Nie dah lama punya cerita. Terpaksa disimpan dalam kepala sahaja kerana tidak ada masa untuk mengarang di blog ini. Tapi hari ni sempat curi-curi masa sikit untuk share experience masa menonton teater arahan Khairunazwan Rodzi hasil adaptasi novel Khadijah Hashim pada 16 November lepas bersama MIL and SIL. Ladies nite out temanya. Ayah-ayah semua kena jaga anak-anak di rumah. Sesapa yang pernah baca novel tue mesti dah tau jalan cerita teater nie. Saya adalah kategori orang-orang yang belum pernah membaca novel ini. Makanya ini adalah pengalaman pertama untuk mengetahui apakah cerita di sebalik Badai semalam nie. So saya nak kongsi sikit ceritanya dengan uolls. Teater nie turut dibintangi nama-nama hebat seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Ummi Aida, Emilia Rosnaida, dan Ziela Jalil.
Ceritanya lebih kurang macam nie. Mazni (lakonan Erra Fazira) anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diridan ibunya hanya menumpang teduh di situ.
Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal di situ, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa iri hati dan cemburu dengan kecantikan Mazni apatah lagi apabila Karim (lakonan Aaron Aziz), anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati pada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai Abangnya sahaja.
Daripada perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunya komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas ditimpamusibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.
Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.
Dalam pada masa yang sama, Mazni menyambung pelajaran pada sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak Mazni terpaksa mengetepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumah tangga. Karim kembali kepada perangai lama yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya.
Berlaku pergaduhan besar antara Mazni dan Karim apabila Mazni mengetahui kecurangan Karim. Karim memukul Mazni sehingga menyebabkan Mazni terpaksa dimasukkan ke hospital. Karim akhirnya sedar akan kesilapannya dan datang menemui Mazni di hospital untuk meminta maaf. Mazni memaafkan Karim tetapi telah meminta dirinya dilepaskan.
Mazni akhirnya meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Zaki masih lagi menagih cinta daripada Mazni. Namun Mazni terpaksa melupakan perasaannya demi mencapai cita-cita yang dikejar dan untuk mengotakan janji kepada ibunya.
Bagi saya teater ini saya kategorikan sebagai OK untuk ditonton. Perjalanan ceritanya agak perlahan. Sehingga sampai ke waktu rehat, kisahnya masih tertumpu kepda Mazni yang masih dalam dilema untuk meninggalkan alam persekolahannya. Ceritanya agak kurang berkembang. Terasa sedikit kebosanan pada ketika itu.
Yang keduanya saya rasa watak Mazni tue macam tak berapa sesuai untuk Erra (matilah...sure peminat Erra marah saya cakap macam nie). Cuba bagi watak tue kat Ummi Aida, musti lagi happening kot....hehehe!!! Pastu watak Ummi Aida tue bagi kat Elly Suriaty. Sure lagi berbulu kita tengok. Nie pendapat peribadi saja ye...jangan marah.
Tapi saya rasa musti ramai yang enjoy dengan watak yang dibawa oleh Emilda Rosmila. Very the kepochi. I loike!!!! Sedikit sebanyak watak tersebut telah dapat menghidupkan teater yang agak suram ini.
Daripada 10 bintang saya nak bagi 6 bintang kat teater Badai Semalam (chewah..layak ke nak bagi gred pada teater nie, awak tue bukan pro pun).
No comments:
Post a Comment