Showing posts with label Sport. Show all posts
Showing posts with label Sport. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Ops! He did it again!!!




It's a record. His 7th French Open title and he's the king of clay court.
Bravo Nadal....I Heart You!!!!

Tuesday, May 8, 2012

Volleyball Antara Agensi



Sabtu lepas, saya join team JPA untuk pertandingan bola antara antara agensi bawah Jabatan Perdana Menteri. Sabtu 2 minggu lepas ada game MAKSWIP (Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan) tapi tak dapat join sebab masih bercuti lagi. So kali nie dapatlah join.

Team nie anggotanya terdiri daripada gabungan antara Bahagian di JPA. Basically memang x pernah main bersamalah kecuali ada beberapa muka lama yang memang dah biasa main untuk JPA. Saya tak sempat turun training pun dengan diaorang sebab ada hal masa tue. Hari Sabtu tue, pergi terus main (hahaha…macam bagus je bunyinya).

Tiada penyertaan dari JPA untuk team lelaki. Saya pun confused kenapa diaorang tak join sebab ramai je kot yang boleh main. Nasib diaorang la..malas pulak den nak pikir. So kita citer pasal team wania saja la. Team kitaorang diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama team dari EPU, ILKAP dan MKN. Dua game pertama menang bergaya dengan ILKAP dan MKN (kembang hidung). Tapi bila dah 3rd game tue semua macam dah mandom. Jadinya kalah di situ. Tapi persaingan sengit telah diberikan sebelum kemenangan berpihak pada MKN. Mula-mula JPA ketinggalan dalam 10-5 kot. But one point dah jadi 27-26. Walau bagaimanapun, akhirnya JPA kecundang dengan 31-29. Anyhoo, best gak game tu sebab fight jugaklah.

Walaupun kalah tetap dapat mara ke suku akhir sebab jadi naib juara kumpulan. Di peringkat suku akhir, kiteorang bertemu Jabatan Audit. To tell the truth, pasukan Audit nie takdelah terer sangat ke apa cuma diaorang boleh spike sikit-sikit. Compared to our team, the last game tue macam semua hilang focused dah. First ball semua memang dah lawa dah cuma killer ball tue takde. Tue yang susah sikit nak memang.

Tuesday, March 27, 2012

F1 Sepang 2012



Tahun nie tetiba je rasa nak pergi tengok F1 kat Sepang. Cakap kat hubby nak pergi tengok. Hubby kata dia tak ada duit nak pergi sebab dah banyak pakai duit untuk renovate rumah. Masa tue memang agak sentap sikitlah sebab hubby tolak mentah-mentah permintaan isterinya. Sebenarnya saya yang nak belanja hubby tengok F1 merangkap peneman saya untuk tengok. Tapi saya x cakap lagi la sebab masih sentapkan.

The next day, masa kat office saya text hubby. Saya kata kalau saya belanja, nak teman saya pergi tengok F1 tak? Hubby kata ok. Yeah…dapat pegi tgk F1. Macam mengidamlah pulakkan. Nak beli online credit card tak lepas so hubby went to KL Sentral to buy the ticket. Budget nak beli ticket Grand Stand yang paling mudah je. Tup-tup hubby dapat offer seat yang lebih baik pada harga yang lebih rendah masa beli tiket tu. Agaknya sebab tiket tak berapa laku kot, tue yang diaorang bagi harga rendah. Beli pun dah hari Jumaat sedangkan race hari Ahad. Daripada tak jual langsung, baiklah diaorang let go murah, betul tak? So kira untunglah dapat seat yang best dengan harga yang rendah.

On the race day (25th March), seawal pukul 10 pagi kami dah bertolak. Sampai SIC almost 11am. Kiteorang tak dapat beli tiket parking kat KL Sentral sebab tue yang bertolak awal takut takde parking. Sampai kat sana parking masih banyak. Bayar RM10 dan parking kat Bay 6. Pas tue confident je jalan ikut signage. Sampai kat entrance gate, diaorang scanned tiket kiteorang tapi tak lepas. Rupanya kita orang salah pintu masuk. Tu pintu masuk C5. Kalau tiket Grand Stand kena masuk kat main entrance. Maka terpaksalah turun semula ke bawah dan tunggu shuttle bus untuk bawa kami ke main entrance. Time tue dah mula ramai orang. Shuttle pun macam penuh je. Walaupun nie dah second time pegi tengok F1 tapi sesat jugak. Buat malu je.


Monday, July 4, 2011

New Winners


Tamat sudah Wimbledon 2011. Banyak kejutan yang berlaku especially dalam gentlemen's singles and ladies' singles. Antaranya Li Na (3) juara French Open terkeluar pada pusingan kedua setelah tewas dalam 3 set kepada Sabine Lisicki. Bagi gentlemen's singles pulak kekalahan mengejut juara 6 kali Wimbledon, Roger Federer (3) kepada Jo-Wilfried Tsonga (12) dalam pertarungan sengit 5 set.

Juara baru untuk Wombledon 2011 ialah Novak Djovovic (2) setelah menewaskan Nadal dalam pertarungan 4 set. Kemenangan ini telah membolehkan Djokovic berada di ranking no. 1 ATP. Tapi rasanya kalau dia kalah pun dia masih jadi top player sebab this year dia banyak menang tournament. Kesian Nadal saya!!! Takpe Nadal US Open ada lagi.


For Ladies' Singles, Petra Kvitova telah memenangi grand slam pertamanya setelah menundukkan Maria Sharapova (6) dengan straight sets. Petra nie left-handed uolls. Saya suka pemain-pemain left-handed nie.


Tahniah kepada semua pemain. Yang kalah kita cuba lagi tahun depan. Macam yang saya cakap dalam entri ini, kalau ada rezeki saya nak datang Wimbledon sekali lagi untuk menjadi penonton di salah satu court di sini. kalau dapat masuk Centre Court alangkah bertuahnya. Tapi masa tengok mereka-mereka yang berusaha nak mendapatkan tiket final macam ngeri je. Ada yang sanggup bermalam dekat park tu semata-mata untuk mendapatkan tiket. kalau macam tue memang tak dapatlah kan. Untuk tiket masa 1st round or 2nd round tu maybe possible kot. We'll see how it goes.

Friday, June 24, 2011

Wimbledon 2011


Yesterday was Amsyar's 2nd birthday. Happy birthday baby darling. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu dan menjadi anak yang baik. I will write more about Amsyar's birthday later because we are throwing a birthday party for him this coming weekends. So nanti kita cerita sekalilah. Tak payah nak update banyak kali, ye tak??!!!

Saya rasa hari ini adalah hari yang paling gumbira kerana saya telah menjejakkan kaki ke Wimbledon. Sungguh tak percaya. Selama nie hanya tercanguk depan tv je menonton kehebatan aksi jaguh-jaguh tennis dunia. Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan kerana memberi peluang ini kepada kami sekeluarga. As you all know, Wimbledon nie adalah salah satu Grand Slam yang sangat berprestij. Tahun ini adalah sambutan ulangtahun ke 125 kejohanan ini diadakan di sini.

Ingatkan senang-senang je dapat masuk dan tengok tempat nie. Banyak dugaannya kawan-kawan. Kami keluar rumah pun dah lewat, around 1.30pm kot. Dari rumah nak ke sana boleh pilih sama ada nak naik tube atau bus. We decided to take the bus sebab lebih buggy friendly. Maklumlah kami bawa 2 buggy. Kena naik 2 bus. Sepanjang perjalanan ke Wimbledon anak saya dua-dua pengsan....tidur. Alhamdulillah.....maka perjalanan adalah sangat menyenangkan hati. Kami terpaksa berjalan lebih kurang setengah jam untuk sampai ke tempat berlangsungnya acara. Sampai di Wimbledon Station kena jalan kaki about 30 minit lagi. Perjalanan adalah sungguh mencabar sebab kena daki bukit. Gigihkan jugak sebab semangat nak tengok tennis katanya. Dah sampai lokasi kejadian tercari-cari di mana mau membeli tiket untuk masuk ke dalam. Nak masuk je dah kena bayar belum pegi menonton game lagi.

Sebelum boleh beli tiket harus join pengunjung yang lain di The Queue. Mak oii!!!! Punyalah ramai orang beratur. Rasanya ada nak dekat 1 kilometer panjang line yang sedia ada. Rasa berbelah bahagi nak masuk ke tak nak. Tapi dah alang-alang sampai, join sekali beratur panjang-panjang tue. Kami beratur hampir 1 jam untuk sampai ke security check point. Dah lepas check point nie barulah boleh beli tiket. Untuk hari ini, harga tiket 14 pound after 5pm. Harga tiket masuk ke ground adalah berbeza mengikut hari.



Gigih mendaki bukit demi untuk sampai ke Wimbledon

Inilah The Queue yang maha panjang

Muka kebosanan dan kepenatan beratur


Antara mereka yang terjebak sama di The Queue


Kaunter tiket

Keputusan pertandingan


Centre Court



Ball girl

Ramai orang kat kawasan ground nie. Masa tengok dalam tv tue macam rileks dan aman tenteram je Wimbledon nie. Tapi apa yang dilihat di tv adalah sangat berbeza di lokasi sebenar. Meriah gila. Rasa macam kat konsert pun ada. Disebabkan kami ada baby maka memang tak boleh masuk ke mana-mana court la. So jalan-jalan di kawasan sekitar je lah. Besar tempat nie. Ada 19 courts dan 1 centre court. For centre court, court no.1 and no.2 tiket boleh dibeli di The Queue tapi very limited. Konsepnya siapa cepat dia dapat. Kebanyakkannya telah direserved untuk season holders. Untuk court-court yang lain, kalau kosong bolehlah masuk. Tak perlu bayar.

Sempat jugak jengah-jengah game kat court 8. Tak kenal pun sapa yang main sebab yang tengah main tue x famous. Diaorang main for 1st round or second round kot. Game pada hari tue kadang-kala terganggu dengan keadaan cuaca yang tak berapa menentu. Bila hujan turun je, game diberhentikan serta-merta. Court dengan pantas ditutup dengan kanvas. Cepat betul budak-budak tue buat kerja, sekelip mata je court dah ditutup. Dalam hati ada pasang angan-angan untuk datang kembali ke sini dan tonton game tennis nie secara live. Aimery dengan Amsyar kenalah tinggal ye..

Henman Hill


The big screen @ Henman Hill

Grab some souvenirs @ The Wimbledon Shop

Hubby bercita-cita nak Amsyar main tennis secara professional. Tak tahulah mampu ke tidak kami nak hantar dia belajar main tennis. But apa yang penting kena serapkan minat dalam diri dia dulu. Hopefully dengan memperkenalkan tennis kepada dia pada peringkat umur yang muda nie sedikit-sebanyak akan membuka minat tersebut.

As for now, hati masih berbunga ceria sebab dapat pegi Wimbledon. Bila nak ke mari lagi saya pun tak pasti tapi Wimbledon akan menjadi salah satu destinasi yang wajib kami kunjungi lagi (masa tu nak duduk je dalam court dari pagi sampai game habis!!!). Nasib tidur malam tak mengigau pasal Wimbledon.

Bakal juara Wimbledon

Sunday, June 12, 2011

Race For Life


Semalam baru je registered untuk Race For Life. Mesti uolls wonder apa ke bendanya tue. Nie nak cerita la nie. Race For Life nie adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Cancer Research UK sebagai salah satu aktiviti untuk mendapatkan dana/sumbangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan/pencegahan/kesedaran yang berkaitan dengan kanser. Larian nie hanya boleh disertai oleh WANITA dan remaja perempuan. Kalau nak tahu pasal Cancer Research UK nie boleh ke sini.



Saya perasan pasal benda nie melalui rakan, Lynn yang bertugas di London nie. Masa tue saya masih di Malaysia dan ternampak gambar larian yang Lynn sertai sebelum nie di FB dia. Macam best je. Saya memang suka aktiviti larian jarak jauh nie. Boleh kata kalau bagi pilihan untuk lari 100m atau 5km, saya akan pilih 5km. Lari dekat-dekat nie x berapa nak suka sebab saya bukan sprinter. Kalau lari sure saya kat belakang punyalah.

Kenapa saya suka lari jarak jauh?

1. Pertamanya tak perlu nak pecut ke apa. Kita boleh lari ikut kemampuan masing-masing.

2. Larian jarak jauh biasanya melibatkan ramai peserta. Saya suka lari ramai-ramai. Boleh kenal ramai orang dan biasanya dalam golongan yang ramai tue ada yang pantas lariannya dan ada juga yang tak berapa nak pantas. So saya hanya perlu pastikan saya sekurang-kurangnya berada di tengah-tengah dua kelompok ini. But kalau boleh mestilah nak kat depankan.

3. Larian jarak jauh nie memerlukan stamina yang tinggi. So kat sini kita boleh tahu sejauh mana stamina kita.

4. Larian jarak jauh tak dibuat di track. Biasanya kena lalu kawasan kampung ke, taman ke, padang ke, tepi highway ke. Tu yang best sebab dapat tengok banyak benda sepanjang larian. Takdelah bosan tengok benda yang sama dan secara psikologinya mendorong saya untuk meneruskan larian.




Dulu masa zaman sekolah pernah jugak join aktiviti larian kat sekolah. Masa form 1 ke form2 ada lari dalam 5km kot. Masa tue dapat no.3 ke 4, dah lupa pulak. Lari dengan Li Neo (BFF saya). Dia tu budak projek badminton so stamina dia tinggi la berbanding saya. Tapi try jugak keep up dengan dia. Tu yang boleh dapat nombor single digit tu. Then masuk MRSM pun ada lari sekali rasanya. Masa tue form 4. Jarak 5km jugak. Best lari masa nie sebab sepanjang larian kami dilindungi oleh rimbunan pokok-pokok yang ada kat tepi jalan tu. Tak la panas kan. Rasa sedap je lari. Erm..erm... masa nie dapat no.1 untuk kategori perempuan16 tahun ke atas.

Lepas dah habis sekolah dah takde join mana-mana aktiviti larian nie. Sekadar berjogging di waktu petang di Tasik Aman, USM dan sekitar USM MINDEN nun. Bila start kerja sekali-sekala jogging kat atas bukit Shangri La Putrajaya tu. Lepas kahwin dah tak lari langsung. So tak taulah macam mana nak lari kali nie. Takut takde stamina je.

Berbalik pada larian tadi, event nie akan berlangsung pada 17 July 2011. Jarak yang diberikan adalah 5km dan laluan melibatkan kawasan sekitar London-Hyde Park. Tempat nie tak jauh dari rumah sebab tue hubby tak kisah bila saya cakap saya nak join aktiviti nie. I'm very excited about this event. Maklumlah dah berkurun tak lari. Takut larat je nanti.

Walau apapun terjadi saya akan pastikan saya tamatkan larian 5km itu. Lepas tamat event tu saya akan bagi tau catatan masa yang saya buat untuk menamatkan jarak 5km tersebut. Will try my best to set the best time. Wish me luck.

P.s.: Perlukan track dan kasut sukan baru.

Monday, June 6, 2011

6th French Open Title


Yahoo....Nadal menang semalam. I loike. Pukul 1pm dah tercongok depan TV tunggu game start. Awal-awal tengok nadal main macam lembik semacam je. Tak fight langsung. Hubby kata Nadal ni memang jenis yang lambat panas. Tunggu kejap lagi mesti dia fight. Oh ye ker? Tak perasan plak saya. Baguslah macam tu. Ada chance la nak kalahkan Fedex.

Memang betul la apa yang hubby cakap. 1st game Nadal menang 7-5 walaupun awalnya tadi dia agak ketinggalan. 2nd game fight gila. Tapi Fedex banyak sangat buat unforced errors. Maka Nadal menang duece 7-6. 3rd game Fedex xde pilihan, kena menang. Nadal of course nak this game so bad to bag this 6th Roland Garros title. Tapi x semudah itu. Fedex memberi tentangan sengit dan akhirnya berjaya mencuri 1 game dari Nadal. Fedex menang 7-5.

The 4th game macam x berapa nak risau sangat sebab tengok Nadal dah lead 4-1. Just play your game Nadal dan sila jangan buat banyak unforced error. Fedex pun nampak macam dah pasrah je. At last, Nadal menang 6-1. Fedex orang kedua yang dapat curi 1 game dari Nadal other than Isner in the 1st round. Game yang lain semua Nadal sapu bersih. Sedikit fakta nombor pertemuan antara kedua pemain ini. Dalam 24 pertemuan final antara Nadal-Fedex, 13 kali adalah di clay court. Fedex hanya menang 3 daripada games tersebut (tidak termasuk French Open 2011). Maka memang terbuktilah Nadal nie memang jaguh clay court. Sila usaha lagi Fedex.


All in all, seronok tengok game semalam sebab banyak aksi-aksi menarik yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain. Maklumlah kedua-dua pemain berada dan pernah berada dalam ranking no. 1 dunia. Maunya tak best tengok kehebatan yang ditunjukkan. Yang paling best dapat sakat hubby bila Fedex kalah.

P.s.: Jumpa lagi di Wimbledon nanti. Rasa macam nak pegi tengok sebab dah dekat dah tu.


Saturday, June 4, 2011

Roland-Garros 2011


Minggu lepas semua riuh pasal UEFA Championship. Minggu nie moh kita sama-sama layan final France Open 2011. Dulu masa kat matrix penah gak main tennis as part of the ko-ku aktiviti. Siap beli raket bagai. Mainnye takdelah pandai sangat. Masa tu, bila weekends adalah turun ke court kt KMNS tu pi main dengan boyfriend (sekarang dah ex la kan).

Tapi masa tu macam x berap pandai dengan ruling main tennis nie. Pastu cara kira mata dan macam-macam lagi tu buat pening kepala je. Lepas kat matrix dah tak main pun. After kawin selalu lepak dengan hubby tengok tennis sebab hubby adalah die hard fan Roger Federer. Roger masa tue tengah hebat tak ingatkan. At the same time, ringankan mulut tanya hubby macam-macam pasal tennis nie. At the end of it, dah fahamlah how this game works. So bila dah paham tue, bila tengok game rasa lebih enjoy.

Men's Final kali nie menemukan musuh tradisi antara Rafael Nadal (1) dari Spain dengan Roger Federer (2) dari Switzerland. Nie memang syok tengok nie sebab saya sokong Nadal dan hubby of course dengan Federer kesayangan dia. Game yang musti ditonton!


Rafael Nadal (1) Spain

Roger Federer (2) Switzerland

Mean while, for ladies's final ia akan menemukan Francesca Schiavone (5) dari Italy dengan Li Na (6) dari China. Li Na nie dah semakin hebat sekarang. This is her second Grand Slam final after Australian Open 2011 where she lost to Kim Clijsters. And dia adalah wanita pertama Asia yang berjaya melayakkan diri ke final Grand Slam. Memang hebat!


Li Na (6) China

Francesca Schiavone (5) Italy

Jom sama-sama kita saksikan kesudahan Roland-Garros 2011. Saya percaya kita semua pasti akan terhibur dengan kehebatan, ketahanan dan semangat juang yang tinggi daripada semua finalists. Enjoy k.

P.s. : Harap-harap Nadal memang.

Monday, May 30, 2011

Demam Bola


Semalam rata-rata orang bercerita pasal bola. Final UEFA Championship 2011 antara Manchester United FC dengan FC Barcelona. Semalam masa pergi Hyde Park pun ada UEFA Championship Festival. Meriah I tell you. Bersemangat penyokong masing-masing. Saya x amik pot pun sebenarnya pasal bola nie. Layan-layan macam tue je.






Juara pun semua orang dah tau. Barca menewaskan ManU dengan jaringan 3 - 1. Jaringan Barca oleh Pedro Rodriguez (27'), Messi (54') dan Villa (69') manakala gol tunggal ManU hasil jaringan Rooney (34'). Saya dan hubby lepak kat rumah semalam sambil menonton final antara dua pasaukan nie. ManU nampak macam kena main je dengan Barca (jangan marah ye penyokong ManU). Tapi takpe, tahun depan ManU boleh cuba lagi.

Barcelona crowned as Messi and Villa see off United

EPL dah habis UEFA Championship pun dah selamat. Saya sangat gembira sebab buat sementara waktu tak payah tengok bola. Hubby kalau tengok bola amatlah bersemangat. Apatah lagi kalau Arsenal yang main, kecoh betul dia. Macam nak bergaduh pun ada bila geram tengok pemain Arsenal tue main macam ntah apa-apa.

Mari kita tengok sukan yang lain pulak. Apa ada ye? Oh ye, tennis, F1 dan macam-macam lagi.

I loike!!!!