Showing posts with label I Wonder. Show all posts
Showing posts with label I Wonder. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

PRU 13 050513


Ada masa lagi...
Mari update pulak pengalaman mengundi kali kedua untuk GE13 nie.
Takdelah excited sangat nak cast vote sebab dah ada pengalaman 5 tahun lepas.
So-so je la...
Cuma nak cepat je habis demam pilihanraya nie cuz dah tak tahan mendengar kedua2 belah pihak mengata, mencerca dan menuding jari antara satu sama lain.
Macam dah takde tata susila dah gayanya.

Btw...dah tengah hari baru kami sekeluarga keluar ke pusat mengundi.
Kite semua mengundi kat SK Cheng.
Dalam 5km je dari rumah.
Pegi satu kete je.
Bawa Amsyar sekali.

Masa sampai tu takde orang.
I like.....
Kiteorang dah tau dah kalau waktu macam nie memang dah surut dah orangnya.
Tahun lepas pun datang waktu macam nie.
Me n my sista ke saluran 4 while mak dan ayah kat saluran 2.
All in all urusan membuang undi tue amik masa 5 minit je.

Baru sampai ke pusat mengundi. Mari bergambar dulu...

Wednesday, October 10, 2012

1 Tahun



Bila check-check balik tarikh nie ...10 Oktober..rupa-rupanya dah setahun dah saya start bekerja semula setelah setahun bercuti. Oh...sungguh cepat masa berlalu. Setahun dah duduk kat desk nie rupanya. Dalam tempoh setahun nie banyak jugaklah benda yang dapat dibuat.

Dari segi kerjanya takdelah berapa susah sangat sebab more or less bidang tugasnya sama seperti kerja-kerja yang saya buat sebelum bercuti panjang dulu. Makanya proses pembelajaran adalah singkat. Kalau nak cakap pasal benda baru pun tak berapa nak ada sebab kebanyakkannya masih sama seperti sebelumnya. Cuma berkesempatan jugak menanggung kerja rakan sejawat yang cuti bersalin selama 3 bulan. Yang tu memang lain sikit kerjanya. Menarik jugak sebab ada melibatkan pihak-pihak luar seperti Talent Corp dan Razak School of Government. Sekarang dia pun dah balik dari cuti bersalin so saya tumpukan sepenuhnya pada kerja saya.

Kalau diberi peluang rasanya nak buat sesuatu yang lain dari kerja yang ada sekarang. Bila dah lama sangat buat benda yang sama rasa macam dah tak berapa nak interesting lagi kerjanya. Tapi risau jugak kalau dihantar ke tempat lain masih jugak diberi tugas yang sama seperti apa yang dibuat sekarang. Tak tercapai la objektif nak buat benda baru tue.

Walau pun begitu masih ada gak rasa takut nak berhijrah. Ye la...dah complesant dengan keadaaan sedia ada. Kalau berubah angin sure ada banyak benda baru yang nak kena belajar. Dalam keadaan sekarang nie proses pembelajaran tue kena cepat. Kalau tersengguk-sengguk nanti ada orang kata tak boleh deliver pulak. Huhu...dilemma di situ.

We'll wait n see....

Monday, June 13, 2011

Summer Yang Tak Berapa Summer


Sekarang hampir dah nak masuk pertengahan bulan Jun. So sepatutnya sekarang nie dah musim summer kat London nie. Lama dah berangan bila summer nanti mesti best sebab boleh jalan-jalan tanpa perlu memakai pakaian yang tebal. Kata musim panaskan...so pakai t-shirt dan jean pun dah kira ok untuk berjalan.

Tapi sampai sekarang cuaca macam tak menentu je kat London nie. Nak nampak matahari pun macam payah je sebab asyik hujan je. Hujan tu tak pe lagi. Siap sejuk bagai. Hubby siap pakai stoking dalam rumah. Macam orang tengah berpantang la pulak saya tengok. Weather forecast selalu predict hujan. Bila dah tengok akan hujan maka segala perancangan nak keluar rumah adalah tergendala. Kiteorang suka jalan kaki/naik bus kalau pegi jalan-jalan sekitar London nie. Nak bawa kereta macam tak berbaloi. Kena bayar congestion charge sampai 8 pound kalau keluar weekdays. Then nak cari parking pun masalah. So adalah lebih baik untuk memilih pengangkutan awam. Walau pun we all ada 2 buggy namun itu tiada masalah kerana bus kat sini memang ada sediakan tempat untuk orang-orang yang bawa buggy macam kami. Cuma kena tunggu bus yang takde buggy la kat dalam tu. Kalau dah ada buggy, kiteorang tak boleh la nak naik sebab tak muat. Tempat tu muat untuk 2 buggy saja at one time. So kalau cuaca hujan cuba bayangkan nak tolak buggy la, nak berpayung la...tak ke susah. Dalam keadaan begitu adalah baik duduk di rumah saja.

Bila la nak merasa cuaca panas di London nie? Baru nak feeling-feeling panas macam kat Malaysia. Hopefully cuaca akan bertambah baik dalam satu dua hari ni. We are planning for road trip dalam minggu depan. Kalau cuaca mendung and hujan macam tak berapa syok lah nak jalan-jalan. Nak amik gambar pun tak berapa nak cun nanti. Jeles betul dengan kawan-kawan yang telah menikmati summer di tempat mereka.

P.s. : Sang matahari, silalah tunjukkan diri

Saturday, January 15, 2011

Intrauterine Device (IUD)


As-Salam semua.....

Hari nie dapat berita yg amat memeranjatkan daripada MIL. Berikut adalah sedutan perbualan saya dengan my MIL.

MIL : Assalammualaikum. Miza sihat?Jimmy tgh buat ape?

Me : Waalaikumsalam Ma. Miza sihat. Baby pun ok...tu tgh tido. Jimmy tgh mandikan Amsyar. Ma nak ckp dengan dia?

MIL : Takpe...Ma nak beritahu. Nanti Ma nak datang sana sebab Ma ada conference kt Abu Dhabi on 28 - 30 Jan. On 31 Jan, Ma naik Emirates ke London.

Me : Ye ke? Nanti Miza bagi tau Jimmy.

MIL : Lepas tu Ma nak pegi Dublin tgk Kak xxxxx. Miza dah tau pasal Kak xxxxx?

Me : Erk...pasal nak balik Malaysia ke? Yang tu tahu la..yang lain tak tau plak.

MIL : Dia pregnant. Dah masuk 10 minggu.

Me : Hah???? Pregnant???

Mengapa saya adalah terkejut beruk? Mana tak terkejut sebab sepanjang pengetahuan saya, my SIL menggunakan Mirena, one of the IUD for birth control. She has been using it for the past 5 years n it worked. Last year, masa balik ke Malaysia the Mirena is due for the new one. So, my SIL went to one of the hospital to get a new one.

So people, u see...even using IUD can get u pregnant. Memang tu semua rezeki dari Allah. Tapi sebagai manusia kita boleh merancang. Berdasarkan apa yg saya baca, IUD nie 99% boleh mencegah kehamilan provided that ia dipasang dengan cara yg betul. Actually nie bukan kali pertama saya dengar people pregnant walaupun pakai IUD. One of my friend kt opis dulu pun pakai IUD. But it end up, she got pregnant. Masa tue baby dia baru 8 ke 9 bulan. Macam saya nie pregnant memang x terkejutlah sbb memang x pakai apa2 protection.

So, lepas bersalin nie baru merancang nak menggunakan Mirena as protection from pregnant. Bukan tak nak pregnant langsung but I think it would be good for me to pay more attention to my boys as they are still small. Nanti bila diaorg dah besar sikit, mungkin boleh pikir utk pregnant lagi. And I'm afraid that I cant cope up with the children. Makanya adalah lebih baik utk kami merancang dengan teliti.

I have to make sure that the G.P. do it properly or I'll end up pregnant again later. Tapi mcm mane nak tau sama ada ia dipasang dengan betul atau tidak? Saya bukannya pandai pasal benda2 nie? Guess I have to discuss this with the G.P.

To my SIL, good luck with ur pregnancy.....Amsyar n Aimery will get new cousin. Yeah!!!!!!

Tuesday, January 26, 2010

It's all about the MONEY


Hari ni dah hari kedua gaji. Ramai pulak yang datang minta bayaran itu dan ini. Memang tiada pilihan dan perlulah dijelaskan bayaran itu. Kalau tidak turut serta takut nanti tersisih pula. Saya tiada masalah buat masa ini memandangkan memang ada rezeki dan boleh disalurkan untuk manfaat bersama. Keluarga saya pun kecil dan perbelanjaan pun tidak sebanyak mana.
Cuma terfikir, bagaimana orang yang berpendapatan seperti saya, tetapi anaknya 5?

Kalau dikira di pejabat saya nie, sekurang2nya rm60 sebulan perlu disumbangkan setiap bulan. Tak termasuk jika ada kutipan2 yang lain...Di zaman kegawatan ini, tak kira apa jawatan di pejabat, kita semua terkena tempiasnya. Harga barang sentiasa naik.....jadi keperluan perbelanjaan keluarga pun turut bertambah.

Mungkin perlu difikirkan semula perkara nie....Tak semua pegawai tu senang dan tak semua kumpulan sokongan berpendapatan kecil....

P.s.: Harapnya kutipan2 yang dibuat tue tak menyusahkan sesiapa....