Tuesday, October 11, 2011

Updates!!!



Dah hampir sebulan tak update blog. Dalam tempoh masa tersebut macam-macam dah berlaku. Nak cerita semua pun macam dah tak ingat so mana yang dapat je la. Selamat landing di bumi bertuah Malaysia pada petang Rabu (21 September 2011) lebih kurang pukul 5.30pm. Tapi disebabkan sibuk menguruskan Aimery dan Amsyar kiteorang hanya berjaya keluar 45 minit kemudian. Family semua dah tunggu. Bestnya dapat menatap muka-muka orang yang disayangi dan dirindui. Sembang-sembang sikit dengan semua orang sebelum bergerak pulang ke KL. My family bertolak balik ke Melaka sebab my brother ada exam keesokan harinya. My MIL bertolak ke JB sebab ada meeting kat sana pagi esok. So kami anak-beranak with my BIL and FIL beransur balik ke KL.

Aimery dan Amsyar jetlag tak ingat punya. Dah pukul 3 pagi baru budak berdua tue nak tido. Mummy dia dah tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Lepas dah 3-4 hari baru dapat tune semula waktu tido diaorg.

Weekends tue terus balik Melaka. Terpaksa minta bantuan my mum untuk jaga Aimery buat sementara waktu sebab susah nak cari nursery yang nak ambil budak kecil macam Aimery. My mum happy je bila kiteorg hantar Aimery balik. Kalau boleh siap suruh tinggalkan Amsyar sekali. But I know my mum memang tak boleh cope dengan dua budak dalam satu masa. Amsyar tu dah besar dan sangat lasak. Pengsan nenek dibuatnya nanti. Lagi pun teacher kat nursery lama Amsyar tue dah setuju nak terima Amsyar masuk semula kat situ. Ok kot rasanya. Buat sementara waktu nie terpaksa dua beradik nie berpisah kejap. Kiteorg tengah usaha untuk dapatkan maid. Hopefully bila dah ada maid nanti bolehlah Amsyar and Aimery duduk rumah and main sama-sama. Dengan itu jugak, kebanyakkan hujung minggu kami dihabiskan dengan berulang-alik ke Melaka. Saya suka je dapat selalu balik Melaka. Bila balik tue dapatlah bawa Amsyar dan Aimery melawat tempat-tempat menarik yang ada kat Melaka tu. Dah jadi macam pelancong la pulak. Pada hal anak jati Melaka. But seriously..dah banyak berubah. Before this kalau balik Melaka takdenya nak jalan-jalan kat bandar sebab malas nak bersesak-sesak dalam jam. Bila dah lama tak pergi tue nampak sangatlah perubahan yang berlaku. Aimery dan Amsyar pun suka bila dapat jalan-jalan macam tue. Cuma yang tak tahan tue cuaca yang sangat panas kat Melaka. Muka budak berdua tue dah jadi macam udang bakar...merah semacam. Peluh pun boleh tahan, kuyup jugaklah baju diaorang.

Next Monday tu me and hubby dah terus lapor diri kat JPA. Saya dah terus kena punch card kat JPA sampai dapat posting nanti. Hubby tak keje lagi sebab dia dapat cuti tanpa rekod for 7 days. Pastu continue dengan MC sebab dia buat operation untuk keluarkan besi dalam kaki yang patah dulu. MC sampai 13 Oktober.

Dua minggu jugaklah berenang-renang di pool sebelum dapat posting. After 2 weeks barulah saya dapat posting. Surat penempatan telah mengarahkan saya melapor diri ke Bahagian Perkhidmatan (BK), JPA. Oh nampaknya kembali ke tempat lama. Nasib baik kat JPA...But actually tak kisah pun kat mana-mana Jabatan/Kementerian, asalkan di Putrajaya. Senang sikit kalau dah pindah ke Kota Warisan nanti. Tak kuasa la nak meredah jam kalau dapat posting kat KL nun. Kat BK nie pun banyak post yang kosong. Ramai pegawai lama kat sini dah ditempatkan di Agensi/Kementerian lain. Pengarah pun dah tukar. Dalam setahun nie dah banyak jugak yang berubah. Tapi seronok jugak dapat jumpa muka-muka lama yang masih setia di BK nie.

Kali nie saya diberi tanggungjawab untuk menjaga unit pembangunan untuk skim Pegawai Teknologi Maklumat (PTM), Pegawai Latihan Vokasional (PLV) dan Pegawai Psikologi (PPsi). Desk nie berbeza sikit je dari apa yang pernah saya buat dulu walaupun melibatkan skim yang sama. Dari kerja-kerja operasi ke kerja-kerja pembangunan. Tapi ada jugak kot sikit-sikit kerja operasi sebab saya masih terlibat dengan urusan naik pangkat dan pemangkuan. Setakat nie belum berapa sibuk. Bos pun belum panggil lagi.

So overall saya bersyukur sebab semua urusan berkaitan family dan kerja dipermudahkan oleh Allah. But still ada banyak jugak benda yang perlu dibuat lepas nie contohnya nak kena renovate rumah di Kota Warisan. Baju-baju yang banyak yang dibawa pulang dan akan sampai dari kapal dah tak ada tempat nak simpan. Bilik yang ada di rumah MIL sudah tidak menampung keperluan wardrobe kami 4 beranak. So masa renovate rumah nanti musti minta hubby buat cabinet/almari banyak-banyak.

Itu saja...nanti kita cerita lagi. Bye!!!!

No comments: