Tuesday, September 11, 2012

Pity Me



Nie tengah lapar tahap tak ingat nie. Normally memang tak breakfast yang berat pun masa in the morning. Sebelum bertolak ke office, I'll take a mug of Milo and 2 slices of bread/biscuit. Biasanya boleh tahan la sampai lunch hour. Nie kalau waktu busy tak ingat dan sedar-sedar je dah pukul 1pm. Tetiba buat muka pelik.

 "Oh dah lunch time rupanya". 

Gigih saya bekerja sampai tak sedar dah waktu rehat. 

Tapi kalau waktu melepak takde kerja kadang-kadang tue aroung kol 10.30am tue berkeriut jugak perut nie. Hari nie adalah salah satu daripada hari-hari tersebut. But if that happens, takde hal sangat sebab memang ada spare biskut n Milo kotak kat bilik. Bebila terasa lapar tue memang itu la benda yang ditala sementara nak menunggu waktu lunch or waktu nak balik.

Tadi around kol 10ish dah belasah 2 packets biskut oat crunch Munchy. Pastu dalam hati dah pasang angan-angan nak makan nasi tengah hari nanti sebab lapar tahap gaban dah nie.Tak tau la nasi apa yang ada jual kat cafe tue sebab since bulan puasa lepas memang takde jejakkan kaki kat cafe. Tak tau whether orang-orang yang berniaga kat situ ada lagi ke tak. Cafe kat office nie macam nak tak nak je berniaga. Masak makanan bajet gila. Kalau kau turun lambat, memang ada chance la nampak periuk belanga je sebab lauk semua elek. Kalau ada lauk pun macam nak tak nak je dia masak. Takde variety dan tak menyelerakan. But bila dah takde pilihan tue memang terpaksa beli la kan. Or else kenalah kau start enjin cari makanan kat kawasan sekitar. Dengan waktu break yang sejam je tue memang terkejar-kejar dibuatnya. Silap-silap bila sampai opis dah lapar balik.

Dengan perasaan yang berkobar-kobar nak cari makan, saya pun menapak la ke cafe. Tak awal, tak lambat. Tepat pukul 1pm turun bawah. Masa tue berselisih jugak dengan orang-orang yang dah selesai makan/dah siap tapau makan. Yang tu tak taula pukul berapa diaorang dah turun cari makan.

Bila round semua stall, semua kata makanan dah habis. Gila apa? Baru pukul 1pm kot? Lain la kalau kol 1.30pm tue macam paham la jugak. Kecewa gila iolss dibuatnya. Dah la perut lapar tahap dewa. Nak keluar cari makan memang malas la sebab nak kena naik amik kunci kereta bagai. By the time sampai kat tempat makan dah pukul berapa? Nak sampai opis pukul berapa pulak nanti? Tension makcik tau.

So nampaknya rezeki hari nie hanya Milo dan biskut oat crunch Munchy saja. Naik atas balik dan sambung makan biskut lagi. Muka pun dah serupa biskut dah nie. Nie tak tahu sampai pukul berapa boleh tahan. Pesanan ikhlas to my tummy : SILA BERI KERJASAMA. Lagi 3 jam lagi kita makan makanan yang best-best. Bertabahlah!!!! Dalam kepala dah terbayang makanan yang sedap-sedap. I think I what sushi.Erm...soft shell crab to be exact. Yes!!!!! What's what I what!!!!

Clock dearie...Plz go faster...I can wait to have my sushi!!!!


No comments: