Showing posts with label Amsyar. Show all posts
Showing posts with label Amsyar. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

Sayang Anak


Pagi before pegi office normally I would drink a mug of milo.
Sambil minum pagi tadi sambil sembang dengan anak2.
Macam-macam la yang dibebelkan oleh the kids.
Me layan je la sebab ada masa.
Kalau dah terlambat tue xde nak sembang.
Terus salam tangan dan cium the kids then terus meluru ke kereta.

Sambil sembang2 tue tetiba Amsyar buat request.
"Mummy..boleh mummy belikan abang nasi beriani?"
Gitu....
Request nasi beriani uolls.

I cant remember bila 1st time I ate nasi beriani.
Yang pastibukan masa kecik la.
Sebab my family memang tak berapa senang.
We all adik beradik makan ape je yang mak sediakan.
Tak pernah nak request itu dan ini sebab tau ayah tak mampu.

Tapi budak zaman sekarang nie, kecik2 dah pandai dah pilih nak makan apa.
Macam Amsyar nie... dia memang peminat nasi beriani.
Memang berselera betul dia kalau dpt nasi beriani.
Nie mesti ikut Atok dan Ummi dia nie.

So terpaksalah mummy dok pikir mana la nak cari nasi beriani.
Hari kerja kan so macam limited sikit la masa tue nak mencari.
Siap tanya member kat mana ada nasi beriani sedap kat Putrajaya.
Pastu dia ada suggest la satu tempat nie, tapi mak encik malas nak pegi sana.
Boleh????

Pastu fikir punya fikir teringat hubby penah bawa makan nasi beriani best kat Cyberjaya.
Terus teruja nak beli.
Nasib la petang tu nak pegi ke IKTBN Sepang so boleh la singgah jap demi memenuhi permintaan Amsyar.

Orang punya la ramai.
Ye la...lunch time kan...
Memang silih berganti orang datang makan.
Good sign la kan...
Tempat makan sedap je orang datang tak putus.

Order 2 chicken kabsah and 1 lamb kabsah.
Take away of course.
Eventhough ramai orang time tu, managed to get my food in 10 minutes.
Lega la dapat bawa nasi beriani balik.....

Sampai rumah  Amsyar terkejut la bila mummy balik tengah hari buta nie.
Kalau takde apa memang takdenye saya nak balik.
Tapi anak punya pasal...sanggup berkejaran balik ke rumah walau pun sekejap.

Terus suruh Amsyar teka apa yang saya bawa balik.
"Apa mummy???"
"Cuba la Amsyar teka"
Amsyar still muka confuse tak tau nak jawap apa.
I surrendered n bagi tau dia yg saya bawa nasi beriani.

Bersinar mata bila tau ada nasi beriani.
"Abang nak nasi beriani"
Padahal kata bibik dia baru lepas makan nasi.
Memang peminat nasi beriani budak nie.

Seronok rasanya dapat berikan apa yang anak2 mahukan.
Alhamdulillah diberi rezeki dari-Nya.
I'm blessed!!!!


Monday, June 24, 2013

Happy 4th Birthday Amsyar


Just a quick update.
Semalam (23 Jun 2013) adalah birthday Amsyar yang ke-4.
Alhamdulillah....dah besar dah anak mummy.

Menjaga Amsyar nie mudah.
Walaupun masa kecil selalu kena visit hospital tapi alhamdulillah semakin dia membesar semakin baik tahap kesihatannya.
Orang kata Amsyar ikut muka mummy.
Well me not so sure tang mana yang ikutnya...

But mummy harap Amsyar akan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang mengasihi mummy dan ayah dalam apa jua keadaan.
Walaupun Amsyar selalu x nak friend dengan mummy kalau mummy x bagi pinjam phone utk tgk Youtube..
I need you to know that mummy will always be your friend....
Will try to be there when u need me...
And will love u endlessly.

Happy birthday my dear.
Im really sorry sebab hanya sempat potong cake dgn Amsyar je semalam..
Cuz mummy has to work.
But insyallah we'll celebrate it this coming Saturday....I promise!!!


Monday, April 8, 2013

Upin n Ipin's Mascot


Last Saturday, awal2 lagi dah paksa the kids bangun tido.
Kol 630am ayah dah kejut suruh mandi.
Me oso kena bangun awal ok.
Tak suka sungguh sebab hari cuti kan...bagi la chance bangun lambat sikit.

Hubby ada hari sukan untuk opis dia.
Event buat kat stadium UPM.
By 7.45am kiteorang dah tercongok kat situ.
Ramai lagi tak sampai.

Nasib la Amsyar n Anye ok je pagi tue.
Cakap nak keluar jalan jer bercahaya mata dua-dua orang.
Sampai stadium lagi la happy bila nampak balloon untuk officially launching kat padang tue.
Dah satu hal pulak dia nakkan belon tu.
Nasib la ada Ayah dia bagi lecture sikit.
Terus dapat melupakan hal belon tu.


Budak nakal tak nampak...huhu

Sunday, June 24, 2012

Amsyar Turns Three



Semalam adalah birthday Amsyar (23 Jun). As for yesterday, memang takde buat celebration apa-apa. Sekadar potong kek dengan family je. Insyallah I'm planning a small birthday party for him dan cadangnya nak buat di rumah baru. Tapi tak sure lagi tarikh yang dipilih tue sesuai ke tidak sebab sampai sekarang nie still ada lagi a few things yang masih belum settle kat rumah tu. We'll see how.

Anyhoo, semalam pagi-pagi lagi selepas Amsyar bangun, all of us wished him Happy Birthday. mamat tue pulak buat muka tersipu-sipu malu. Muka dia siap jadi merah. Dahlah muka putihkan..so memang obvious la bila dia blushing tue. Bila tanya dia, hari nie birthday sapa? Laju je dia cakap.."Birthday abang!!!!". Dulu masa tahun 2010, masa buat birthday party dia dia macam blur dan tak paham sangat yang kita sedang raikan dia. tapi kali nie memang totally berbeza sebab dia dah paham apa yang berlaku di sekeliling dia. How time flies....

Around 11am, saya dan hubby angkut amsyar keluar pegi PJ sebab ada hal nak uruskan pasal blind untuk rumah. Dah settle tue kiteorang pegi ke Bangsar Village shopping Centre utk cari a few electrical items. memula nak pegi kat area Jalan Kelang Lama tapi macam jauh je. Then hubby teringat yang kedai yang kiteroang nak pergi tu ada brand kat BSC. So ke sana lakita. Saya suka je pegi situ pasal dah lama tak pegi dan boleh cuci mata kat situ. Kalau pegi Jln Kelang Lama nak tengok apa pun tak tau.

Tapi sebelum tu singgah makan dulu. Masa nak masuk parking tadi dah ternampak Delicious so memang dah target nak makan kat sini. Bila hubby tanya nak makan kat mana dengan laju dan lancar saya jawab..."Delicious".

Tuesday, April 3, 2012

Balik Melaka



Weekends lepas saya berada di Melaka. Sabtu pagi dah sibuk ke rumah Busu (adik my mum). Hari nie anak dia yang sulung menikah dan majlis bersanding turut diadakan pada hari yang sama. Lain bebenor saya tengok muka sepupu saya tue bila dah kena make up. Dia tue jenis yang simple je. Saya pun tak pernah tengok dia pakai make up ke apa. Sekali dah kena make up dengan mak andam, dah rupa macam artis dah. Dia menikah pukul 1030am dan bersanding nak dekat pukul 2pm.


Tahniah Ain dan Haikal. Semoga berkekalan ke akhir hayat

Tuesday, March 27, 2012

Yu Kids Island



Weekends lepas dah jumpa satu tempat baru untuk bawa Aimery dan Amsyar lepak-lepak dan main di hujung minggu. Macam mana saya discover tempat nie?  Mula-mula me and hubby cadang nak bawa the kids pergi KLCC. Kat KLCC tue ka nada park so nanti bolehlah diaorang main-main kat situ.

Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari. Cuaca pukul 4pm adalah tidak menggalakkan. Awan gelap dah mula kelihatan. Nampaknya memang akan hujan petang nie. So hubby tanya saya nak bawak anak-anak pergi mana. KLCC tak sesuai sebab nak hujan. Part kena piker-pikir suka bagi kat saya. I dun loike. Sebab tak tahu nak pergi mana.

But at last saya ajak dia pergi The Curve. Saya tak tau ada apa yang menarik kat sana for kids tapi kita hentam saja la Labu. Pastu dan-dan hubby cakap, “ I pun terfikir jugak nak ajak u pergi sana tadi”. Dan-dan nak  ajak kan. Tadi tak nak cakap, bila kita dah ajak dia pun kata dia nak ajak.

So sampai sana mata pun melilau cari apa yang best. Elok-elok je sampai ke Ground Floor dari escalator parking, mata saya ternampak this shop called Yu Kids Island. Nampak macam tempat untuk kids je. Terus ajak hubby naik 2nd floor.


At 2nd Floor, The Curve

Wednesday, July 6, 2011

@ 2 Years


Nak cerita sikit pasal Amsyar. Amsyar just turned 2 last June. Macam yang saya cakap sebelum nie rasa cepat sangat masa berlalu. Bila dah dua tahun nie dah macam-macam kepandaian dia. Some of the things that he does :

1. Dah pandai nak pakai baju sendiri. Kalau mummy/ayah nak pakaikan mulalah dia nak buat perangai. Macamlah dah besar sangatkan!!!! Then kalau baju/seluar macam payah nak pakai pun nak mengamuk jugak. Tang tue memang ikut perangai ayah (cepat je nak mengamuk)

2. Rajin nak menolong. If suruh minta ambilkan something, dia akan jalan terkedek-kedek ambilkan apa yang kita nak. But of course kadang-kadang lain yang kita minta lain yang diambil.

3. Tahu masuk baju kotor dalam bakul

4. Kalau ada sampah dia rajin pegi buang sampah dalam dustbin. Kejap-kejap nak buang sampah. Sometimes sengaja dia buat sampah then pergi buang. Normally tissue lah...kejap-kejap nak lap mulut dia.

5. Sangat kuat makan. Normally pagi dia akan minta susu. Pastu makan roti or cereal. Pastu minta Actimel/yogurt/fruits. Kalau kita tengah breakfast pun dia nak join sekali. Tengahari makan nasi. Then take nap. Bangun makan biskut/chocolate. Pendek kata pantang nampak makanan semua dia nak. And Amsyar pandai makan pedas ok! Kita makan roti canai cicah sambal dia pun nak cicah sambal. Lepas tue menggelupur minta air.

6. Suka tengok BBC cartoons....Waybuloo, Teletubbies, etc.

7. Pandai sebut Bob (Bob the Builder). Mummy dengan Ayah tak pandai sebut, si Bob tu pulak yang dia sebut dulu..huhuhu!!!

8. Pandai kiss mulut. Biasanya kiss dengan mummy la. Tapi kadang-kadang dengan Ayah n Aimery pun mamat nie belasah kiss mulut. Ayah selalu marah dia n cakap kiss mulut dengan girl je...hehehe!!!





Tapi sampai sekarang belum boleh nak cakap sangat. Kadang-kadang bila dia nak minta sesuatu saya dan hubby macam tak berapa paham apa yang dia nak. So suruhlah dia bawa kami n tunjuk apa yang dihajatkan. Walau pun tak boleh bercakap lagi tapi dia faham apa yang kita cakap. Kalau suruh tunjuk mata, telinga, mulut, bird and some other thing dia akan tunjuk.

Sangat seronok dapat tengok perkembangan dia depan mata sebab before this I kind of missed it sebab bekerja. Most of the time Amsyar kat nursery. Sementara tak bekerja nie dapatlah melayan kerenah budak nie. And I really enjoyed it.

Mummy love u Amsyar!!!

Sunday, June 26, 2011

Amsyar's 2nd birthday


Last Saturday we had a birthday party for Amsyar 2nd birthday (kallau buat weekdays sapa nak datangkan?!). Party kecil-kecilan je. Jemput sorang dua rakan kat sini. Alhamdulillah diaorang dapat datang. Ramailah sikit orang kalau tak kami celebrate anak beranak je la.

Saya tak masak apa sangat pun. Just baked chocalate cake and spaggetti bolognese. Then ordered some pizzas and BBQ chickens. Ada sikit kuih muih dari Malaysia - kek lapis Sarawak, tart nenas, and cheese biscuits. Just nice, tak terlalu banyak dan terlalu sikit makanan.

Amsyar quite excited nak sambut birthday dia kali ini. Last time masa 1st birthday dia, dia tak faham sangat apa yang berlaku. Masa tengah tiup belon dan buat deco kat rumah dia pun sibuk nak tolong. Tahun nie dah pandai tiup lilin sendiri. Last year mummy yang tolong tiup. How time flies kan. Dah dua tahun dah Amsyar.

Cuma bila dah seronok berborak terlupa nak amik gambar tetamu yang datang. Walau bagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada Lynn Zamani dan Yatie sekeluarga yang sanggup drive dari Oxford untuk memenuhi jemputan kami.

Ok lah, kita layan gambar pulak.

Baked this cake myself. Nasib jadi kalau tak kena guna Plan B...beli di Waitrose!!!

The foods

Birthday boy

Some delicacies


Aimery is ready to partay!!!!


Presents from Ummi n Atok


Happy Birthday to You!!!!

TQ all for the presents!!!

Friday, June 10, 2011

I Heart Veggies


Banyak pulak masa hari nie kan. Satu hari ada sampai 2 entry. Ada masa sebab dua-dua hero saya sudah pengsan tidur. Akan tetapi, Aimery kejap lagi sure bangun nak minum susu. Makanya sementara menunggu itu budak bangun, sempat rasanya untuk buat entry baru.

Saya suka makan sayur. Hubby makan sayur jugak tapi kena tengok sayur apa. Ada yang dia berkenan dan ada jugak yang dia tak berapa suka. So kalau membeli sayur-sayuran kenalah bertanya sama ada dia makan tak sayur tue. Kalau tidak membazir je masak nanti sebab walau pun dia x suka dia akan jamah sikit. Yang lebih-lebih tue fikir sendiri la macam mana nak habiskan. Kalau saya pulak, bagi je sayur apa...insyallah saya makan dengan jayanya. Saya nie part makan memang senang. Tolak batu, kayu dan asbestos je. Lain-lain tue kira ok je.

Saya rasa sangat bersyukur sebab Amsyar pandai dan suka gila makan sayur. Masa kecik-kecik tue tak perasan sangat sebab sayur-sayur semua blender dengan bubur then kasi dia makan. Dia makan je lah kan. Tapi dah besar nie memang sangat obvious dia suka sayur. Siap main minta-minta lagi sayur tue waktu suap dia makan. Wah...senang hati saya sebab tak payahlah nak pening-pening pikir macam mane cara nak suruh dia makan sayur. Maklum lah kan, certain budak bila nampak sayur je terus tak nak makan. Nak kena disguisekan dulu sayur-sayur tue kepada bentuk yang lain supaya diaorang nak makan. Untunglah kalau dah bersusah payah tu, dia makan. Kalau tak makan dah nak pening kepala fikir lagi.





Antara sayur favourite Amsyar adalah brocoli, carrot dan bayam. Kadang-kadang dia ratah je sayur-sayur tu. Berbunga-bunga hati bila tengok dia makan. Amsyar tue ada eczema so kalau makan sayur-sayur tue hopefully kulit dia eloklah. Kalau dah ada masalah kulit dan tak makan sayur-sayuran yang ada banyak vitamin, tue tak ke parah namanya.

Will try some other veggies for him. Most of the time, saya buat sup sayur untuk dia. Bila buat sup tue senang sikit dia nak makan coz veggies tue semua dah lembut dan mudah nak gigit and telan. Kalau keras sangat pun dia tak suka, kadang-kadang bila makan sayur yang agak keras siap dikeluarkan balik dari mulut dia.


Pic from Google

Amsyar dah selamat dah makan sayur. Now kena train Aimery pulak. Hopefully Aimery pun suka makan sayur macam Amsyar. July nanti Aimery dah boleh start makan. I'm so excited. Kena start cari balik menu untuk baby (so that Aimery boleh taste different food..x lah bosan makan bubur ikan bilis je).

Sunday, May 22, 2011

Welcome Back Amsyar !!!!


Anakanda saya sudah pulang ke pangkuan setelah 20 hari bersama Ummi and Atok di KL. Gumbira kami berdua. Makanya mulai hari ini rumah akan bising semula dengan suara Amsyar dan suara kami berdua kerana pekikkan si Amsyar.

Sampai rumah Amsyar macam terpisat-pisat jer. Macam pelik pun ada sebab macam pernah tengok jer tempat niekan. Lepas tue sibuk-sibuk je main toys Aimery. Macam jakun pulak Amsyar nie walaupun kat rumah Ummi pun dah berlambak mainan dia. Terpaksalah keluarkan kotak mainan dia yang saya simpan sepanjang 20 hari dia kat KL. Apa lagi bersepahlah balik rumah. Suka hatilah Amsyar. Asalkan x kacau org sudahlah.

Aimery macam happy pun ada abang dia dah balik. Mata dok ghalit pandang abang dia. Kejap toleh kanan kejap toleh kiri. Pastu dia pun sibuk nak bercakap bila orang lain bersembang. Nak jadi org besar dah, sibuk nak sembang sama.

But Amsyar macam x berapa nak sihat. Selsema macam teruk jer. Kulit dia pun teruk gatal-gatal sampai naik ke muka dia. Ubat sebeban Ummi bawa dari Malaysia. Rasanya eczema dia macam dah naik balik. masa buat test alergi dulu, doc kata Amsyar alergi pada habuk. Rasanya cuaca berjerebu kat Malaysia sekarang sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah eczema dia. Poor baby. So sekarang kenalah sapu macam-macam ubat kat dia which he totally dont like.

Anyhoo, Amsyar dah balik dan we are all very happy. Boleh la plan untuk buat road trip kat UK nie.

P.s.: Birthday Amsyar dah nak dekat, me is so excited to plan a party for him.

Sunday, May 15, 2011

Spring Collection


Seminggu lebih nie, saya dengan Aimery lepak jer kat rumah. Hubby tengah busy dengan final exam. Dari pagi sampai ke petang dia di college untuk buat revision. Boring ok duduk katrumah. Walau pun ada internet, Sky Tv, DVD kat rumah tapi dah x boleh nak masuk. Habis2 pun main dengan si kenit je la....

Sekarang hubby dah habis exam. Yeah!!! Boleh keluar jalan2. Alah bukan jalan mana pun kan. Dekat2 kawasan rumah jer. Happy macam nak pegi trip la pulak. Semalam kiteorg ke Oxford Street sebab nak cari sikit baju untuk Aimery. Baju yang ada semua dah ketat. Membesar bagai johan lah pulak Aimery nie. Baju yg untuk 6 mos pun dah sendat. Kesian la pulak baby mummy ni kan. Oxford Street nie x pernah lengang apatah lagi weekends mcm nie. Jalan pun berlanggar bahu dengan org. Tapi nak shopping punya pasal gagahkan jugak.

Keluar masuk dua tiga kedai tak ada yang berkenan. At last masuk GAP sebab ada nampak sign board tulis discount up to 60%. Haruslah masukkan. tengok2 kalau ada yang sesuai untuk Aimery and Amsyar. Kalau ada yang sesuai untuk mummy, mummy pun boleh ambil jugak. Hubby dah offer giler x cari??? Lepas tgk2 tue adalah 3-4 pasang baju yang sesuai utk Aimery dan Amsyar. Saya tak ambil apa2 sebab tak berkenan. Well actually memang ada yang berkenan tapi bila tengok harga macam tak berbaloi je. Nanti tunggu masa summer sale. Kalau ada SALE bolehlah beli. If not, lupakan saja.

Polo shirts and T-shirts for my two babies

Later on saya ajak hubby pegi ke Longchamp boutique kat New Bond Street. Dah lama dah nak datang sini tapi x pegi-pegi. Ni dah alang-alang keluar nak singgah kejap tengok their spring collection. Dah masuk kedai nie, mata saya adalah sangat rambang. The spring collections is fabulous. Kalau saya ada duit maunya membeli 2-3 buah beg. Nasib masih sedar yang diri ini sedang tidak bekerja sekarang so hanya pasang angan-angan je la.

Walau bagaimanapun agar tidak tidur dan mengigau nak pakai handbag Longchamp ini, saya minta hubby belikan 1 handbag yang murah je. Jadilah kan daripada xde. Thank you dear.

Pliage Arbre de Vie Maxi Tote Bag in navy

Besides handbags ada macam2 lagi barang yang best mcm dresses, bracelets, shoes, jackets, and etc. Pendek kata, sedia duit jer. Macam2 ada. the cheapest bag available at 47 pound (yes..it is small). So sapa-sapa datang London nanti boleh la singgah boutique Longchamp di New Bond Street nie. Rasanya barang kat sini murah sikit dari kat Malaysia kot (ye ker..? you guys check la ye).

P.s.: Dalam hati ada taman

Tuesday, May 10, 2011

Rindunya


Dah seminggu Amsyar balik ke Malaysia. Rindu bangat sama dia. Tapi kalau ada kat sini selalu pulak geram kat dia sebab nakal sangat. Bila nakal sangat tu apa lagi kena pukul la jawapnya. Pukul yang biasa-biasa jer ye bukanlah sampai ke tahap penderaan kanak-kanak.

Mesti some of u wonder macam mane pulak Amsyar ada kat Malaysia sedangkan kami yang lain semuanya masih berada di London. Panjang kisahnya tapi saya pendekkan sikit cerita supaya anda semua x bosan. Alkisah sepatutnya my MIL and FIL datang melawat kami pada 18 April yang lepas. Tapi pada tarikh tersebut yang sampai adalah MIL and BIL sebab FIL telah terjatuh sehari sebelum bertolak ke London dan knee cap pada kaki kirinya patah dan perlu menjalani operation.

Kesian Atok. Dah bersemangat plan nak buat apa dengan cucu masa kat London, akhirnya tak dapat datang. Itulah namanya takdir. Kita sebagai manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Disebabkan kerinduan yang melampau terhadap cucu, FIL telah minta MIL bawa balik Amsyar ke Malaysia (of course dengan kebenaran kamilah) . Kesiankan Atoknya maka kebenaran telah diberikan kepada MIL utk bawa Amsyar pulang. Ikut perancangan Amsyar akan berada di Malaysia sehingga 27 Jun 2011. Lama la pulakkan. Dah masa tu jer yang ada orang boleh hantar dia balik, nak buat mcm manakan. Redha jer la.

Tiap2 hari hubby call Malaysia bertanyakan perihal si Amsyar. My MIL kata Amsyar happy jer kt sana. Maunya x happy. Apa saja kemahuan dipenuhi oleh Atok dan Ummi dia. Kat sana xde sapa nak marah dia. Member memang sukalah. Kalau kat sini kejap jer dah kena jerit dengan Ayah n Mummy.

Yang x tahan tue, setiap kali nak ckp dgn dia sekejap jer dia layan. Pastu dah x nak ckp lagi sebab sibuk nak main. Mainan kat rumah tue pulak bukan main byk so Ayah n Mummy Amsyar x heran. Mainan adalah lagi penting. Bertuah punya budak!!!!

Senyap rasanya rumah nie bila Amsyar takde. Rasa mcm lain pulak. Kalau tidak memang bising rumah dengan segala mcm bunyi mainan dia. Bising sampai Aimery x boleh tido. Sekarang Aimery dapat tido dengan aman. Takdelah terkejut ke apa bila Amsyar dok baling mainan dia.

Btw, MIL kata nak hantar Amsyar balik on 21 May 2011. Yeay!!!!My baby is coming home. Dah rindu sangat nak peluk cium dia. MIL kesian kat kami berdua kot tu yang nak hantar Amsyar balik awal. I loike!!!

P.s. : Menghitung hari...detik demi detik!!!

Thursday, February 10, 2011

8 Februari 2011


Ada apa dengan tarikh 8 Februari 2011? Ya..hari ini telah masuk hari ke-39 saya berpantang dan Aimery pun dah berusia 39 hari. How time flies. Tapi bukan itu yg saya nak beritahu. Actually juz nak bagi tau uoll pada hari ini, untuk pertama kalinya Aimery telah diberi pacifier. Terukkan saya???!!!

Well sebenarnya saya tak bercadang nak bagi baby pakai pacifier. Kalau boleh memang tak nak bagi pakai langsung. Tapi disebabkan baby asyik selalu menangis dan every two hours dia nak menyusu I think I cant handle that really well. So mungkin dengan bagi dia pakai pacifier boleh membantu supaya baby tak kerap menangis.

Masa Amsyar dulu, saya berjaya untuk tidak bagi dia pakai pacifier sehingga berusia 2 bulan. Tapi bila dah start kerja dan perlu hantar Amsyar ke taska, teacher di situ minta bawa pacifier. I think I know why. Kat situ ada 2-3 orang jer teacher so bila ada pacifier diaorg senang nak handle baby2 kat situ dan supaya baby tak selalu meangis. So me n hubby pun redha jer la.

Orang selalu kata tak elok pakai pacifier ni. Nanti boleh jongang katanya. From my own experience, my sis pakai pacifier sehingga umur 6 tahun, tapi alhamdulillah...elok jer gigi dia. Tu semua kuasa Tuhan kan. For me, kalau tak pakai pun mungkin boleh jongang.

Cuma kalau pakai pacifier ni memang susah sikit bila nak buang nanti. Macam my sister tu sampai umur 6 tahun pakai pacifier which is not nice la kan sebab dah besar sangat. My mom terpaksa letak asam jawa kt pacifier tu then barulah my sister tak nak lagi pakai pacifier.

As for now, Amsyar masih lagi dengan pacifier dia. Kalau nak tido mesti nak ada pacifier, if not susah nak tido. But some how I hope I can take away that pacifier as soon as possible. Tak nak la nnti dah besar pun pakai pacifier lagi...macam tak elok la.

For Aimery pulak, masa 1st time pakai pacifier tu dia hisap tak ingat punya. Daripada menangis terus senyap and later on terus tertidur. Lama pulak tu. Sampai kena kejut untuk tukar diaper and minum susu. I guess the pacifier has helped me in a good way. Kalau tak, penat ok nak kena dukung dia sampai tido.

My only hope now, Amsyar dan Aimery akan cepat get rid of the pacifiers.

Finger crossed.

Friday, January 14, 2011

My Boys


Hi peeps...Here are some pics of my boys. Enjoy.......


Amsyar Mohamed Aszmy Mahmood Yusof dilahirkan pada 23 Jun 2009 jam 11.32 am di Tawakal Hospital, Kuala Lumpur dengan berat 2.62kg melalui ceasarean section.



He is 19 months old now. He weighed more than 12kg.


Aimery Maarof Aszmy Mahmood Yusof dilahirkan pada 31 Disember 2010 jam 6.54 pm di St Mary Hospital London dengan berat 3.77kg melalui c-sect juga.


Aimery after 10 days...

Amsyar n Aimery together

Welcome to Our Family...Little Aimery (Part III)


Hari ini dah masuk hari ke-14 Aimery dilahirkan dan bermakna dah 14 hari jugak lah saya berpantang. Pantang kt bandar London nie sama jer macam pantang kt Malaysia. Namanya pun pantangkan so xde buat ape la selain duduk di rumah sahajork, pantang makan dan tidak membuat kerja rumah yang berat2. Nasib baik ibunda terchenta sanggup datang ke sini dan menjaga diriku ini. Kalaulah mak tak ada, haru jugak dibuatnya. I dun think I can cope up with two babies at one time. Nak2 Amsyar pulak tengah sangat lasak. Kesian pulak tgk nenek, asyik kena buli dengan Amsyar. Tapi nenek dia layankan aje. Cucu pertamalah katakan. Tak pernah langsunglah saya nampak nenek marah si Amsyar tu. Amsyar pun bila dilayan oleh nenek dia, maka semakin mengada2 la dia.

Back to Aimery pulak. Aimery senang jugak nak dijaga buat masa nie. Dia takdelah merengek sangat ke apa. Cuma masalah utama sekarang adalah dia tidur belah siang dan susah nak tidur malam. Ikut waktu Malaysia pulak budak nie. Mentang2lah conceived kt Malaysia, waktu tido pun masih ikut waktu Malaysia. Masa preggie pun mcm tue jugak. Siang dia relaks jer kt dalam perut tp bila malam mulalah dia berdansa bagai. So mummy pun susah nk tidur malam sebab baby dok menendang sana-sini.

Selain daripada tue, tali pusat Aimery tanggal sangat cepat. Hari ke-6, iaitu hari pertama dia mandi tali pusat dia terus tertanggal. Selama kt hospital saya tak mandikan pun cuma lap2 jer. Tak reti nak mandikan baby mcm mane cuz xde peralatan yg sempurna. Tapi baby x mandi pun wangi..betul tak??!!! Nenek punyalah excited tak terkata. Dia kata senang bila tali pusat dah tanggal. Amsyar dulu lambat jugak tali pusat dia tanggal. Kalau tak silap dalam 12 hari ke ape baru tanggal.

Sekarang dah tak BF Aimery sebab susu dah mcm takde. Sempat BF dalam 10 hari jer kot. So now dia minum FM. Kat sini tak banyak sangat FM. Adalah dua tiga jenis brand. We decided to give him SMA. Aimery boleh tahan kuat minum susu. Dalam 3 jam sekali dia nk susu. Dah kuat minum tue, kuat jugak la kencingnya. Every time minum susu adalah perlu utk tukar diaper dia sekali. Pernah satu malam tue...sampai 2 kali dia basahkan tilam. Tu pun dah tukar diaper. Klu tak tukar haruslah basah segala benda.

Aimery sangat alert kepada persekitaran. Sibuk pandang kiri kanan. Kalau kite ckp dengan dia, dia pandang tak berkelip. Macam faham jer mummy bersembang dengan dia. I think that is good. As for Amsyar, dia memang sayang kat adik dia. The 1st day baby balik rumah dia sangat excited. Sibuk nak pegang adik dia. So me n hubby bagilah peluang kt Amsyar pegang Aimery. Tu dia...excited dia cium adik tp punyalah ganas dia pegang budak tue. Me n my mom dah terjerit risaukan si kenit tue. So adalah tidak boleh letak baby sembarangan. Nanti habis dikerjakan Amsyar.

Overall, saya adalah sangat gembira Amsyar n Aimery can get along at this moment. Maklumlah si kenit tu tak paham ape lagi skrg. Nnti dah besar sikit tak tau la mcm mane kan. As long as diaorg sihat, saya bersyukur sangat. Hopefully bila baby dah besar sikit nnti dia boleh main sama2 dengan abang dia. Mummy pun bolehlah buat kerja dengan tenang.

I'll upload my boy's pics in the next entry. See u later peeps..

Tuesday, December 29, 2009

Amalan Menabung


Waktu rehat tadi, saya ambil kesempatan untuk ke CIMB Bank. Nak bank in duit untuk Amsyar. Yang bestnye, saya terpaksa menjinjing 1 beg yang sangat berat. Nak tau kenapa berat? Sebab di dalamnya terkandung sejumlah duit syiling yang saya sendiri tak pasti berapa jumlahnya. Dah la terpaksa parking jauh, so nak tak nak terpaksa juga la saya membawa beg yang berat itew.

Setelah lebih kurang 5 minit menunggu, akhirnya sampai giliran saya. Maka saya serahkan beg yang berat itu kepada pegawai yang bertugas di kaunter. Dia minta saya duduk sementara dia kira duit (pakai machine ye uolls, nak kira manual...jawabnya dua tiga jam plak saya kt situ) yang saya bawa tu.

Yang best sekali bila dah dicampur kesemua syiling tersebut, jumlahnya adalah sebanyak RM 314.94. Banyak tue !!!! Saya pun terkejut. Sebenarnya syiling2 tu me and hubby kumpul. Saya la yg selalu jadi tukang kutip duit2 nie. Tp berbaloi jugak...Yang penting kiteorg boleh masukkan dalam account Amsyar untuk kegunaan dia pada masa depan. All in all, tambah RM 150 lagi, jumlah keseluruhan simpanan hari nie RM 464.94. Seronoknya dapat menabung untuk Amsyar.

Walaupun tabungan tersebut dibuat secara tidak langsung, jumlah yg dpt dikumpul boleh tahan jugak. Betul kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit. Nie yang rasa bersemangat nk menabung nie...

P.s.: Tak sabar jugak nak tunggu Amsyar besar dan suruh dia menabung jugak...

Tuesday, November 3, 2009

Baby Amsyar


Hello again.

Dah lama giler tak update blog nie. Pertama-tamanya tak sempat la. Sepanjang menempuhi tempoh pregnancy memang tak larat nak buat kerje2 update blog. Yang paling best kalau dapat tidur..

Makanya sepanjang tempoh 9 bulan tue, naik jugak la badan sampai 12 kg. Never in my life naik sampai mcm tue. Cuak gak kalau 12 kg tu stay forever.Terfikir jugak cara nak turunkan semula berat. Mau kena lari kt Bukit Shangri La tu tiap2 hari.

Tapi alhamdulillah, lepas 4 bulan berat dah kembali ke berat asal. Nasib tak perlu bekerja keras utk hilangkan segala lemak2 itew. Kali nie takde apa nak cerita. Juz nak upload gambar Amsyar. A lit bit about my baby. Amsyar was born on 23 june 2009, 11.32 am at Tawakal Hospita by c-sectl. He weighed 2.62 kg.



Saya kena ceaser cuz Amsyar dah start buang air. Doc kata bahaya kalau tunggu lama2. Masa tgk Amsyar 4 the 1st time, rasanya mcm tak percaya yang saya dah ada anak sendiri. And he's such a darling. Sekarang Amsyar dah berusia 4 bulan dan dah semangat. 7 kg....

Here some of Amsyar's pic....























P.s.: Amsyar if u can read this, Mummy and Ayah love you so much.........