Tuesday, October 9, 2012

Sama Jer Susah


Minggu lepas berkampung (Khamis-Sabtu) sekejap kat PD atas urusan kerja. Bawa kereta sendiri ke PD. Iolls nie bukannye terer sangat part nak travel dan cari jalan sendiri nie. Nak ke PD pun kena minta bantuan si Google Map. Bila dah masukkan direction dalam phone tue, dia terus tunjuk jalan ke PD tue ikut jalan belakang (tak guna highway). Selalunya kalau nak gi PD iolss guna highway sebab jalan lurus n banyak kereta. Kalau jadi apa-apa senang nak minta tolong (kantoi..dah banyak kali gi PD masih nak guna google...)

Tapi kali nie rasa macam nak try je ikut jalan belakang nie. Nie kira macam tindakan berani mati la nie, nak meredah jalan yang tak pernah lalu (berani la sangat kan...). Dari Putrajaya kita lalu Kota Warisan...lalu pekan Sepang....and at last selamat sampai ke PD. Alhamdulillah...takdelah teruk or susah sangat jalan ke PD tue. Cumanya banyak cabaran sikit. Jalan dia obviously xdelah sampai 3 lanes macam kat highway tu. Dahlah jalan kecik pastu macam ular melingkau atas pagar. Punyala banyak corner....So memang meter tue takat 80km/j je la jawabnya. Tapi bila nasib tak baik kena belakang punggung lori, amik ko...30km/j kekdahnya. 

Around pukul 2.30pm sampai dah PD. Terus check in dan dengar taklimat perjalanan program selama 3 hari kat PD tu. Iolls datang sorang je sebab En. Suami pun busy. Kalau bawa Bibik dengan budak-budak je takut diaorang pun tak tau nak buat apa kat sana sebab iolls kan kena kerja. Takut tak dapat nak layan diaorang. So untuk tidak memeningkan kepala duduk saja di rumah. Ada rezeki kita holiday together-gether nanti.

Oh lupa nak bagi tau. Iolls dok kat Corus Paradise Hotel. Nama ada paradise bagai..Tapi tempatnya not so paradiselah...Bolehlah kalau setakat nak kena buat kerja kat sini tapi untuk holiday memang tak recommend pun. Satu adalah sebab lift yang menuju ke bilik iolss rosak. Kena naik lift barang..boleh??? Pastu lift tue boleh tekan naik je..kalau nak turun ke bawah pun kena tekan ke atas jugak. Naik atas dulu baru boleh pegi bawah. Then area breakfast n lunch banyak lalat...Euww...Sungguh tidak berkenan saya dengan spesis bernama lalat nie. Tu memang dah turn off la kan. Yang lain tak payah citer dah!!!!

Actually datang PD sebab nak kena gubal or buat soklan exam untuk tujuan naik pangkat dalam perkhidmatan awam or nama glamer dia KPSL. Sepatutnya dah kena gubal siap-siap sebelum datang PD supaya masa kat sini nanti hanya perlu dimurnikan saja. Takde la membuang masa. Tu yang cantiknya la kan. Jawapnya memang tak dapat la. Mana ada masa nak buat soklan kat opis. Keje yang ada pun tak sempat nak tengok, inikan pulak nak buat soklan. Nak buat soklan tu bukan boleh main buat jer. Nak kena baca n faham dulu apa subjek yang nak disoal. Tu satu hal...mana ada masa nak membaca segala pekeliling  kat opis. 

Makanya memang kena gubal kat PD jugak la jawapnya. Gigih iolss bersengkang mata samapai kol 3 pagi nak buat soalan exam nie. Bukan banyak pung...10 je soklan tapi hazab ok. Buat soklan exam nie sama je susahnya macam nak jawap exam.Pening kepala den!!!! Dah la kena buat soklan exam yang jenis open book. Oleh itu, soalan tak boleh straight forward nanti sah-sah diaorang salin terus dari buku tu. Kena bagi corner-corner baik punya...supaya bagi diaorang susah sikit nak jawap (Read : EVIL...heheh!!!!). Tapi still ada jawapan dalam buku...so kalau tak paham konsep pun susah gak nak jawab.

Seronok jugak buat soklan exam nie sebab secara tak langsung kita pun dapat belajar sama. Masa kerja semua memang takde masa pun nak baca-baca konsep-konsep nie semua. Tau-tau je kerja kena siap. Nasiblah soklan-soklan yang dibuat tue tak kena reject masa sesi pemurniaan soklan. Kalau tak, tak pasal-pasal kena spent masa lagi nak kena buat soklan baru. Oh yang best lagi...depa ada la bayar sikit sagu hati untuk orang-orang yang buat soklan nie.Takde la banyak mana pun tapi daripada takde, eloklah yang sikit tu kan.Sujud syukur.  Yeah....ada la rezeki lebih sikit...bolehlah kita shopping!!!! 

Ok la...itu je nak citer!!!

Chow....


No comments: