Friday, June 1, 2012

Terjun Bangunan


Rileks uolls. Saya ok dan masih waras. Takde niat nak terjun bangunan ke apa. Terfikir nak buat entry selepas terdengar berita kat Radio Era masa nak pergi kerja pagi tadi. Laporan tu kata seorang wanita berusia 27 tahun dipercayai membunuh diri dengan terjun daripada tingkat .....Erm tingkat berapa ye? Maaf dah terlupa pulak. Wanita tersebut dikatakan mengalami tekanan setelah kematian ibunya.

Bila fikir balik kenapalah cetek sangat akal sampai nak bunuh diri. Tapi saya tak nak komen panjang tentang perkara nie sebab saya sendiri tidak berada di tempat dia dan tidak merasai apa yang dilalui. Mungkin ada macam-macam lagi faktor yang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidup dia.






Stress/Tekanan mungkin salah satu penyebab wanita tue ambil tindakan membunuh diri. So nak cerita dan kongsi pasal stress. Kalau kita google apalah yang dikatakan stress nie memang banyak tafsiran yang kita boleh dapat. Tapi saya rasa tafsiran kat bawah nie amat mudah untuk kita faham apa yang dikatakan stress itew :

.......We generally use the word "stress" when we feel that everything seems to have become too much - we are overloaded and wonder whether we really can cope with the pressures placed upon us. Anything that possess a challenge or a threat to our well-being is a stress. Some stresses get you going and they are good for you - without any stress at all say our lives would be boring and would probably feel pointless........(Taken from this site)

Penyebab stress nie memang banyaklah kalau kita nak cerita tapi kalau yang common untuk kita semua macam bebanan kerja kat opis, konflik dengan bos yang rasa dia je bagus, lalulintas yang sentiasa jammed, masalah kewangan, persekitaran yang tak selesa atau pun bila bergaduh laki bini (nie paling stress kot). Sapa tak stress kan kalau setiap hari terpaksa menempuh traffic yang bergerak macam kura-kura. Dah la penat dengan kerja-kerja opis. Saya memang stress part nie.

Tak ramai orang yang tahu symptom/tanda-tanda yang menunjukkan yang kita nie memang dah sampai tahap stress. Meh kita kongsi sikit apakah tanda-tanda stress nie :

Letih yang keterlaluan sampai tak boleh nak buka mulut beritahu orang yang kita nie letih (Restlessness)

Perubahan selera makan. Dulu petai tu memang perebet. La nie bila bau petai pun nak pitam (Change in appetite)

Gangguan tidur - Bila tidur kejap-kejap terjaga walhal takde apa pun. Kalau tak selagi tak kejut memang tak bangun la jawabnya (Sleep disturbances)

Selalu sakit kepala dan minyak cap kapak adalah menjadi must have item dalam handbag (Headache)

Cepat sangat nak marah/melenting sampai anak buah nak masuk ke bilik pun gerun (Easily irratated)

Tak fokus. Dinner hubby dah request nak makan ayam masak kicap dibuatnya ayam masak lemak. Terlebih rajin pulak walhal ayam masak kicap tue lagi senang nak buat kot.

So bila dah ada tanda-tanda yang sebegini memang confirm la kita dah mula manghadapi stress. Kalau nak lagi confirm sila la pi hospital dan buat stress test. Sure gagal dengan jayanya!!!!

Tapi uolls tak perlu risau dan tak perlulah terfikir macam wanita dalam kes kat atas tadi. Ada je jalan penyelesaian or teknik yang boleh bantu kita untuk jadi lebih rileks dan tak mudah stress. Antara yang dicadangkan ialah :


Don't try this guys!!!


Berurut. Sekarangkan ada banyak spa yang menawarkan macam-macam pakej rawatan. Apa salah sekali sekala kita manjakan diri kat sana. Tapi kalau hubby kita nak pergi kita kena ikut. Nanti lama pulak dia lepak kat sana.

Beribadat. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan dan dibukakan jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang dihadapi. Amin.

Berehat dan mendengar muzik. Badan kita nie perlukan masa untuk berehat kerana kita adalah manusia dan bukannya robot. Robot pun kalau tak re-charge pun x boleh berfungsi. So take some time to relax sambil mendengar muzik-muzik yang menenangkan jiwa dan bukannya muzik heavy metal yang boleh buat pecah kepala.

Bersenam. Bila bersenam pengaliran darah akan menjadi lebih baik dan badan akan menjadi lebih cergas. Bila dah cergas barulah otak kita cerdas dan bolehlah kita berfikir dengan lebih baik untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi.

Berkongsi perasaan dengan orang lain. Sharing is caring katanya. Oleh itu luahkanlah perasaan anda kepada mereka yang anda percayai. Awas, jangan tersalah pilih takut memakan diri pulak nanti. Bila dapat meluahkan perasaan tue secara automatik kita akan terasa bebanan itu akan berkurang walaupun masih tidak ada jalan penyelesaian. Kalau orang yang mendengar itew dapat bagi solution, itu adalah BONUS!!!!

Bernafas secara dalam. Bila bernafas begini kita akan mendapat lebih oksigen dan akan merasa lebih selesa dan tenang. Kalau tak percaya, sila la cuba.

So uolls kalau terasa stress ke apa boleh lah cuba teknik-teknik yang disebutkan tadi. Semua tue saya dapat daripada risalah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya dan tidak merasa STRESS!!!

All the best uolls!!!!

No comments: