Thursday, November 17, 2011

Gold Coast Morib Resort & Tanjong Sepat



Ahad lepas baru je balik dari Langkawi. Masuk office je En. Bos telah mengarahkan saya ke Gold Coast Morib untuk satu mesyuarat/bengkel yang akan diadakan selama 2 hari di sana. Disebabkan baru sahaja mendapat arahan tersebut makanya terpaksalah balik semula ke rumah untuk packing baju. Baju yang balik dari Langkawi pun tak sempat keluar beg lagi sudah mahu berkelana semula.

Nak pergi ni pun thrill jugak sebab sesungguhnya I have no idea where is Gold Coast Morib Resort. Tapi harus bersyukur dengan Samsung S2 yang telah dibelikan oleh hubby yang telah membantu saya sepanjang perjalanan melalui GPS yang ditunjukkan. Memang follow 100% la. Kalau lari sikit je dari laluan yang telah dimark dalam GPS tue memang cuaklah jawapnya. Tapi bila dah dekat hujung tue macam tersesat jugak masuk dalam kawasan kebun. Kalau semak kat GPS tue memang betullah jalannya tapi takde laluan untuk kereta. Untuk mengelakkan kesesatan yang lebih dashyat maka terpaksalah bertanya seorang penunggang basikal yang kebetulan lalu kat situ.

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Sampai dah lambat...bengkel dah mula tapi nasib dah maklumkan urusetia so takdelah menggelabah ke apa. Bengkel semua berjalan lancar.Bilik semua mantop sebab ada jakuzi. Tapi saya tak try pun jakuzi itu sebab xde mood nak berendam. Nanti saya cerita kenapa.



Gambaran bilik air daripada katil yang boleh see through melalui tingkap yang boleh diselaraskan



Gambar dekat... tu dia jakuzinya.


Kat sini ada water theme park. Cuma takdelah sebesar macam kat Sunway Lagoon nun. Tapi kira oklah. Sesuai untuk mereka yang ada anak-anak untuk beristirehat di hujung minggu maupun ketika cuti sekolah. Selama 2 hari di sini saya tak pergi pun ke theme park tue. 1st sebab tak tahu ada water theme park tue. Bila dapat arahan mengejut terus jadi menggelabah sampai tak sempat nak google apa-apa pasal tempat nie. Dengan itu saya tiada pakaian yang bersesuaian untuk berlepak-lepakan di theme park itu. Lagi pun dah berbengkel segala terasa letih pulak. Ditambah pulak baru balik dari Langkawi maka lebih berganda kepenatannya.


Piccas from googled from this blog








Cuma yang tak berapa nak best tue, most of the time kami menerima kunjungan daripada rakan yang tidak diundang iaitu lalat. Banyak betul lalat kat situ. I'm not so sure macam mana boleh ada banyak lalat kat situ. Kat dalam bilik bengkel pun dia masuk jugak. Jenuhlah nak menghalau lalat sambil berbengkel. But towards the second day tu nampak sikit pengurangannya. Dah terbang mencari mangsa yang lain agaknya.

Masa baru start bengkel nie ada pulak ahli bengkel yang terbuka mulut pasal kes pembunuhan Dato' Sosilawati. Dia kata hati-hati kalau sapa yang sorang-sorang tue. Nanti datang pulak hantu Sosilawati temankan tidur. Betul tak de insurans punya mulut. Takut ok bila ada yang sebut pasal hantu-hantu nie. Dah la memang saya sorang, bilik pulak baik kat hujung ceruk. Memang terbaiklah kalau nak kena kacau.

Bila tengok balik memang tak jauh pun kawasan Ladang Bukit Gadong , Tanjong Sepat tu dengan Gold Coast Morib nie. Jaraknya ada dalam 6-7 km kot. Kawasan nie memang agak sunyi waktu malam. So memang sesuai kalau ada orang nak melakukan jenayah. Bila fikir balik memang meremang bulu roma. Disebabkan perasaan takut itu terpaksa tidur berseorangan dengan lampu yang terang menderang dan TV yang dibiarkan terbuka sampai ke pagi. Alhamdulillah, dapat gak tidur dalam takut-takut tue. Sebab tue la jugak tak mau berjakuzi bagai. Macam teringat-ingat plak apa yang diaorang cerita.

The 2nd night tue lepas habis bengkel lebih kurang pukul 11 lebih, saya minta diri untuk balik. Member2 bengkel yang lain yang agak senior macam tak setuju saya nak drive balik sorang-sorang malam tue. Bahaya katanya sebab jalan sunyi. Tapi saya terpaksa jugak balik atas sebab tertentu. I assured them yang saya akan ikut laluan yang banyak kereta then terus masuk Highway KESAS. Ikutkan hati sendiri pun memang macam takut je nak balik tapi bila dah terpaksa tue saya redahkan jugak. Memang mencabar sungguhlah perjalanan malam tu. Sekali lagi bergantung kepada GPS Samsungku itew. Dahlah jalan gelap. Saya pun tak familiar dengan kawasan kat situ. Tawakal je masa tue. Tapi bila dah nampak signboard hijau menghala ke Kuala Lumpur, hati terasa sungguh lega. At last sampai jugak rumah lebih kurang pukul 1am.

Moral of the story, pastikan bateri handphone anda penuh jika ke kawasan yang anda kurang arif kerana GPS adalah sangat membantu. Keduanya, elakkan mendengar cerita hantu agar anda tidak diselubungi ketakutan yang melampau sehingga terpaksa tidur dalam keadaan terang menderang.


1 comment:

Zana Jay. said...

Hahaha...selamat datang ke kawasan den...kat situ ler kes tu jadi...dekat jer...next time jgn buat lagi...bahaya...den org situ pun tak buat yer...sekali terkena, selamanya teringat woooo...