Wednesday, June 6, 2012

Tak Sakit Pown !!!!!



Pagi-pagi on the way ke office tu memang selalu ditemani oleh JOHARA Pagi ERA. Banyak jugak info yang saya dapat especially masa slot berita-berita terkini yang diselitkan. Pagi tadi ada iklan tentang kempen derma darah kat satu tempat nie yang akan dilaksanakan minggu depan. Pastu kat hujung-hujung tue ada ayat promo yang lebih kurang macam nie bunyinya….

“Marilah sama-sama kita menderma darah bagi membantu tabung darah negara mengumpulkan bekalan darah terutama untuk bulan Ramadhan yang akan datang.” Macam tu la lebih kurang ayatnya.

Macam memang dah bajet kemalangan dan kecelakaan akan berlaku dengan banyak pada bulan Ramadhan dan bekalan darah kompem tak cukup. Dari satu sudut tue memang bagus diaorang mengambil langkah proaktif bagi memastikan bekalan darah mencukupi sekiranya diperlukan. On the other side, nampak macam mendoakan pulak kecelakaan itu berlaku. Erm..takpelah kita ambil dari sudut yang positif saja la.

Dengan itu, saya juga mengambil kesempatan untuk menderma darah hari ni sebab kat opis ada buat kempen yang sama hari nie. Dah dekat dua tahun kot tak menderma darah. Last buat masa tahun 2010 sebelum cuti nak pergi London.

Saya mula dengan aktiviti menderma darah nie tahun 2000. Masa tue masih matrik lagi di Kuala Pilah. Memula nak derma darah tue memang nervous gila la sebab banyak sangat uncertainty yang kita tak tahu. Contohnya sakit ke tak bila ambil darah tue? Berapa banyak darah yang diaorang amik dalam satu-satu masa? Kalau derma darah tue, adakah darah kita akan berkurang? Macam-macam lagilah soklan yang ada dalam kepala masa tue.

Tapi bila dah pergi derma dan dapatkan information daripada pegawai perubatan yang bertugas, tiada lagi kemusykilan yang bersarang di kepala nie. So nak share sikitlah some info tue dengan uolls. Biasanya sebelum kita derma darah tue, kita kenalah isi borang kesihatan yang mengandungi pelbagai soalan tentang diri dan tahap kesihatan kita. Lepas tu, kita kena check berat badan. Kalau berat 45kg ke atas, kita layak untuk menderma. Kalau tak cukup sila tambah berat badan dan datang lagi bila berat dah sampai at least 45kg. Then pegawai bertugas kat situ akan buat ujian darah untuk tentukan jenis darah dan sama ada hemoglobin dalam darah mencukupi atau tak. Kalau tak cukup pun tak boleh derma tau.


Isi borang kesihatan nie dulu

Check darah dan hemoglobin kat sini pulak

Pastu baru pegawai perubatan akan melakukan pemeriksaan kesihatan kepada kita dengan bertanyakan beberapa soalan seperti yang ada dalam borang kesihatan tu bagi memastikan kita faham apa yang kita isi. Antara soalan dalam borang tu adalah adakah anda sedang mengandung, adakah anda menghidapai penyakit berbahaya seperti HIV, pernahkan anda berkunjung/menetap ke negara Eropah, adakah anda melakukan seks bebas dan beberapa soalan lain.


LULUS!!!

Kalau clear pemeriksaan perubatan tue barulah mereka boleh berikan label dan tiub untuk menderma darah. Mesti uolls tertanya-tanya berapa banyak darah yang perlu kita derma? Well basically ia bergantung kepada berat badan kita. Kalau berat uolls antara 45-50kg, meraka akan ambil 350ml saja and kalau berat 51kg ke atas diaorang ambil 450ml. 450ml adalah darah maksimum yang boleh didermakan. Kalau ambil lebih boleh menyebabkan penderma pitam.

Sebenarnya tak sakit pun menderma darah ni. Cuma masa memula nak cucuk jarum tu je rasa macam kena gigit semut sikit. Pastu dah tak rasa apa pun. Apa yang saya suka pasal derma darah nie adalah setiap kali kita menderma, badan kita akan menghasilkan sel-sel darah baru untuk menggantikan darah yang telah didermakan tadi. It’s like kita ganti minyak pelincir baru dalam kereta. Lepas ganti dan service kereta, performance kereta akan jadi lebih baik kan. Macam tue jugak badan kita, bila ada darah baru tue rasa lebih sihat dan best.Dan dalam masa yang sama kita boleh jalani ujian darah secara percuma sebab kat dalam borang tu kita boleh tanda ujian yang kita nak minta diaorang buat. Saya tick je untuk Ujian Hepatitis dan HIV. We never know kan. So kalau ada apa-apa masalah dengan darah kita, mereka akan maklumkan. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati???

Setakat nie saya dah derma dalam 10 kali kot. Dah tak ingat sebab buku merah yang Pusat Darah bagi pun sudah hilang. Alhamdulillah, mudah-mudahan darah tersebut dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan. Derma darah nie ada  tempoh minimum yang uolls kena follow. Let say u dah derma bulan Jun, u need another 3 months before u can donate your blood again.

Mungkin ada jugak yang bertanya ada side effect tak kalau kita derma darah nie. From my experience memang takde apa-apa yang negative berlaku selain saya rasa lebih sihat. Cuma lepas derma tue uolls mungkin akan rasa dizzy sikit. If that happens, uolls kena baring/rehatkan diri untuk seketika. Insyallah..selepas tue akan ok.

Ada beberapa perkara yang uolls kena ambil perhatian sebelum menderma darah seperti :

- Pastikan anda dah alas perut dan jgn pulak terlebih makan sebelum menderma
- Uolls sihat dan tak mengambil apa-apa ubatan
- Dapat tidur yang cukup sebelum menderma
- Lepas derma darah pastikan uolls baring/rehat dulu 10 minit sebelum bangun/berjalan

Semua benda kat atas ni penting untuk mengelakkan anda pitam selepas menderma darah. Masa saya menderma darah tadi, ramai jugak yang terpaksa disuruh pulang kerana tekanan darah rendah dan hemoglobin rendah. Kesian kat dia orang sebab niat murni nak menderma darah tidak kesampaian. So bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku pada uolls, make sure uolls dapat rehat dan tidur yang cukup sebelum menderma darah. Kalau tak pasti hampa nanti.


Gembira dapat menyumbang kepada mereka yang memerlukan

So kalau sesapa yang tertanya-tanya pasal derma darah nie, hopefully persoalan uolls tue dah terjawab kat sini. And sekiranya uolls berpeluang untuk menyertai kempen derma darah ni, jangan lepaskan peluang tau. Kalau tak cuba kita tak tau macam mana rasanya. Kalau dah cuba mungkin anda akan meneruskannya lagi di masa akan datang. Darah kita mungkin akan dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Give it a go k….

Kempen ini dibawa dari Kementerian Kesihatan (tetiba plak kan….). Ok, saya bukan jurucakap KKM…tapi saya nak ajak anda semua menderma darah!

Selamat menderma darah uolls!!!!


No comments: