Friday, November 4, 2011

Lunch @ctivites



Hari nie baru masuk office setelah 2 hari MC. Pagi tadi macam dah terlewat sikit keluar dari rumah so tak sempatlah nak breakfast yang heavy kat cafe. Nasib kat rumah tadi sempat minum secawan milo panas dan sekeping roti butterscotch. Buat alas perut sebelum telan antibiotik.

Maka oleh itu perut adalah sangat lapar. Mujur hari nie hari Jumaat. Waktu lunch pun cepatlah sikit daripada hari-hari biasa. Pukul 11.15am perut dah berbunyi tak ingat punya. Cukup time lunch je terus angkat kaki bersama kawan-kawan lunch saya a.k.a Awien, Nedia, and Kak Ja. Kak Fiza tak join sebab hari Jumaat dia selalunya balik rumah waktu lunch.

Pergi cafe pun orang tak ramai. Memang terbaiklah sebab perut kan tengah lapar. Bila tak ramai orang nie cepatlah sikit boleh beli makan, tak payah nak beratur bagai. Lauk-pauk pun banyak lagi. Selalu kalau sampai sini yang tinggal ada la 2-3 ikan, ayam....yang lain-lain tue tinggal kuah je. Hari Jumaat nie ramai orang makan kat luar kot. Waktu rehat kan panjang sikit so bolehlah panjang langkah cari tempat makan yang best. Kalau malas macam kiteorang nie, jawabnya cafe Blok C1 atau Blok C6 je la.

Lepas dah makan tue semua pakat plan pergi gerai jualan di SPA. Tiap-tiap hari Isnin dan Jumaat ada jualan kat situ. Antara yang dijual di situ adalah pakaian, tudung, produk kecantikan, makanan/minuman, dan macam-macam lagi. At first cadangnya nak cari tudung untuk mak. Kata nak raya so nak beli oleh-oleh sikit untuk dibawak pulang ke Melaka petang nanti. Lepas tue geng-geng tadi mention pulak pasal chocolate cake. Erm..best jugak kalau dapat beli nie. Boleh makan waktu raya nanti (silap-silap tak sempat raya dah habis, maklumlah kat rumah tue ramai orang). So ingat nak beli dalam 2 biji. Harap-harap ada rezeki.

Sampai je kat gerai jualan terus kami ke gerai yang menjual cake chocolate tue. Dah ramai yang beratur menunggu untuk mendapatkan kek masing-masing. So kiteorang pun nak pun join the queue. Elok je kami masuk queue, orang kat depan tue cakap kek dah habis, dia orang yang last dapat kek tue. Erm....takde rezeki nampaknya. Kena la buat sendiri nie kalau nak makan. Memang dah tau buat pun tapi bila dah start kerja nie tetiba je rasa malas nak membaking segala. Tunggulah nanti kalau dah pindah rumah sendiri...kita cubalah rajin-rajinkan diri untuk membaking semula.

Disebabkan sudah tiada rezeki di situ, saya dan kawan-kawan pun mengikut haluan masing-masing, nanti nak balik kita jumpa balik. Saya saja je ronda-ronda tengok design tudung yang dijual. Banyak gila sampai tak tahu yang mana yang lawa dan sesuai dengan mak. Tak nak pulak terbeli design yang dah tak up to date kan...Kesian mak kite nanti, pakai tudung dah outdated.

Dalam mencari tue tiba-tiba ternampak 1 dress kaler hijau nie. Terus je masuk kedai tue n belek-belek dress tue. Suka kaler hijau dia. Design pun tak fancy sangat. Siap try pakai sekali. Takut nanti kalau tak try menyesal pulak bila tersingkat di sana sini. So kita try saja lah. Bukan kena bayar pun kalau try kan. Elok pulak labuh dia. Nie macam nak kena beli nie. Tuan kedai promote jugak design yang lain tapi hati sudah berkenan dengan si baju hijau. Oleh itu saya telah terbeli sehelai dress hijau untuk diri saya.





Jalan-jalan lagi. Kali nie ternampak pulak booth yang jual kain cotton. Semenjak dua menjak nie macam suka pulak nak pakai kain cotton nie. Rasa macam selesa je. Nak manage dia pun senang. Bila dah ternampak nie haruslah melihat kalau-kalau ada yang berkenan. Boleh tahan jugak kain-kain tue. Kat situ ada 2 jenis cotton, 1 English cotton and the other one adalah Swiss cotton. Swiss cotton tue lebih kepada corak-corak yang abstrak. Lepas dah belek-belek tue, saya amik 2 helai English cotton. Bila check purse, tak cukup duit la pulak (boleh???!!). Suruh that girl KIV that kain for me sementara saya pergi withdrawal itu duit. Bikin malu saja. Kat ATM, keluar duit lebih sikit, mana tau ada terberkenan benda lain pulak (cheh..kata nak berjimat cermat konon, cakap tak serupa bikin).

So lepas keluar duit tue terus je bayar harga kain tadi and terus je cari tudung untuk mak. Benda yang patut dibeli dari awal tak dibeli lagi, benda lain pulak yang dicapai. Terjumpa pulak dengan Awien and Nedia, minta pendapat diaorang pasal tudung yang sesuai dengan mak. Maklumlah saya nie tak berapa update sangat pasal design tudung nie. Sekarangkan dah ada macam-macam fesyen. So baik tanya orang yang berpengalaman. After dah tengok tudung-tudung dan meminta Awien memperagakannya, saya berjaya membeli 3 tudung untuk mak. Hopefully mak sukalah dengan tudung tue.








Lepas beli tudung terus je balik. Nanti takut terbeli lagi benda yang bukan-bukan. Kain yang dah ada pun belum hantar tailor untuk jahit lagi, dah tambah kain baru. Not good!!!!


P.s. Sila jalan sambil tutup mata supaya tak berhajat yang bukan-bukan.



No comments: