Semalam adalah birthday Amsyar (23 Jun). As for yesterday, memang takde buat celebration apa-apa. Sekadar potong kek dengan family je. Insyallah I'm planning a small birthday party for him dan cadangnya nak buat di rumah baru. Tapi tak sure lagi tarikh yang dipilih tue sesuai ke tidak sebab sampai sekarang nie still ada lagi a few things yang masih belum settle kat rumah tu. We'll see how.
Anyhoo, semalam pagi-pagi lagi selepas Amsyar bangun, all of us wished him Happy Birthday. mamat tue pulak buat muka tersipu-sipu malu. Muka dia siap jadi merah. Dahlah muka putihkan..so memang obvious la bila dia blushing tue. Bila tanya dia, hari nie birthday sapa? Laju je dia cakap.."Birthday abang!!!!". Dulu masa tahun 2010, masa buat birthday party dia dia macam blur dan tak paham sangat yang kita sedang raikan dia. tapi kali nie memang totally berbeza sebab dia dah paham apa yang berlaku di sekeliling dia. How time flies....
Around 11am, saya dan hubby angkut amsyar keluar pegi PJ sebab ada hal nak uruskan pasal blind untuk rumah. Dah settle tue kiteorang pegi ke Bangsar Village shopping Centre utk cari a few electrical items. memula nak pegi kat area Jalan Kelang Lama tapi macam jauh je. Then hubby teringat yang kedai yang kiteroang nak pergi tu ada brand kat BSC. So ke sana lakita. Saya suka je pegi situ pasal dah lama tak pegi dan boleh cuci mata kat situ. Kalau pegi Jln Kelang Lama nak tengok apa pun tak tau.
Tapi sebelum tu singgah makan dulu. Masa nak masuk parking tadi dah ternampak Delicious so memang dah target nak makan kat sini. Bila hubby tanya nak makan kat mana dengan laju dan lancar saya jawab..."Delicious".
Pastu tue laju jugak dia jawab, " Ok, I tak kisah kalau u nak belanja".
Ok, terkantoi di situ. Belanja pun belanja la. Lagi pun hari ni kan birthday Amsyar, so mummy belanja lunca yang special la sikit.
Laju jer order sebab perut sangat lapar. We ordered Ceasar Salad, Roast loin of Lamb & Braised Rump of Lamb served with gratin potatoes, Breaded Chicken Tenders with Fries for Amsyar and 16 Hours Braised Boneless Beef Sort Ribs. But then the waiter came back n beritahu yang boneless beef tue dah habis. Hubby adalah sangat kecewa sebab teringin sangat nak makan benda tu. Alas, he ordered Mascarpone Pesto Chicken.
Amsyar n Mummy @ Delicious |
Muka bosan Birthday Boy |
Semua makanan yang diorder adalah sangat sedap. Service pun adalah sangat cepat dan layanan yang diberikan pun memuaskan hati. Tapi tak larat nak habiskan semua tue pasal portion dia yang agak besar, kiteroang nie semua bukannya big eater. So mana yang tak habis tue siap tapau bawa balik. Dahlah mahalkan rugi pulak kalau tinggalkan.
Bila nak bayar, saya pun keluarkan purse. OMG. Duit tinggal RM50 je dalam purse. Terpaksalah En. Suami saya mengeluarkan card creditnya sebab credit card saya dah expired. Actually boleh je nak pakai debit card saya tapi hubby dah laju je keluarkan card dia so biarkan saja (keji sungguh perangaikan). Mummy belanja lain kali la ye...
Then baru la pi cari barang yang nak beli tadi. Sekejap je kat kedai tue sebab dah tau apa yang nak dibeli. Then hubby tanya boleh tak kalau nak beli TV lagi satu? Saya dalam kepala dah pikir yang 2 kat rumah tue tak cukup ke? Bila tanya dia kata yang baru tue nanti nak letak kat tingkat 2 untuk buat exercise. Harap-harapnya nanti exercise la, jangan nanti TV tue jadi tempat untuk main game je.
Later than evening barulah kiteorang semua buat upacara memotong kek sebab masa tue baru semua orang ada. Daripada pakai baju lawa dah sampai tukar baju tidur dah menunggu nak potong kek. Amsyar excited gila nak potong kek. Bila semua orang nyanyi lagi happy birthday untuk dia, sekali lagi dia buat muka comel yang tersipu malu. Kelakar la pulak....
So, itu je cerita sambutan kecil-kecilan sempena birthday anak bujuang saya Amsyar. Insyallah kalau berkesempatan, I'll update about his birthday party later.
Have a good day guys.
No comments:
Post a Comment