Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts
Monday, September 9, 2013
Sampai Di Sini Saja...
Oh...hai.....
Lama dah tinggalkan blog nie.
Dah masuk bulan baru dah.
Hello September....
Ikut cita2 nak update raya pertama sampai raya ke-30.
Tapi cecita je la...
Hakikatnya bertahan sampai raya ke-4 jer.
Memang ada banyak cerita.
Tapi kerajinan tak berapa nak ada.
Justeru, eloklah kita lupakan saja pasal raya tue.
Dah masuk Zulkaedah dah pun.
Let's move on.
Kali nie nak cerita pasal buah favourite plak.
Apa buah-buahan fav korang????!!!!
If u asked me...
Tanpa syak wasangka lagi jawapannya adalah DURIAN.
Memang favourite sampai mati...
Sapa yang tak suka durian tu memang kesian kat korang.
Raja segala durian tue...
Biarlah orang kata bau durian nie busuk ke apa..
Pasal dah favourite tue semua dah takde isu, semua wangi dan syok je di mata iolls
Dulu my family duduk kat kawasan kampung dan dalam kawasan kebun durian.
Kiteorang nie kiranya tolong-tolong jaga la pokok durian kat situ.
Bukan pokok kiteorang pun...orang punya.
Labels:
Myself,
Things I Like
Tuesday, July 16, 2013
Cerita Bulan Puasa 1
Lama sungguh tak bersiaran kat blog nie (tiup habuk kat keyboard).
Bulan-bulan puasa nie seronok blogwalking kat blog orang jer.
Sampai kat blog sendiri...sendu je rasa.
Takde kerajinan.
Tengok blog orang meriah dengan makanan je mula dari minggu lepas.
Bagus uolls semua nie.
Berkongsi juadah makanan yang dimasak.
For me, boleh jadi sumber inspirasi untuk diri sendiri untuk memasak juadah apa berbuka nanti.
Kekadang tue boleh jadi pening kepala pikir apa nak masak petang nie.
Tapi bila dah banyak tengok gambar kat blog orang terus mentol menyala...
Dan-dan tau dah nak masak apa petang nanti.
So far dah masuk hari ke-7 dah dalam bulan Ramadhan nie.
But me, puasa tak sampai 7 hari lagi.
Huhuhu...sedih sebab awal-awal dah tinggal puasa.
Terpaksa tinggal puasa pasal tak sihat lagi minggu lepas.
Hari Ahad lepas dah habis makan antibiotic dari klinik kerajaan.
Isnin dengan Selasa tu alhamdullillah...sihat je so bolehla pi opis.
Tapi hari Rabu tue dah start rasa tak sedap badan balik.
Erm...not good.
Dari pagi sampai tengah hari tue bertahan je kat opis.
Dah la opis tue sejuknya bukan main.
Rasa macam duduk dalam peti ais pun ada.
Wal hal bilik memang dekat dengan tingkap kaca...patutnya takde la sejuk sangat.
Tapi maybe sebab tak sihat kot ...tu yang rasa sejuk melampau.
Waktu break tu memang dah tak boleh tahan dah.
Me go and lepak kat dalam kereta kat tempat parking.
Nasib kereta kat basement parking, xde la panas.
Dok diam-diam dalam kereta...buka tingkap sikit.
And terus baring.
Masa tue badan memang dah start panas dan kepala pun rasa berat semacam.
After break, call my officer bagi tau yang I lepak kat dalam kereta sebab tak berapa sihat.
If boss cari just let me know and I'll come up.
Tak tahan dok sejuk2 dalam bilik tue.
So me lepak dalam kereta je petang tue.
Memang tak sabar nak menunggu waktu balik sebab rasa tak larat dah.
Nak makan ubat, ubatnya takde..
Since ubat takde...me teruskan je berpuasa.
Sebab perut tak rasa lapar, cuma rasa tak sedap badan je.
Nasiblah petang tue takde apa2 urgent kat opis.
So dapatlah rehat kat kereta tue sampai petang.
Bila dah rasa ok sikit, baru naik atas.
Balik rumah sempat gak masak2 sikit untuk buka puasa.
Me still berpuasa.
Rasa sayang pulak nak buka puasa sebab dah petang.
Buka puasa je terus telan panadol 2 biji.
Pastu terus rehat je.
The next day bangun sahur jugak.
Masa sahur makan ubat siap2.
Hopefully bolehlah berpuasa hari ni.
Hari ni plan nak pergi jumpa Dr. Hisham kat Hospital Tawakal.
Dah biasa dengan dia so nak minta dia tengok la apa masalahnya yang dok demam je dari minggu lepas lagi.
Masa assistant dia check memang ada demam sikit 37.5..
Tu pun dah makan ubat pagi tadi.
Bila jumpa Dr. Hisham, ceritalah semua kat dia.
So dia suggest untuk buat blood and urine test sebab dia risau dah lebih seminggu saya demam.
When the result came in, memang sah ada infection.
And the reading was quite high...
Dr. Hisham macam pelik sikit sebab bila dia check perut ...check tekak...check belakang...
Semua saya cakap sakit.
He even suspect kalau2 saya ada appendix...tapi bila dia tekan perut tak sakit pun...
At last dia bagi 2 antibiotic suruh habiskan.
Huhuhu...makan ubat sebeban lagi!!!!!
Tapi nasib baik dapat MC so boleh la rehat sikit daripada kena aircond sejuk kat opis.
Aircond tue buat saya rasa lagi sakit.
Alhamdulillah habis makan antibiotic semalam.
Rasa sihat dah.....
Hopefully takdelah demam-demam lagi lepas nie.
Bulan nie banyak betul MC...rasa macam bersalah pulak kat boss.
Maaf ye boss...saya bukan sengaja nak sakit.
Labels:
Myself,
Ramadhan 1434H,
Working Mummy
Monday, July 8, 2013
Lemau
Salam semua...
Setelah seminggu tak masuk opis, hari nie baru sempat nak mengadap PC nie semula.
Seminggu yang tidak menyeronokkan walaupun tidak masuk ke opis.
Orang kalau tak masuk opis patut lompat bintang tanda gembira tapi saya x gembira langsung.
Nak gembira apanya bila terpaksa melepak di rumah sambil ditemani sebeban ubat???
Minggu lepas tak kerja sepanjang minggu sebab sakit.
Dah lama tak sakit teruk macam nie.
Dugaan nak menyambut Ramadan barangkali.
Minggu lepas memang hectic sikit sebab nak buat kenduri/birthday party kat rumah.
So memang kurang rehat dan kurang tidur.
Malam sebelum majlis, pukul 4 pagi baru tidur.
Pukul 6 lebih dah terjaga sebab teringat ada macam-macam benda nak kena buat.
Masa hari kejadian tue memang bersemangat sungguh.
Dari pagi sampai ke petang tak makan nie.
Punyala excited menyambut tetamu ke rumah.
Breakfast ke mana...lunch pun dah pukul berapa.
Tapi siang tue masih steady lagi....masih excited sebab orang ramai.
Labels:
Myself
Tuesday, June 18, 2013
Menuntut Ilmu
Tajuk x boleh blah kan...
Menuntut ilmu katanya..
Ye...2 minggu lepas, me n SIL telah pergi ke kelas belajar menjahit manik.
Kelas kiteorang kan....tetiba je nak belajar jahit manik.
Memang takde kena mengena ilmu nie dengan profesyen I sekarang.
Tapi ilmu nie sangat berguna untuk diri sendiri dan dapat menjimatkan duit poket kita.
So macam biasa, urusan meng'google' maklumat kat mana patut kita pergi belajar telah dilakukan oleh SIL.
Tq Kak Amy!!!
We decided untuk belajar dengan Butik Seatea Creative nie.
Senang sangat berurusan dengan diaorang nie.
SIL hanya confirm untuk datang kelas hari Ahad.
Payment semua buat masa kelas nanti.
Tak perlu transfer2 duit dan tunjukkan bukti segala.
Mudah hidup kiteorang.
Alhamdulillah dipermudahkan urusan.
So pagi Ahad tu saya bertolak la dari rumah ke Bukit Mahkota.
Need to fetch SIL first then together we went to Bangi.
Oh lupa pulak nak cakap...butik tu kat Seksyen 9, Bangi.
Sederet dengan kedai sukan Al-Ikhsan.
Sampai pun just nice...sharp kol 9am.
Pn Hajah Zaiton pelawa minum dulu sambil dia prepare apa yang patut.
Memang sedang elok sebab kiteorang x sempat breakfast lagi.
Labels:
Myself,
Things I Like
Wednesday, June 12, 2013
Visit to Dentist
Sapa yang takut jumpa dentist, sila angkat tangan!!!!
Hah...jangan nak ngelat.
Mengaku saje la kau penakut.
Sama la dengan saya.
Me dun like dentist.
Me dun friend with dentist.
Hahaha...gila psycho minah nie.
Teringat dulu masa zaman sekolah.
Ada waktu yang kita kena buat pemeriksaan gigi kat sekolah.
Minah nie punya psycho x nak jumpa dentist siap sanggup ponteng sekolah.
Yang tue kalau dah dapat notis awal la bila nak kena jumpa dentist tu.
Kalau tetiba je kena pegi, iolls pun mula la menggelabah.
Ikut turn nama..siapa nama mula huruf A tue memang x bernasib baik la...
Kena jumpa dulu...
Nasib nama iolls start huruf M....
Kat tengah2..so sempat lagi la kepala otak nie cari jalan macam2 mana nak lepaskan diri.
Ada masa tue, bila dah dekat sampai nama tue..sanggup keluar kelas cakap dengan cikgu nak gi tandas.
Bukan pegi tandas pun korang...
Me pegi kat kawasan taman tepi tandas tue.
Lepak kat situ dalam 15 minit jugak.
Labels:
Apa-apa Saje,
Myself
Tuesday, April 23, 2013
My Birthday....
Masih dalam bulan April lagi.
So bolehlah kite up entry pasal birthday nie sebab masih releven lagi.
Kot esok dah masuk bulan May...abaikan je nak buat entry pasal birthday nie
Ye..saya dilahirkan pada bulan April....
Aries girl katanya...
This year rasa sangat happy sebab dapat sambut birthday dengan orang2 yang disayangi
Celebration tahun nie walaupun dibuat awal daripada tarikh yang sepatutnya tapi still meriah.
Sebabnya kali nie jemaahnya lebih ramai...
Selalu sambut dengan famili kecil saya je.
Tapi tahun nie dapat samput dgn in-laws semua...(FIL,MIL,SIL,BIL) dan juga biras2 yang ada.
Oh ..tidak dilupakan jugak anak2 buah yang 5 orang tu...
Tu yang buat lagi meriah...
Kali nie kiteroang gi makan2 kat Tony Roma's Pavi.
Mula2 tue macam x sure lagi nak pergi sana sebab takut x dapat tmpt untuk crowd yg besar.
Ada 16 orang kot sekali nak duduk.
Tapi hasil usaha SIL, makanya kiteorang dapat reserved table for 16 paxs.
They usually dont do reservation during weekends.
Labels:
Event,
Family,
Myself,
Things I Like
Tuesday, March 26, 2013
Businesswoman Wannabe....
Hi....(lambai-lambai kiri kanan kot-kot ada orang yang jengah blog nie).
Lama menghilangkan diri dari blog nie.
Tak busy pun tapi malas.
Bila malas tue, memang terabailah blog nie.
Cerita yang nak dikongsi pun dah basi.
So lupakan perkara yang lepas dan jangan ditangisi cerita2 yang dah basi tu.
Mari la teruskan hidup seperti biasa....
Update terus berita terkini sajork!!!
Last week seminggu tak masuk opis uolls.
Heaven tahap dewa...
It's not that I don't like my opis ke apa.
Tapi sesekali dapat tinggalkan opis seminggu memang sungguh seronok.
Tak ke mana pun sebenarnya.
Pergi menuntut ilmu di INTAN nun..
Sungguh teruja dapat surat panggilan kursus hari tue.
Tak sangka boleh dapat kursus tue sebab memang tak berkaitan langsung dengan keje kat opis.
Boss pun bagi green light..
Memula ingatkan kursus 3 hari je.
Sekali bila dapat jadual...hah..kau..seminggu berkampung kat INTAN
Mata iolls yang rabun...5 hari disangka 3 hari
Apa-apa pun, I loike...
2 minggu pun I sanggup uolls
Labels:
Myself,
Things I Like,
Working Mummy
Tuesday, February 19, 2013
Bad Start
Minggu yang tidak begitu baik. Orang dah 2 hari kerja tapi saya dah 2 hari MC. Hari Ahad dah rasa macam x sedap badan. Makan pun so-so je. Takde selera. Akibatnya malam dah susah nak tido sebab perut adalah lapar tapi x tak teringin nak makan. Kepala pun dah start pening pasal perut kosong.
Monday tu memang ting tong la kepala nie. Call PA Bos beritahu masuk lambat sikit coz nak pi klinik. Pi klinik kat area rumah nie n dapat MC sehari. Ok la tue..boleh la rest sikit. Sebab tadi bila berdiri lama pun dah rasa macam nak black out.
Balik rumah minum Milo secawan pas tu makan ubat apa yang patut terus zass sambung tido balik. Bangun tido perut lapar yang amat. But still takde selera nak makan. At last makan roti butterscotch sekeping and apple hijau yang bibik dah potong pagi tadi nak bawak ke opis kononnya. Pastu rest lagi.
Later dalam kol 5pm lebih perut adalah sakit tak ingat dunia. Memulas-mulas la pulak. Pendek kata dari pukul 5pm sampai kol 8pm tue, dekat 10 kali la berulang ke toilet sampai dah takde apa nak dibuang but still perut adalah sakit. Tapi lepas tue macam dah ok la sikit kan.
Bila dah asyik ke toilet, perut memang dah kosong gila. Lapar tahap gaban dah nie. Disebabkan itu, capai gak la sekeping lagi roti. Memang silap la makan roti tu. Bermula la balik drama ke toilet lepas tue.... Rasa nak pengsan ok!!!! Makan sikit tapi sakitnya...macam dah makan julab 1kg. Hubby tanya nak pegi klinik tak Time tu dah pukul 10pm lebih kot. Klinik kat rumah tue pun dah tutup. So dengan muka cover comel cakap..
"Takpe la...I cuba tahan, tengok nanti macam mana".
Labels:
Myself
Friday, August 10, 2012
Dapat Satu
Tak sangka dlm kecanggihan teknologi nie ada gak orang nak bg kite kad raya. Tapi rasa happy gila kot bila dpt kad raya.Barulah ada feel nak sambut raya.Kalau dedulu tu ada la jugak terima kad dr kwn2 dan kenalan kerja. But now memang dah jarang dh orang nak kirim kad raya. Semua prefer guna teknologi je sekarang. Lebih mudah dan effective.Sekali tekan send, 50 orang boleh terima kiriman elektronik kite tu. Sangat cost n energy saving temanya.
Pastu yang lebih menarik, kalau kita hantar e-card macam tue melalui FB ke apa, ia sangat interaktif kan. Siap ada lagu raya la, ada orang gerak-gerak la dan macam-macam lagi. Kreatif sungguh depa nie design those e-cards in such a way. Berkesan ok. Contohnya masa saya beraya di perantauan tahun lepas. Bila dapat kiriman e-card dari kengkawan tue, gembiranya tak terhingga pasal bila buka je boleh dengar macam-macam lagu raya. Barulah ada feeling-feeling nak raya. Pasal kat London tue mana ada orang deco apa-apa kalau hari raya kan. Lagu raya memang jauh sekali la. Lainlah kalau nak Christmas tue. Memang meriahlah jalan dengan lampu lip-lap lip-lap. So dapat dengar lagu raya memang berbunga-bunga la kita.
On the negative side, terbit plak perasaan membuak-buak rindu nak menyambut Aidilfitri di kampung halaman. Mengada lettew, baru je setahun dah nak meratapi nasib beraya di perantauan. Orang lain dok sambut raya kat London dah 20 tahun tahun pun rileks je. Ye lah uolls...diaorang dah biasa. Iolss tak biasa, iolss orang kampung, tetap raya nak balik ke kampung jugak.
Labels:
Apa-apa Saje,
Myself
Wednesday, June 6, 2012
Tak Sakit Pown !!!!!
Pagi-pagi on the way ke office tu memang selalu ditemani
oleh JOHARA Pagi ERA. Banyak jugak info yang saya dapat especially masa slot
berita-berita terkini yang diselitkan. Pagi tadi ada iklan tentang kempen derma
darah kat satu tempat nie yang akan dilaksanakan minggu depan. Pastu kat
hujung-hujung tue ada ayat promo yang lebih kurang macam nie bunyinya….
“Marilah sama-sama kita menderma darah bagi membantu tabung darah negara mengumpulkan bekalan darah terutama untuk bulan Ramadhan yang akan
datang.” Macam tu la lebih kurang ayatnya.
Macam memang dah bajet kemalangan dan kecelakaan akan
berlaku dengan banyak pada bulan Ramadhan dan bekalan darah kompem tak cukup. Dari satu sudut tue
memang bagus diaorang mengambil langkah proaktif bagi memastikan bekalan darah
mencukupi sekiranya diperlukan. On the other side, nampak macam mendoakan pulak
kecelakaan itu berlaku. Erm..takpelah kita ambil dari sudut yang positif saja
la.
Dengan itu, saya juga mengambil kesempatan untuk menderma
darah hari ni sebab kat opis ada buat kempen yang sama hari nie. Dah dekat dua
tahun kot tak menderma darah. Last buat masa tahun 2010 sebelum cuti nak pergi
London.
Saya mula dengan aktiviti menderma darah nie tahun 2000. Masa
tue masih matrik lagi di Kuala Pilah. Memula nak derma darah tue memang nervous
gila la sebab banyak sangat uncertainty yang kita tak tahu. Contohnya sakit ke
tak bila ambil darah tue? Berapa banyak darah yang diaorang amik dalam
satu-satu masa? Kalau derma darah tue, adakah darah kita akan berkurang?
Macam-macam lagilah soklan yang ada dalam kepala masa tue.
Labels:
Event,
Myself,
Working Mummy
Tuesday, May 8, 2012
Volleyball Antara Agensi
Sabtu lepas, saya join team JPA untuk pertandingan bola
antara antara agensi bawah Jabatan Perdana Menteri. Sabtu 2 minggu lepas ada
game MAKSWIP (Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan)
tapi tak dapat join sebab masih bercuti lagi. So kali nie dapatlah join.
Team nie anggotanya terdiri daripada gabungan antara
Bahagian di JPA. Basically memang x pernah main bersamalah kecuali ada beberapa
muka lama yang memang dah biasa main untuk JPA. Saya tak sempat turun training
pun dengan diaorang sebab ada hal masa tue. Hari Sabtu tue, pergi terus main
(hahaha…macam bagus je bunyinya).
Tiada penyertaan dari JPA untuk team lelaki. Saya pun
confused kenapa diaorang tak join sebab ramai je kot yang boleh main. Nasib
diaorang la..malas pulak den nak pikir. So kita citer pasal team wania saja la.
Team kitaorang diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama team dari EPU, ILKAP
dan MKN. Dua game pertama menang bergaya dengan ILKAP dan MKN (kembang hidung).
Tapi bila dah 3rd game tue semua macam dah mandom. Jadinya kalah di
situ. Tapi persaingan sengit telah diberikan sebelum kemenangan berpihak pada
MKN. Mula-mula JPA ketinggalan dalam 10-5 kot. But one point dah jadi 27-26.
Walau bagaimanapun, akhirnya JPA kecundang dengan 31-29. Anyhoo, best gak game
tu sebab fight jugaklah.
Walaupun kalah tetap dapat mara ke suku akhir sebab jadi
naib juara kumpulan. Di peringkat suku akhir, kiteorang bertemu Jabatan Audit.
To tell the truth, pasukan Audit nie takdelah terer sangat ke apa cuma diaorang
boleh spike sikit-sikit. Compared to our team, the last game tue macam semua hilang
focused dah. First ball semua memang dah lawa dah cuma killer ball tue takde.
Tue yang susah sikit nak memang.
Labels:
Myself,
Sport,
Things I Like
Friday, April 6, 2012
Checklist
UPDATES!!
Kan dah kata, ada lagi yg kurang dalam checklish nie. So sementara ingat nie, cepat-cepat update.
Dalam tempoh seminggu lagi, saya and hubby nak ke luar negara. Pergi untuk his convo dan dah alang-alang tue bercuti sekali la. Memang rasa excited nak bercuti panjang nie. Pulak tue berdua-duaan sajork maka terlebih la eksaitednya. Anak-anak terpaksa ditinggalkan sebab Mummy and Ayah tak cukup bajet nak bawa semua. And they all pun dah pernah duduk kat sana setahunkan. Insyallah, ada rezeki nanti nak bawa diaorang holiday kat tempat yang diaorang tak pernah sampai lagi.
Kan dah kata, ada lagi yg kurang dalam checklish nie. So sementara ingat nie, cepat-cepat update.
Dalam tempoh seminggu lagi, saya and hubby nak ke luar negara. Pergi untuk his convo dan dah alang-alang tue bercuti sekali la. Memang rasa excited nak bercuti panjang nie. Pulak tue berdua-duaan sajork maka terlebih la eksaitednya. Anak-anak terpaksa ditinggalkan sebab Mummy and Ayah tak cukup bajet nak bawa semua. And they all pun dah pernah duduk kat sana setahunkan. Insyallah, ada rezeki nanti nak bawa diaorang holiday kat tempat yang diaorang tak pernah sampai lagi.
Cuma sekang nie yang tak berapa nak exsaitednya adalah nak
mengemas luggage untuk ke sana. Me dun like packing. Ini adalah salah satu
benda yang den tak berapa gemar. Kalau nak cakap part packing nie, hubby lagi
lebih organize bila packing barang. Kalau saya, asal masuk je. Last-last tue
nanti, sure ada yang tertinggal ke apa. Masa tue hubby mula la bising kat saya.
So untuk elakkan kena bebel, saya rasa saya nak siapkan
checklist awal-awal. Bila ada checklist nie, tendency untuk terlupa itu boleh
dikurangkan. Kalau nak kata takde terlupa langsung tue macam tak berani jugak.
Sebelum nie tak pernah ada checklist ke apa, main taruk je. So kira kali nie
nak buat improvement la sikit.
Labels:
Apa-apa Saje,
Myself
Thursday, April 5, 2012
Mr. Ex
Dua tiga hari nie rasa malas yang amat nak mengupdate blog.
Takde citer pun ye jugak. So dua tiga hari nie asyik blog walk kat blog-blog
orang secara rambang. Banyak giler blog yang best-best. Tak terikut dibuatnya. Saya
baca semua jenis blog dari blog gossip artis, blog fashionista sehinggalah ke blog makanan (yang nie paling best sebab
boleh tau kat mana boleh cari tempat makan yang sedap-sedap).
Then ada terbaca satu entry blogger citer pasal macam mana
dia jumpa/bercinta dengan hubby dia. Ok nanti sekejap. Jangan uolls serkap jarang pulak.
Saya bukannye nak citer pasal kisah cinta saya dalam blog nie. Cuba teringat
ada satu peristiwa yang berlaku 2 bulan lepas. Rasanya takde kaitan pun kot
dengan citer blogger tue tapi tetiba je teringat peristiwa tu. So nak share
jugak sikit kat sini.
Ada satu hari tue, lepas tamat bengkel kat Gold Coast Morib
saya singgah Alamanda sekejap. Saja singgah nak cari toys untuk Amsyar and
Aimery. Dah 2 hari tak jumpa diaorang so kalau balik bawa toys untuk diaorang
sure diaorang happy.
Sebelum cari toys tue, saja la merayap kat shop yang lain
dulu. Hari tue boleh tahan jugak ramai orang kat Alamanda sebab hari Sabtu.
Pastu dalam kesibukan dan keramaian orang itu saya telah ternampak seseorang. Tapi
masa tu saya buat-buat tak nampak. Dan orang di sebelah sana jugak seperti
terperasan akan diri ini dan jugak berlagak seperti tidak nampak saya. Di
sebelahnya ada seorang wanita yang ayu bertudung. Diaorang jalan bergandingan
sambil berpegang tangan. Macam pasangan lain yang sedang hangat bercinta. Ops…nanti
dulu, ke diaorang tue dah kawin? Entahlah tidak diketahui pulak status mereka.
Nanti silap cakap jadi fitnah pulak. So sila abaikan apa status diaorang.
Labels:
Apa-apa Saje,
Myself
Monday, March 26, 2012
6 Penjuru
Salah satu sport yang saya suka adalah bola tampar. Saya start
main bolah tampar masa di Tingkatan 1 lagi. Masa tue tak tau pun boleh main
game nie. Tapi masa sekolah dulukan kita perlu main satu sukan untuk aktiviti
ko-kurikulum. Oleh sebab saya tak suka main bola jaring, hoki, softball dan
sebagainya maka saya saja-saja try main bola tampar. Lagi pun ramai kawan-kawan
rapat join sukan nie. So saya join sekali. Ada la kawan kalau nak pergi ko-ku nanti.
Ada bakat jugak rupanya. Tapi takdelah terer gila pandai spy
bagai. Kira ok la. Main untuk team sekolah masa tue. Masuk MRSM pun main jugak
untuk maktab. Dan seterusnya berlarutan sehingga ke zaman universiti.
Pencapaian tue xdelah jauh mana pun. Tapi kira layaklah nak duduk kat Desasiswa
Indah Kembara, USM tue sehingga ke final year sebab jadi wakil desa. Hehehehe….
Bila dah start kerja pun main jugak. Setahun sekali untuk
sukan antara bahagian dan MAKSWIP. Dan Sabtu lepas saya baru je selesai Sukan 6
Penjuru di INTAN. Ia melibatkan 6 pasukan yang terdiri daripada JPA, INTAN,
PPTD, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan budak-budak DPA (2 team).
Join pun last minute bila En. Khairuddin (ex-BK) call and
tanya samada saya masih main volleyball atau tidak. Dulu kita orang sama-sama
main untuk bahagian sebab tue dia tau saya main volleyball. Saya katalah saya
main tapi dah lama tak pegang bola since balik dari London. So dia invite saya
untuk join team PPTD sebab untuk volleyball diaorang perlukan sekurang-kurangnya
1 wanita dalam satu pasukan. Dia kata setakat nie dia dah ada dua wanita but
kalau lebih pun tak apa sebab boleh rotate.
Labels:
Event,
Myself,
Things I Like,
Working Mummy
Friday, March 23, 2012
Atas Bukit
Semalam lepas office pergi naik ke bukit di Shangri La
Putrajaya. Niat di hati nak berjogging. Dah lama sangat tak naik kat atas tue
utk jogging. Memang excited nak tunggu pukul 5.30pm. Boss pun takde sebab ada
seminar kat Sabah dari Khamis sampai Jumaat. So cantik sangat la tue sebab
bolehla kite balik cun-cun pukul 5.30pm. Ok sebenarnya bukit kat atas tu
dikenali sebagai Taman Perdana Putra. Selama nie asyik dok sebut bukit kat
Shangri La je pasal tak tau apa nama tempat tu. So semalam dah amik inisiatif
untuk ambil tahu nama sebenar tempat tue. So supaya tak lupa kita amik gambar
siap-siap.
![]() |
| Sapa boleh ajar macam mane nak set balik gambar nie sebab tadi dah elok tegak tapi bila upload dah terbalik jadinya. HELP!!!! |
Labels:
Myself,
Things I Like,
Working Mummy
Thursday, March 22, 2012
Another One
Hari nie dah berjaya menghabiskan buku kedua untuk tahun
ini. Buku nie dah dibeli pada hujung tahun lepas tapi baru sekarang ada masa
nak baca. Bak kata orang kampung saya, “Better late than never”. Ahaks…
Kali nie novel daripada Cecelia Ahern called The Time of My
Life. Maybe uolls semua familiar dengan writer nie sebab salah satu novel dia sangat famous sampaikan
diadaptasi ke layar lebar. Sapa tau citer P.S., I Love You? Yang Hilary Swank and Gerard Butler berlakon
tue? Hah, dah ingat dah? Ha citer tu la… Cerita asal adalah daripada novel
nukilan Cecelia Ahern iaitu P.S., I Love You.
Wednesday, March 21, 2012
The Result Is Reveal
Hari nie semua student lepasan SPM berdebar-debar menanti
keputusan masing-masing. Adik saya salah seorang daripada mereka. Hubby siap
buat deal lagi dengan dia masa SPM baru start. Pembakar semangat katanya. Hubby
kata kalau dapat 5A ke atas nanti Along dengan Abang Aszmy bagi PS3. Masa tue
adik saya bukan main tersenyum lebar je. Dah mula berangankan PS3 la tue.
Eh! Sejak bila pulak saya setuju nak bagi PS3? Tak pernah
bincang pun pasal nak bagi PS3 nie. Pandai-pandai je dia sebut. Tapi jgn la
pulak kata saya kakak yang kedekut dengan adik-adik ye kawan-kawan. Kalau
diaorang nak apa-apa dan saya rasa benda
tu berguna of course la saya akan pertimbangkan. Tapi kalau PS3 nie memang saya
tak setuju langsung. Nanti leka main game je bebudak tue. Pukul 2-3 pagi pun
tak tau nak tido lagi pasal sibuk main game.
Tadi sempat call rumah tanya mak tentang result adik. Mak
beritahu dia dapat 3 A je. Mak tak ingat sangat details apa yang dapat A apa
yang tak dapat. Ok la tuekan. Ada jugak A nya. Tapi tak dapatlah PS3 seperti
yang dijanjikan oleh si Abang Ipar.
Teringat juga pengalaman saya masa menunggu keputusan SPM
nie. Tapi masa tue tak ada perasaan berdebar-debar sangat pun. Masa keputusan
SPM diumumkan, saya telah pun masuk ke matrik. Kiranya waktu tue tengah sibuk
dengan kelas dan sebagainya. Nak minta balik memang tak dapatlah. So kami semua
hanya mendengar keputusan tersebut daripada ibu bapa masing-masing. So memang
tak merasalah keseronokan berjumpa semula dengan rakan-rakan lama di sekolah.
Labels:
Apa-apa Saje,
Myself
Thursday, March 15, 2012
I Need Help
Petang-petang nie saje try test nak ubah wajah blog supaya nampak lebih segar (chewah!!!!!). Tapi masih blur sebab tak pandai nak godek sangat blog nie. Risau tersilap tekan nanti habis hilang semua.
Makanya nak mohon pencerahan atau tunjuk ajar dari uolss yang terer-terer belaka nie. Saya ada beberapa soalan dan sudi-sudikanlah tinggalkan komen supaya saya boleh baiki blog nie supaya bagi senonoh sikit rupanya.
1. Macam mana nak resize semula gambar kat blog title tu pasalnya gambar yours truly tu nampak besar gedabak dan sangat tak sesuai ghupenya?
2. Macam mana nak bagi centre kat ayat blog title and blog description tu ye? Ke nak kena edit siap-siap dalam gambar? I is confused?
Setakat nie tue je nak tanya. Nanti ada soalan saya tanya lagi k.
Tolong saya ye!!!!!
Labels:
Apa-apa Saje,
Blogging for Dummies,
Myself
Beauty Regime Missaries (Beauty regime la sangat)
-Ok nie entry bukan daripada orang yang pakar dan bukanlah
advertisement berbayar. Jadi adalah sesuai untuk berkongsi sahaja. Bagi tujuan
aplikasi terpulang kepada uolls sendiri. Saya tidak bertanggungjawab. Anda
telah diberi amaran.-
Hari Selasa lepas, balik dari PD sempat singgah KLCC
sekejap. Saja nak jalan-jalan dan window shopping. Ramai jugak umat manusia kat
situ. Bila fikir balik patutlah ramai orang sebab sekarang tengah musim cuti
sekolah.
On the way nak keluar tue ternampak ada SALE kat Guardian.
Then teringat solution untuk lens dah nak habis. Alang-alang dah SALE tu, mari
kita beli. Tapi biasalah kalau dah SALE tu takkan nak beli solution tue je. Mata
melilau-lilau jugak mencari kalau ada-ada benda lain yang menarik.
Btw, saya gunakan pembersih muka Syahirah untuk cuci muka. Tengok-tengok
eh..ada SALE jugak. Maka haruslah terus membeli. Harga dari RM10 lebih jadi RM
8 lebih. Ambik dua terus sebab dasar
gelojoh berbaloi untuk wang anda. Pastu belek-belak kat sebelah dia tengok moisturizer
dan toner Syahirah pulak. Ada SALE jugak. Nak beli ke tak?
Untuk makluman, sampai nak masuk umur 30 tahun nie saya tak
pernah guna apa-apa untuk muka saya kecuali pencuci muka. Percaya tak? Sila
percaya ok. Kalau telek betul-betul sebenarnya kulit saya memang agak kering.
Tapi dasar pemalaskan, buat yang wajib je. Cuci muka saja sudah.
Labels:
Myself,
Working Mummy
Wednesday, March 14, 2012
My Body Is Aching
Hari nie baru masuk office. Isnin sampai Selasa ada kat PD
utk attend bengkel. Sepatutnya kena pergi Ahad malam tapi maklumkan pada
urusetia yang Isnin pagi baru saya sampai. Tak larat la pulak rasa badan. Sabtu
malam balik Melaka. Sampai dah pukul 11 mlm. Balik ke Melaka lewat sebab hubby baru sampai
dari P.Pinang. Esok tue dalam pukul 10 lebih pagi dah bertolak ke Bt Pahat
untuk wedding officemate – Azuin.
![]() |
| Gorgeous dais @ Awien's wedding |
Labels:
Myself,
Supplement,
Working Mummy
Subscribe to:
Posts (Atom)


