Hari tue kan ada bengkel dekat Pullman Putrajaya. Actually sangat seronok pergi ke bengkel tue sebab untuk pertama kalinya dapat berjumpa muka-muka baru yang saya tak pernah kenal sebelum nie. Selalunya kalau kena bengkel asyik muka itew je yang saya jumpa. I is boring uolls. Sesekali tue nak gaks jumpa kawan-kawan baru, barulah berkembang networking kita, tak gitu?
Bengkel hari tu rata-ratanya melibatkan pensyarah dan dekan dari pelbagai IPT di seluruh Malaysia. Most of them adalah tenaga pengajar dalam bidang ICT. Sekali lagi rasa seronok sebab dapat kenal orang-orang dari skim perkhidmatan yang different dari diri ini. If not asyiklah bincang isu-isu pegawai-pegawai gunasama je. Nie pun I dah bosan uolls.
Yang tak berapa nak best adalah satu benda nie je. Bukan tak best la pun sebenarnya. Cuma rasa macam alien pulak apabila bila kalih sini ada Dr. Amalina, bila kalih ke kanan ada Dr. Faaizah. Kat kiri pulak ada Prof. Zaki...depan dia Prof. Shahrul.
Do you get what I mean????
Kiri kanan depan belakang semua orang bijak pandai oii.... Now, I am so tension!!! Saya nie Master pun tak dan nak buat lagi ok. Bila berada dalam situasi di atas, tetiba je rasa nak sambung belajar time tu jugak. Nape la dari dulu tak sambung belajar, kalau tak entah-entah dah ada PhD dah sekarang (Wah...berangan ke langit nampaknya. Xpelah pun bukan kena bayar kalau berangan kan).