Dah beberapa hari nie asyik melantak durian je. In fact
semalam for dinner saya hanya makan durian je. Kisahnya minggu lepas masa
tengah kemas rumah kat Kota Warisan, jiran sebelah rumah tue bagi 2 biji durian
yang diambil dari kebun dia. So disebabkan takde pisau nak belah, terpaksa
angkut durian dalam kereta bawa balik ke KL. Merasa la kereta berbau durian.
Sampai KL terus minta tolong Bibik belahkan durian tu. Lepas
dah keluarkan isi tu dapatlah dalam 10 ulas isi dia. Kat rumah plak macam
ramai orang time tue. So walaupun hati terasa membuak-buak nak makan semua
durian tue tapi terpaksa control perasaan.
Amik satu je buat rasa. Konon nak bagi laluan kat orang lain merasa sama. Sedap
gak durian tue. Tapi tension sikitlah masa tue sebab tak puas kot makan seulas
je. Biasa kalau makan, sebiji tue mengadap sorang je, tu paling minimum la.
Disebabkan itew, saya telah suruh hubby tolong belikan
durian sebelum balik rumah hari Khamis yang lepas. Alhamdulillah, ada rezeki.
Nasib ada orang jual durian kat area opis dia. So malam tue hubby bawa balik 2
biji durian. Malam tue pun ada ramai gak kat rumah (ada dalam 5 orang kot).
Kira ramaila tue..Biasanya ada MIL, saya n hubby je. Malam tue ada Aszam dan
girlfriend dia. Tapi kali nie tak kira ramai ke tak, saya nak makan sampai
kenyang baru berhenti.
Durian yang hubby beli tue memang sedap. Mau tak sedap kalau
dah harga sekilo pun dah RM15. So saya dengan MIL makan dengan penuh berselera.
Banyak gak kitaorg makan. Baru la terasa nikmat makan durian. Hubby tak join
sebab dia dah belasah makan sebiji durian kat tempat jual durian tadi.
Disebabkan durian tue sangat sedap, Sabtu malam tue saya dan
hubby pergi semula ke tempat tu untuk beli durian lagi. Kali nie makan kat situ
pulak. Orang tu kupaskan 2 biji untuk kiteorang. Sekali buka, isi dia bukan
main besar lagi. Puas pulak nak menghabiskan yang seulas tue. Saya makan
beberapa ulas je sebab tak larat dah. Tapau 3 biji bawa balik rumah. Sebiji peniaga tue bagi free sebab hubby dah jadi macam pelanggan tetap kat situ. Hubby pulak
pegi gatal mulut kata kat orang tue.."Eh..jangan macam tue bang, kiralah…”
WTH..Dah nak bagi free tue amik je la, janganlah banyak songel nak pi bayar
pulak. Bukan kita yang minta kan..dia nak bagi. Bak kata pepatah, rezeki jangan
ditolak, musuh jangan dicari.
Tapi bila dah dibelah durian tue semua, rasa kecewa sangat
sebab durian adalah keras dan tawar gila. Totally berbeza dengan apa yang
kitaorang makan semalam. MIL kata durian tu tak sedap. Memang frustlah masa tue
sebab dahlah bayar mahal tapi dapat durian yang macam tue. Why la why???? Nasiblah
tak bayar untuk harga yang sebiji lagi tue. Kalau tak memang lagi terbakar
rasanya.
Tapi rezeki untuk makan durian adalah sangat murah. Semalam,
MIL pegi Pulau Pinang. Tau-tau balik je dia bawa balik durian. All I can say
was..HEAVEN!!!! Durian adalah super delicious. Ada yang rasa pahit2 manis, ada
yang rasa lemak….memang terbaiklah. Sedikit sebanyak mengubat kehampaan makan
durian tak sedap hari Sabtu lepas.
Durian adalah favourite saya. So setakat nie masih belum
jemu makan durian. Dan rasanya saya tak akan muak dengan durian. Waktu tulis
nie pun dah terbaik durian dari Penang yang ada dalam fridge kat rumah. Tak sabar
nak balik makan durian lagi…..
Hehehehehe...........Itu je nak citer!!!
No comments:
Post a Comment