Gaji dah lama dapat. Raya pun dah raya. Hutang-hutang semua jangan lupa bayar ye kawan-kawan. Nanti tak pasal-pasal nanti orang semua cari kita sebab kita tak bayar hutang lagi. Nie nak mengingatkan diri sendiri jugak. Nanti seronok jalan beraya tak perasan duit makin susut dan hutang semua still tak settled lagi. No good ok.
Oleh sebab itu, hari nie laju je saya membayar bill-bill dan hutang piutang yang berkaitan. Nasib duit kereta dan duit rumah potong terus dari gaji. Kalau tidak disaster namanya bulan-bulan raya nie. Duit mengalir macam air. Tau-tau je dah susut je. Gaji bulan 9 lambat lagi pulak tu. Bahana mendapat gaji awal.
Alhamdulillah...semua dah selesai. Kalau tak rasa bersalah je dalam hati nak belanja duit. Oh yang hutang PTPTN tue patut dah lama habis tapi entah macam mana diaorang hantar surat ada balance lebih kurang RM1 lebih cost pentadbiran yang tak settled lagi. WTH??? Pastu bila saya hantar emel kt PTPTN dah dekat sebulan kot tak jawab. Tang minta duit laju plak dia hantar surat. Tension makcik. So sengaja bayar lebih dengan harapan takde lagi benda-benda tertunggak nie. Saya dah tak nak terlibat dah dengan PTPTN nie. Sudah cukup cukup sudah...cukup sampai di sini saja.....(feeling-feeling artis kejap!!). Kalau ada lebih sila pulangkan balik duit saya ye...jangan nak buat harta pulak.
Duit kutu member-member pun dah bayar. Tak sabar plak nak tunggu bulan 10 sebab turn saya pulak dpt duit kutu...hahahaa!! Dalam kepala nie dah ada macam-macam plan tapi dalam masa yang sama jugak ada banyak benda nak kena dibayar jugak. Huhuhu!!!! Duit insurans bulan 9 nie dah kena start bayar balik. Tahun lepas hubby bayar lump sum setahun sebab agen kiteorang nak senangkan..sekali kutip je untuk 1 family. Tapi tahun nie macam tak mampu plak nak bayar sekali harung macam tu. So sorrylah cik puan Agent...Kiteorang bayar monthly la jawabnya. Belum begitu kaya lagi nak masukkan riban-riban dalam dalam company uolls tue.
Ok tu je nak membebel petang nie.
Till then.
No comments:
Post a Comment