Monday, November 7, 2011

Semput



Assalammualaikum semua.

Macam mana dengan sambutan Aidil Adha korang semua? Mine was ok. Tak ke mana pun. Sekadar balik ke Melaka untuk beraya bersama my family. Juadah pagi tue macam biasa, nasi impit dan rendang ayam. Dah tengah hari tue makan mee rebus plak. Petangnya dah bertolak ke KLIA sebab nak sambut my SIL balik dari Dublin.

Tadi pagi-pagi dah ke rumah my aunty di Ampang. Masa balik Melaka hari tue baru dapat tahu husband dia baru keluar hospital sebab kena serangan jantung. Alhamdulillah semua ok. Dia dah dibenarkan pulang dah pun. So kami pun pergilah menziarah dia. Dah nampak sihat cuma lemah sikit. Baru lagi kan so mesti dia tgh nak recover balik. Lama jugak sembang. Siap makan tgh hari kat situ. Disebabkan my aunty dah masak terpaksalah makan walau pun pagi tadi dah belasah makan mee rebus dan lontong kat rumah. Nie la susahnya bila ada musim perayaan, byk sangat makanan. Kalau tak makan nanti takut kempunan. Tapi bila dah banyak makan rasa macam dah buncit semacam je perut.

Dari Ampang, kami ke Viva Home pulak. Saje jalan-jalan. Lagi pun tak pernah sampai situ so nak tau jugaklah apa yang ada kat situ. Dalam pada tue ada jugak nak tengok a few things macam kitchen cabinet, chandeliers dan arm chairs. Masa jalan-jalan tue ada jugak nampak certain things yang menarik perhatian. Tapi takdelah membeli ke ape. Saje survey dulu. Singgah jap Lorenzo....hari nie hari terakhir sale katanya. Ada off sampai 50%.

Masa kat Lorenzo tue, saya lebih tertarik kepada gubahan bunga yang menjadi penyeri di showroom tue. Walau pun simple je sebab hanya ada pasu dan sejenis bunga tapi saya rasa macam ia memberi statement kepada keseluruhan ruang yang terlibat. Mula la berangan nak buat benda yang sama kat rumah nanti. Zaman sekarang nie dah tak main nak gubah-gubah bunga yang sampai 3-4 jenis dalam satu pasu. Sekarang nie rasanya less is more. So kena pandai cari design pasu dan bunga. Pastu guna konsep mix and match. Insyaallah, elok jadinya. Tapi kalau cakap macam nie dengar macam senang bunyinya. Bila try test buat sendiri tue macam tak berapa nak menjadilah pulak. Takpe, kita try dulu.














Balik dari Viva Home terasa nak swimming pulak. Ingat nak ajak Amsyar join sekali. Tapi memandangkan dah dekat nak masuk waktu Maghrib, Ummi dan Atok tak bagi Amsyar join. Makanya, mummy dan ayah sahajalah terjun ke swimming pool. Gila dah lama tak swimming. Boleh kata hampir 2 tahun dah nie. Lepas bersalinkan Amsyar dulu rasanya memang dah tak turun pool dah. Takde masa katanya. Amsyar pun dah 2 tahun lebih dah sekarang.

Baru buat 2 laps je sudah SEMPUT!!!! Memang tak berstamina langsung. Rasa tak cukup nafas pun ada. Tak boleh jadilah macam nie. Kena start active balik. Kena rajinkan diri untuk swimming. Dahlah nak pergi jogging ke apa macam susah je. So kalau dapat swimming seminggu sekali pun dah cukup bagus rasanya. Sekurang-kurangnya dapatlah menggerakkan muscle-muscle yang dah lama tak digunakan nie. Sekarang nie macam dah banyak lemak je dah sebab banyak makan since balik Malaysia nie. Melantak macam tak pernah makan. Walhal setahun je pun duduk kat London. Tapi gaya makannya serupa macam orang tak pernah makan. Buruk perangai, ok!!!!

Esok dah nak start kerja. Rasa macam malas pun ada sebab dah 3 hari tak kerja. Tapi esok takdelah Monday blues ke ape sebab esok dah Selasa...hehehehe!!!! Hari Jumaat sampai Ahad kena outstation la pulak. Dengan itu, tidak dapatlah saya pulang ke Melaka berjumpa anakanda Anye. Sorry Aimery, mummy kerja minggu nie. I see u next week k.

Ok guys, sambung lagi nanti.


No comments: