Majlis nie dah berapa kali tunda sebab tak dapat tarikh yang sesuai. Cadangnya nak buat masa SIL ada kat Malaysia hari tue iaitu dalam 15 - 25 November. Tapi memang tak dapatlah sebab tarikh tue mummy pengantin lelaki a.k.a Aimery adalah super busy. Asyik outstation je kerjanya pada masa tue.
Lepas dah bincang-bincang balik dengan family kedua-dua belah pihak so kami pilih tarikh 27 November 2011 lepas bersamaan 1 Muharam 1433 dan mengambil berkat tahun baru Islam. Mudah-mudahan menjadi anak yang baik dunia dan akhirat. Amin. Kali nie buat majlis aqiqah Aimery di Melaka sebab majlis aqiqah Amsyar dah dibuat di KL. Kena adil ye tak, barulah rukun rumah tangga....weehoo....
Nasiblah mak dan ayah di Melaka dapat bantu cari caterer, orang sewa khemah dan orang jual kambing aqiqah. Ringan sikit beban di batu jemala kami berdua. So basically semua urusan untuk majlis tersebut berjalan lancar.
MIL dan Aunty Jan (close friend of MIL) dah tolong sediakan barang-barang for goodie bag. Teruk punya menantu. Sibuk sangat outstation sampai MIL yang kena take over buat benda-benda tue. CEO pun tak busy macam saya yang hanya orang suruhan...;p
So malam sebelum majlis, adik-adik dikerah untuk memasukkan barang-barang tersebut ke dalam paper beg. Buat ramai-ramai sekejap je siap. Kalau nak mengadap sorang rasanya jenuh jugak. Nasib saya kakak dan ada adik ramai. Boleh jadikan mereka orang suruhan..hahahahaha!!!!
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Makanan terlebih sedikit sebab musim cuti sekolah nie ramai yang buat kenduri kawin. Ada jemputan yang tak dapat hadir ke majlis kami. Ramai jugak yang beri kuih dan sebagainya untuk majlis nie. So bertambah banyak la makanan. Last-last makanan tue saya agihkan kat sedara-mara dan jiran tetangga. Tak rugi apa pun. Esoknya sempat lagi breakfast nasi beriani kambing. Terangkat lagi beb rasa dia.
Di kesempatan nie nak ucap terima kasih kepada semua yang membantu dalam majlis aqiqah Aimery terutama sekali mak, ayah, MIL, FIL, dan adik-beradik saya. Terima kasih juga kat Najwa dan Najla (niece) yang tolong sediakan bunga rampai.
Jom layan gambar pulak.....
Hubby terlibat sama masa urusan penyembelihan kambing. Habis seluar dia kena darah kambing tu.
Ini bukan majlis dia tapi si Amsyar nie pulak yang terlebih excited
Adik dan Abang
Aimery nie saja je, waktu majlis dia pulak dia belasah tidur. Kalau tak susah gila nak tidur.
Hye!!! I'm awake!!!
Apam polka dot yang marvelous
Kumpulan marhaban dari Kampung Cheng
Bawa Aimery pusing sewaktu marhaban
Jemput makan. Menu : Nasi beriani kambing, ayam goreng, kuah dalca, acar nenas dan oren Sunkist
Aimery and Mummy
Aimery and Nenek
Aimery, Ayah and Ummi
Aimery and Atok
P.s.: Next project....Birthday Aimery
No comments:
Post a Comment