Wednesday, December 28, 2011

Orang Malaysia



Dah lama tak update apa-apa kat blog. Sebab utama adalah malas. Masuk blog tapi macam takde mood nak tulis apa-apa. Ada jugak cerita yang nak dikongsi tapi lepas tue tak jadi nak tulis sebab kemalasan yang teramat.

Tapi hari nie nak citer sikit tabiat orang kita nie. Mungkin uolls semua pun pernah melalui situasi yang macam nie. So mari kita kongsi pengalaman bersama-sama. Basically nak share pasal perangai sesetengah daripada kita yang selalu ambil endah tak endah tentang sesuatu perkara or dalam erti kata lain tak peka. Di bawah nie adalah beberapa situasi yang pernah saya lalui/saya dengar dari orang-orang yang dikenali.

Melintas jalan sesuka hati

Ok fine. Tak salah melintas kalau keadaan jalan tue selamat. Tapi kalau dah jalan tue kereta semua pakat laju-laju yang korang tue pakat berani mati nak melintas jugak sebab malas nak guna jejantas yang 250 meter kat depan tue, apa cerita??? Dah kita yang bawa kereta nie pulak kena fikirkan tentang keselamatan dia. Dah terpaksa emergency break bila tiba-tiba muncul makhluk yang entah dari mana tiba-tiba melintas jalan. Kalau terkena langgar kan ke susah. Kalau langgar mati pun susah...tak mati pun susah.

Pastu ada pulak jenis kedua nie. Dah kita bagi jalan kat dia walaupun lampu pejalan kaki tue masih merah, dia pulak boleh belenggang kangkung bajet cun macam Miss World melintas jalan. Come on lah.... Bila orang dah bagi chance tue, jalan la cepat sikit. Tak payah lah nak bergurau senda kat tengah jalan tue. Kadang-kadang bila berdepan situasi macam nie tetiba je rasa nak langgar je diaorang nie. Tak guna akai langsung.

Tuesday, December 13, 2011

Majlis Aqiqah Aimery



Majlis nie dah berapa kali tunda sebab tak dapat tarikh yang sesuai. Cadangnya nak buat masa SIL ada kat Malaysia hari tue iaitu dalam 15 - 25 November. Tapi memang tak dapatlah sebab tarikh tue mummy pengantin lelaki a.k.a Aimery adalah super busy. Asyik outstation je kerjanya pada masa tue.

Lepas dah bincang-bincang balik dengan family kedua-dua belah pihak so kami pilih tarikh 27 November 2011 lepas bersamaan 1 Muharam 1433 dan mengambil berkat tahun baru Islam. Mudah-mudahan menjadi anak yang baik dunia dan akhirat. Amin. Kali nie buat majlis aqiqah Aimery di Melaka sebab majlis aqiqah Amsyar dah dibuat di KL. Kena adil ye tak, barulah rukun rumah tangga....weehoo....

Nasiblah mak dan ayah di Melaka dapat bantu cari caterer, orang sewa khemah dan orang jual kambing aqiqah. Ringan sikit beban di batu jemala kami berdua. So basically semua urusan untuk majlis tersebut berjalan lancar.

MIL dan Aunty Jan (close friend of MIL) dah tolong sediakan barang-barang for goodie bag. Teruk punya menantu. Sibuk sangat outstation sampai MIL yang kena take over buat benda-benda tue. CEO pun tak busy macam saya yang hanya orang suruhan...;p

So malam sebelum majlis, adik-adik dikerah untuk memasukkan barang-barang tersebut ke dalam paper beg. Buat ramai-ramai sekejap je siap. Kalau nak mengadap sorang rasanya jenuh jugak. Nasib saya kakak dan ada adik ramai. Boleh jadikan mereka orang suruhan..hahahahaha!!!!

Thursday, December 1, 2011

RSOG Workshop @ Philea Resort & Spa



Minggu lepas adalah super busy sebab 1 hari pun tak masuk office. Isnin dan Selasa berada di PICC untuk berbengkel dan Rabu sehingga Jumaat di Melaka untuk berkursus. Punch untuk bulan ini secara amnya banyak yang kosong..huhu...

By the way workshop daripada Razak School Of Government (RSOG) nie adalah kesinambungan daripada workshop pertama yang telah diadakan pada 14-16 Oktober lepas. The 1st one was held at IOI Marriott. So basically peserta untuk workshop ini juga adalah peserta yang sama. Seronok pulak dapat jumpa balik geng-geng workshop yang lain. Eventhough kebanyakan mereka adalah senior-senior daripada saya tetapi we can mix up very well.

The best thing about the workshop adalah accommodations yang very the awesome possum dan trainers yang sangat cool. Tempat kursus setakat nie memang gempak. The 1st one as I mentioned earlier, IOI Marriott dan kali ni Philea Resort & Spa. The trainers iaitu Thiagi dan Sam memang the bestlah. Tak rasa mengantuk sepanjang workshop sebab setiap sesi pembelajaran diterjemahkan melalui aktiviti yang menarik dan sangat impromptu.

Hari ni bukanlah nak cerita sangat pasal workshop tue tapi nak share dengan uolls semua pasal Philea Resort & Spa nie. Manalah tau kalau ada sapa-sapa yang teringin nak mencari kelainan daripada hotel-hotel yang biasa anda pergi, mungkin boleh consider tempat nie. Tempatnya sangat mudah untuk dicari iaitu bersebelahan dengan Exit Ayer Keroh. Sebaik sahaja bayar tol, sila susur ke kiri dan masuk di simpang pertama dari Tol Ayer Keroh itu. Satu lagi landmark ialah ia bersebelahan dengan Taman Rama-Rama Melaka.

Rayner & Karen's Reception



Pada 18 November 2011 yang lepas saya telah ambil cuti untuk ke Sabah. Bukan untuk Cuti-cuti Malaysia tetapi untuk menghadiri majlis resepsi BFF @ Karen Kabinchong. Plan untuk attend wedding nie dah dibuat hampir setahun yang lepas. Karen dah beritahu awal-awal supaya BFF yang lain dapat reverse tarikh tersebut dan datang memeriahkan majlis dia. Yang dah confirm betul-betul untuk ke Sabah adalah yours truly, Cik Puan Eera dan Datin Sri Emmi Hitrawaty. Puan Sri Nuraznidah jugak telah confirm untuk hadir tapi dia datang bersama family sekaligus untuk bercuti-cuti Malaysia di Sabah.

Urusan booking tiket flight dan penginapan, Cik Puan Eera Jamaludin yang uruskan. Bestkan ada orang yang tolong uruskan untuk kita. Nanti just transfer duit je kat dia. I loike!!!! Nak jadikan cerita, saya sudah hampir ketinggalan flight pada petang Jumaat yang syahdu itu. Flight AirAsia schedule for departure @ 1505pm. Saya pulak 1.45pm baru sampi KL Sentral kononnya nak naik KL Transit sampai ke Salak Tinggi dan kemudian naik bas ke LCCT. Sampai di kaunter tiket, pegawai bertugas tanya flight pukul berapa? Saya cakap pukul 3.05pm.

"Kalau macam tue, cik naik apa pun tak sempat."

Boleh pulak kan dia cakap macam tue. Saya punya cuak Tuhan je yang tahu. Tapi tak mati akal. Saya terus pergi cari cab. Memula tue nak naik teksi murah je. Tapi disebabkan kena tunggu lagi 10 minit baru boleh bertolak, terus je amik cab kena bayar mahal RM130 untuk ke LCCT (padan muka..siapa suruh lambat!!!). Saya sempat pesan kat driver tue supaya bawa laju dan saya nak sampai sebelum pukul 2.45pm.

Badai Semalam



Nie dah lama punya cerita. Terpaksa disimpan dalam kepala sahaja kerana tidak ada masa untuk mengarang di blog ini. Tapi hari ni sempat curi-curi masa sikit untuk share experience masa menonton teater arahan Khairunazwan Rodzi hasil adaptasi novel Khadijah Hashim pada 16 November lepas bersama MIL and SIL. Ladies nite out temanya. Ayah-ayah semua kena jaga anak-anak di rumah. Sesapa yang pernah baca novel tue mesti dah tau jalan cerita teater nie. Saya adalah kategori orang-orang yang belum pernah membaca novel ini. Makanya ini adalah pengalaman pertama untuk mengetahui apakah cerita di sebalik Badai semalam nie. So saya nak kongsi sikit ceritanya dengan uolls. Teater nie turut dibintangi nama-nama hebat seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Ummi Aida, Emilia Rosnaida, dan Ziela Jalil.

Ceritanya lebih kurang macam nie. Mazni (lakonan Erra Fazira) anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diridan ibunya hanya menumpang teduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal di situ, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa iri hati dan cemburu dengan kecantikan Mazni apatah lagi apabila Karim (lakonan Aaron Aziz), anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati pada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai Abangnya sahaja.

Thursday, November 17, 2011

Gold Coast Morib Resort & Tanjong Sepat



Ahad lepas baru je balik dari Langkawi. Masuk office je En. Bos telah mengarahkan saya ke Gold Coast Morib untuk satu mesyuarat/bengkel yang akan diadakan selama 2 hari di sana. Disebabkan baru sahaja mendapat arahan tersebut makanya terpaksalah balik semula ke rumah untuk packing baju. Baju yang balik dari Langkawi pun tak sempat keluar beg lagi sudah mahu berkelana semula.

Nak pergi ni pun thrill jugak sebab sesungguhnya I have no idea where is Gold Coast Morib Resort. Tapi harus bersyukur dengan Samsung S2 yang telah dibelikan oleh hubby yang telah membantu saya sepanjang perjalanan melalui GPS yang ditunjukkan. Memang follow 100% la. Kalau lari sikit je dari laluan yang telah dimark dalam GPS tue memang cuaklah jawapnya. Tapi bila dah dekat hujung tue macam tersesat jugak masuk dalam kawasan kebun. Kalau semak kat GPS tue memang betullah jalannya tapi takde laluan untuk kereta. Untuk mengelakkan kesesatan yang lebih dashyat maka terpaksalah bertanya seorang penunggang basikal yang kebetulan lalu kat situ.

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Sampai dah lambat...bengkel dah mula tapi nasib dah maklumkan urusetia so takdelah menggelabah ke apa. Bengkel semua berjalan lancar.Bilik semua mantop sebab ada jakuzi. Tapi saya tak try pun jakuzi itu sebab xde mood nak berendam. Nanti saya cerita kenapa.



Gambaran bilik air daripada katil yang boleh see through melalui tingkap yang boleh diselaraskan

11.11.11



Walaupun tarikh 11.11.11 itu telah berlalu ku tetap jugak ingin menulis entri berkenaan tarikh yang menjadi bualan semua orang. Ye lah kalau nak tunggu dapat lagi tarikh yang macam nie mau kena tunggu lagi 1000 tahun lagi...iaitu 11.11.3011, tak gitu?! Masa tue tak taulah kita semua nie ada lagi ke tidak.

Basically ramai yang ambil kesempatan no. yang cun ini untuk mendirikan rumah tangga. Berdasarkan kepada laporan akhbar dan media elektronik dapat dilihat ramai pasangan diijabkabulkan pada hari tersebut. Saya jugak menerima jemputan daripada besan MIL yang nak mengahwinkan puteri bongsunya. Malangnya saya tak dapat hadir pada tarikh itu kerana perlu bertugas di luar kawasan. So tunjuklah muka sehari sebelum berlangsungnya majlis akad nikah.

Bertolak dari rumah hampir ke jam 8pm. Jalan Tun Razak punyalah jammed Tuhan saja yang tahu. Dapat masuk highway Sg. Besi lebih kurang jam 8.45pm. Sampai Paroi pukul 9 lebih. Semua orang tengah sibuk dengan persiapan majlis. Dah siap makan-makan semua, saya dan anak-anak buah (anak SIL) membantu menguruskan bungkusan telur. Teringat pulak masa zaman-zaman nak kawin dulu. Tapi masa tue saya tak buatlah tue semua. Coz masa diaorang busy menyediakan bunga pahar, yours truly sedang sibuk berinai so tolong tengok sajalah. Seronok jugak tengok makcik-makcik tue buat kerja sambil bergossip. Dah lama tak berpeluang buat kerja secara gotong-royong macam nie. And sebelum majlis nikah berlangsung my SIL buat jugak majlis aqiqah untuk anak dia. So ada lagi sikitlah preparation untuk majlis aqiqah juga.

Thursday, November 10, 2011

Buruk Sangka


Tetiba je nak cakap pasal benda nie selepas mendengar cerita mengenai seseorang yang sangat berburuk sangka. Saya sangat tak suka orang yang suka memburuk-burukkan orang lain. Sebab bagi saya kalau ada yang buat macam tue yang sebenarnya orang itu hendak menutup kelemahan diri sendiri dengan menceritakan hal orang lain. Tak baik ok buat macam tue.

Memanglah sekeliling kita nie ada je orang yang tak berapa nak baik. Tapi jgnlah pulak kita menstereotypekan orang yang tak baik tue selama-lamanya akan berperangai macam tue. Lebih baiklah kita mendoakan semoga orang itu dibukakan hati untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. Dia pun dapat faedah, kita pun dapat pahala sebab mendoakan kesejahteraan/kebaikan orang itu. Ye tak? Dah rupa macam Ustazah la pulak gaya bercakap. Tapi I tak mampu uolls nak jadi Ustazah. Diri sendiri pun tak berapa nak betul, mana la layak nak membetulkan orang lain.

Ada pulak kes bila orang tue membuatkan sesuatu kebaikan, dituduhnya pulak orang tersebut hanya mengharapkan ganjaran daripada kebaikan yang dilakukan. Pelik sungguh orang yang suka berfikiran negatif nie. Semua yang dilihat berbaur benda yang tak elok je. Bukannya tahu nak berterima kasih sebab dah meringankan tanggung jawab awak. Nak harapkan awak buat memang takdela jawabnya. Lagi mau cakap benda-benda yang tak elok. Kalau awak tue orang muda yang masih tak tau apa erti tanggung jawab tue tak apalah jugak. Nie umur pun dah separuh abad, lagi nak memburuk-burukkan orang.

Sedih pulak bila fikirkan orang-orang yang sepatutnya membimbing dan memberikan nasihat kepada orang muda yang buat perangai macam nie. Patutnya dia yang menunjukkan contoh tauladan yang baik pada kita, nie dia pulak yang dok menghentam orang sana sini. Erm...apa nak jadilah agaknya. Sembahyang semua dah elok dah tapi bila buat perangai macam tue rasa macam tak sesuai pulak.

Hopefully diri ini dihindarkan daripada sifat-sifat yang negatif nie. Minta-minta jugak dijauhkan daripada orang suka pandang serong pada orang lain nie.


P.s.: Mode lepas geram

Monday, November 7, 2011

Semput



Assalammualaikum semua.

Macam mana dengan sambutan Aidil Adha korang semua? Mine was ok. Tak ke mana pun. Sekadar balik ke Melaka untuk beraya bersama my family. Juadah pagi tue macam biasa, nasi impit dan rendang ayam. Dah tengah hari tue makan mee rebus plak. Petangnya dah bertolak ke KLIA sebab nak sambut my SIL balik dari Dublin.

Tadi pagi-pagi dah ke rumah my aunty di Ampang. Masa balik Melaka hari tue baru dapat tahu husband dia baru keluar hospital sebab kena serangan jantung. Alhamdulillah semua ok. Dia dah dibenarkan pulang dah pun. So kami pun pergilah menziarah dia. Dah nampak sihat cuma lemah sikit. Baru lagi kan so mesti dia tgh nak recover balik. Lama jugak sembang. Siap makan tgh hari kat situ. Disebabkan my aunty dah masak terpaksalah makan walau pun pagi tadi dah belasah makan mee rebus dan lontong kat rumah. Nie la susahnya bila ada musim perayaan, byk sangat makanan. Kalau tak makan nanti takut kempunan. Tapi bila dah banyak makan rasa macam dah buncit semacam je perut.

Dari Ampang, kami ke Viva Home pulak. Saje jalan-jalan. Lagi pun tak pernah sampai situ so nak tau jugaklah apa yang ada kat situ. Dalam pada tue ada jugak nak tengok a few things macam kitchen cabinet, chandeliers dan arm chairs. Masa jalan-jalan tue ada jugak nampak certain things yang menarik perhatian. Tapi takdelah membeli ke ape. Saje survey dulu. Singgah jap Lorenzo....hari nie hari terakhir sale katanya. Ada off sampai 50%.

Friday, November 4, 2011

Lunch @ctivites



Hari nie baru masuk office setelah 2 hari MC. Pagi tadi macam dah terlewat sikit keluar dari rumah so tak sempatlah nak breakfast yang heavy kat cafe. Nasib kat rumah tadi sempat minum secawan milo panas dan sekeping roti butterscotch. Buat alas perut sebelum telan antibiotik.

Maka oleh itu perut adalah sangat lapar. Mujur hari nie hari Jumaat. Waktu lunch pun cepatlah sikit daripada hari-hari biasa. Pukul 11.15am perut dah berbunyi tak ingat punya. Cukup time lunch je terus angkat kaki bersama kawan-kawan lunch saya a.k.a Awien, Nedia, and Kak Ja. Kak Fiza tak join sebab hari Jumaat dia selalunya balik rumah waktu lunch.

Pergi cafe pun orang tak ramai. Memang terbaiklah sebab perut kan tengah lapar. Bila tak ramai orang nie cepatlah sikit boleh beli makan, tak payah nak beratur bagai. Lauk-pauk pun banyak lagi. Selalu kalau sampai sini yang tinggal ada la 2-3 ikan, ayam....yang lain-lain tue tinggal kuah je. Hari Jumaat nie ramai orang makan kat luar kot. Waktu rehat kan panjang sikit so bolehlah panjang langkah cari tempat makan yang best. Kalau malas macam kiteorang nie, jawabnya cafe Blok C1 atau Blok C6 je la.

Lepas dah makan tue semua pakat plan pergi gerai jualan di SPA. Tiap-tiap hari Isnin dan Jumaat ada jualan kat situ. Antara yang dijual di situ adalah pakaian, tudung, produk kecantikan, makanan/minuman, dan macam-macam lagi. At first cadangnya nak cari tudung untuk mak. Kata nak raya so nak beli oleh-oleh sikit untuk dibawak pulang ke Melaka petang nanti. Lepas tue geng-geng tadi mention pulak pasal chocolate cake. Erm..best jugak kalau dapat beli nie. Boleh makan waktu raya nanti (silap-silap tak sempat raya dah habis, maklumlah kat rumah tue ramai orang). So ingat nak beli dalam 2 biji. Harap-harap ada rezeki.

Tuesday, November 1, 2011

HOMEDEC 2011



Weekends lepas ke Port Dickson untuk mesyuarat strategik cawangan yang antara lainnya melibatkan pengemaskinian pencapaian SKT 2011 dan perancangan bagi tahun 2012. Memandangkan sektor kami dah bersedia lebih awal di pejabat maka urusan dapat diselesaikan lebih awal dari tempoh masa yang diberikan.

Oleh itu, dapatlah pulang ke rumah lebih awal. Sebenarnya dah ada perancangan untuk pergi ke HOMEDEC 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kalau tak dapat balik awal kiteorang akan pergi jugak cuma tak dapatlah nak berlama-lamaan di situ. Actually yang nie was the 2nd Part of HOMEDEC. The 1st Part dah berakhir pada 23 Oktober yang lepas. In the 1st Part ada exhibiton on custom-made wardrobe, kitchen cabinet & appliances, kitchenware & household products, bath & sanitaryware, water filtration & solar heater, tiles, stone & marble, floor & wall finishes, wall coverings & paints, window, door & glass, roofing & insulation, smart home & switches, home security system & safe, interior design consultation and home services.

For Part II, they have audio visual & home theatre system, water heater & fan, bedroom & wardrobe, mattress & bedding products, curtains, blinds & carpets, furniture & furnishing, home office, kids living, decorative items & lighthings, art & wall decor, pool & outdoor living, landscape & aquarium and movers & pest control. So pendek kata kalau pergi HOMEDEC nie memang selesai semua masalah nak masuk ke rumah baru atau mengubah suai rumah kerana semuanya boleh didapatkan di sini. Cuma takut lepas tue ada masalah lain lah pulak. Masalah nak bayar hutang kerana telah berbelanja tak ingat dunia kerana rambang mata. Yang tue kena pandai-pandai sendirilah, saya tak campur.

Visit to Zoo Negara



Idea nak ke Zoo Negara timbul setelah hubby mendengar cerita yang hebat-hebat dari rakan-rakannya tentang Zoo Negara sekarang. Paling teruja apabila mendengar cerita badak air dah sebesar van. Haruslah kami semua excited nak melihat sendiri kesahihan cerita tersebut. Maka cuti sempena perayaan Deepavali yang lepas telah dimanfaatkan dengan mengunjungi Zoo Negara. Sila percaya bahawa saya sendiri tak pernah masuk Zoo Negara, ok!!!!! So excited jugak la nak pegi.

Hubby dah pesan supaya bersiap awal. Cuti-cuti macam nie sure ramai orang ada perancangan yang sama macam kami. Pukul 7 lebih semua dah bangun. Leka buat itu ini, keluar rumah pun dah nak dekat pukul 10.30am. Nasib traffik pagi tue elok je. So dalam 15 minit dah sampai di Zoo. Dah ramai dah orang masa tue. Parking kat depan dah penuh. Maka terpaksalah parking jauh dari pintu masuk utama. Kiteorang masuk dari Pintu Masuk B. Bayaran utk mereka yang mempunyai MyKad adalah RM20 ringgit. Amsyar free sebab dia bawah 3 tahun.

Masuk-masuk je kami terus ke amphitheatre. Pertunjukkan haiwan dah nak mula. Seat pun dah hampir penuh. Sambil menunggu persembahan bermula ternampak pulak Pok Nik Din dan keluarganya sedang meliar-liar mencari tempat duduk. Keciklah sungguh dunia. Kat zoo nie pun boleh terserempak.

Persembahan haiwan pada hari itu meliputi persembahan beberapa ekor burung yang saya tak ingat dari jenis apa dan apa namanya, anjing laut dan seekor lagi haiwan yg saya dah lupa apakah dia (semua lupa...baik tak payah tuliskan..huhuhu!!!!). Amsyar mula-mula je excited tapi lepas tue dah sibuk nak main belon yang ayah dia belikan. Habis dikacaunya orang di sekeliling tu.

Friday, October 21, 2011

Full Schedule



Walaupun baru 2 minggu bekerja, jadual untuk bulan Oktober dan November boleh dikatakan sudah hampir penuh. Jadual outstation datang bertubi-tubi. Nak taichi kepada pegawai lain pun tak boleh pasal diaorang pun kena keluar jugak.

Sebagai contoh, minggu lepas baru 4 hari mula bekerja boss dah suruh pergi kursus anjuran Razak School of Government (RSOG) kat Marriott Putrajaya selama 3 hari. The worst part was, kursus tue adalah pada hujung minggu. Wuargghhhh...tak dapat balik Melaka jumpa Aimery. Nasib baiklah kursus itu sangat menarik dan dibuat di hotel yang menyediakan pilihan makanan yang sangat banyak dan sedap maka terubat jugaklah kesedihan tak dapat balik ke Melaka tadi. So hanya dapat melibat muka anakanda melalui Oovoo sahaja. Sorry Aimery. Minggu nie mummy balik and we can go jalan-jalan again.

Tiba-tiba semalam dapat memo untuk mesyuarat yang mempunyai kaitan dengan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bermula 23 - 25 Oktober. Nasib dibuat di Avillion Legacy Melaka. So dah terlanjur balik Melaka nanti bolehlah terus ke mesyuarat tue. Kalau free ke apa bolehlah lari-lari balik rumah jumpa Aimery. Nampaknya Amsyar pun terpaksa tinggal dengan nenek sepanjang saya ada kat Melaka nie. Pengsanlah nenek nak kena jaga 2 budak yang sedang lasak tue.

Jadual outstation weekend minggu depan pun dah ada. Huarrghh lagi!!!!! Nak kena pi Port Dickson pulak. Mesyuarat SKT pulak. Jumaat sampai Ahad jugak. Nanti nak suruh hubby join sekali dengan Amsyar. Walaupun saya kena kerja, at least Amsyar bolehlah lepak-lepak or main di swimming pool dengan Ayah dia. Sorry Aimery..... mummy kena kerja lagi minggu depan.

Nowa...Nowa....



Last weekends managed to go to Istana Budaya temankan MIL menonton teater The Secret Life of Nora. Nasib dapat tiket sebab berdasarkan review yang dibaca tentang teater nie sangatlah mengujakan. So takut jugak tak dapat tiket. Full house Istana Budaya malam tu. Malam tue jugak Istana Budaya telah menerima kunjungan daripada Sultan dan Sultanah Pahang yang mencemar duli untuk menonton teater Nora nie. So protokol pada malam tue adalah terlebih sikit.

Dah setahun tak menonton teater kat IB. The last teater was Mama Mia kot. Entahlah..dah lupa. Masa kat London dapat jugak masuk teater sekali...tengok Dirty Dancing. Sangat best dari segi props nye, pelakonnya, lagunya. Pendek kata memang sangat berpuas hati.



Agent Farouk and Kak Jah (Pic from TSLN FB)

Tuesday, October 11, 2011

Updates!!!



Dah hampir sebulan tak update blog. Dalam tempoh masa tersebut macam-macam dah berlaku. Nak cerita semua pun macam dah tak ingat so mana yang dapat je la. Selamat landing di bumi bertuah Malaysia pada petang Rabu (21 September 2011) lebih kurang pukul 5.30pm. Tapi disebabkan sibuk menguruskan Aimery dan Amsyar kiteorang hanya berjaya keluar 45 minit kemudian. Family semua dah tunggu. Bestnya dapat menatap muka-muka orang yang disayangi dan dirindui. Sembang-sembang sikit dengan semua orang sebelum bergerak pulang ke KL. My family bertolak balik ke Melaka sebab my brother ada exam keesokan harinya. My MIL bertolak ke JB sebab ada meeting kat sana pagi esok. So kami anak-beranak with my BIL and FIL beransur balik ke KL.

Aimery dan Amsyar jetlag tak ingat punya. Dah pukul 3 pagi baru budak berdua tue nak tido. Mummy dia dah tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Lepas dah 3-4 hari baru dapat tune semula waktu tido diaorg.

Weekends tue terus balik Melaka. Terpaksa minta bantuan my mum untuk jaga Aimery buat sementara waktu sebab susah nak cari nursery yang nak ambil budak kecil macam Aimery. My mum happy je bila kiteorg hantar Aimery balik. Kalau boleh siap suruh tinggalkan Amsyar sekali. But I know my mum memang tak boleh cope dengan dua budak dalam satu masa. Amsyar tu dah besar dan sangat lasak. Pengsan nenek dibuatnya nanti. Lagi pun teacher kat nursery lama Amsyar tue dah setuju nak terima Amsyar masuk semula kat situ. Ok kot rasanya. Buat sementara waktu nie terpaksa dua beradik nie berpisah kejap. Kiteorg tengah usaha untuk dapatkan maid. Hopefully bila dah ada maid nanti bolehlah Amsyar and Aimery duduk rumah and main sama-sama. Dengan itu jugak, kebanyakkan hujung minggu kami dihabiskan dengan berulang-alik ke Melaka. Saya suka je dapat selalu balik Melaka. Bila balik tue dapatlah bawa Amsyar dan Aimery melawat tempat-tempat menarik yang ada kat Melaka tu. Dah jadi macam pelancong la pulak. Pada hal anak jati Melaka. But seriously..dah banyak berubah. Before this kalau balik Melaka takdenya nak jalan-jalan kat bandar sebab malas nak bersesak-sesak dalam jam. Bila dah lama tak pergi tue nampak sangatlah perubahan yang berlaku. Aimery dan Amsyar pun suka bila dapat jalan-jalan macam tue. Cuma yang tak tahan tue cuaca yang sangat panas kat Melaka. Muka budak berdua tue dah jadi macam udang bakar...merah semacam. Peluh pun boleh tahan, kuyup jugaklah baju diaorang.