Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Malam Pertama



Eh...eh...kalau anda cari cerita 18SX, di sini bukan tempatnya (he..he...he...saja cari tajuk yg boleh dapat hits tinggi). Strategi namanya tue. Jangan risau nie bukan citer yang berunsur lucah ke apa. Saje nak share pengalaman tidur kat rumah sendiri. Hahaha...punya la lama gebang-gebung dalam blog nie kata nak pindah rumah, baru semalam berjaya melakukannya. Clap (3X).

Main redah je la masuk rumah semalam. Kalau nak tunggu-tunggu memang tak masuk nanti. So semalam balik dari Melaka terus pegi ke Kota Warisan. Sampai rumah around 6.15pm. Sampai rumah tue barulah terhegeh-hegeh nak pi beli tong gas. Bulan puasa macam nie kalau takde tong gas memang parah la jawabnya.

Nasib baik kawasan tue dah ada orang jual barang-barang keperluan rumah, kalau tak pening jugak nak mencari. Budak-budak pulak sampai rumah terus excited nak main toys. Wal hal sepanjang perjalanan dari Melaka ke Kota Warisan, masing-masing belasah tido tak sedar diri. Masuk rumah terus segar bugar dibuatnya. Terus ajak naik atas nak main toys. Ya, meraka dah tau toys mummy dah sediakan kat atas. Lepas kemas yang wajib, terus keluar pi Bandar Baru Bangi untuk buka puasa dengan BFFs sekalian. Citer buka puasa tue tunggu lain entryla (kalau teringat dan ada kerajinan nak tulis).

So, apa yang boleh saya katakan adalah malam pertama di rumah sendiri adalah SUCCESS. Memula tue macam kelam kabut jugaklah. Nie nak check, itu nak check. 1st time nak tido situ kan so kena make sure semua selamat. Yang budak-budak pulak bukan kisah apa. Yang diaorang tahu nak main je. Dah pukul 10pm lebih pun nak main lagi. Haruslah Ayah guna kuasa veto suruh semua orang tido.

Wednesday, June 13, 2012

Hectic Weekends



Weekends lepas adalah sangat hectic. Pagi Sabtu dah keluar ke Kota Warisan sebab ada orang nak hantar katil dan tilam untuk bilik. Tunggu punya tunggu pukul 12pm lebih baru sampai. So tilam semua dah selesai. Nak tunggu TV cabinet pulak sampai. Tapi orang kedai tu kata dalam pukul 6pm baru dia sampai Kota Warisan. WTH!!! Takkan la nak menanguk je kat sini kat.

Oleh itu, saya dan hubby telah memanjangkan langkah ke Puchong untuk mencari keperluan lampu di rumah. Tak tau kat area mana pun kedai tu tapi main redah je. Bila ternampak je kedai kita berhenti sajork.

So bila ternampak je area tempat yang ada jual furniture n lighting kat Puchong, terus je kitaorang berhenti. Nampak macam best je tempat tue. Harap-harapnya jumpalah yang berkenan di hati nanti. Nama kedai tue pun makcik dah lupa… Walhal baru je pegi minggu lepas.

Banyak jugak pilihan kat kedai tue berbanding dengan kedai kiteorang pergi kat Bangi hari tue. Dan paling best harga dia jauh lebih murah daripada yang kat Bangi tu. Terus rasa macam Tipah Tertipu. Lepas nie kalau nak beli lampu memang akan cari kat area Puchong ni je. No more Bangi. Lepas dah ronda-ronda tue, dapat gak bawa balik 2 lampu untuk toilet, 2 lampu untuk hall kat tingkat atas, 2 lampu untuk tangga dan 1 chandelier (sila jgn bayang yang kristal-kristal tue ye kawan-kawan…x kuasa I nak membelek kristal tue bila dah berhabuk nanti). Semua tue tak sampai 2K pun. Nie kalau kat Bangi nie mau 2 kali ganda harganya.

Hati manyak happy sudah dapat manyak lampu…heheheheh!!!! Tapi perut dah start bunyi dan berdondang sayang. Sebab malas nak cari tempat makan dan tak berapa familiar dengan area tue kiteorang singgah kat Mc Donald Sri Kembangan yang kat tepi highway tu je.

Monday, June 4, 2012

Busy Sunday



Hari minggu sepatutnya hari untuk beristirehat tapi tak jadi macam tu untuk saya. Weekends pun penuh dengan aktiviti. Nak-nak lagi tengah musim cuti sekolah nie. Undangan ke majlis perkahwinan bersusun. Hari Ahad lepas hubby ajak ke Taman Melati untuk memenuhi undangan officemate dia. Baru je bagi tau saya petang semalam. Dah berangan dah nak lepak kat rumah pagi tue sebelum buat aktiviti lain tapi nampaknya terpaksa dilupakan saja aktiviti berehat itew.

Dalam pukul 12pm kiteorang dah bertolak dari rumah. Sengaja pegi awal sebab ada benda lain nak dibuat sebelah petang. Diaorang buat majlis tue kat Dewan Serbagunan Taman Melati Impian. Sampai sana around 12.30pm. Just nice sebab orang tak ramai lagi. Hubby tercari-cari jugak member dia tapi nan ado. Tak sampai lagi kot.

Tak makan sangat pun kat situ sebab pagi tadi dah makan roti canai dan sukun goreng. Sedap dapat cicah sukun dengan kuah asam pedas ikan merah. Dah lama tak makan asam pedas. Suap Amsyar makan sikit nasi orang kawin, lepas tue dia pun x nak makan lagi sedap pedas. Terus buka wafer Loacker yang memang dah standby dalam beg.

Walau pun majlis nie dibuat kat dewan tapi still panas gila. Memang berpeluh-peluh dibuatnya. Amsyar pun berpeluh tak ingat punya. Muka pun dah bertukar jadi merah. Kulit dah la putih so memang obvious la merah dia. Tapi yang bestnya wedding nie dalam pukul 1pm pengantin dah bersanding dah. Takde pun majlis tepung tawar. Oleh itu, tak perlulah kita duduk lama-lama di situ kerana majlis secara x rasminya telah selesai. Dalam pukul 1.30pm kami pun minta diri nak balik.

On the way balik tue, kepala sakit yang amat. Saya pun confused apsal tetiba je sakit kepala. Mungkin sebab cuaca panas sangat kot. Balik rumah terus telan Panadol 2 biji dan buka aircond. Lepak sekejap kat bilik bagi kurang sikit sakit kepala.

Friday, June 1, 2012

Love Nest....In Progress


Dah ada perkembangan jugaklah rumah kiteorang nie. Daripada kosong takde apa, dah nampak lah macam rumah sikit bila dah bawa masuk barang sedikit demi sedikit. Memang kiteorang nie agak lembab sikit. Progress buat masa nie berlaku dengan sangat slow. Hari nie buat kitchen cabinet. Sebulan pastu baru nak pasang blind. Blind tu pun tak complete lagi sebab hari tue ada 2 tempat yang ukurannya tak sama dengan tingkap, so kedai kena pegi buat baru. Dan tingkap kat balcony atas baru diukur sebab baru siap daripada renovation. Tu tak tau la bila pulak nak dipasang....Sigh!!!

Sebulan pastu baru nak pasang barang-barang elektrik yang dah dibeli daripada HOMEDEX bulan November tahun lalu. Nasib la kedai tu boleh hold lama-lama kan. Tu pun ada lagi lampu-lampu yang tak cukup dan belum dibeli lagi. Setakat nie pasang apa yang ada dulu. Entah bila la pulak nak cari lampu tu. Hari tue ada gak cari kat Bangi tapi tak ada yang berkenan. Area lain tak survey lagi. Uolls ada cadangan tak kat mana da jual lampu yang lawa-lawa?

Living dan dinner area

Monday, May 21, 2012

Working Hard & Wedding



Hari Sabtu  2 minggu lepas spent almost the whole day di Kota Warisan. Gigih saya dan hubby membanting tulang membersihkan rumah. Dulu kata balik dari London terus nak masuk rumah baru tapi sampai la nie tak masuk-masuk jugak. Banyak benda yang tak settle lagi..tu sampai sekarang masih terhegeh-hegah baru nak bersihkan rumah segala.

Start pukul 1pm. Nasib baik tingkat yang atas sekali dah dibersihkan hari Khamis malam. Tu pun dah penat gila...walaupun 1 floor je pun. So hari Sabtu tue misinya nak settlekan the 1st floor dan tingkat bawah. Serius penat weyh. Bukan senang nak masuk rumah nie. Selain kena menyinsing lengan membasuh rumah, peruntukan kewangan jugak perlu disediakan. Sure uolls yang dah ada rumah sendiri dah merasa macam mana situasi yang saya maksudkan. Tapi sebab exsaited nak duduk kat rumah sendiri, semangat tue berkobar-kobar je walau pun urat tangan dan kaki nie dah rasa tegang semacam. Maklumlah orang x biasa buat keje berat. Selalu duduk kat opis sign surat, baca paper work, minit surat kat anak buah...itu je. Setitis peluh pun x keluar kerana persekitaran yang sungguh nyaman dalam bilik yang dilengkapi penghawa dingin. Bila sampai kat rumah tue, merasa la buat kerja dalam keadaan panas dan peluh menitik-nitik sebab kipas pun nan ado.

Mula-mula hubby macam dah give up sebab dah kepenatan. Then saya ckp la if we didn't finish this chores by today memang susah nak siap nanti. Lagi pun minggu depan dah nak hantar all the electrical stuffs kat rumah. So kalau tak bersihkan rumah sekarang memang susah nak buat bila dah ada barang. Terpaksalah suami akur mendengar hujah bininya. So untuk menghilangkan lelah , pukul 5pm break kejap pekena maggi goreng dan limau ais. Rasa macam minum coconut shake je masa tue sebab nikmat dapat air sejuk. Pukul 6pm start balik. And alhamdulillah around 8.50pm selesai semua kerja pembersihan. Balik rumah makan dan terus tidur. Bangun pagi Ahad tue merasa la sakit satu badan. Hubby pun liat gila nak bangun sebab masih kepenatan. Habis jari-jemari I yang tulus-mulus nie jadi kasar dan mengelupas (sila muntah hijau sebab memuji diri sendiri....). Apa-apa pun bersyukur sesangat sebab rumah dah bersih dan dah boleh mula hantar barang.

Monday, November 7, 2011

Semput



Assalammualaikum semua.

Macam mana dengan sambutan Aidil Adha korang semua? Mine was ok. Tak ke mana pun. Sekadar balik ke Melaka untuk beraya bersama my family. Juadah pagi tue macam biasa, nasi impit dan rendang ayam. Dah tengah hari tue makan mee rebus plak. Petangnya dah bertolak ke KLIA sebab nak sambut my SIL balik dari Dublin.

Tadi pagi-pagi dah ke rumah my aunty di Ampang. Masa balik Melaka hari tue baru dapat tahu husband dia baru keluar hospital sebab kena serangan jantung. Alhamdulillah semua ok. Dia dah dibenarkan pulang dah pun. So kami pun pergilah menziarah dia. Dah nampak sihat cuma lemah sikit. Baru lagi kan so mesti dia tgh nak recover balik. Lama jugak sembang. Siap makan tgh hari kat situ. Disebabkan my aunty dah masak terpaksalah makan walau pun pagi tadi dah belasah makan mee rebus dan lontong kat rumah. Nie la susahnya bila ada musim perayaan, byk sangat makanan. Kalau tak makan nanti takut kempunan. Tapi bila dah banyak makan rasa macam dah buncit semacam je perut.

Dari Ampang, kami ke Viva Home pulak. Saje jalan-jalan. Lagi pun tak pernah sampai situ so nak tau jugaklah apa yang ada kat situ. Dalam pada tue ada jugak nak tengok a few things macam kitchen cabinet, chandeliers dan arm chairs. Masa jalan-jalan tue ada jugak nampak certain things yang menarik perhatian. Tapi takdelah membeli ke ape. Saje survey dulu. Singgah jap Lorenzo....hari nie hari terakhir sale katanya. Ada off sampai 50%.

Tuesday, November 1, 2011

HOMEDEC 2011



Weekends lepas ke Port Dickson untuk mesyuarat strategik cawangan yang antara lainnya melibatkan pengemaskinian pencapaian SKT 2011 dan perancangan bagi tahun 2012. Memandangkan sektor kami dah bersedia lebih awal di pejabat maka urusan dapat diselesaikan lebih awal dari tempoh masa yang diberikan.

Oleh itu, dapatlah pulang ke rumah lebih awal. Sebenarnya dah ada perancangan untuk pergi ke HOMEDEC 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kalau tak dapat balik awal kiteorang akan pergi jugak cuma tak dapatlah nak berlama-lamaan di situ. Actually yang nie was the 2nd Part of HOMEDEC. The 1st Part dah berakhir pada 23 Oktober yang lepas. In the 1st Part ada exhibiton on custom-made wardrobe, kitchen cabinet & appliances, kitchenware & household products, bath & sanitaryware, water filtration & solar heater, tiles, stone & marble, floor & wall finishes, wall coverings & paints, window, door & glass, roofing & insulation, smart home & switches, home security system & safe, interior design consultation and home services.

For Part II, they have audio visual & home theatre system, water heater & fan, bedroom & wardrobe, mattress & bedding products, curtains, blinds & carpets, furniture & furnishing, home office, kids living, decorative items & lighthings, art & wall decor, pool & outdoor living, landscape & aquarium and movers & pest control. So pendek kata kalau pergi HOMEDEC nie memang selesai semua masalah nak masuk ke rumah baru atau mengubah suai rumah kerana semuanya boleh didapatkan di sini. Cuma takut lepas tue ada masalah lain lah pulak. Masalah nak bayar hutang kerana telah berbelanja tak ingat dunia kerana rambang mata. Yang tue kena pandai-pandai sendirilah, saya tak campur.

Tuesday, June 14, 2011

1st Furniture


Bila nak pindah rumah nie macam-macam kena fikirkan. Dulu masa pindah rumah dari Cheng ke Tanjong Minyak macam takde apa sangat. Walau pun rumah tue rumah saya tapi saya tak duduk di situ. Bagi mak, ayah dan adik-adik tinggal so tak kisahlah macam mane they all nak susun atur/deco rumah tue. Saya keluar belanja sikit-sikit beli set bilik tidur baru dan meja makan makan je. Yang lain-lain kebanyakkannya dibawa dari rumah lama. Masa tue gaji kecik lagi so tak mampu nak berhias segala. Beli yang wajib je kemudian kalau ada rezeki baru tambah lagi.

But now, rumah kami dah siap. So kenalah fikir dan sediakan budget untuk proses pemindahan, perhiasan rumah, sistem keselamatan dan macam-macam lagi. Kalau dah balik nanti baru nak fikir semua, kelam-kabut jugak. Buat sikit-sikit katanya. If nak buat semua dalam satu masa semacam tidak berkemampuan pada masa ini.

Sementara ada di London nie, kami ada jugak recce perabot yang dijual di sini. Rambang mata bila tengok perabot-perabot tue. Perempuan nie memang macam tue agaknya, cepat je jatuh hati bila dah suka sesuatu barang. Perabot-perabot tue ada yang murah dan ada yang mahal. Semua bergantung pada kualiti yang kita mahu.

Kami berdua sepakat untuk cari leather sofa untuk kegunaan di ruang tamu. My SIL ada beritahu brand Natuzzi elok dan the design is quite modern. Kami dah tengok design dia. Memang lawa dan leather dia sangat berkualiti. Geram ok tengok. And the price memang kena lah dengan kualiti dia. Our family cadangkan kalau ada perabot yang bersesuaian dengan harga bolehlah beli dari sini.

Ada satu sofa nie, modular shape which for me is sangat gorgeous. Some more, it is in white (which I know memang x boleh beli kaler putih). Jatuh cinta saya dibuatnya. Very chic jugak! Harga pun boleh tahan. Tengok jugak designs lain dari brand yang sama. Boleh pilih nak 2 seaters ke, 3 seaters ke...modular ke (macam L shape ghupenya). Besides that ada jugak armchair, meja, rak dan lain-lain. Boleh lawat ke sini untuk maklumat lanjut. Yang menariknya, uolls boleh custome made sofa yang uolls nak. Dia dah bagi design so kita boleh pilih design dan kaler yang kita berkenan. Masa MIL datang sini, kami dah tunjuk sofa yang kami berkenan kat dia dan she liked it too. MIL siap nak beli satu (2+3 seaters). So bila nak balik nanti baru nak order. Sebab kalau order sekarang mana pulak nak sumbat kalau sofa sampai nanti. Rumah kecik je mana muat nak masuk sofa segala. But the promoter kata tempahan mengambil masa 10-12 minggu untuk dihantar. Kalau macam tue 12 minggu sebelum baliklah baru order.

But 2 weeks ago MIL called dan beritahu Natuzzi ada sale kat Malaysia. 50% off ok!!!!MIL ternampak masa balik dari seminar kat Jalan Sultan Ismail. She MMSed the pic to us. Then tanya nak beli ke tak? After kami discussed, we think it's worth it to buy it. Jimat sebab ada discount 50% dan tak perlulah bersusah payah nak masuk kontena kalau beli dari sini.

This is on SALE!!!

Pic from natuzzi.com

So that's it. Perabot pertama untuk rumah kami. Lepas nie kena recce perabot yang lain. Tu baru part perabot pun macam dah pening. Belum yang lain-lain. I think we'll go slowly kot. Balik nanti duduk rumah MIL dulu. Dah settle semua baru pindah rumah tu kot. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.

P.s.: Berangan nak buat style modern and cozy untuk rumah...;p



Thursday, June 2, 2011

Home Deco


Bila takde keje kat rumah nie selalu jer google pasal home deco. Gila la pulak bila tengok interior yang gempak-gempak tu. Mula la pasang angan-angan nak buat tu, nak buat nie dengan rumah kami nanti. Tengok semua benda cantik. Rasa macam nak beli sama macam apa yang dilihat. Harga tak tau la kan. Berangan jer lebih.

Kalau ikut hati, saya suka konsep yang ringkas, kemas dan ditambah dengan sedikit cozy element. Tidak suka warna yang terlalu banyak. Pernah jugak terfikir untuk memilih tona warna hitam dan putih. Hitam putih tu nampak macam smart dan elegent je. But white with 2 little kiddos, I must say it's a big NO. Buat sementara waktu lupakan dulu warna tu. Tunggu diaorang dah beza dan kalau ada rezeki, kita makeover balik.




Cuma tengok deco bilik tidur kat bawah nie, rasa macam calm giler je. Penggunaan perobatnya pun sangat minima. Senang nak kemas. The second bedroom pun quite ok. The lighting is brilliant and I just love the chandelier.

This one is a bit too much for me. Lawa tu memang lawa tapi macam tak sesuai je nak buat kat rumah. Kalau tidur kat bilik hotel sekali-sekala dengan deco yang macam nie takpe kot.



For dining area, this round table is so gorgeous. The apple green chairs are just perfect. Tapi for family yang ramai macam kurang praktikal.

Anyone for this style???

I like this one




Hari nie kita tengok deco ideas for dining area, bedroom and living room dulu. Esok lusa area yang lain pulak ye. So misi utama bila pulang ke tanah air adalah mencari perabut dan peralatan yang sesuai untuk rumah kami. Nak beli barang-barang nie mau makan masa jugak. Dan makan duit jugak. Makanya haruslah berjimat cermat mulai sekarang.

P.s.: Aktiviti bershopping di London perlu dikurangkan