Thursday, December 1, 2011

RSOG Workshop @ Philea Resort & Spa



Minggu lepas adalah super busy sebab 1 hari pun tak masuk office. Isnin dan Selasa berada di PICC untuk berbengkel dan Rabu sehingga Jumaat di Melaka untuk berkursus. Punch untuk bulan ini secara amnya banyak yang kosong..huhu...

By the way workshop daripada Razak School Of Government (RSOG) nie adalah kesinambungan daripada workshop pertama yang telah diadakan pada 14-16 Oktober lepas. The 1st one was held at IOI Marriott. So basically peserta untuk workshop ini juga adalah peserta yang sama. Seronok pulak dapat jumpa balik geng-geng workshop yang lain. Eventhough kebanyakan mereka adalah senior-senior daripada saya tetapi we can mix up very well.

The best thing about the workshop adalah accommodations yang very the awesome possum dan trainers yang sangat cool. Tempat kursus setakat nie memang gempak. The 1st one as I mentioned earlier, IOI Marriott dan kali ni Philea Resort & Spa. The trainers iaitu Thiagi dan Sam memang the bestlah. Tak rasa mengantuk sepanjang workshop sebab setiap sesi pembelajaran diterjemahkan melalui aktiviti yang menarik dan sangat impromptu.

Hari ni bukanlah nak cerita sangat pasal workshop tue tapi nak share dengan uolls semua pasal Philea Resort & Spa nie. Manalah tau kalau ada sapa-sapa yang teringin nak mencari kelainan daripada hotel-hotel yang biasa anda pergi, mungkin boleh consider tempat nie. Tempatnya sangat mudah untuk dicari iaitu bersebelahan dengan Exit Ayer Keroh. Sebaik sahaja bayar tol, sila susur ke kiri dan masuk di simpang pertama dari Tol Ayer Keroh itu. Satu lagi landmark ialah ia bersebelahan dengan Taman Rama-Rama Melaka.



Konsep hotel nie macam chalet. Ada 3 jenis bilik yang boleh dipilih iaitu Royal Villa (2 rooms), Philea Suite (19 rooms) dan Pavilion Room (180 rooms). Kalau terasa nak dilayan bagaikan seorang raja bolehlah try test Royal Villa tue. Harganya saya tak pasti. For more info pasal room rate kena call pihak hotel sebab masa check out their web macam tak jumpa je room rate except for promotion rate. Bilik-bilik kat sini rata-ratanya diperbuat daripada kayu dan buluh.



Ini kira main entrance untuk Philea Resort and Spa



Ini contoh Pavilion Room


Untuk Pavilion Room ia merupakan sebuah rumah yang dibahagikan kepada 4 bilik di mana 2 bilik berada di tingkat atas dan 2 lagi di tingkat bawah. Masa workshop tue saya dapat bilik di bawah. Ada rakan-rakan yang dapat bilik kat atas. Diaorang kata syiok duduk kat atas sebab dapat tengok bentuk bahagian atas bumbung yang agak condong. Yang kat bawah pulak komplen kalau ada budak lari-lari kat atas, kat bawah tue macam bising sikit jadinya. Mine was ok sebab takde pulak dengar bising ke apa. Maybe sebab takde tetamu kot kat bilik atas tue.

Untuk pengetahuan uolls, kawasan hotel nie agak besar dan bentuk muka buminya adalah berbukit-bukit. Disebabkan keadaan dan kawasannya yang agak besar, pihak pengurusan hotel turut menyediakan kemudahan buggy untuk tetamu yang berkunjung. Kalau rasa malas nak jalan, call je operator for buggy. Nanti anda akan dihantar ke mana anda nak pergi dengan menaiki buggy. Tapi penggunaan buggy itu hanya untuk di kawasan hotel saja ye.







Saya rasa satu lagi attraction yang menarik adalah kawasan swimming poolnya. Memang agak besar berbanding hotel lain yang pernah saya pergi. Confirm kalau bawa anak-anak kecil boleh layan dari pagi sampai ke petang. Pemandangan kat kawasan pool nie sangat awesome pada waktu malam. Kalau tak percaya sila lihat gambar kat atas tue. Lawakan??!!!

For food and dining pulak, they have a few place for you examples Cravo Cravo Restaurant, Nusantara, ChillOut, Bayu Cabana, etc. And from my experience, the food memang sedap and they have a lot to choose from. In fact, for coffee break and minum pagi pun the food was sangat sedap. And I tell u memang boleh gemuk dalam masa 3 hari duduk kat situ.



Cravo Cravo Restaurant



PhiliKidz


And I just want to share the pictures taken in my room. I just loved it sebab sangat romantic. I think ia sangat sesuai untuk mereka yang nak berbulan madu...hehehe!!!

















I think cukup pasal hotel tue. For more info uolls can checkout their website. Sekarang nak share gambar masa workshop pulak. Sila layan. Walau bagaimanapun tak semua gambar dapat diambil.



Mr. Thiagi from USA - Trainer



Mr. Nazim from INTAN



Pn. Razhiah from JKR



Mr. Zureen from KSN's Office



Mr. Mahyuddin from Service Division, PSD



Mr. Shukor from NRE


No comments: