Last weekends managed to go to Istana Budaya temankan MIL menonton teater The Secret Life of Nora. Nasib dapat tiket sebab berdasarkan review yang dibaca tentang teater nie sangatlah mengujakan. So takut jugak tak dapat tiket. Full house Istana Budaya malam tu. Malam tue jugak Istana Budaya telah menerima kunjungan daripada Sultan dan Sultanah Pahang yang mencemar duli untuk menonton teater Nora nie. So protokol pada malam tue adalah terlebih sikit.
Dah setahun tak menonton teater kat IB. The last teater was Mama Mia kot. Entahlah..dah lupa. Masa kat London dapat jugak masuk teater sekali...tengok Dirty Dancing. Sangat best dari segi props nye, pelakonnya, lagunya. Pendek kata memang sangat berpuas hati.
Mr. J
Setelah menonton The Secret Life of Nora nie, perasaan yang sama jugak yang dirasakan. Daripada 5 bintang, rasanya nak bagi semua bintang tue kat Enfiniti Productions kerana telah berjaya menghasilkan satu produk yang berkualiti untuk tontonan rakyat Malaysia.
Syabas untuk semua yang terlibat dalam menjayakan teater ni. Memang berbaloi menonton teater Nora nie. Saya paling suka dengan watak yang dimainkan Pak Nil (Mr. J) dan Adibah Noor (Kak Jah..kalau tak silap). Sangat kiut bila dengar Pak Nil sebut nama Nora sebagai Nowa. Kak Jah tue pun comel jugak. Kedua-dua watak nie telah menghidupkan teater ini secara keseluruhannya. Tapi saya takdelah fancy sangat dengan Agent Roger Frost tue. Mungkin ada yang kata dia handsome tapi for me lakonan dia biasa je kot...hehehe. Itu pendapat peribadi saya sahaja. Peminat-peminat Ryan Silverman sila jangan hangin, okey???!!!
Set nie memang gempak...I loike!!!!
Selepas nie MIL nak ajak tengok Badai Semalam pulak. Not too sure apa kisahnya. Nanti dah tengok bolehlah share dengan uolls semua. Itu sahaja untuk kali ini.
Chiow......
No comments:
Post a Comment