. Kemas 20 kali pun tetap jugak bersepah. Kadang-kadang sampai malas nak kemas. Selagi hari masih siang saya biarkan je budak berdua tue buat sepah. Tegur sepuluh kali pun tak didengarnya...buek ponek tekak den je membebel. Nanti karang dah malam dan itu dua budak sudah tidur barulah kemas apa yang patut...especially mainan diaoranglah.

Tengaharinya kami ke Westfield. Untuk yang tak tahu, Westfield nie shopping kompleks. Alah-alah macam Mid Valley, One Utama, BSC gitu. Tujuan utama nak mencari barang-barang budak berdua tue. Sekali bila dah masuk Gap ada sale untuk jeans la pulakkan. 25% off uolls. Bila dah ada sale tue haruslah mummy, ayah and uncle Amsyar dan Aimery shopping sekali. For the kid's clothes dapat 15% off sebab kami ada coupon. So seronoklah bershopping. Hubby pun nak mencari kasut sebab kasut yang ada macam dah kena ditamatkan perkhidmatannya. Dah masuk dua tiga kedai tapi tak ada yang berkenan, ada yang berkenan tapi hubby kata mahal. Tapi saya rasa ok je harga dia. Saya suruh dia cari kasut yang elok-elok sikit supaya boleh pakai lama. Bak kata pepatah alah membeli membeli, menang memakai. Saya pun nak cari kasut jugak. Just a simple flat shoe supaya senang nak berjalan di hari raya nanti. Kalau masa single mingle dulu bolehlah pakai kasut 3/4 inci. Nie kalau dah kena duduk anak dengan kasut tinggi mau tercabut pinggang nie nanti. Nampak Dorothy Perkins, singgah sekejap kot-kot ada yang berkenan. Sekali ada rezeki pulak. Jumpa satu pumps in taupe. Alhamdulillah. Dorothy Perkins pun ada sale on certain item so saya pun jalan-jalanlah sambil meninjau ke kanan dan ke kiri. At last, keluar dari situ dengan sepasang kasut dan dua pasang blouses. This is what I love and will miss 'bout London. SHOPPING!!!!!!! (tak sedar diri yang tengah tidak bergaji sekarang).

Buka puasa tadi tak payah masak sebab hubby belanja makan Tarboush. Makan banyak dan kenyang gila. The food was superb. Lamb dia memang terangkat. Tarboush nie kat depan rumah je tapi tak boleh pegi makan selalu. Bahaya untuk kesihatan....sekali sekala tak apa.

So sekarang nie tinggal nak pack baju untuk ke Dublin. Flight pukul 6pm lebih esok. Insyaalah kami akan kembali ke London bersama MIL dan FIL pada 3hb Sept nanti. So kawan-kawan semua, walau di mana anda beraya diucapkan selamat berhari raya dan enjoy your holidays.

Sunday, August 28, 2011

Ready to Raya



Waktu macam nie kalau buat blog walking jarang-jarang dapat jumpa blog yang berupdate. Ada tue memang ada tapi sangat sikit jumlahnya. Ye la..dah nak raya kan, sure ramai yang dah balik kampung. Bila dah berada di kampung halaman tue sure sibuk dengan melayan sanak-saudara, yang mengayam ketupatnya lagi, yang sibuk buat kuih raya last minute, yang dok kalut nak menukar langsir baru dan macam-macam lagi. Buat sementara waktu blog nie dah jadi least priority la kan. Raya setahun sekali je pun so masa nie lah nak beraya sakan, ye tak? Huhuhu...dok cerita pasal raya nie rasa rindu pulak kampung halaman di Tanjong Minyak, Melaka tue.

Sure meriah kan raya uolls semua tahun nie (jeles 10x)? Kepada yang selamat sampai di kampung halaman tue, alhamdulillah. Sure gembira hati orang tua bila anak-anak dan cucu semua berkumpul di hari pagi raya nanti. Kepada mereka yang akan memulakan perjalanan ke kampung halaman dalam masa terdekat, hopefully perjalanan uolls semua dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Sebelum tinggalkan rumah tue jangan lupa pastikan keselamatan rumah anda. Musim-musim perayaan nie kerap jugak kita dengar kejadian pecah rumah dan sebagainya. Maka eloklah kita berwaspada untuk elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan lupa minta tolong jiran yang tidak balik kampung tue jengok-jengokkan rumah kita. Kalau boleh biarkan satu dua lampu kat rumah tue menyala. Takdelah gelap gelita rumah kita sehingga boleh menjadi target sang penyangak. Kalau nak lagi extra percaution, silalah maklumkan kepada balai polis berhampiran berhubung ketiadaan kita dan alamat kediaman supaya bolehlah mereka meronda kawasan kediaman kita. Secara psikologinya penyangak nie semua cuak jugak kalau nampak pak polisi. Prevention tue pentingkan....at least we have done our part.

Monday, August 22, 2011

Semangat



Baru lepas buka puasa. Malam nie dah terlebih makan pulak so perut adalah sedikit senak. Hari nie teringin nak makan kebab plak sebab macam dah bosan makan nasi. Hubby plak teringin nak makan barbeque chicken wings. Sempat pegi Tinseltown untuk tapau. Dah sampai sana tapau sekali mixed grills. Maka makanan adalah terlebih-lebih untuk kami berdua makan. Disebabkan dah terlebih makan nie maka adalah sikit kelebihan tenaga dan semangat nak mengupdate blog nie. Bulan-bulan puasa nie rasa macam malas betul nak mengupdate blog. Nak jimatkan tenaga katanya.

Oh! Satu lagi yang buat semangat nak mengupdate adalah disebabkan saya sudah ada laptop baru. Sangat teruja nak menaip. Bukanlah laptop yang hebat sangat pun...HP je tapi puas hati sebab screen adalah besar. Selama nie dok guna netbook hubby yang comel loteh itew sambil mata saya yang rabun ini terpaksa memfokus kepada screen yang tulisannya macam semut (sila pegi check mata semula..pasti power semakin tinggi...oh tidak!!!!!)

Sedar tak sedar dah tinggal sembilan hari saja lagi kita berada dalam bulan Ramadhan. Masa awal-awal puasa dulu rasa lama betul berpuasa kat sini. Mana taknya, pukul 3.30am pagi dah imsak. Nanti pukul 8.50pm baru masuk maghrib. Lebih kurang 17 jam jugaklah menahan lapar dan dahaga. Dahlah tak kerja kan...duduk kat rumah melayan anak-anak je. Tapi bila dah seminggu puasa macam tak rasa apa dah. Alhamdulillah...dipermudahkan puasa kami di sini.

Wednesday, October 22, 2008

Open House 2008


Hello everyone!!!!!

Hari nie nak cerita sikit pasal Open House Raya yang telah diadakan pada Ahad, 19 Oktober 2008 di rumah mertuaku di Jalan Gurney. This is my 1st time hosting an open house. Selalunye tak pernah buat open house pun, sapa nak datang, datang lah. Tak perlu tunggu open house. Nie first time juga saya dan hubby as husband and wife buat open house. Im very excited.

Memandangkan ini baru pertama kali kami nak buat open house maka jemputannya pun tak ramai sangat. Minta maaf ye kepada kawan2 yang kami tak sempat jemput. Untuk jamuan kali nie, kami telah menyediakan dua hidangan utama iaitu Laksa Johor & nasi impit beserta kuah kacang dan rendang daging. Sorry bukan saya masak, tapi order dari caterer. Caterer kali ini ialah Mirazy Catering. Baca betul2 ye... Mirazy bukan Miriza Catering.....



Pagi2 lagi saya dengan hubby dah bangun. Nak pi Pasar Keramat. Kami bercadang nak beli mee sikit untuk persediaan kalau-kalau hidangan yang disediakan tidak mencukupi. Beli mee 2kg cukup kot.... So lepas dapat semua yang diperlukan, kami bergegas pulang untuk buat persediaan apa yang patut. Susun kerusi meja, keluarkan kuih-muih, pasang radio untuk hiburan sikit. Pukul 11.45am, hubby amik Angah kat LRT Damai. Ada geng sikit nak tolong buat kerja nanti.

Jemputan bermula seawal jam 12.00pm. So pukul 12.00pm kiteorang dah bersedia menunggu kedatangan tetamu. Tunggu punya tunggu, tak muncul jugak...Jam dah pukul 12.50 pm, perut dah bunyi. Disebabkan dah lapar, tuan rumah makan dulu......Nanti orang dah datang tak sempat plak nak makan.

Selesai jer makan maka tibalah tetamu pertama yang dinantikan. Nak tau sapa? Cuba teka.....Salah...salah...... Tetamu pertama kami untuk hari itu adalah Encik Zamri Zain, bos saya. Dia datang satu family. Encik Zamri ada empat orang anak tapi yang datang 3 orang jer. Yang kecil tido kt rumah so tak dapat ikut. Yang tua Irfan, pastu Farhan dan Alia....yang kecil tak tau nama.


Budak2 tue seronok betul tengok mini zoo yang ada kat rumah tue....Sampai leka....Nak suruh makan pun susah. Kejap tengok kucing, kejap tgk burung, kejap tgk ikan. Pastu dia bagi soalan cepumas kat saya.

Ifran : " Aunty, yang mana satu ketua ikan?"

Aku : ?@$%#*^ Yang besar sekali agaknya sebab ikan yang lain tue kecik2 lagi....

Tue jer yang saya boleh cakap. Lepas tue, tetamu dah mula ramai, Eleine, Eunice, Kak Ween, Arizal (MITI), Ikhlas (ex-housemate) & Jeffry, En. Fadzil & Family, Suraihan, Awin, Inas (JPA), Eera, Emmi, Li Neo (MGHS), Surya & Family, Azua, Anisah & Family(USM), Aidil, Memey & Family, Azra, Redza, Chon, Mamat & Family, Norzam & Family, Alia (YPM). Sorry yer kalau ada nama2 yang tertinggal.


Tetamu datang dan pergi sehingga ke malam. Saya berkesempatan gak goreng 1 kg mee untuk dijadikan hidangan. Alhamdullillah, hidangan yang disediakan mencukupi. Mee goreng yang saya masak tadi pun habis. So tiada sebarang pembaziran yang berlaku. Tetamu yang terakhir sekali ialah Anisah & Family. Dia sampai lewat sebab gi rumah Epul kat Sepang dulu. Walaupun, jemputan sampai pukul 6pm jer, kami masih menerima kunjungan rakan2 walau pun lepas waktu yang dimaklumkan. Anisah balik dalam pukul 8.30pm. Nak pergi beraya rumah kakak di di Taman Maluri katanya.

Nie part yang paling best skali.... KEMAS TIME!!!!!! Walaupun tak masak sendiri, banyak jugak nak kena kemas. Nasib baik Angah ada so boleh la tolong apa yang patut. Masa nie hubby dah keluar dengan kawan2 dia gi driving range. Bagi chance la dia keluar dengan kawan2 dia hari nie. Maka kerja2 mengemas nie kenalah saya handle dengan Angah.

Walaupun penat tp rasa best giler dapat buat open house. Insyallah kalau tiada aral dan ada rezeki lebih boleh buat lagi tahun depan dan ajak lebih ramai orang...


P.s : Buat kat rumah sendiri lagi best agaknya.....

Monday, October 20, 2008

Omigod....6 Houses...


Alhamdullillah, Syawal nie banyak betul jemputan rumah terbuka yang diterima. Pendek kata, hujung minggu jer breakfast/lunch/dinner tak payah pikir nak makan ape...Pergi jer ke jemputan rumah terbuka, nah....macam-macam ada.

Hujung minggu lepas, ada 6 jemputan rumah terbuka yang diterima. Kena plan betul2 yang mana satu nak pergi dulu. Banyak gak faktor yang perlu dipertimbangkan, i.e. : jarak, cuaca, waktu jemputan. So after some discussion, we decided to go to Putrajaya 1st, rumah my boss Encik Abu Bakar Othman. We arrived at 12.30pm and there were lotz of people already. Pikir kiteorg yang datang awal, rupanya ada lagi yang awal. My former boss, Encik Othman Mahmood was there too.

Byk betul makanan yang disediakan, nasi beriani, mee bandung, satay, soto, etc. Nasi beriani nampak mcm menarik so saya mulakan dengan nasi beriani. Agak lapar juga nie sebab tak makan apa2 lagi sejak pagi. Memang sengaja kosongkan perut dengan harapan boleh makan banyak nanti. Nasi beriani tadi boleh tahan. Amik satay 1 cucuk....That's all. Spare perut utk 5 rumah lagi. Tak sempat nak ambil gambar...Khusyuk sangat makan sampai lupa nak snap photos....

Pastu bertolak ke Kajang pulak. Kali nie ke rumah Eera. Kalau ikutkan jemputan, pukul 2.00pm baru start tp pukul 1.30pm me n hubby dah sampai rumah Eera. Member pun tak sempat nak pakai tudung lagi. Caterer dia pun tak sampai lagi. Tapi kat rumah dia pun saya tgk dah ada banyak makanan yg lain. Kt rumah Eera saya makan nasi himpit, kuah lodeh and sambal Jawa...1st time mkn sambal Jawa tue, boleh tahan sedap. Dan teringin plak nak makan cendol...So amik cendol satu mangkuk...Yummmm....Memang best. Lebih kurang pkul 2.15ptg, kami dah minta diri untuk meneruskan ekspedisi rumah terbuka yang seterusnya.

Destinasi seterusnya ke rumah Azua di Klang. Hubby memang tak suka pergi Klang sebab Klang nie jammed....Saya pun tak suka gak tempat yang jammed2 nie tp demi memenuhi jemputan rakan2, kami gagahkan jua mengharungi segala kesesakan dan dugaan. Cheh mcm nak gi berperang plak bunyinya. Saya penah pegi rumah Azua nie tahun 2006. Sekarang dah lupa plak directionnya. Maka terpaksalah minta Azua sms direction ke rumah dia. Perjalanan ke Klang menggunakan KESAS Highway. Memang kurang sikit jammednya tapi kena la bayar lebih sikit. Cuaca petang nie pun agak kurang memberansangkan. Dari rumah Eera tadi dah start hujan.

Berdasarkan direction yang diberikan, ahkirnya berjaya kami sampai ke rumah Azua di Taman Sri Andalas. Dah pukul 3 lebih masa tue. Banyak jugak makanan kt rumah Azua nie. Kt sini saya makan sikit satay...dah tak boleh masuk nie.....Tp jamah sikit....Kt rumah Azua dah tak berapa ramai orang, sorang pun saya tak kenal kt situ kecuali Azua dan mak bapak dia. So after sembang2 sikit, kami minta diri untuk ke rumah yang berikutnya. Nie gambar kt umah Azua.



Nak pergi ke rumah Shikin pulak. Shikin nie kawan hubby masa kt UM dulu. Sama-sama PTD gak. Sekarang attached kt UPEN Pahang. Kesian dia, her mother is not so well dan dia kena travel every week dari Kuantan ke Klang. Dah mohon tukar dengan JPA tapi belum dapat apa2 jawapan lagi. Saya pun kurang pasti kenapa JPA (BK) tak luluskan lagi pertukaran tue. Mungkin takde pegawai yang nak pergi ke Kuantan pada masa nie. Bersabar je la Shikin, insyallah ada orang yang nak balik Kuantan nantidapatlah awak tukar.

Destinasi seterusnya, Shah Alam. Kali nie nak gi rumah Hafidzri. Dah lewat gak, almost 6.30pm. Siap sesat sekejap.... Tp my hubby nie part cari jalan agak bijak jugak. Main masuk jer...kadang2 terus jumpa tempat yang dicari, kadang2 tue cari langsat gak..... Dia agak malas sikit nak bertanya-tanya kat orang which I totally dun understand why. Kalau saya, pantang nampak orang, mesti nak tanya. Bukan apa, malas nak buat u-turn ke apa kalau dah tersesat nanti.

Kat rumah Hafidzri masih ramai orang lagi.....Kali nie rasa mee Arab plak....Bagus betul hari raya nie, dapat makan makanan international saja - sambal Jawa (international la jugak kan), mee Arab....Nasi goreng USA jer tak jumpa lagi kt rumah sesapa...Hehehehehe....

Kt rumah Hafidzri sempat gak budak2 nie bergosip2 dan mengumpat2....Hafidzri dengan hubby satu office. Satu unit lagi - Sekretariat PEMUDAH. So banyak bendalah yang disembangkan...Kadang2 saya pun dah boleh tangkap sapakah gerangan yang dikutuk itu......Dah selalu sangat dengar!!!!!

Around 8pm, kami meninggalkan rumah Hafidzri untuk ke Taman Melawati pulak. Nak ke rumah Norzam pulak. Norzam kawan hubby masa kat YPM Bangi....PTD jugak. Sekarang di Kementerian Belia dan Sukan. Sampai rumah Norzam hampir pukul 9pm. Jemputan dia dari pukul 5-9pm....Sampai jer saya tgk masih ramai lagi orang kt rumah dia. Tapi kawan YPM hubby dah takde. So tinggal kami berdua jer..Jalan jap, tengok apa nak makan. Akhirnya saya pilih untuk makan kuih jer, I'm so full. Amik kuih koci, tapai and some cakes. Hubby amih char kueh teow...Jamah sikit char kueh teow, erm boleh tahan sedap. Tapi tak boleh lawan Sany char kueh teow kt Sg Dua...Rindunya nak gi Penang.....

Alhamdullillah...berjaya jugak kami memenuhi semua undangan rumah terbuka hari nie. Saya dah ngantuk gilerr... Sampai rumah pukul 10.35pm, terus tidur....Esok ada open house kat rumah pulak....

Good Nite.