Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts
Thursday, June 13, 2013
Bowlers Gathering
Citer dah lama nie.
Baru berpeluang nak update.
Tapi gambar semua xde nak resize or letak watermark sebab semalam anak bertuah saya Aimery sudah merosakkan laptop saya.
Boleh pulak dipijaknya screen laptop tue..
Huhuhu...sabar je la mummy awak nie wahai anak!!!
Benda dah jadi nak buat macam mana kan.
Paling2 boleh bagi warning kat si kenit tu.
Entah paham entah tidak...
Anyhoo.............
Alkisahnya pada 18 Mei lepas sempat berkumpul dengan kawan2 bowlers kat USM dulu.
Actually nie dah 2nd gathering for this year.
The 1st one they all buat kat Kuantan bulan 4 lepas.
Masa awal tue dah plan nak pegi.
Tapi atas sebab ada urusan dengan family terpaksa tarik diri.
Masa tue best je dengar citer diaorang semua.
Siap ada barbeque bagai.
Boleh nak bbq sebab overnight di Kuantan.
Rugi plak rasa tak pegi.
But nasib la ada inisiatif kawan2 nie nak buat gathering lagi sekali.
Kali nie buat dekat2 je.
Dah namanya bowlers kan so gatheringnya buat kat Endah Parade sebab kat situ ada tempat nak bowl.
Janji kol 10am jumpa kat sana.
Wednesday, April 24, 2013
Nina & Talif... It's Your Day!!!!!
Last 2 weeks ke Selama, Perak.
Attend wedding my friend, Nina.
Nina nie member masa sama2 belajar kat MRSM dulu.
Kenal masa form 4 sebab masa form 4 tue la baru saya dapat masuk MRSM.
Kiteorang sekelas tapi x sama dorm.
Kat kelas plak, meja kiteorang bercantum 4.
Mine, Nina's, Suria's n Sukaseh's.
sebab tue la jadi rapat.
Dah lama gila x jumpa Nina.
Lepas dah habis belajar kt MRSM masing2 bawa haluan ke universiti masing2.
Rasa macam dah terputus hubungan dah masa tue.
Tapi nasib la ada friendster masa tue.
Dapat lagi la berhubungan.
So masa kawin tu main jemput kat Friendster je kot.
Tak sangka plak Nina n Sukaseh datang.
Happy gila masa tue dapat jumpa diaorang.
Tapi iolss perantin masa tue.
So tak boleh nak hover sangat.
Pastu dah tak jumpa dah.
Sesekali bertegur sapa kat FB.
Bila Nina jemput utk wedding dia memang dah berazam nak pergi.
Rindu nak jumpa dia.
Friday, June 15, 2012
Double Celebration
Semalam terbaca status kawan saya kat FB yang bagi tau bahawa dia dah selamat melahirkan anak yang kedua tengah hari semalam. Wah, dah bersalin dah. Yang best sekali, birthday second son dia nie adalah sama dengan birthday anak dia yang pertama. Planning memang baik punyakan. Haruslah tabik spring kat dia sebab bukan calang-calang boleh dapat tarikh yang istimewa macam tue.
Lepas nie senang la nak arrange birthday party untuk anak-anak dia. Boleh buat sekali harung dan tak payah nak pikir macam-macam konsep. Dah kata birthday samakan...so paling kuat pun kena cari 1 theme yang sesuai untuk kedua-dua anak tue. But come to think about it, susah jugak sebenarnya sebab sementara bebudak tu kecik lagi memang takde banyak bunyilah kan sebab tak berapa pandai nak demand itu dan ini.
Apa jadi kalau masing-masing dah besar dan sudah mempunyai citarasa masing-masing. Susah jugak kalau nak combine 2 minat yang berbeza. Tapi yang penting penat tu sekali je la kan...hahahahaha... Macam saya sendiri, sorang bulan Jun sorang bulan Disember. Pening makcik nak pikir tema yang sesuai utk diaorang. Macam Amsyar tue senang sikit sebab dia dah tunjukkan minat on certain characters macam Ultraman, Power Rangers and Ben10 (amik ko..semua yang stok gaduh-gaduh punya). Aimery pulak saya masih tak berapa sure sangat apa yang dia suka. Sekarang nie apa yang ada dia belasah main. Abang dia punya pun dia nak rembat dan begitu jugak sebaliknya.
So berbalik pada cerita kawan saya, Eima. Malam tadi sempat ajak hubby melawat Eima dan baby kat Prince Court Hospital. Pergi berdua je sebab rasa tak sesuai nak angkut 2 beradik tue sekali. Sampai pun dah lewat around 9pm sebab semalam jalan kat KL nie jammed melampau. Tak tau la apa masalahnya. Nasib private hospital kan so boleh lah masuk walaupun dah lewat.
Monday, May 21, 2012
Working Hard & Wedding
Hari Sabtu 2 minggu lepas spent almost the whole day di Kota Warisan. Gigih saya dan hubby membanting tulang membersihkan rumah. Dulu kata balik dari London terus nak masuk rumah baru tapi sampai la nie tak masuk-masuk jugak. Banyak benda yang tak settle lagi..tu sampai sekarang masih terhegeh-hegah baru nak bersihkan rumah segala.
Start pukul 1pm. Nasib baik tingkat yang atas sekali dah dibersihkan hari Khamis malam. Tu pun dah penat gila...walaupun 1 floor je pun. So hari Sabtu tue misinya nak settlekan the 1st floor dan tingkat bawah. Serius penat weyh. Bukan senang nak masuk rumah nie. Selain kena menyinsing lengan membasuh rumah, peruntukan kewangan jugak perlu disediakan. Sure uolls yang dah ada rumah sendiri dah merasa macam mana situasi yang saya maksudkan. Tapi sebab exsaited nak duduk kat rumah sendiri, semangat tue berkobar-kobar je walau pun urat tangan dan kaki nie dah rasa tegang semacam. Maklumlah orang x biasa buat keje berat. Selalu duduk kat opis sign surat, baca paper work, minit surat kat anak buah...itu je. Setitis peluh pun x keluar kerana persekitaran yang sungguh nyaman dalam bilik yang dilengkapi penghawa dingin. Bila sampai kat rumah tue, merasa la buat kerja dalam keadaan panas dan peluh menitik-nitik sebab kipas pun nan ado.
Mula-mula hubby macam dah give up sebab dah kepenatan. Then saya ckp la if we didn't finish this chores by today memang susah nak siap nanti. Lagi pun minggu depan dah nak hantar all the electrical stuffs kat rumah. So kalau tak bersihkan rumah sekarang memang susah nak buat bila dah ada barang. Terpaksalah suami akur mendengar hujah bininya. So untuk menghilangkan lelah , pukul 5pm break kejap pekena maggi goreng dan limau ais. Rasa macam minum coconut shake je masa tue sebab nikmat dapat air sejuk. Pukul 6pm start balik. And alhamdulillah around 8.50pm selesai semua kerja pembersihan. Balik rumah makan dan terus tidur. Bangun pagi Ahad tue merasa la sakit satu badan. Hubby pun liat gila nak bangun sebab masih kepenatan. Habis jari-jemari I yang tulus-mulus nie jadi kasar dan mengelupas (sila muntah hijau sebab memuji diri sendiri....). Apa-apa pun bersyukur sesangat sebab rumah dah bersih dan dah boleh mula hantar barang.
Thursday, December 1, 2011
Rayner & Karen's Reception
Pada 18 November 2011 yang lepas saya telah ambil cuti untuk ke Sabah. Bukan untuk Cuti-cuti Malaysia tetapi untuk menghadiri majlis resepsi BFF @ Karen Kabinchong. Plan untuk attend wedding nie dah dibuat hampir setahun yang lepas. Karen dah beritahu awal-awal supaya BFF yang lain dapat reverse tarikh tersebut dan datang memeriahkan majlis dia. Yang dah confirm betul-betul untuk ke Sabah adalah yours truly, Cik Puan Eera dan Datin Sri Emmi Hitrawaty. Puan Sri Nuraznidah jugak telah confirm untuk hadir tapi dia datang bersama family sekaligus untuk bercuti-cuti Malaysia di Sabah.
Urusan booking tiket flight dan penginapan, Cik Puan Eera Jamaludin yang uruskan. Bestkan ada orang yang tolong uruskan untuk kita. Nanti just transfer duit je kat dia. I loike!!!! Nak jadikan cerita, saya sudah hampir ketinggalan flight pada petang Jumaat yang syahdu itu. Flight AirAsia schedule for departure @ 1505pm. Saya pulak 1.45pm baru sampi KL Sentral kononnya nak naik KL Transit sampai ke Salak Tinggi dan kemudian naik bas ke LCCT. Sampai di kaunter tiket, pegawai bertugas tanya flight pukul berapa? Saya cakap pukul 3.05pm.
"Kalau macam tue, cik naik apa pun tak sempat."
Boleh pulak kan dia cakap macam tue. Saya punya cuak Tuhan je yang tahu. Tapi tak mati akal. Saya terus pergi cari cab. Memula tue nak naik teksi murah je. Tapi disebabkan kena tunggu lagi 10 minit baru boleh bertolak, terus je amik cab kena bayar mahal RM130 untuk ke LCCT (padan muka..siapa suruh lambat!!!). Saya sempat pesan kat driver tue supaya bawa laju dan saya nak sampai sebelum pukul 2.45pm.
Subscribe to:
Posts (Atom)