Wednesday, June 13, 2012

Hectic Weekends



Weekends lepas adalah sangat hectic. Pagi Sabtu dah keluar ke Kota Warisan sebab ada orang nak hantar katil dan tilam untuk bilik. Tunggu punya tunggu pukul 12pm lebih baru sampai. So tilam semua dah selesai. Nak tunggu TV cabinet pulak sampai. Tapi orang kedai tu kata dalam pukul 6pm baru dia sampai Kota Warisan. WTH!!! Takkan la nak menanguk je kat sini kat.

Oleh itu, saya dan hubby telah memanjangkan langkah ke Puchong untuk mencari keperluan lampu di rumah. Tak tau kat area mana pun kedai tu tapi main redah je. Bila ternampak je kedai kita berhenti sajork.

So bila ternampak je area tempat yang ada jual furniture n lighting kat Puchong, terus je kitaorang berhenti. Nampak macam best je tempat tue. Harap-harapnya jumpalah yang berkenan di hati nanti. Nama kedai tue pun makcik dah lupa… Walhal baru je pegi minggu lepas.

Banyak jugak pilihan kat kedai tue berbanding dengan kedai kiteorang pergi kat Bangi hari tue. Dan paling best harga dia jauh lebih murah daripada yang kat Bangi tu. Terus rasa macam Tipah Tertipu. Lepas nie kalau nak beli lampu memang akan cari kat area Puchong ni je. No more Bangi. Lepas dah ronda-ronda tue, dapat gak bawa balik 2 lampu untuk toilet, 2 lampu untuk hall kat tingkat atas, 2 lampu untuk tangga dan 1 chandelier (sila jgn bayang yang kristal-kristal tue ye kawan-kawan…x kuasa I nak membelek kristal tue bila dah berhabuk nanti). Semua tue tak sampai 2K pun. Nie kalau kat Bangi nie mau 2 kali ganda harganya.

Hati manyak happy sudah dapat manyak lampu…heheheheh!!!! Tapi perut dah start bunyi dan berdondang sayang. Sebab malas nak cari tempat makan dan tak berapa familiar dengan area tue kiteorang singgah kat Mc Donald Sri Kembangan yang kat tepi highway tu je.

Lepas makan tue, kiteorang sempat stop kat satu lagi kedai lighting nie. Kedai tu sederet je dengan Mc Donald tadi. Kat sini pun best jugak sebab banyak pilihan. Rambang mata dibuatnya. Oleh sebab masih ada lagi lampu yang belum complete maka mari kita melakukan aktiviti membeli belah di kedai nie. End up beli 2 lampu untuk balcony, 2 lampu untuk 3rd bedroom dan 1 stand light yang sangat awesome. Nie pun dalam 1K je. Yang stand light tue yang mahal sikit tapi sanggup beli sebab dah jatuh cinta pandang pertama kat lampu tue.

Kereta memang sarat dengan lampu masa tu. Terpaksa duduk bersempit-sempitan dengan lampu-lampu itew. Sampai Kota Warisan around 5pm. Buat apa yang patut sementara menunggu orang TV cabinet tue sampai. Sempat tertidur kejap kat sofa sebab penat sangat rasanya. Dalam pukul 6pm tu diaorang sampai. Terpaksa bangun walaupun dalam hatie terasa meronta-ronta mau tidur. Sementara diaorang sibuk nak pasang cabinet tue, saya pun sibuk la unpack barang-barang kat dalam boxes yang dah berapa bulan terperap tak dibuka. Boxes tue semua meyimpan barang-barang yang dibawa balik dari London. Malas kot nak unpack before this sebab tak tau nak sumbat kat mana kalau buka. So alang-alang nak pindah kite unpack sekali harung je kat rumah Kota Warisan nie. Banyak gak barang yang nak dikemas walaupun hanya setakat 6 kotak je yang dibawa pulang.

At last pukul 8pm lebih baru settle semua benda. Penat sangat dah time nie. Walau pun perut dah start lapar, kiteorang terus je balik rumah KL sebab kat rumah mungkin dah ada makan kot. Kalau beli kang macam membazir pulak.

Sampai rumah around 9pm lebih. Kemas-kemas apa yang patut dan makan apa yang ada kat dapur pastu  terus tidur. Esok nak pegi Sunway Lagoon pulak. MIL ajak join Family Day Ampang Puteri Specialist kat sana. Best gak sebab dah lama tak bawa Aimery dan Amsyar gi mana-mana. Asal weekends je asyik berkampung kat Kota Warisan jer. Amsyar dan Aimery pun memang tak pernah pergi sana lagi.

So pagi tue dalam pukul 8.45am bertolak dari rumah. Traffic adalah lancar and within 20 minit dah sampai Sunway Lagoon. Cuaca pun nampak baik dengan matahari cerah memancar. Dah lama tak berjemur macam nie. Matiklah sunburn. Dahlah terlupa nak tepek sunblock tadi. Redha je la…

Best gak family day diaorang nie. Sangat simple dan semua nampak happy je especially the kids la sebab boleh main air. After a simple launching, they started senaman aerobic. Then followed by games for the kids, teenagers n adults. Pastu ada cabutan bertuah. Hadiah dia memang best la..Siap ada hadiah handphone bagai. Makanan semua memang dah siap packing so bila tiba waktu makan je bolehlah ambil makanan kat kaunter yang disediakan. And they also had a free flow cotton candy and popcorn throughout the event. By noon semua acara dah selesai. Tapi lepas tu kalau nak continue main sampai Sunway Lagoon tu tutup pun takde hal.


We are ready to go!!!

Amsyar sekarang tengah gila dengan Ultraman. Asyik buat gaya Ultraman 24 hours




Aimery yang sedang ketakutan bila nampak clown


Amsyar selamba je dengan clown nie

One happy boy!!





Berehat setelah kepenatan bermain



Kepenatan sampai tertidur kat Bibik. Tapi balik rumah mata dah  jadi segar bugar

Time to go home


Kalau nak buat family day kt tempat macam nie punya gempak for opis kerajaan memang tak dapatlah kan. Dulu my opis buat kat Padang ILKAP yang free tue je…huhuhu. Makanan semua diaorang masak secara gotong-royong.

My kids pun happy je hari tue especially Amsyar. Main sampai tak nak balik. Pastu main macam orang besar. Tak nak mummy dia pegang. Macam terer sangatlah kan. Kite risau dia jatuh ke apa tapi dia tak heran pun kat kita. Hai la anak!!!! Tapi Aimery tu macam penakut sikit. Tak nak berenggang dengan mak dan ayah dia. Berkepit je kerjanya. Nampak clown pun nak nangis.

Dalam pukul 2.30pm kiteorang bertolak balik. Penat sudah. Walau pun penat, budak berdua tue macam payah pulak nak tidur petang tue. Leka nak main lagi. So terpaksa la bibik melayan budak berdua tue. Sebab saya dan hubby nak keluar nak pi tengok perabot dengan MIL. MIL yang ajak kiteorang pi tengok perabot kat jalan Sultan Ismail tu sebab katanya ada offer. Tu yang gigih nak pi tgk tue…

Memang banyak la perabut yang best-best kat situ. Siap ada floor clearance sale lagi. Tapi walaupun ada sale harganya masih di luar jangkauan kami nak membeli. MIL pun sibuk jugak mencari furniture untuk rumah baru dia. So kiteorang nie tukang escort dan tukang bagi pendapat yang tidak bertauliah.

Lepas dah buat lawatan tapak dalam kedai tue, adalah beberapa barang yang dibeli. Disebabkan MIL dah jadi regular customer kat situ maka dapatlah special prize sikit on top of harga sale tu. Meh tengok gambar, then uolls teka yang mana agaknya yang akan diangkut untuk dibawa ke Kota Warisan. Kiteorang tak beli nie semua...ada yang sekadar mencuci mata jer.


Just love it

Nice leather dining set
Which one do u prefer?

Purple sofa anyone???


Is this your style?


Sedar-sedar dah berakhir dah hujung minggu. How time flies kan?! But I’m glad that we managed to spend some time with the kids. Hopefully bila dah pindah nanti boleh lah relaks sikit.

That’s all uolls. Ciao….

No comments: