Tuesday, November 1, 2011

HOMEDEC 2011



Weekends lepas ke Port Dickson untuk mesyuarat strategik cawangan yang antara lainnya melibatkan pengemaskinian pencapaian SKT 2011 dan perancangan bagi tahun 2012. Memandangkan sektor kami dah bersedia lebih awal di pejabat maka urusan dapat diselesaikan lebih awal dari tempoh masa yang diberikan.

Oleh itu, dapatlah pulang ke rumah lebih awal. Sebenarnya dah ada perancangan untuk pergi ke HOMEDEC 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kalau tak dapat balik awal kiteorang akan pergi jugak cuma tak dapatlah nak berlama-lamaan di situ. Actually yang nie was the 2nd Part of HOMEDEC. The 1st Part dah berakhir pada 23 Oktober yang lepas. In the 1st Part ada exhibiton on custom-made wardrobe, kitchen cabinet & appliances, kitchenware & household products, bath & sanitaryware, water filtration & solar heater, tiles, stone & marble, floor & wall finishes, wall coverings & paints, window, door & glass, roofing & insulation, smart home & switches, home security system & safe, interior design consultation and home services.

For Part II, they have audio visual & home theatre system, water heater & fan, bedroom & wardrobe, mattress & bedding products, curtains, blinds & carpets, furniture & furnishing, home office, kids living, decorative items & lighthings, art & wall decor, pool & outdoor living, landscape & aquarium and movers & pest control. So pendek kata kalau pergi HOMEDEC nie memang selesai semua masalah nak masuk ke rumah baru atau mengubah suai rumah kerana semuanya boleh didapatkan di sini. Cuma takut lepas tue ada masalah lain lah pulak. Masalah nak bayar hutang kerana telah berbelanja tak ingat dunia kerana rambang mata. Yang tue kena pandai-pandai sendirilah, saya tak campur.

So pagi hari Ahad itu, kami pun ke KLCC. Sampai pun dah hampir pukul 11am. Masa tue manusia pun dah start ramai. Actually kiteorang dah set dalam kepala apa yang ingin dilihat dan dibeli. Hubby pun dah survey kat sini hari Jumaat lepas. So kiranya datang hari nie untuk tunjuk kat saya apa yang dia cadang nak beli.

First sekali pergi ke area home appliances. Wah sangat rambang bijik mata. Semua benda nampak menarik dan semua jenama nampak hebat. Tapi hubby terus bawa ke booth Panasonic sebab Jumaat lepas salesman tue kata boleh bagi harga yang baik. So lepas dah pilih-pilih mana yang berkenan, kami berjaya mendapatkan beberapa peralatan seperti mesin basuh, fridge, 3 kipas, 3 air-cond, dan 3 water heater.

Then we moved on to mattress & bedding products. The salesgirl tue terus recognised hubby. Gembira nampaknya dia sebab hubby datang semula ke booth dia. So hubby suruh saya test a few tilam kat situ. Memang best betul baring kat tilam-tilam tue. Wajib lah best kalau harga pun dah sampai RM10K untuk sebiji tilam kan. Kalau tak best, apa kejadahnya nak letak harga sampai riban-riban.

Tapi tilam-tilam nie bagus sebab ia diperbuat daripada bahan organik. Sangat sesuai untuk orang-orang yang ada masalah lelah maupun asthma. Ada tilam tue katanya boleh menghalang nyamuk. Lepas dah bincang-bincang, kiteorang beli tilam yang boleh halang nyamuk (harap-harap memang berkesanlah). 1 queen and 2 single mattresses for the kids. Oleh itu jugak kami telah mendapat bed frame, TV LCD 32"dan 4 biji bantal secara percuma (ada ke benda percuma dalam dunia nie....??!!!). Tilam yang lain tue kita fikir kemudian sebab budget tak cukup nak beli at one shot.

Then misi diteruskan untuk melihat furniture untuk anak lelaki berdua itu. Kami terus ke booth yang jual Disney Kid's Furniture. Mata terus melekap pada set bilir tidur Cars yang dipamerkan. Amsyar pun terus nak naik atas tilam. Dia memang suka dengan cartoon Cars nie. Tapi mungkin sebenarnya dia tertarik kepada warma merah menyala karektor cartoon nie. Kami tahu harga agak mahal tapi memandangkan si anak dah suka, Mummy dan Ayah pun belikan. Kalau tak mampu takdenya kami nak beli. Tapi alhamdulillah sebab hari nie dia orang ada promotion. Instead of 4 items dalam satu set, kami dapat 5 item dalam set tersebut dan pada harga yang lebih murah daripada yang diletakkan dalam catalogue. Cuma lepas nie kami nak pergi ke showroom diaorang yang akan dibuka di Hartamas sekitar Disember nanti untuk dapatkan wallpaper yang sepadan dengan furniture nie.



Set bilik tidur untuk Amsyar and Aimery. Sepatutnya ada extra bed kat roda tue tapi tak te plak imej from Mr. Google





Jalan-jalan lagi untuk melihat apa lagi yang ditawarkan di sini. Then saya ternampak 1 set TV cabinet. Terus je tertarik dengan design dia. Sangat moden dan ada ruang untuk display gambar, crystals or momentos. Ada beberapa design kat situ. Ada satu tu memang lawa gila tapi terpaksa dilupakan kerana sizenya agak besar dan tak muat dengan keluasan di rumah. So saya pilih yang kedua lawa. Harga pun taklah terlalu mahal. So TV cabinet dah settle, I loike!!!!

Kami bergerak ke area soft furnishing pulak. Kat sini ada macam-macam jenis langsir, blinds, carpets, dan wallpapers. Dah macam-macam jenis langsir dan blinds yang ada sekarang. Teknologinya pun dah turut berubah. Ada blinds yang boleh dikawal melalui iPad or iPhone sahaja, gila gempak!!!! Btw, kami telah di'tahan' di sebuah booth untuk diberikan penerangan tentang blinds yang ditawarkan di booth mereka. Penjelasan yang diberikan oleh salesgirl Cina yang agak fasih berbahasa Melayu telah berjaya menawan hati hubby. Oleh itu kami telah meletakkan deposit sebanyak RM200 sebelum ukuran sebenar dan consultation diberikan apabila mereka datang ke rumah kelak. On top of that, kami diberikan potongan sebanyak 25% daripada jumlah sebenar yang perlu dibayar nanti. So part langsir/blinds boleh kira separuh selesai.

And the last thing yang kami cari pada hari itu adalah wardrobe. Rasanya wardrobe ini adalah perkara yang paling penting sekali. Sekarang nie baju-baju yang ada dan baju yang baru sampai dari London dah tak ada ruang untuk disimpan. Makanya untuk masa ini haruslah duduk di dalam kotak saja. So perlu mendapatkan wardrobe yang memenuhi keperluan kami sekeluarga. Ada a few choices kat situ but we end up beli built in wardrobe daripada Vonza. Memandangkan tak tahu lagi keluasan sebenar maka kami bayar deposit untuk wardrobe size 8' x 8' dulu. Nanti diaorang datang rumah untuk buat ukuran sebenar.

Itulah hasil yang dapat dibeli pada HOMEDEC 2011. Kalau ikut hati memang banyak lagi yang nak beli tapi bila ukur poket sendiri nampaknya duit tidak mencukupi. Untuk benda-benda yang lain macam shoe cabinet, painting, meja makan kami akan beli kemudian. Ambil je dulu card-card dari booth yang ada sediakan service utk barang-barang nie. Nanti bila dah ada duit bolehlah pergi kedai/showroom diaorang.

Beli barang-barang tue je dah dekat puluh-puluh ribu. Betul kata orang, nak masuk rumah nie memang banyak nak pakai duit. Haruslah berjimat-cermat mulai sekarang. Btw, nasib baik kami dibenarkan utk hold dulu barang-barang nie sampai end of the year. Kalau diaorang hantar sekarang mana pulak nak sumbat. Rumah pun belum start renovate lagi. Happy gila dapat shopping untuk rumah sendiri walaupun penatnya yang amat. Seronok shopping sampai lupa nak lunch. Pukul 4pm baru lunch. Disebabkan kebuluran, saya telah mensuggest hubby untuk makan di Dome @ Suria KLLC. Order makan banyak sampai mengah nak jalan.

I had a very superb weekends. Tak sabar pulak rasanya nak masuk rumah baru.


No comments: