Showing posts with label Lepas geram. Show all posts
Showing posts with label Lepas geram. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Kopipes Punya Hal



Kopipes tue memang la baguskan sebab mudah dan cepat kerja kita selesai. Tapi sila la semak balik ape yang awak kopipes tue. Betul tak faktanya. Nak nak kalau benda benda yang serius macam bab-bab agama tu. Jangan pulak awak kopipes benda yang awak sendiri kurang arif then sebarkan kat orang. Niat tue baiklah tapi cara tue tak betul kot. Nanti dengan kite-kite sekali tanggung dosa sebab menyebarkan amalan songsang.

Pagi nie jugak saya telah menjadi mangsa kopipes. Sebelum cuti raya dah apply for tiket flight nak pi Sabah untuk urusan rasmi. Masa tue pun dah banyak tiket yang sold out. Makanya daripada naik MAS saya terpaksa guna perkhidmatan AirAsia. Not that AirAsia tak bagus cuma kalau nak MAS tue senang sikit la nak ke KLIA tu. Tapi tak kisah la kan. Janji sampai ke Kota Kinabalu sudah. Masa tue rasanya semua orang dah tak concentrate nak buat kerja kot sebab mood raya dah sampai. Kalau kat opis nie saya tengok bebudak kat depan nie dok sibuk bercerita tentang balik kampung dan juadah raya. Memang dah takde hati nak buat kerja.

Booked tiket  untuk 29 Ogos 2012 kol 3.25pm. So saya minta CC booked kereta untuk ke LCCT pukul 1.30pm. Hal booked kereta nie pun dah settled sebelum raya lagi. So hari nie datang opis gigihlah menyiapkan kerja-kerja yang penting sebelum tinggalkan pejabat sehingga Isnin depan. Lepas dah siap kerja semua baru nak sibuk nak print tiket flight segala. Masa print tadi dok belek balik e-ticket nie. Apsal nampak macam pelik je tiket nie? Dah nampak macam ada masalah di situ. Kenapakah tiket nie menunjukkan departing @ 1245pm????? Kenapa tetiba muncul waktu nie plak?

Tuesday, January 3, 2012

Buat Orang Marah...



Hari nie macam bersemangat jugak nak pergi kerja. Hari pertama bekerja di tahun baru 2012 la katakan. Surprisingly traffic adalah ok. Selalunya kalau start kerja je sure jalan macam sesak semacam tapi hari nie traffic adalah sangat menggalakkan. Mungkin sebab budak-budak tak start sekolah lagi. Tengoklah esok bila sekolah dah buka pasti kenderaan bergerak macam kura-kura.

Lepas hantar Amsyar ke taska singgah kat pump station. Masa tue ada satu motor nie tengah pump minyak dan nampak macam dah nak sudah. So saya pun masuk lah dekat lane motor tadi. Tup..tup....je muncul dari mana tah orang nie dengan selamba bawa motor dia masuk dekat lane tu. Dia nampak saya tengah tunggu kat situ tapi dia buat selamba badak je park motor dia kat pump tu dan terus ke kaunter pembanyaran. Orang kategori macam nie kita nak panggil bodoh ke bingai?

Personally I called this type of people rude. Kalau nak kata lane tue khas untuk motor memang tak logik langsung. Sebabnya kat pump sebelah tue ada je motor tengah pump. Kenapa dia tak queue kat belakang motor tue? Kenapa perlu potong queue?

So walaupun kita dah masuk ke tahun baru, orang-orang kita nie masih lagi pendek akalnya. Bertindak tanpa menggunakan akal. Pagi-pagi lagi sudah spoilkan mood orang. Geram betul dibuatnya. 

Nak marah orang yang bingai tue pun macam tak guna sebab dia bingai kan. So lepas geram kat blog je la.






Wednesday, December 28, 2011

Orang Malaysia



Dah lama tak update apa-apa kat blog. Sebab utama adalah malas. Masuk blog tapi macam takde mood nak tulis apa-apa. Ada jugak cerita yang nak dikongsi tapi lepas tue tak jadi nak tulis sebab kemalasan yang teramat.

Tapi hari nie nak citer sikit tabiat orang kita nie. Mungkin uolls semua pun pernah melalui situasi yang macam nie. So mari kita kongsi pengalaman bersama-sama. Basically nak share pasal perangai sesetengah daripada kita yang selalu ambil endah tak endah tentang sesuatu perkara or dalam erti kata lain tak peka. Di bawah nie adalah beberapa situasi yang pernah saya lalui/saya dengar dari orang-orang yang dikenali.

Melintas jalan sesuka hati

Ok fine. Tak salah melintas kalau keadaan jalan tue selamat. Tapi kalau dah jalan tue kereta semua pakat laju-laju yang korang tue pakat berani mati nak melintas jugak sebab malas nak guna jejantas yang 250 meter kat depan tue, apa cerita??? Dah kita yang bawa kereta nie pulak kena fikirkan tentang keselamatan dia. Dah terpaksa emergency break bila tiba-tiba muncul makhluk yang entah dari mana tiba-tiba melintas jalan. Kalau terkena langgar kan ke susah. Kalau langgar mati pun susah...tak mati pun susah.

Pastu ada pulak jenis kedua nie. Dah kita bagi jalan kat dia walaupun lampu pejalan kaki tue masih merah, dia pulak boleh belenggang kangkung bajet cun macam Miss World melintas jalan. Come on lah.... Bila orang dah bagi chance tue, jalan la cepat sikit. Tak payah lah nak bergurau senda kat tengah jalan tue. Kadang-kadang bila berdepan situasi macam nie tetiba je rasa nak langgar je diaorang nie. Tak guna akai langsung.

Thursday, November 10, 2011

Buruk Sangka


Tetiba je nak cakap pasal benda nie selepas mendengar cerita mengenai seseorang yang sangat berburuk sangka. Saya sangat tak suka orang yang suka memburuk-burukkan orang lain. Sebab bagi saya kalau ada yang buat macam tue yang sebenarnya orang itu hendak menutup kelemahan diri sendiri dengan menceritakan hal orang lain. Tak baik ok buat macam tue.

Memanglah sekeliling kita nie ada je orang yang tak berapa nak baik. Tapi jgnlah pulak kita menstereotypekan orang yang tak baik tue selama-lamanya akan berperangai macam tue. Lebih baiklah kita mendoakan semoga orang itu dibukakan hati untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. Dia pun dapat faedah, kita pun dapat pahala sebab mendoakan kesejahteraan/kebaikan orang itu. Ye tak? Dah rupa macam Ustazah la pulak gaya bercakap. Tapi I tak mampu uolls nak jadi Ustazah. Diri sendiri pun tak berapa nak betul, mana la layak nak membetulkan orang lain.

Ada pulak kes bila orang tue membuatkan sesuatu kebaikan, dituduhnya pulak orang tersebut hanya mengharapkan ganjaran daripada kebaikan yang dilakukan. Pelik sungguh orang yang suka berfikiran negatif nie. Semua yang dilihat berbaur benda yang tak elok je. Bukannya tahu nak berterima kasih sebab dah meringankan tanggung jawab awak. Nak harapkan awak buat memang takdela jawabnya. Lagi mau cakap benda-benda yang tak elok. Kalau awak tue orang muda yang masih tak tau apa erti tanggung jawab tue tak apalah jugak. Nie umur pun dah separuh abad, lagi nak memburuk-burukkan orang.

Sedih pulak bila fikirkan orang-orang yang sepatutnya membimbing dan memberikan nasihat kepada orang muda yang buat perangai macam nie. Patutnya dia yang menunjukkan contoh tauladan yang baik pada kita, nie dia pulak yang dok menghentam orang sana sini. Erm...apa nak jadilah agaknya. Sembahyang semua dah elok dah tapi bila buat perangai macam tue rasa macam tak sesuai pulak.

Hopefully diri ini dihindarkan daripada sifat-sifat yang negatif nie. Minta-minta jugak dijauhkan daripada orang suka pandang serong pada orang lain nie.


P.s.: Mode lepas geram

Wednesday, May 19, 2010

Apa Punya Suami La...


Last two days on the way to office berkesempatan dengar ERA. Tak silap topik pagi tue berkaitan isteri yang tak pandai jaga penampilan selepas berkahwin. Lebih kurang gitu la topiknya...

Saya layan jerla....

Then ada la sorang caller nie...

" Betul Pak Nil, isteri saya masa bercinta tue bukan main pandai bergaya. Lepas dah kawin nie, Ya Allah... serabut betul....Pagi tadi dia buat cekodok untuk sarapan, saya rasa cekodok tue lagi lawa dari muka dia... " Lebih kurang begitulah complaint dia pada DJ bertugas.

Wah...dengar tue!!! Selamba badak jer dia kutuk wife dia. Awak tue gorgeous sangat ker nak kutuk orang. Pulak tue isteri sendiri. Apa punya suami la macam nie. Tak malu ker menjatuhkan maruah isteri sendiri depan orang lain.

Saya rasa lelaki nie mesti bingai. For me, it's very simple. Dia sebenarnya menunjukkan kelemahan diri sendiri dalam menjaga isteri dan menguruskan keluarga. Kalau isteri tue tak menjaga penampilan dia, tegur la cara elok. Mungkin si isteri tue tak sedar yg dia telah mengabaikan dirinya dek sibuk menguruskan suami, anak2 dan kerja2 rumah. Tak payah la nak canang kt radio pasal keburukan isteri sendiri.

Kalau dah semua benda isteri nak kena buat dan si suami tue tak mau ringan tangan menolong, mana ada masa si isteri tue nak melawa bagai...Nanti sibuk nak berdandan, dapur tak berasap, anak2 tak makan, baju tak bergosok.....Nak ke mcm tue??!!!

Jadi seharusnya sebagai suami, lihat la semula kenapa si isteri jadi mcm tue. Kalau puncanya adalah kerana terlalu sibuk dengan urusan anak2 dan rumah tangga...ringan2 tangan la membantu. Baru la si isteri ada masa nak menguruskan diri dia pulak. Kalau dah malas sangat nak tolong, cari kan pembantu.....as simple as that.

Tu pun tak paham ker????


P.s.: Hope my hubby didnt complaint 'bout me.

Monday, November 10, 2008

What Wud You Do?????


Suasana pejabat di petang Isnin nie agak kurang memberangsangkan. Cuaca kat luar pun agak mendung. Memontum untuk bekerja hari ini agak slow sedikit kerana Mesyuarat Mingguan Dengan Y.Bhg. Tan Sri KSN yang biasanya diadakan pada setiap hari Selasa telah ditangguhkan ke satu tarikh yang lain.

Biasanya di petang-petang Isnin nie la masa yang agak sibuk untuk menyiapkan paper2 untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Kadang2 sampai tak menang tangan, perakuan yang sampai last minute pun kena jugak bawa masuk mesyuarat pada keesokan harinya. Itu yang paling saya tak gemar. Kalau maklumat yang dikemukakan lengkap, saya dengan rela hati sanggup menyiapkan paper tersebut. Tapi kebanyakan kes, dokumen tak lengkap. Kena telefon kementerian untuk maklumat tambahan....Kadang2 boleh dapat cepat, kadang2 lambat. Terpaksalah tunggu kat opis sampai dapat maklumat utk siapkan paper...Benci betul!!!!!

Oleh sebab petang nie tak sesibuk mana, maka saya sempat surf net...Baca online paper, check emel dan sebagainya. Dalam pada saya melayari internet itu, saya telah terbaca sesuatu yang mempunyai kaitan dengan diri. Tersirap gak darah membacanya....

Kalau dah tersirap darah tue takkan lah cerita yang bestkan.... mesti la bende tak best. Rasanya tak perlulah cerita kat sini. Sebagai manusia saya tau yang saya tak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan mungkin saya pernah mendatangkan kemarahan atau kebencian orang terhadap diri ini. So basically, suka atau tidak saya terpaksa terima apa pandangan atau kata-kata orang tentang diri ini. Ironiknya, saya pun kadang-kadang ada perasaan yang sebegitu terhadap orang lain. Mungkin cara kita semua meluahkan kemarahan, kebencian atau perasaan meluat itu berbeza antara satu sama lain.

Pada saya, apabila kita mengetahui keburukan atau kelemahan orang lain tak perlu rasanya disebar atau dihebahkan perkara itu kepada orang lain. Kalau tak tahan sangat memendam seorang diri, cubalah cari orang yang boleh dipercayai untuk berkongsi perkara tersebut. Sama ada individu tersebut boleh atau tidak boleh dipercayai ia terpulang kepada kebijaksanaan anda. Anda lebih mengenali mereka. Tak perlu lah kita bercerita keburukan orang dalam blog ker, media cetak atau media elektronik sekali pun. Awak tue baik sangat ker sampai nak mengata orang. Ingat2 la...."What goes around, comes around". Kalau tak nak orang mengata, pertamanya jangan buat perangai, itu semestinya. Keduanya, jangan suka mengata orang kalau tak nak orang mengata kita.

Kadang-kadang kena juga cuba letak diri kita dalam situasi tersebut. Apa rasanya kalau anda dimalukan atau diperkotak-katik di hadapan orang lain? Impikasinya jika tidak sebesar mana, sedikit sebanyak ia akan mengganggu emosi orang tersebut. Kenapa perlu diperbesarkan cerita? Adalah lebih baik kita mengambil iktibar dan pengajaran sahaja dari sesuatu perkara itu. Ini bukan bermaksud kita bersetuju dengan tindakan mereka. Perkara yang salah, tetap salah. Two wrong doesn't make a right. Menegur dan memperbetulkan kesalahan adalah tindakan terbaik. Jika tidak mampu, hindarkan diri dari melakukan kesilapan yang sama. Tak susah rasanya.

Tapi terima kasih lah kepada mereka yang bercakap tue. Sekurang-kurang ia mengingatkan saya supaya sentiasa berpada-pada dalam setiap tingkah langkah aku. Tak semua yang kita buat betul pada pandangan orang lain. Satu lagi, tak perlulah kita memburuk-burukkan orang lain untuk menjaga hati orang yang kita kenal. Tak dapat pahala pun kalau buat benda tue walau pun bertujuan baik untuk menenangkan hati orang tersebut. That doesn't work, ok!!!!!!

P.s.: Dia jer yang baik agaknya.....Whatever!!!!!!

Friday, November 7, 2008

Kring....Kring......Jawablah!!!!!


Macam pernah dengar jer tagline kat atas tue kan...

Rasa nak marah pun ada bila bercakap pasal telefon nie. Ada pun telefon itu dicipta untuk memudahkan interaksi manusia walau di mana sahaja kita berada. Kecanggihan teknologi ini juga telah membolehkan kita berbicara tak kira sejauh mana jarak memisahkan. Yang dekat dan jauh boleh dihubungi. Bukan setakat itu, nak lihat orang yang dirindui atau disayangi di skrin telefon pun tak mustahil dengan adanya kemudahan telekomunikasi masa kini.


Dalam zaman yang canggih nie, ada jugak orang tak faham apa tindakan yang perlu dibuat bila telefon berbunyi. Kalau tak berjawab biasanya orang yang cuba dihubungi itu tiada ketika itu. That's fine....Tapi kalau sampai empat orang saya telefon, dalam pejabat yang sama...tak satu pun yang berjawab agak musykil jugak.

Takkan semua orang pergi mesyuarat? Tiada orang ke yang tinggal untuk menjawab atau sekurang-kurangnya mengangkat telefon yang berdering tue??? Kalau terjadi, perkara yang perlu disemak itu adalah tahap Very Important.....Nak jawab kat KSN, tak ker haru? Tak kan nak jawab, "Saya dah call Kementerian xxxxxx, enam nombor saya dail tapi satu pun tak jawab". Boleh ker nak jawab cam tue??? Harus kena tukar 24 jam....Bukan mustahil ia berlaku. Infact dah selalu berlaku.

Jadinya, tolong la jawab telefon itu bila ia berdering. Kat opis saya nie, telah dijadikan amalan supaya telefon itu dijawab sebelum deringan yang ketiga. Kalau desk officer tak ada maka rakan-rakan di sekeliling adalah bertanggungjawab untuk memastikan telefon itu dijawab. Tak kisah lah jika urusan tersebut bukan bawah tanggungjawab kita. Apa salahnya jawab...kemudian dapatkan butiran pemanggil dan maklumkan yang kita akan minta pegawai terbabit telefon semula nanti. Pemanggil tu pun akan rasa puas hati dengan tindakan kita itu.

Satu lagi perkara yang sangat saya paling tidak gemari iaitu forwardkan panggilan. Pernah jadi satu masa saya diforwardkan kepada beberapa orang pegawai dan diakhirnya saya disambungkan kepada pegawai yang pertama sekali saya telefon. Geram sungguh rasanya. Sudahlah masa terbuang lama sebab menunggu untuk telefon dijawab, masalah tak jugak selesai. Akhirnya cari SUB terus, lagi cepat selesai kerja saya.

Berkaitan dengan transfer kan panggilan jugak, pada pandangan saya elok sangat la kita maklumkan dulu pemanggil tue extension pegawai yang dia cari tue sebelum kita buat call transfer tue. Ini untuk mengelakkan kita diganggu semula sekiranya sambungan yang kita buat tadi tidak berjaya. Kan senang macam tue....

Pelik betul bila orang tak paham benda-benda macam nie. Nak diajar, ada yang kata benda ni terlalu remeh. Tapi percaya atau tidak benda-benda nie la yang akan menunjukkan betapa tidak cekapnya kita dalam menguruskan organisasi. Tepat sangat la ungkapan Malaysia nie mempunyai kemudahan kelas pertama tapi mentaliti masyarakatnya masih di kelas ketiga.


P.s.: Hidup akan jadi lebih mudah kalau setiap orang faham akan peranannya.