Monday, June 4, 2012

Busy Sunday



Hari minggu sepatutnya hari untuk beristirehat tapi tak jadi macam tu untuk saya. Weekends pun penuh dengan aktiviti. Nak-nak lagi tengah musim cuti sekolah nie. Undangan ke majlis perkahwinan bersusun. Hari Ahad lepas hubby ajak ke Taman Melati untuk memenuhi undangan officemate dia. Baru je bagi tau saya petang semalam. Dah berangan dah nak lepak kat rumah pagi tue sebelum buat aktiviti lain tapi nampaknya terpaksa dilupakan saja aktiviti berehat itew.

Dalam pukul 12pm kiteorang dah bertolak dari rumah. Sengaja pegi awal sebab ada benda lain nak dibuat sebelah petang. Diaorang buat majlis tue kat Dewan Serbagunan Taman Melati Impian. Sampai sana around 12.30pm. Just nice sebab orang tak ramai lagi. Hubby tercari-cari jugak member dia tapi nan ado. Tak sampai lagi kot.

Tak makan sangat pun kat situ sebab pagi tadi dah makan roti canai dan sukun goreng. Sedap dapat cicah sukun dengan kuah asam pedas ikan merah. Dah lama tak makan asam pedas. Suap Amsyar makan sikit nasi orang kawin, lepas tue dia pun x nak makan lagi sedap pedas. Terus buka wafer Loacker yang memang dah standby dalam beg.

Walau pun majlis nie dibuat kat dewan tapi still panas gila. Memang berpeluh-peluh dibuatnya. Amsyar pun berpeluh tak ingat punya. Muka pun dah bertukar jadi merah. Kulit dah la putih so memang obvious la merah dia. Tapi yang bestnya wedding nie dalam pukul 1pm pengantin dah bersanding dah. Takde pun majlis tepung tawar. Oleh itu, tak perlulah kita duduk lama-lama di situ kerana majlis secara x rasminya telah selesai. Dalam pukul 1.30pm kami pun minta diri nak balik.

On the way balik tue, kepala sakit yang amat. Saya pun confused apsal tetiba je sakit kepala. Mungkin sebab cuaca panas sangat kot. Balik rumah terus telan Panadol 2 biji dan buka aircond. Lepak sekejap kat bilik bagi kurang sikit sakit kepala.

Dalam setengah jam lepas tue dah ok sikit. Sebenarnya petang tue nak pergi ke Bukit Mahkota dengan MIL untuk tengok barang kiteorang yang masih ada kat sana. Mana-mana yang boleh diambil tu nak ditransferkan ke Kota Warisan. Rupa-rupanya banyak gila barang kiteorang kat situ. And semua itu bukan barang-barang yang kami beli tetapi hadiah-hadiah masa kawin dulu yang tak digunakan lagi. Terima kasih kepada semua yang memberi hadiah itu. Syukur sebab tak perlu nak keluarkan belanja lagi untuk beli barang-barang elektrik macam rice cooker, electric kettle, toaster, sandwich maker, iron, and steamer. Yang lain-lain pun banyak jugak macam set sudu makan, breakfast set, coffee set, set gelas, dll. Terima kasih semua. Sekarang baru kiteorang dapat guna benda-benda tue semua sebab dah kena duduk sendiri kan. Dulu semua guna orang punya sebab menumpang…hahahaha!!!

Dapat bawa barang separuh je sebab dah tak muat nak sumbat dalam kereta. Nak kena buat 2-3 trip lagi nie baru boleh settle. Baju-baju pun banyak jugak yang nak kena angkut. Sigh!!!!! Tapi takpe….semangat nak duduk rumah baru lah katanya, semua tue bisa diatur. Dah sumbat apa yang boleh tue, kiteorang terus ke Kota Warisan. Lepas dah masukkan barang-barang tu terus balik KL sebab malam ada wedding pulak nak kena attend. Penatnye Tuhan saja yang tahu…

Wedding malam nie terpaksa pergi sebab gantikan MIL yang baru mendapat jemputan dari TPM untuk pergi charity function. So kami berdua menggantikan MIL sebab dah confirm attendance untuk wedding nie dari awal lagi. Tak sedap pulak nak cancel. Takut menyusahkan tuan rumah pulak nanti. Nasib baik majlis tue kat Dewan Perdana Felda so dekat je dengan rumah. Esok nak kerja, tak kuasa nak pergi jauh-jauh.


Gorgeous dais

Nicely done









Disebabkan kiteorang nie adalah wakil bagi pihal parents kami, oleh itew kami tidak kenal dengan tuan rumah dan jemputannya. Masa nak masuk tue siap tanya orang yang jaga kaunter yang mana satu tuan rumah.

So sepanjang majlis nie, saya dan suami asyik bersembang dan mengutuk sesame sendiri je. Tapi yang bestnya bila attend wedding yang sit down macam nie adalah kita dapat melihat kepada deco pelamin yang cantik dan konsep majlis yang berbagai.Oh..tidak dilupakan jugak kepada video montaj mempelai. Macam-macam konsep yang kita boleh tengok dan teruja jugak melihat kepada kreativiti orang yang menyediakan dewan yang dihias indah itew.

Dapat ambil bayang pengantin sajork

Majlis malam nie pun simple je. Walaupun start agak lewat around 8.50pm tapi by 10.30pm dah selesai majlis. I loike!!!! Macam tau-tau je kite nak balik awal.

Tak sabar nak tunggu weekends lagi sebab nak rileks dengan Aimery dan Amsyar. Hopefully minggu nie taklah sibuk sangat.

Till then.

No comments: