Friday, October 21, 2011

Full Schedule



Walaupun baru 2 minggu bekerja, jadual untuk bulan Oktober dan November boleh dikatakan sudah hampir penuh. Jadual outstation datang bertubi-tubi. Nak taichi kepada pegawai lain pun tak boleh pasal diaorang pun kena keluar jugak.

Sebagai contoh, minggu lepas baru 4 hari mula bekerja boss dah suruh pergi kursus anjuran Razak School of Government (RSOG) kat Marriott Putrajaya selama 3 hari. The worst part was, kursus tue adalah pada hujung minggu. Wuargghhhh...tak dapat balik Melaka jumpa Aimery. Nasib baiklah kursus itu sangat menarik dan dibuat di hotel yang menyediakan pilihan makanan yang sangat banyak dan sedap maka terubat jugaklah kesedihan tak dapat balik ke Melaka tadi. So hanya dapat melibat muka anakanda melalui Oovoo sahaja. Sorry Aimery. Minggu nie mummy balik and we can go jalan-jalan again.

Tiba-tiba semalam dapat memo untuk mesyuarat yang mempunyai kaitan dengan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bermula 23 - 25 Oktober. Nasib dibuat di Avillion Legacy Melaka. So dah terlanjur balik Melaka nanti bolehlah terus ke mesyuarat tue. Kalau free ke apa bolehlah lari-lari balik rumah jumpa Aimery. Nampaknya Amsyar pun terpaksa tinggal dengan nenek sepanjang saya ada kat Melaka nie. Pengsanlah nenek nak kena jaga 2 budak yang sedang lasak tue.

Jadual outstation weekend minggu depan pun dah ada. Huarrghh lagi!!!!! Nak kena pi Port Dickson pulak. Mesyuarat SKT pulak. Jumaat sampai Ahad jugak. Nanti nak suruh hubby join sekali dengan Amsyar. Walaupun saya kena kerja, at least Amsyar bolehlah lepak-lepak or main di swimming pool dengan Ayah dia. Sorry Aimery..... mummy kena kerja lagi minggu depan.

Nie ringkasan jadual saya buat masa ini :

23 - 25 Oktober : Avillion Legacy, Melaka
28 -30 Oktober : Selesa Beach Resort, Port Dickson
11-13 November : Grand Continental, Langkawi
20 - 23 November : Bukit Gambang Resort City, Kuantan
23 - 25 November : (Lokasi belum diputuskan)

Jadi bilakah masanya saya nak bersama keluarga? Kalau dulu-dulu orang kata kerja dengan gomen nie senang. Senang ke kalau terpaksa tinggalkan keluarga selalu? Saya pasti ramai lagi kawan-kawan yang mempunyai jadual yang lebih padat daripada ini. Apalah sangat nak dibanding dengan jadual saya nie. Sure diaorang pun struggle nak cari masa untuk bersama keluarga.

Di tempat yang lama dulu memang payah betul nak keluar. Kalau dapat keluar tue macam seronok pulak rasanya. Tapi memang macam menunggu buah tak jatuh pun ada. Kerjanya memang banyak di office je. Bila dah dapat Unit yang memerlukan banyak kerja-kerja di luar kawasan nie rasa macam tak menang tangan pulak dibuatnya. Jemputan kena dipenuhi, kerja-kerja kat office pun perlu dilangsaikan. Nak curi-curi masa dengan family lagi.

Hopefully lepas hujung tahun nie kuranglah sikit kerja-kerja outstation nie. Kesian pulak kat hubby and anak-anak yang terpaksa plan aktiviti mengikut jadual saya. Sebagai seorang anggota perkhidmatan awam saya tahu saya perlu menurut perintah, tapi saya juga ada tanggungjawab yang lain jugak. Nanti sibuk dengan kerja, anak-anak pun dah tak kisah kat saya sebab dah biasa saya takde dengan mereka. Sedihnya bila anak-anak dah tak kisahkan mummy dia. So I really dun want that to happen.

Tak sabar nak tunggu esok. Mau balik ke Melaka selepas pergi wedding di Seri Kembangan. Till next time....


No comments: