Walaupun tarikh 11.11.11 itu telah berlalu ku tetap jugak ingin menulis entri berkenaan tarikh yang menjadi bualan semua orang. Ye lah kalau nak tunggu dapat lagi tarikh yang macam nie mau kena tunggu lagi 1000 tahun lagi...iaitu 11.11.3011, tak gitu?! Masa tue tak taulah kita semua nie ada lagi ke tidak.
Basically ramai yang ambil kesempatan no. yang cun ini untuk mendirikan rumah tangga. Berdasarkan kepada laporan akhbar dan media elektronik dapat dilihat ramai pasangan diijabkabulkan pada hari tersebut. Saya jugak menerima jemputan daripada besan MIL yang nak mengahwinkan puteri bongsunya. Malangnya saya tak dapat hadir pada tarikh itu kerana perlu bertugas di luar kawasan. So tunjuklah muka sehari sebelum berlangsungnya majlis akad nikah.
Bertolak dari rumah hampir ke jam 8pm. Jalan Tun Razak punyalah jammed Tuhan saja yang tahu. Dapat masuk highway Sg. Besi lebih kurang jam 8.45pm. Sampai Paroi pukul 9 lebih. Semua orang tengah sibuk dengan persiapan majlis. Dah siap makan-makan semua, saya dan anak-anak buah (anak SIL) membantu menguruskan bungkusan telur. Teringat pulak masa zaman-zaman nak kawin dulu. Tapi masa tue saya tak buatlah tue semua. Coz masa diaorang busy menyediakan bunga pahar, yours truly sedang sibuk berinai so tolong tengok sajalah. Seronok jugak tengok makcik-makcik tue buat kerja sambil bergossip. Dah lama tak berpeluang buat kerja secara gotong-royong macam nie. And sebelum majlis nikah berlangsung my SIL buat jugak majlis aqiqah untuk anak dia. So ada lagi sikitlah preparation untuk majlis aqiqah juga.
Around pukul 11 lebih baru bertolak balik. Mata adalah sungguh mengantuk. Kalau hari-hari biasa waktu macam nie saya dah lena diulit mimpi. Sampai rumah hampir pukul 1am.... Mengantuk sungguh masa tue. Lepas settle apa yang patut terus tidur.
Telur yang akan dikerjakan dalam proses pembungkusan
Baby yang akan diadakan Majlis Aqiqahnya : Catriona Camillia
Dan keesokan harinya iaitu 11.11.11, saya bertolak ke Langkawi untuk bengkel anjuran Unit saya. Bila dikenang-kenang balik tue, rasanya hampir 10 tahun tak jejak kaki ke sini. The last time pergi masa zaman uni. Rasanya ada Kursus Usahawan Muda, ntahlah tak berapa nak ingat. Disebabkan ke sana atas urusan kerja makanya tak adalah nak enjoy or berjalan sakan. Bengkel dari awal pagi sampai ke malam, so tak dapat lah nak melencong ke tempat lain. Nama un urusetia so ada banyak benda yang perlu dilihat. Walau pun begitu, sempat jugak ke Idaman Suri dan Ismail Group untuk memborong chocolate. Pinggan mangkuk Corelle ke apa memang tak ada dalam list sebab tak kuasa nak membawa barang banyak-banyak dan berat-berat. Kalau dah duduk rumah sendiri nanti seronok gak nak membeli-beli nie. La ni barang-barang kat rumah MIL tue pun dah takde tempat nak letak. Lagi pun hadiah set pinggan mangkuk yang dapat masa wedding tue berlambak dan belum digunakan. Kita guna dulu yang sedia ada. Simpan duit untuk beli benda lain pulak.
Langkawi memang dah banyak berubah. Boleh dikatakan pembangunannya semakin pesat. Tapi keindahan pantainya masih tetap terjaga. Walaupun tak dapat nak bercanda di persisiran pantai, kebiruan lautannya masih boleh dinikmati walaupun dari dalam kereta. Insyallah kalau ada rezeki nanti teringin jugak kembali semula ke sini dengan hubby and anak-anak untuk Cuti-cuti Malaysia.
Walaupun 11.11.11 nie sangat ditunggu dan dinanti oleh ramai orang bagi saya ia sekadar 1 kombinasi nombor dan menarik. Harapnya apa-apa pun yang terjadi pada tarikh tersebut mendatangkan kebaikan dan manfaat untuk kita semua. Kepada yang menyambut hari jadi pada tarikh tersebut semoga anda menjadi lebih matang selari dengan peningkatan usia. Yang melangsungkan perkahwinan didoakan semoga berkekalan ke akhir hayat. Untuk yang lain-lain, teruskan kehidupan anda seperti biasa atau kepada kehidupan yang lebih baik untuk hari-hari yang mendatang.
Ciao....
P.s. : Tarikh-tarikh nie pun menarik jugak............... 20.11.2011
No comments:
Post a Comment