Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts
Friday, September 20, 2013
From Melaka to Muar
Weekends minggu lepas balik Melaka.
Supposed nak balik hari Jumaat malam tapi tak jadi.
Ada program lain plak Sabtu tue.
End up balik Melaka Sabtu petang.
Pukul 6pm baru sampai Melaka.
Lepak2 je kat rumah malam tue.
Hari Ahad, pukul 11 pagi dah bertolak ke Muar.
Ada 2 event kat Muar hari nie.
Satu majlis doa selamat dan satu lagi wedding.
Doa selamat tue tak ingat plak nama tempatnya apa.
Majlis doa selamat tue hubby punya saudara mara.
Me tak berapa kenal sangat.
Tapi diaorang dok panggil Umi Com.
Pegi nie pun sebab nak kenal sedara mara la..
Kalau tak pegi memang tak kenal langsung jawapnya.
Makanan adalah super banyak.
Gi Muo kalau takde nasi beriani tak sah.
Ada roti jala....cendol...buah-buahan...and all sort of kuih.
Tak termakan dibuatnya.
Before bertolak tadi pun dah breakfast sikit kat rumah.
Labels:
Wedding
Wednesday, April 24, 2013
Nina & Talif... It's Your Day!!!!!
Last 2 weeks ke Selama, Perak.
Attend wedding my friend, Nina.
Nina nie member masa sama2 belajar kat MRSM dulu.
Kenal masa form 4 sebab masa form 4 tue la baru saya dapat masuk MRSM.
Kiteorang sekelas tapi x sama dorm.
Kat kelas plak, meja kiteorang bercantum 4.
Mine, Nina's, Suria's n Sukaseh's.
sebab tue la jadi rapat.
Dah lama gila x jumpa Nina.
Lepas dah habis belajar kt MRSM masing2 bawa haluan ke universiti masing2.
Rasa macam dah terputus hubungan dah masa tue.
Tapi nasib la ada friendster masa tue.
Dapat lagi la berhubungan.
So masa kawin tu main jemput kat Friendster je kot.
Tak sangka plak Nina n Sukaseh datang.
Happy gila masa tue dapat jumpa diaorang.
Tapi iolss perantin masa tue.
So tak boleh nak hover sangat.
Pastu dah tak jumpa dah.
Sesekali bertegur sapa kat FB.
Bila Nina jemput utk wedding dia memang dah berazam nak pergi.
Rindu nak jumpa dia.
Monday, February 11, 2013
Congrats!!!!
Lupakan sebentar citer percutian Krabi yang tak habis lagi tue. Hari nie nak citer sikit pasal majlis resepsi my friend, Ikhlas dan cinta hatinya Jeffrey. Ikhlas nie kawan yang sama-sama dilantik berkhidmat dalam government tahun 2004 dulu. Masa tue kenal dia gitu-gitu je. Tak rapat sangat pun. Tapi pada tahun 2006 kami telah menjadi housemate bila saya transfer dari Melaka ke Putrajaya. Masa tue masing-masing masih bujang lagi. Kiteorang tinggal kat Taman Kajang Utama. Kiteorang tinggal bertiga. Sorang lagi Amy Lisa, kawan satu batch jugak.
Lama sungguh percintaaan Ikhlas dan Jeff nie. Kalau ikut ceritanya since tahun 2007 bila they all terserempak di Kuala Terengganu ketika masing-masing sedang bercuti di sana. Part yang lama tu, iolls tak berapa nak heran sangatlah sebab biasa jugak dengar orang bercinta sampai 7 8 tahun nie. sepanjang tempoh tue ada sekali 2 jumpa Jeff. N if I'm not mistaken they came to our wedding back in 2008.
Part yang buat iolls terkagum adalah percintaan jarak jauh mereka itu. Ikhlas di KL tapi Jeff di NZ. Uolls kira sendirilah berapa punya jauh da... beribu-ribu kilometer punya jauh. Nie dah percintaan antara benua dah konsepnya. Iolls cannot tahan kalau bercinta PJJ macam nie. Dulu Melaka dengan KL pun dah terasa jauh. Berusaha gigih nak menukarkan diri ke Putrajaya (TQ Zana J kerana membantu diriku ini).
Alhamdulillah, cinta diaorang sangat teguh dan jodoh mereka memang telah tertulis. Ikhlas dan Jeffrey telah diijabkabulkan pada 24 Dis 2011 yang lepas. And to make it interesting, the solemnization was held at Leed, UK masa Ikhlas tengah further her Master degree. Very the international.... 3 benua berjaya menyaksikan percintaan diaorang nie.
Malam Sabtu lepas telah diadakan majlis resepsi pengantin perempuan bertempat di Dewan Merak Kayangan KL. Walaupun majlis nie diadakan setelah setahun majlis pernikahan mereka, suasana tetap meriah. Ikhlas look stunning in her dress n Jeff sangat segak berbaju Melayu.
Labels:
Wedding
Friday, July 20, 2012
Love Is In The Air
Nie nak citer sikit. Minggu lepas punyalah busy dengan macam-macam events. Ahad tue memang dah seharian sibuk dengan kenduri dan birthday Amsyar. Sabtu tue pun sebenarnya ada 1 lagi event yang boleh dikatakan besar jugaklah untuk family kiteroang. Sat lagi nak citer pasal tu. But before that event, pagi tue saya temankan MIL pegi wedding service untuk anak kawan baik dia, Aunty Usha. Service diaorang buat kat one of the church kat PJ. Dah lupa plak apa namanya. Yang diraikan hari tu ialah Shalini (anak Aunty Usha) dan Jeremiah. Very sweet couple.
Nie adalah pengalaman pertama saya attend service macam nie. A new experience I must say. Mungkin ada orang akan kata, "Eh... orang Islam mana boleh masuk church" and whatnot.... Secara peribadi saya rasa tak salah kot sebabnya saya bukannya buat apa pun kat situ. Lainlah kalau saya sama-sama menyembah Jesus. Yang tue memang dah sah-sah la salah. Niat kitaorang sekadar nak meraikan pasangan yang sedang bercinta di hari bahagia diaorang.
And masa wedding saya dengan hubby, Aunty Usha n suami dia pun datang. So kiranya kali nie kite pulak la memenuhi undangan dia. Hari tue barulah saya tau macam mana upacara tersebut dijalankan. Masa tengok Kate dengan William kawin kat TV tahun lepas saya tak berapa nak menghayati sangat sebab terpesona dengan kecantikan Kate dan ke'sweet'an (ada ke perkataan macam nie?) majlis tu. Nie bila tengok live depan mata barulah paham.
Monday, June 4, 2012
Busy Sunday
Hari minggu sepatutnya hari untuk beristirehat tapi tak jadi
macam tu untuk saya. Weekends pun penuh dengan aktiviti. Nak-nak lagi tengah
musim cuti sekolah nie. Undangan ke majlis perkahwinan bersusun. Hari Ahad
lepas hubby ajak ke Taman Melati untuk memenuhi undangan officemate dia. Baru
je bagi tau saya petang semalam. Dah berangan dah nak lepak kat rumah pagi tue
sebelum buat aktiviti lain tapi nampaknya terpaksa dilupakan saja aktiviti berehat
itew.
Dalam pukul 12pm kiteorang dah bertolak dari rumah. Sengaja
pegi awal sebab ada benda lain nak dibuat sebelah petang. Diaorang buat majlis
tue kat Dewan Serbagunan Taman Melati Impian. Sampai sana around 12.30pm. Just
nice sebab orang tak ramai lagi. Hubby tercari-cari jugak member dia tapi nan
ado. Tak sampai lagi kot.
Tak makan sangat pun kat situ sebab pagi tadi dah makan roti
canai dan sukun goreng. Sedap dapat cicah sukun dengan kuah asam pedas ikan
merah. Dah lama tak makan asam pedas. Suap Amsyar makan sikit nasi orang kawin, lepas tue dia pun
x nak makan lagi sedap pedas. Terus buka wafer Loacker yang memang dah standby
dalam beg.
Walau pun majlis nie dibuat kat dewan tapi still panas gila.
Memang berpeluh-peluh dibuatnya. Amsyar pun berpeluh tak ingat punya. Muka pun
dah bertukar jadi merah. Kulit dah la putih so memang obvious la merah dia. Tapi
yang bestnya wedding nie dalam pukul 1pm pengantin dah bersanding dah. Takde
pun majlis tepung tawar. Oleh itu, tak perlulah kita duduk lama-lama di situ
kerana majlis secara x rasminya telah selesai. Dalam pukul 1.30pm kami pun minta
diri nak balik.
On the way balik tue, kepala sakit yang amat. Saya pun
confused apsal tetiba je sakit kepala. Mungkin sebab cuaca panas sangat kot.
Balik rumah terus telan Panadol 2 biji dan buka aircond. Lepak sekejap kat
bilik bagi kurang sikit sakit kepala.
Monday, May 21, 2012
Working Hard & Wedding
Hari Sabtu 2 minggu lepas spent almost the whole day di Kota Warisan. Gigih saya dan hubby membanting tulang membersihkan rumah. Dulu kata balik dari London terus nak masuk rumah baru tapi sampai la nie tak masuk-masuk jugak. Banyak benda yang tak settle lagi..tu sampai sekarang masih terhegeh-hegah baru nak bersihkan rumah segala.
Start pukul 1pm. Nasib baik tingkat yang atas sekali dah dibersihkan hari Khamis malam. Tu pun dah penat gila...walaupun 1 floor je pun. So hari Sabtu tue misinya nak settlekan the 1st floor dan tingkat bawah. Serius penat weyh. Bukan senang nak masuk rumah nie. Selain kena menyinsing lengan membasuh rumah, peruntukan kewangan jugak perlu disediakan. Sure uolls yang dah ada rumah sendiri dah merasa macam mana situasi yang saya maksudkan. Tapi sebab exsaited nak duduk kat rumah sendiri, semangat tue berkobar-kobar je walau pun urat tangan dan kaki nie dah rasa tegang semacam. Maklumlah orang x biasa buat keje berat. Selalu duduk kat opis sign surat, baca paper work, minit surat kat anak buah...itu je. Setitis peluh pun x keluar kerana persekitaran yang sungguh nyaman dalam bilik yang dilengkapi penghawa dingin. Bila sampai kat rumah tue, merasa la buat kerja dalam keadaan panas dan peluh menitik-nitik sebab kipas pun nan ado.
Mula-mula hubby macam dah give up sebab dah kepenatan. Then saya ckp la if we didn't finish this chores by today memang susah nak siap nanti. Lagi pun minggu depan dah nak hantar all the electrical stuffs kat rumah. So kalau tak bersihkan rumah sekarang memang susah nak buat bila dah ada barang. Terpaksalah suami akur mendengar hujah bininya. So untuk menghilangkan lelah , pukul 5pm break kejap pekena maggi goreng dan limau ais. Rasa macam minum coconut shake je masa tue sebab nikmat dapat air sejuk. Pukul 6pm start balik. And alhamdulillah around 8.50pm selesai semua kerja pembersihan. Balik rumah makan dan terus tidur. Bangun pagi Ahad tue merasa la sakit satu badan. Hubby pun liat gila nak bangun sebab masih kepenatan. Habis jari-jemari I yang tulus-mulus nie jadi kasar dan mengelupas (sila muntah hijau sebab memuji diri sendiri....). Apa-apa pun bersyukur sesangat sebab rumah dah bersih dan dah boleh mula hantar barang.
Tuesday, April 3, 2012
Balik Melaka
Weekends lepas saya berada di Melaka. Sabtu pagi dah
sibuk ke rumah Busu (adik my mum). Hari nie anak dia yang sulung menikah dan majlis
bersanding turut diadakan pada hari yang sama. Lain bebenor saya tengok muka
sepupu saya tue bila dah kena make up. Dia tue jenis yang simple je. Saya pun
tak pernah tengok dia pakai make up ke apa. Sekali dah kena make up dengan mak
andam, dah rupa macam artis dah. Dia menikah pukul 1030am dan bersanding nak
dekat pukul 2pm.
![]() |
| Tahniah Ain dan Haikal. Semoga berkekalan ke akhir hayat |
Monday, March 19, 2012
My Weekends
Last weekends tak ada apa-apa plan yang menarik pun. Hari
Sabtu pergi ke Bandar Seri Jempol untuk attend wedding PA Boss-Amalina dan
pasangannya Darul. Berchenta kat opis mereka berdua nie. Tingkat opis je berlainan. Selalu tanya kat
Amal, tak pergi lunch ke? Dah ada orang tolong belikan katanya. Mula-mula tue
macam terblur sekejap pasal tak tau lagi masa tue mereka berdua nie berchenta.
Lepas dah tau tue terasa jealous plak tak ada sapa nak beli makanan untuk kite
(mengada la pulak mak orang nie kan). Lempang karang….
Went there with hubby and Amsyar. Tak kuasa nak bawa si
kenit tue pasal perjalanan nie nampak macam jauh je. Sehari sebelum bertolak
tue sempatlah meng’google’ lokasi majlis. Tapi hampa kerana alamat yang
diberikan tidak termasuk dalam map google. So terpaksalah follow 100% map yang
diberikan. Kalau ada map kat google tu lagi senangkan. Takdelah tersesat ke apa
dan boleh bajet la berapa jauh tempat yang kiteorang nie nak pergi. Bertolak pun dah lewat sebab hubby bawa Bibik untuk FOMEMA tapi tak settle pun sebab hubby
tak clear dengan proses sebenar urusan FOMEMA tu. Jawabnya kena pergi sekali
lagi la.
Tapi memang jauh ya ampun. Pastu map tue macam confused
sikit sebab jarak yang sebenarnya jauh dalam map tue nampak macam dekat. Tapi
tang yang dekat tue dilukis jauh (Sorry Amal if u r reading this). Kalau tak
berhati-hati dan alert dengan landmark yang diberi jawapnya cari buah langsat
dulu la kita sebelum sampai ke lokasi sebenar.
Sampai kat rumah pengantin dalam pukul 3.00pm. Masa dalam
kereta sempat suruh hubby tengok jemputan sampai pukul berapa. Nasib lah tulis
sampai pukul 5pm. Kalau tak segan gaks sampai waktu kedai dah tutup kan. Tak
menghormati majlis namanya tue. Waktu tu dah tak ada orang dah. Cuma ada beberapa member opis yang saya kenal masih melepak di
bawah khemah. Diaorang pun baru je lepas makan sebab tersesat cari rumah
pengantin tadi. So kira hubby saya adalah terer sebab tak sesat….TAHNIAH!
Thursday, December 1, 2011
Rayner & Karen's Reception
Pada 18 November 2011 yang lepas saya telah ambil cuti untuk ke Sabah. Bukan untuk Cuti-cuti Malaysia tetapi untuk menghadiri majlis resepsi BFF @ Karen Kabinchong. Plan untuk attend wedding nie dah dibuat hampir setahun yang lepas. Karen dah beritahu awal-awal supaya BFF yang lain dapat reverse tarikh tersebut dan datang memeriahkan majlis dia. Yang dah confirm betul-betul untuk ke Sabah adalah yours truly, Cik Puan Eera dan Datin Sri Emmi Hitrawaty. Puan Sri Nuraznidah jugak telah confirm untuk hadir tapi dia datang bersama family sekaligus untuk bercuti-cuti Malaysia di Sabah.
Urusan booking tiket flight dan penginapan, Cik Puan Eera Jamaludin yang uruskan. Bestkan ada orang yang tolong uruskan untuk kita. Nanti just transfer duit je kat dia. I loike!!!! Nak jadikan cerita, saya sudah hampir ketinggalan flight pada petang Jumaat yang syahdu itu. Flight AirAsia schedule for departure @ 1505pm. Saya pulak 1.45pm baru sampi KL Sentral kononnya nak naik KL Transit sampai ke Salak Tinggi dan kemudian naik bas ke LCCT. Sampai di kaunter tiket, pegawai bertugas tanya flight pukul berapa? Saya cakap pukul 3.05pm.
"Kalau macam tue, cik naik apa pun tak sempat."
Boleh pulak kan dia cakap macam tue. Saya punya cuak Tuhan je yang tahu. Tapi tak mati akal. Saya terus pergi cari cab. Memula tue nak naik teksi murah je. Tapi disebabkan kena tunggu lagi 10 minit baru boleh bertolak, terus je amik cab kena bayar mahal RM130 untuk ke LCCT (padan muka..siapa suruh lambat!!!). Saya sempat pesan kat driver tue supaya bawa laju dan saya nak sampai sebelum pukul 2.45pm.
Tuesday, October 28, 2008
Lovey Dovey Thingy
Jumaat lepas (24 Oktober 2008) saya ambil cuti untuk menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan. Perkahwinan siapa....??? My cousin, Khairul Anuar. Pasangannya ialah Noor Shahdiella binti Abd Manan or better known as Shady. Mari ikuti apa yang berlaku sepanjang majlis tersebut.
Kesibukan dah bermula sejak hari Jumaat (24 Oktober 2008) lagi. Petang tue majlis akad nikah telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Jalan Kebun, Shah Alam. Pukul 2.00 petang saya dah sampai di Ampang (rumah Makcik) untuk sama-sama bertolak ke rumah pengantin perempuan. Cuaca petang tue agak mendung. Kiteorang sampai di masjid tepat pada waktu Asar. Lepas solat, rombongan pengantin lelaki telah bersedia untuk ke rumah pengantin perempuan.
Cousin saya nie akan dinikahkan sendiri oleh bakal bapa mentuanya....Berdebar tak berdebar tue kena tanya dia la. Tapi rasanya sure gabra tak ingat punya.... Mula-mula bapa Shady tersilap sebut so kena la buat semula. Then, sekali lafaz jer pasangan ini telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri. Tahniah kepada kedua-dua mempelai.
Setelah selesai majlis petang tue, kiteorg semua lepak kat rumah bersanggah yang telah disediakan oleh keluarga pengantin perempuan sebab pada sebelah malamnya pula akan diadakan majlis berinai dan khatam Al-Quran. So dalam pukul 8pm, kiteorg datang balik ke rumah pengantin. Shady tengah khatam Al-Quran. Lepas khatam Al-Quran, sesi berinai dimulakan. Saya pun sempat menepung tawar pengantin malam tue.
Malam tue kiteorang dihidangkan dengan nasi ambang (makanan orang Jawa). Menurut Shady, makanan pada petang dan malam tue disediakan sendiri oleh penduduk kampung tersebut secara rewang. Bagus betul masyarakat kat sini, masih lagi mengamalkan gotong-royong macam nie. Most of the place dah susah nak tgk suasana kejiranan yang sebegini lagi.
Dalam pukul 10.30 mlm, rombongan pihak lelaki dah beransur untuk pulang. Saya, Jee, Aunty Ani dan Aunty Zizah (both r Singaporean) tak balik lagi sebab tunggu hubby. Hubby datang lewat sikit sebab ada kerja kat office. Dalam pukul 10.45pm baru hubby sampai.
Lepas selesai semua, ada pulak sesi karaoke. Adik Shady bukan main seronok menyanyi, suara pun boleh tahan. Pengantin perempuan pun turut menyumbangkan lagu buat suami tersayang. If I'm not mistaken, it's Aku Cinta Padamu by Dato' Sheila Majid. Then my loving husband took the mic for Wonderful Tonight. Dedicated to the brides and groom. And special dedicated to me....I love you dear!!!!!!
The next day adalah majlis persandingan di rumah pengantin perempuan. Kedua mempelai telah mengenakan busana berona putih untuk majlis pada tengahari itu. They look really great in white....Ramai betul tetamu yang datang. Cuaca pada hari tue pun sangat cerah. Dalam ramai-ramai tetamu tue, saya terpandang Abby Fana...Pelik gak nampak minah tue kat situ. Rupa2nya Shady pernah jadi radio announcer sekitar tahun 2004 and Abby Fana tue kira macam mentor dia la masa tue. Ic.... thats explain why she was there.....
Hari Ahadnya pula telah diadakan majlis persandingan di sebelah pihak lelaki. Majlis telah diadakan di Pandan Lake Club, Cheras. Tema hari nie adalah maroon. Jadi kebanyakan ahli keluar sebelah lelaki telah memilih pakaian dari tona warna tersebut. Saya dan hubby pun melaramlah dengan warna maroon. Ikut hati nak jer pakai baju wedding kiteorang, maroon color jugak. Tapi nanti tetamu confuse pulak sapa pengantin....Hehehehehe......
Untuk majlis hari nie, saya dan hubby telah diberi penghormatan untuk menjadi emcee. Best gak jadi emcee nie. Dulu masa Shiema dengan Che Wan kawin, kiteorg jadi emcee jugak tapi agak kelam-kabut coz tak buat persediaan dari awal. Belajar dari kesilapan yang lepas, saya telah mendapatkan maklumat dan panduan yang sepatutnya lebih awal. Text emcee pun dah siap seminggu before wedding. So, basically majlis pada petang tue berjalan dengan lancar. Bangga gak dapat menyumbang sikit untuk majlis nie.
P.s.: To Khairul dan Shady, congratulation on your wedding. May u live happily ever after.
Labels:
Wedding
Thursday, October 16, 2008
My 1st Time Blogging
Nervous...Nervous....Hehehehehehe..........
Mesti uoall nak cakap saya nie ketinggalan zaman kan... Tak kisahlah. Selama nie saya asyik baca segala macam cerita dalam dunia nie kat blog orang. And I must say that it was very interesting.... Tak pernah pulak terfikir nak buat blog sendiri.
Tapi disebabkan hari nie saya tersangatlah bosan sehingga mencecah tahap DEWA di office nie, then i decided to do sumting with my time... That's where i sign in and create my own blog. Bukan mencuri masa pejabat tapi sekadar memenuhi masa yang ada. Kerja-kerja hakiki semua telah dibereskan....
So, where shall I start? Anywhere oso can rite?
I'll write about my very own wedding. Although it was in July, the memories remain forever. Majlis akad nikah telah diadakan pada 4 Julai 2008 di Masjid Tanjung Minyak, Melaka selepas waktu Asar.
Rupa-rupanya ada satu lagi pasangan yang nak menikah petang tue. Disebabkan pasangan tu sampai dulu (rumah pengantin perempuan sebelah masjid jer), maka mereka akan dinikahkan terlebih dahulu. So kenalah tunggu.
Sementara menunggu untuk dinikahkan, aku dan Jimmy telah dihujani pelbagi soalan dari Tok Kadi....Haru jugak dibuatnya, banyak plak soalan dia tanya. Siapa nama bakal suami? Rukun Islam ada berapa? Rukun Iman? Cuba mengucap, bagi makna sekali ye...Istighfar.....Rukun Nikah ada berapa???? Dan macam-macam lagi.
Nasib dah prepare sebelum datang masjid tadi...
Berbalik pada pasangan tadi, dengan sekali lafaz sahaja mereka telah sah menjadi suami isteri. Jimmy dah pressure time nie, kena buat sekali jugak nampaknye. Semua orang tengah excited nie... Boleh ker???
Alhamdullillah, dengan sekali lafaz jer kami telah disatukan sebagai suami isteri. There was a mixed feeling at that time. After all that we've been through, we are husband and wife now.
Majlis bersanding telah diadakan keesokan harinya (5 Julai 2008) di rumah aku di No:7, Lorong 1, Jalan TM3A, Taman Tanjong Minyak, Melaka. Cuaca hari tu memang cukup baik dan majlis telah berlangsung dengan jayanya. Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua untuk hadir ke majlis persandingan kami. Appreciate it so much. Maap ye kalau ada apa-apa kekurangan. Minta maap kerana tidak sempat nak layan semua orang.
Majlis resepsi di pihak lelaki telah diadakan pada 6 Julai 2008 di PWTC dengan bertemakan warna maroon. Persalinan dan make up pada malam tue telah disediakan oleh Kimie Kajang. My mother-in-law bought the materials from Jakarta then tempah pada Kimie. We like it so much. Thanks mum.... There were few VVIPs, some are Jimmy's uncle and aunt.

Before I end up, I would like to say thank you to those who has helped us to make this event a memorable one. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.
Raikan Cinta Aszmy & Miriza - 040708
Subscribe to:
Posts (Atom)
