Thursday, December 1, 2011

Rayner & Karen's Reception



Pada 18 November 2011 yang lepas saya telah ambil cuti untuk ke Sabah. Bukan untuk Cuti-cuti Malaysia tetapi untuk menghadiri majlis resepsi BFF @ Karen Kabinchong. Plan untuk attend wedding nie dah dibuat hampir setahun yang lepas. Karen dah beritahu awal-awal supaya BFF yang lain dapat reverse tarikh tersebut dan datang memeriahkan majlis dia. Yang dah confirm betul-betul untuk ke Sabah adalah yours truly, Cik Puan Eera dan Datin Sri Emmi Hitrawaty. Puan Sri Nuraznidah jugak telah confirm untuk hadir tapi dia datang bersama family sekaligus untuk bercuti-cuti Malaysia di Sabah.

Urusan booking tiket flight dan penginapan, Cik Puan Eera Jamaludin yang uruskan. Bestkan ada orang yang tolong uruskan untuk kita. Nanti just transfer duit je kat dia. I loike!!!! Nak jadikan cerita, saya sudah hampir ketinggalan flight pada petang Jumaat yang syahdu itu. Flight AirAsia schedule for departure @ 1505pm. Saya pulak 1.45pm baru sampi KL Sentral kononnya nak naik KL Transit sampai ke Salak Tinggi dan kemudian naik bas ke LCCT. Sampai di kaunter tiket, pegawai bertugas tanya flight pukul berapa? Saya cakap pukul 3.05pm.

"Kalau macam tue, cik naik apa pun tak sempat."

Boleh pulak kan dia cakap macam tue. Saya punya cuak Tuhan je yang tahu. Tapi tak mati akal. Saya terus pergi cari cab. Memula tue nak naik teksi murah je. Tapi disebabkan kena tunggu lagi 10 minit baru boleh bertolak, terus je amik cab kena bayar mahal RM130 untuk ke LCCT (padan muka..siapa suruh lambat!!!). Saya sempat pesan kat driver tue supaya bawa laju dan saya nak sampai sebelum pukul 2.45pm.

Memang kelas tau driver tue, pukul 2.40pm dah tiba kat LCCT. Masa kat dalam cab tadi siap dah call si Eera beritahu supaya diaorang pergi dulu kalau saya tak sempat tiba. Tapi alhamdulillah, sebab niat baikkan maka sempat jugak naik flight ke Sabah seperti yang dijadualkan.

Sampai Kota Kinabalu dah pukul 6pm. Terus je ke hotel untuk bersiap sebab majlis si Karen dijangka bermula jam 7pm. Takde nak mandi ke apa, terus je pakai apa yang patut. Nasiblah Hotel Le Meridien tempat di mana majlis berlangsung tue tak sampai 100 meter dari tempat kami menginap. So cepatlah sampai. Yusryany seorang lagi member dari MG dah sedia menunggu kat hotel tue.

Masa sampai tue just nice je sebab tetamu-tetamu yang lain pun baru sampai. Karen and family pun tengah sibuk menyambut tetamu. Lepas dah tau meja kat mana terus je kitaorang angkat kaki untuk cari tempat. Nida dan suaminya dah ada kat meja tue. Meja-meja yang lain pun sudah hampir penuh. Dalam 30 minit lepas tue majlis pun bermula.



Menu : Chinese Course


First time attend wedding kat belah pantai timur dan majlis perkahwinan Chinese-Kadazan. So basically excited jugak nak tahu apa yang menarik tentang majlis di sini. Tapi secara keseluruhan boleh dikatakan lebih kurang je dengan majlis yang pernah saya hadiri sebelum ini.

Perjalanan majlis malam tu dimulakan dengan bacaan doa dari paderi (Karen orang Kristian), then mula makan. Seterusnya ucapan bapa pengantin perempuan, then sambung makan sambil dihiburkan dengan nyanyian karaoke. Then upacara potong kek oleh mempelai dan seterusnya sesi bergambar bersama ahli keluarga kedua belah pihak.



Karen and Rayner



Kami berlima : Yusryany, Eera, Emmi, Yours Truly dan Nida



Tetamu lain



Karen and Mummy






Nida and Hubby



Why la this pic terbalik???



With Rayner's Family


Memang seronok dapat attend wedding Karen nie sebab dah lama gila tak jumpa dia. Rasanya the last time was masa wedding Nieda tahun 2007 kot. Dah dekat 4 tahun dah. Walaupun tak dapat bersembang lama dengan Karen tapi seronok tengok dia happy malam tue.

Petang Sabtu tu dah terpaksa balik balik KL sebab the next day kena attend wedding anak buah pulak di KGPA, Bukit Kiara. Petang tue Karen n hubby, Eera, Emmi and Rowena (Karen's friend) hantar saya ke airport. Flight pukul 5.30pm. Masa nak self check-in tak boleh pulak dan telah disuruh untuk berurusan di kaunter. Petugas di kaunter tue beritahu flight penuh. WTH. Disebabkan flight penuh tiket saya telah diupgrade ke Business Class. Oh sungguhlah suka hati. Merasalah naik flight business class bukan tajaan kerajaan.

Lepas tue lepak McD sambil sembang-sembang dengan pasangan pengantin baru. Karen kata macam ada chance je flight delay sebab cuaca kat luar tue dah start hujan. Mula-mula tue macam tak ambil kisah je. Sebab macam tak lebat sangat. Lagi 30 mint nak boarding saya dah minta diri untuk masuk.

Masa menunggu tue nampak dah keadaaan cuaca yang semakin teruk. Hujan dah semakin lebat. Satu persatu penerbangan ditunda termasuklah flight saya. Lama gila ok menunggu kat airport tue. Dah la masa tue tak ada benda nak dibaca. Kat dalam tue pun takde kedai jual magazine. Sangap gila. Bateri handphone pun dah nak mati. Punya lama menunggu sehingga kami dibekalkan dengan makan malam sama ada di McD atau KFC. Tapi saya tak pegi sebab malas nak beratur. Makan Dunkin Donut je. Kesudahannya flight ke KLIA berlepas pada jam 1120pm. Letih gila masa tue. Lepas makan dalam flight sempat lelapkan mata sekejap.

What an experience!!!! Tapi kira ok la kalau nak bandingkan dengan orang-orang yang terlepas connecting flight. Tu lagi sadis.

No comments: